Apakah Makna Ramadhan Pada Mereka?

Assalamualaikum wbt

Balik saja dari rumah Kak Zah petang semalam, saya memang terperuk dengan laptop ni je. Tak jamah nasi sikit pun. Macam biasa, selera tiada lagi. Dalam 4 hari ni, boleh kira apa sajalah yang saya jamah. Semalam saya layan movie konon-kononnya. A Lot Like Love. Bolehlah juga. Cerita lama tapi faham-faham sajalah saya ni macam mana. Memang tak tahu perkembangan terkini kalau tiada yang memberitahu. Tambah pula, saya takkan sentuh movie ke, series ke sepanjang cycle sedang berjalan. Hujung cycle baru saya melibur diri tengoklah apa saja yang hendak ditengok. Itupun tapis-tapis lagi mana yang nak tengok.

Alkisahnya, sementara saya biar movie tu buffer bagi penuh, saya (bak kata Yasir) beraya blog kawan-kawan. Saya pelik pun iya, terkilan pun iya juga. Saya tengok ramailah yang asyik kemaskinikan tiap-tiap hari pasal berbuka puasa kat sana-sini. Tu tak kisah pun. Dapat juga saya ni tahu menu-menu orang Malaya berbuka apa untuk Ramadhan kali ni. Ada yang ke hotel 5 bintanglah, bangga berbuka dengan artislah, berbuka dengan para blogger di restoran yang ditempah khaslah, cerita pergi shopping sakan tawaf satu Kuala Lumpurlah, sampai ada yang bersahur siap-siap lepas shopping sakan sebelum balik ke rumah.

Yang saya fikirkan tu ialah, kalau dah berbuka pun siapnya pukul 9 malam, termasuk berborak sakan, bergambar sakan dan macam-macam yang lain, tu belum masuk anyam ketupat semua tu, bila masa solat Maghribnya? Sadisnya saya tengok. Selama ni saya ingatkan sempena Ramadhan ni ramai yang menjaga bab-bab solat semua ni. Tapi silap la cik oi. Lepas dah beransur dari Secret Recipe, Marry Brown dan entah macam-macam tempat makan lagi, mereka ni pergi sambung shopping di jalan TAR lah pula, dekat kawasan Masjid India lah. Tarawikh pun lepas macam tu saja. Ruginya. Mereka ni tak fikir ke yang Ramadhan ni bulan rahmat yang Allah hadiahkan untuk kita mengumpul dan menternak pahala? Kalau tak nak bertadarus tu tak kisahlah. Itu terpulanglah pada masing-masing. Tapi kalau yang fardhu pun tak dijaga, dan tarawikh yang tiada pada bulan-bulan lain pun tak dikejar fadhilatnya, apakah makna Ramadhan pada mereka ye?

Bila saya tengok kehidupan yang sebegini, saya tahu, saya memang tak secocok dengan kehidupan yang begini. Tu sebab saya lagi rela tiada kawan yang jenis meriah-meriah begini daripada ada kawan tapi melalaikan. Gunanya kawan tu untuk saling mengingatkan dan tarik kita semula bila kita terleka. Leka sikit-sikit tu adatlah kan. Kita ni manusia. Tapi kalau ada kawan yang membawa kita lagi jauh, saya rasa tak rugi kalau kita jauhkan sikit daripada mereka tapi bukan melarikan diri terus daripada mereka. Kawan itu adalah sebahagian daripada tanggung jawab kita. Kalau kita lepas tangan begitu saja, bermakna kita meletakkan saham dalam apa yang mereka lakukan.

Ini cuma pandangan peribadi saya. Minta maaf kalau ada yang terasa. Saya bukan hendak mengecam sesiapa tapi jadikanlah ini sebagai muhasabah Ramadhan yang telah berlalu. Semoga Ramadhan yang akan datang, kita dapat mempertingkatkan amalan kita. Allah datangkan Ramadhan itu sebagai satu hadiah buat kita. Bulan ibadah. Bulan barakah. Madrasah untuk mendidik diri. Adalah kita ini orang yang tidak bersyukur jika kita tidak menerima hadiah daripada Allah ini dengan penuh gembira. Haa… Yang hujung ni analogi saya saja. Bukannya hadis atau apa. Nanti ada yang kata saya buat hadis baru pula. Naya lagi blog saya kena kecam tak pasal-pasal. Huhu.

