Gering
Selesai bersiap awal pagi tadi, saya ke dapur untuk menyediakan sedikit sarapan. Hajatnya sekadar mahu membancuh nestum. Sepanjang Ramadhan lepas, banyak kali saya bersahur dengan nestum yang saya masukkan ke dalam susu segar. Saya tak suka manis tapi saya suka susu segar. Jadi, terhasillah nestum mengikut selera kosong saya ni: Nestum dan susu segar yang tawar. Pastinya menjilat sudu di waktu sahur.
Pagi tadi, saya membancuh nestum ikut cara normal orang Malaya kita. Nestum dengan milo panas. Tapi saya takkan boleh minum milo begitu saja. Masih fobia (kisah lama di entri ini). Cika bak kata orang Temerloh. Loya tekaklah maksudnya tu. Jadi saya bancuhkan neslo. Milo campur nescafe. Wujud tak mana-mana orang Malaya yang bancuh nestum sebegini? Kalau ada, mari hantarkan resume. Nanti kita boleh berusaha sama membuka empayar rangkaian makanan segera yang menawarkan hidangan ni. Saya tak isi banyak nestum. 2 sudu besar saja ke dalam mug air tu. Sebab saya risau tekak saya akan loya juga di pagi-pagi hari ni. Mug air diusung ke dalam bilik dan sambil minum, saya membaca blog Wanie. Sekitar 7.15 pagi, air sudahpun habis dan mug juga sudah dibasuh. Tetapi, ada masalah pula muncul. Sedangkan mengikut plan, saya perlu meninggalkan rumah pada jam 7.30 pagi.
Saya loya dengan teruk. Rasa nak muntah, pahit tekak, badan rasa lembik dan seram sejuk tapak tangan. Ah sudah. Inilah penangan milo tadi. Saya tak faham-faham lagi kenapalah saya masih belum boleh dengan minuman yang sejenis ni. Itupun saya dah jadikan neslo tadi. Ada juga rasa nescafe. Tapi saya tetap tidak boleh. Tekak saya masih dapat mengesan rasa milo. Tak dapat nak tipu-tipu dengan tekak saya ni. Dia cekap. Sudahnya, saya terpaksa bergegas meninggalkan rumah pada pukul 7.45 pagi. Cemas lagi saya buat keputusan untuk tidak ke hospital saja pada hari ini tapi memandangkan hari ini hari pertama saya perlu melapor diri di Oncology Center, terpaksalah saya gagahkan diri. Sepanjang perjalanan ke hospital, tangan dan badan saya memang seram sejuk saja dan loya tetap tak hilang-hilang sehingga tengahari.
Pulang dari hospital petang tadi, saya perlu ke Pejabat Dekan. Saya bersama Meor. Dia mahu singgah makan alas perut sedikit. Jadi kami singgah di McDonald’s. Saya terus ke McCafe. Wajib minum nescafe untuk hilangkan rasa loya yang berbaki. Hari ini rekod. Rekod loya terpanjang yang pernah saya lalui. Teruknya badan saya ni. Hmm. Allah dah tarik satu nikmat dari saya. Nikmat makan benda-benda bercoklat. Ini cuma kecil saja. Bagaimana pula dengan orang lain yang Allah tarik nikmat yang besar dan penting? Anggota badan contohnya. Sebab tu kerja kita sebagai hamba ialah mensyukuri apa yang ada. Setiap yang ada pada kita adalah nikmat daripada-Nya.
Nota: Tak sabar tunggu nasi siap. Tak sentuh nasi sejak Hari Raya lepas. Asyik tiada selera saja. Moknye, anok mok ni lapor bebenor. Degil sangat ikutkan amat takde selera tu. Atekan lagi! Huhu.
Akak ingatkan anak raja mana yang gering tadi..hehehe.
Lain kali tak payahlah minum milo kalau memang tak boleh. Bukan ke nanti akan menyeksa diri je..Nescafe tu pun okay ape. Take care!
Reply
Salam ziarah.
KS, selamat hari raya. Maaf zahir batin ok.
Lama tak singgah sini.
Mudah-mudahan sihat dan ok saja.
Ibn Asad
Reply
salam sarah.
teruk benar hilang selera awak. kalau sampai ngandu kt mak tu maknanya ini serius.
mungkin awak rindu famili kt kampung ye. jgn layan sgt2 perasaan tuh. gi ambil nasi pastu makan. paksa tekak telan nasi. atau ambil je roti tinggi serat. err.. beli gardenia. hehe
patut le pic awak kt blog wanie cengkung semacam.
Reply
Cikgu Jawe:
hehe. takde la rindu sgt cikgu. tiap2 minggu call, takpun mak ayah call sy. semenjak seminggu ni je jd mcm ni. err.. roti pn sy tak selera. apatah lg benda manis yg lain. sy boleh minum air masak je. plg abis makan 3-4 ulas kuih raya. adeh cikgu. mana ada cengkung pn. mmg cenggitu le sy ni ha. takleh nak besor dh. tunggu la winter nnti mengembang la sy 😀 td dh mkn nasi dh. nasinye seciput je. kuahnya banjir! hihi
Reply
salam,
ajenye ye…dah tau fobia milo, digagahi jugak..tapi mencuba sesuatu yg baru neslo + nestum, itu patut dipuji..nanti nak suruh k.mai try pulak..neslo + quaker oat, dia suka makan oat..kuih raya fav dia pun jejari oat..:)
p/s: myfisol ada update, byk gambor kali nie..
