Bila Lelaki Angau

Assalamualaikum wbt

Saya demam panas hari ini. Terasa malas pula hendak menulis banyak. Petang tadi waktu melepek di depan TV menonton cerita Ali Din, ada sesuatu yang menangkap pendengaran saya. Ketika itu, Puteri (yeke namanya Puteri?) ditanya oleh Mak Jah adakah dia selalu teringatkan Ali, rindu bila lama tidak berhubung dan ada gejala makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Puteri megakuinya. Lalu Mak Jah menyatakan itu maknanya cinta. Tapi menurut Mak Jah, lelaki tidak begitu.

Jadi, apa sebenarnya yang dirasai oleh lelaki? Sebab bila tengok dalam mana-mana drama Melayu, lelakilah yang lagi teruk angaunya. Kalau dalam filem P. Ramlee, tengok sajalah lagu-lagunya. Semuanya lagu orang angau. Siapa ada pendapat, silalah berkongsi. Bagi yang lelaki, silalah bagi keterangan atas dakwaan kononnya lelaki kurang angau bila sudah jatuh cinta. Ini macam kurang adil pula. Hehe.

Nota 1: Petang semalam, saya akhirnya bertemu dengan Khairul. Si Adik Kecik yang memang kecil saja orangnya. Comel sungguh. Kebetulan dia pulang bercuti ke rumahnya di Mentakab dan akan pulang ke KL pada petang semalam. Kami bertemu di Terminal Bas Ekspress Temerloh. Khairul, kerja baik-baik dan teruskan belajar. KS yakin kamu akan berjaya! Walaupun tak lama mana kami berjumpa, tapi puas jugalah berbual dengannya. Tengok mukanya saja pun dah rasa sejuk mata. Tenang saja orangnya =)

Nota 2: Petang tadi, saya keluar dengan emak. Dua kali emak tersasul memanggil saya Adik. Haa… Merasa jugalah saya perasan jadi anak bongsu!

16 Responses to “Bila Lelaki Angau”

  1. arsaili says on :

    salam..moga cepat sihat…

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    angau tu apa sarah?.

    baik2 aje awak ye. cepat2 baik dr demam.

    ttg adik tuh.. mak awak tak tersasul. mmg awak adik bongsu pompuan.

    ke adik tu bermaksud ‘cucu’. hehe

    Reply

  3. nadia yuna says on :

    1st,
    sila makan ubat & banyakkan berehat ye cik sarah! jangan tengok TV lelame nanti mate berair. ingat ye pesan cikgu =p

    2nd,
    humm, lelaki angau?
    urm, urm, urm
    jawapan ditangguh sehingga esok
    =p

    3rd,
    tak besh jadik anak bongsu
    nanti anak tengah jelesh!
    heheheh =p

    Reply

  4. eryan_emily says on :

    Well dearly Sarah, semoga cepat sembuh ya.

    Reply

  5. Anonymous says on :

    cik adik manis,

    mandi x basah? x mandi le tu…hehehe..

    -endnon-

    Reply

  6. Anonymous says on :

    haha,
    nota 2 sungguh kiyut

    Reply

  7. kylex says on :

    salam..

    cik sarah dmm yerk..nmpknya dktr kne g jmp dktr la ye amik ubt,xpon dh ade ubat simpanan,he2..;)..Moga sht slalu..

    Lelaki angau?..Hurm,leh jadik gak..tp laki ni angau nyer xlame la, jap jer..tp kalo dh angau lame2 sgt tu, something wrongla, cpt2 la g klinik,huhu..k..

    Reply

  8. Ziana says on :

    alahai sarah..
    x sehat ke..

    minum air bebyk ek..
    skang musim demam..

    take care tau!
    rest bebyk
    🙂

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    – demam panas? jap..sarah demam panas or demam sebab kepanasan di malaysia..heish..ok ok tanak sakat n jadi nakal pada orang sakit..get well soon k

    – keangauan lelaki sebelum n selepas cinta..wah wah wah…lelaki lain kot.. sy kool n steady :-“

    – nak merase jadi anak bongsu? takpela..sarah mmg manje pon..tak gitu sarah..

    eh nak tau tak..kite bleh kecikkan lagi dunia nie..raudhah si tukang masak sy tu, childhood fren ammar n iffah, n ‘pakcik’ azhar n ‘makcik’ lina tu close frens parents die…ahahaha…bahye sungguh la kan smue kenal2 ni..nak lari dok kat papua new guinea la gini
    semoga ceria n sihat cepat yer sarah

    Reply

  10. Fairulhisham says on :

    Salam Sarah..semoga cepat sembuhnya..saya berkecuali..saya x mahu mengaku saya angau..hu.hu..

    Reply

  11. faisal says on :

    Salams sarah,
    Eleh perasanlah tu konon muda lagi,hahaha.:P tengok muka sy lagi sejuk sarah tau..sbb sy siram sarah ngan air sejuk,hihi..err ngah penat kerja ni..singgah sebentar..

    Err, tentang lelaki angau tu..ermmm betul kot,kakakaka…byk benda nak fikirlah sarah, tak sempat nak angau sangat,hehe..

    Reply

  12. akak says on :

    Akak ade kawan lelaki yang tengah angau sekarang nie. Mmg x menarik la kalau lelaki angau nie tambah lagi kalau ditunjukkan depan perempuan..tapi jarang la. Boleh rimas kita dibuatnya..hehehe.

    Sarah..take care!! Semoga cepat sembuh. 🙂

    Reply

  13. myfisol says on :

    salam sarah,

    apa khabar? moga bertambah baik..

    tu lah, org tgh bercinta ni selalu je ada perasaan Angau…heran jugak, mungkin lumrah manusia agaknya, ada perasaan rindu dan angau ni terjadii disebabkan perasaan rindu yang teramat sgt agaknya…bro agak semua orang pernah melaluinya kot, x kira lelaki atau perempuan..selagi bernama insan & punya perasaan..:)

    ok!..semoga selamat semuanya ye..

    p/s: 7:10 am – update dari Krystal Suite, Penang, ada sini sampai jumaat..masuk 2nd. day dah teringat k.mai & anak2..angau jugak kot..

    Reply

  14. dhiyauqalbii says on :

    salam sarah, moga cepat sembuh

    macam mana ngn prog ke Sg Pelantok? jadi ker? bila?

    Reply

  15. are-name says on :

    salam sarah,

    kalau lelaki terkena penyakit angau boleh lah dikatakan agak teruk. ini berdasarkan pengalaman, kawan akak sampai sanggup cederakan diri sendiri utk buktikan sayang dia kat si perempuan ni. tapi mmg dah takde jodoh agaknya, tak menjadi jugak. anyway, tak semua lelaki mcm tu kot. lelaki @ perempuan ke, sebenarnya terpulanglah pada tahap kewarasan masing-masing 😀

    take care!

    Reply

  16. Berita Terupdate says on :

    Langsung saja cek disini berita Berita Terupdate dan terlengkap

    Reply

Leave a Reply