17 Responses to “Apakah Makna Ramadhan Pada Mereka?”

  1. cry4freedom. says on :

    Ya cik, sedih tengok ramai dok mangu lagi walaupun dah setengah jam azan Maghrib berlalu. Selalunya jamah dulu, hait saya nak gi solat sat lagi sambung kemudian pulang sesegera lekas agar tak tinggal tarawikh. Tapi kadang2 miss jugek. Saya manusia. Hehe.

    Salam Aidilfitri. Sambung sambung.

    Reply

  2. RozIlah Kamarudin ImOlie says on :

    Ngh, MkNdk dh tua nih masih tak betul2 lagi… Allah tu al-Ghafur….

    Reply

  3. CritiCalThinKer says on :

    ‘Naya lagi blog saya kena kecam tak pasal-pasal.’ [Sarah, 2008]

    kesian kamu..tp kalu aku orang itu, maafkan ya.. aku tidak bermaksud..

    tidak.. kamu memang selalu betul.. penuh ilmu kamu ini.. bagus!

    Reply

  4. Ejalz says on :

    sarah..yeay.. ur back…
    SELAMAT HARI RAYA… MAAF ZAHIR BATIN..
    belajar betul-betul for your final year..
    tulis banyak-banyak, jangan putus asa…

    Reply

  5. wan nurul adila says on :

    Salam KS~

    Speechless. Tak tau la nak cakap macam mana. Segan+takut+malu. Semua bercampur-baur. Sempena Aidilfitri ni, dla nak minta maaf kalau sepanjang kita kenal ada buat KS kecil hati atau marah.

    I really truly appreciate the ukhuwah that I found in you. Maafkan dla andai ada salah silap ye.

    ——————–

    KS, teruskan menulis ya. 😉

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    salam sarah.

    setuju sgt2 apa yg awak tulis. sbhgn rakan2 kita mcm jadikan waktu berbuka pesta makanan pula. siap servay tempat2 yg menarik nk makan masa berbuka. huhu

    masa aku berbuka kt luar hari tu.. hehe. aku nampak ada satu grup org berbuka sampai lajak masuk isyak dah. ntah mana maghribnya. makan dn sembang tak henti. apa le nasib puasa mcm tuh.

    tu blm lagi yg berbuka dgn pakwe/makwe masing2.

    rasa mcm nk tegur kwn2 kita nih. tapi takde kekuatan le pula.. hihi

    Reply

  7. Khairul says on :

    Salam KS~

    Mak aih, grand betul dorang ni berbuka ye, siap tawaf satu KL lagi. Saya yang dok KL ni pun tak keluar2 dah rumah malam, sebab esok nak kerjaa.. uhuk2.

    Kata2 KS tu buat saya terfikir.. Kita ada kawan2 jenis havoc dan happening camtu. Mula2 memang la seronok, tapi tak tahan lama. Lambat-laun kita sedar, yg pendiam dan tak byk cakap tu la yg akan bawak kita ke arah kebaikan..

    Reply

  8. arsaili says on :

    salam aidil fitri maaf zahir batin. kalau ada tersalah silap harap maafkan. Cam ne raya di sana? my cousin pun raya di moscow..waktu raya pun sibuk ada kuliah lagi..nasib baik kat australia ni tution free week, dapat la student undergrad beraya.

    Reply

  9. snm says on :

    salam aidilfitri sarah
    xtahu puasa saya thn ni mcmana bhgnnye..dh hujg2 br la dpt buat tarawikh penuh..apa pun sarah, bila dh besar tua mcmni, saya dh xde rasa meriah utk berbuka kt luar. sbb penat jek dpt..dlu ye laaa..kjp buka kt cni, buka kt ctu..lps tu skrg ni..mcm dh xde feel..rse nk dkt dgn mama..dgn family..jemaah maghrib..klu miss jemaah mgrib..adoi..geram dgn diri sndr..

    Reply

  10. Only me says on :

    Salam Aidilfitri utk Sarah..

    Nampaknya kemeriahan ramadhan dan aidilfitri tahun demi tahun semakin berkurangan.. Bukan sahaja di Kuala Lumpur mereka tidak lagi menghiraukan ramadhan. Dikampung juga, kemeriahan semakin kurang. Yang balik kampung juga, lebih berminat untuk menonjolkan kereta baru, pakaian2 yg ranggi2, kasut tumit tinggi yang berjenama, dan macam-macam. Itu pendapat kawan2 juga masa berborak tadi. Tak macam dulu-dulu, kan.