Reply
salam sarah
saya peminat NESLO, pun pnh buat Neslo cmpur nestum.cmpur oat pun penah 🙂 smpi mr.SNM bising, dia ckp NESLO tu x bagus utk perut la, itu la, ini la..klu klua minum dgn dia&kwn2, mesti saya akan order Neslo Tarik..pdhal kt rumah pun blh buat sndr. tp salunye order 2 air..Neslo Tarik & Limau Suam.
Yelah Sarah..rindukan kg.lebak yeh? sarah..y not sarah mkn kurma? mengenyangkan dan blh alas perut.
Reply
slm, smoga cepat sihat. mungkin milo di sana lain dr d mesia, sbb d sni amat lah lain rasanya..
cepat sihat oke!
Reply
salam ks
apa-apa pun first skali eid mubarak!
maaf zahir batin dr stat kenal smpai skrg.. ^_^
kas, neslo tu dah femes la.. kalau nk kasi cam lain sket, taruk nama russian. haha.. orang tak tau.. 😛
kesian en.milo.. boleh jadi geng cik susu tepung dari ainul la yer.. ainul anti susu tepung. taruklah walau sesudu je dalam setong air pun, confirm nanti befor minum pun hidung dan lidah stat keluar amaran ” DANGER!! BAHAYA DI DEPAN..” hehe..
ks, ate kalo kome udah tau perangei kome ghupe itu, usohler minum lagi ayor milo tuu.. gamaknyer karang masuk sepital kang saper nak nanggungnye ha… idok ler emaknyer kat kampung tu riso bebenor negok anak dara sakit kat moscow nun… huhu..
well, good luck dalam meminum milo. hehe..
Reply
salam sarah,
lama sungguh x menyinggah di sini, sarah selamat hari raya aidilfitri..:d
Dah lama jugak saya tak minum neslo, sebab sy xsuka minum nescafe, jd tekak xblh terima sngt kalau minum nescafe kosong, tp kalau tmbh milo,rsnya ok sket, sebab sy mmg penggemar milo yg setia..
jangan lupa makan ns, sy rs ssh jugak seharian kalau x jmpa ns..huhu cemana nk hidup kt bumi orang nnt nie..
Reply
Ngah, mari buat housemanship kat alex senang… MakNdak masak ari2… sure selera nak makan…
lepas tuh kalau jom MakNdak introduce ustaz2 kat cni plak..jgn mare… saje suke mengusik….
Reply
Mak Andak:
haa! good suggestion. i do like arabian countries 😉 ok. deal. mak baca ni pun sure mak suka. huhu. ustaz2 kan baik2 :p
Reply
salam sarah,
dah lama akak tak melawat ke sini, rupa2nya sarah dah sambung balik penulisan sarah. tahniah..
salam aidilfitri & selamat mencuba utk minum milo lagi 😀
Reply
nanti saya kurang busy sy balas komen ye. maaf sgt2 buat semua
Reply
sarah.. =)
ustaz baik2 ye.. hehe
aku ustaz jugak tau. ekekekeke
Reply
Salam buat semua =)
Akak:
hehe. anak Raja Lebak, boleh? :p nasihat akak sebijik macam mak sy. dia pun kata, kalau dh tau tak boleh, jgn paksa diri. nescafe tu pulak, jgn la pekat sgt. heh, keknye kak, sy ni kalau buat nescafe pekat ke, tak ke, mmg akan habis. janji tak manis, sure sy bedal punya. huhu.
Alif:
lamanya tak dgr khabar kamu ye. selamat hari raya alif =)
A.Fisol:
sy tak minat rasa oat kat sini yg neutral/original. tp kalau yg instant oat yg siap ada buah2 kat dlm tu, yg tu ok jgk la. tp sgt la jarang sy sentuh. mmg tak berapa lalu.
Reply
Falin:
ha. ada jgk yg penah buat neslo makan dgn nestum ye. boleh la join venture gini yek :p rindu lebak tu dah jadi satu kewajipan dan habit semulajadi 😉
Critical Thinker:
masalahnya, milo tu pun bawaknya dr msia. huhu. awk pun, cepat sihat ye.
Ainul:
neslo tu mmg la dah biasa amat. tp maksud ks, neslo isi nestum. biasanya org buat milo je. ni gatai2 plak isi nescafe jgk. erk.. tekak ku kembang kalau milo semata (*_*)
Reply
Fizz:
eh, bunyinya mcm nak gi sambung belajar je? ye ke?
Kak Anim:
hehe. baru je menulis balik. demi emak tercinta =) selamat hari raya kak!
Cikgu Jawe:
asihh cikgu ni. nampak jugak dia yek komen tu. huhu. kalau dpt ustaz2 mmg tu yg terbaik apa :p kan kan kan :p huhu
Reply