    Reply

  11. MNN says on :

    Salam sarah,

    Selamat Hari Raya.

    Walau pun ramadhan telah berlalu, terpanggil saya untuk memberikan sedikit pandangan. Lagi pun lebih baik kita saling ingat & mengingati.

    Saya pun serba kekurangan, ialah kita manusia ada juga kekhilafan masing-masing. Bagi saya jika kita berkawan, tidak semestinya kita mesti terikut-ikut dengan rentak kawan. Apalah gunanya berkawan, jika kawan kita itu tidak sudi memberikan nasihat dan tunjuk ajar sebaliknya terus menjauhkan diri. Kawan yang baik, adalah kawan yang sentiasa berdampingan dengan sahabatnya biar dimasa susah, dan juga dimasa senang.

    Sekarang ini dimana-mana pun senang untuk kita menunaikan solat apatah lagi selepas waktu berbuka puasa, biar pun berbuka dihotel 5 bintang mahupun berbuka diwarung ditepi jalan. Pokoknya ingin menunaikan tanggungjawab terhadap ilahi. Tidak semestinya orang-orang yang berbuka puasa diluar, tidak menunaikan solat maghrib atau pun bertarawikh kerana ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kita mungkin boleh menilai orang, tapi adakah tafsiran nilaian kita itu betul. Siapalah kita untuk menentukan buruk-baiknya makhluk tuhan itu.

    Mohon ampun & maaf jika pandangan saya berbeza dengan pandangan Sarah.

    Sekian.

    -MNN-

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    MNN:
    yup. sy pun akui apa yg awk cakap ni betul. mmg byk tmpt yg dgn senang je kita nak cari tmpt2 utk solat. tambah plak kt msia kan. mana2 pun boleh je kan. tadak hal. hehe. cuma yg sy jumpa wkt merayap2 d blog2 diorg tu, ada yg ‘sah’ mmg terlajak wkt solat. sampai dgn tanpa segan silu kan, dia tulis camni kat blog: aiyark. bila dah tak larat nak bangun perut penuh, kitorg borak punya borak sampai tak sedar isyak pun dah masuk. lebur ajo maghrib kitorg. tp sy yakin awk n the rest yg sy kenal x mcm tu =) sy jealous weh tgk korang berbuka ramai2 gitu. mmg the best family ever!

    Reply

  13. sarah mohd shukor says on :

    Azwan:
    kita amik pengajaran. thn depan moh le improve diri kita yek.

    Mak Andak:
    ye mak andak. Allah tu Al-Ghafur. insya Allah kita ni sentiasa ada peluang nak baiki diri =)

    Critical Thinker:
    hehe. boleh buat quote 2008 by me plak yek. huhu.

    Reply

  14. sarah mohd shukor says on :

    Kak Ejalz:
    selamat hari raya kak =)

    Dila:
    ks pun seronok kenal kamu. selamat hari raya ye dila =)

    Cikgu Jawe:
    sy takde nak blame sape2 cikgu. cuma ni pemerhatian sy je dan sy harap (sgt2) yg sy tak buat camni 1 hari nnti. bersederhana tu la yg penting. ni pendapat sy la =)

    Reply

  15. sarah mohd shukor says on :

    Khairul:
    tak salah pun kalah ada yg jenis havoc2 ni. tp yg penting, kita tau kat mana limit kita dlm nak bergembira kan. ks yakin kamu tau. kamu kan adik/budak yg baik 😉

    Bro Arsaili:
    ha? ada cousin di moscow? wow. sape namanya? hehe.

    Falin:
    biasa la kan falin. bila kita dh makin matang, baru kita sedar yg mana elok yg mana tak. wkt tu baru kita rasa rugi je dulu2 tak nak rebut buat benda2 baik awal2 kn. hehe

    Kak Suraya (Only Me):
    hehe. raya ni jadi medan menceritakan kehebatan diri ye. thn depan sy balik sy malu nak ngaku sy ni sape. sbb sure wkt tu tgh menganggur tak keje lagi. kekeke. sbb sy balik just sebelum puasa thn depan. yeah. dpt raya puas2 😉

    Reply

  16. document says on :

    I was recommended this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my problem. You’re wonderful!
    Thanks!

    Reply

  17. apprendre a pirater un compte facebook says on :

    Excellent site. Plenty of useful information here.
    I’m sending it to some buddies ans additionally sharing in delicious.
    And of course, thanks in your effort!

    Reply

Leave a Reply