Azizi Oh Azizi!

Assalamualaikum wbt

Azizi adik yang kedua bongsu. Dia sangat menyukai Bahasa Melayu. Ini gara-gara cikgu tuisyennya, Cikgu Ros, yang sangat pandai mengajarnya subjek tersebut ketika mengikuti kelas tuisyen peribadi di rumah Cikgu Ros. Kami menyakat Azizi mengatakan dia adalah anak angkat Cikgu Ros. Pengaruh daripada tuisyen itu, dia selalu menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik, yang jarang-jarang kita guna dalam kehidupan harian. Kalau bernasib baik, dapatlah kami mendengar dia berperibahasa dan berpepatah. Mengalahkan orang tua bunyinya!

Pada suatu petang, dalam perjalanan menuju ke hostel Adi untuk melawatnya, ayah menelefon emak. Ayah bertanya, dah nak bertolak ke tempat Adi kah. Emak mengatakan ya kerana mengikut persetujuan pagi itu, ayah menyuruh emak ke sana bertemankan saya saja. Rupa-rupanya kami berselisih dengan kereta ayah pada waktu itu jadi ayah ternampak akan kami dan menyuruh kami patah balik untuk menjemputnya terlebih dahulu. Ayah mahu ikut sekali ke sana. Lalu, Azizi yang turut ada di dalam kereta pada ketika itu berkata: Emak dengan ayah ni bagai isi dengan kuku. Air dicincang pun takkan putus.

Saya dan emak gelak besar dalam kereta. Azizi tersengih-sengih. Dia bertanya, salahkah ayat tu? Lalu dia memberikan perbahasa seterusnya: Ke yang sebetulnya muafakat membawa berkat? Mendengarkan itu, lagilah saya dan emak tergelak.

Petang semalam, emak sibuk memasak di dapur. Emak mahu membuat mee kari. Mak gembira. Kesemua kami 8 beradik akan berkumpul di rumah. Sedang emak membasuh sesuatu di singki dapur belakang, Azizi bertanya: Mak, ada apa-apa nak Zizi tolong tak? Sebaik lepas dia bertanya, dia menambah: Hehe. Zizi ni ajak-ajak ayam je. Tiba-tiba Kaklong tergelak besar. Saya pada mulanya tidak mendengar apa yang Azizi katakan. Lepas diulang oleh Kaklong, barulah saya tahu kisahnya. Saya pun tergelak sama. Habis tu apa, tanyanya. Kaklong membetulkan: Hangat-hangat tahi ayam la Zizi!

Habis kami bertiga yang ada di dapur ketika itu tergelak besar. Azizi memang begitu. Obsesif dengan segala unsur keindahan bahasa ini!

Ok. Hari ini ahli rumah saya lengkap kesemuanya. Oh, gembiranya!

19 Responses to “Azizi Oh Azizi!”

  1. Inah says on :

    salam sarah..ari ni sume ade kat rumah ek..

    Bahasa Melayu ni indah terutama bab perumpamaan dan peribahasa..

    sebab tu akak suka cara Karam Singh walia memberi liputan..bahagian akhir sure ade pepatah, perumpamaan ataupun pantun 🙂

    pelik kan bila org luar yang nak mengangkat keindahan bahasa kita 🙂

    Reply

  2. kylex says on :

    Salam..

    Hehe,bgsnye adek kamu, kecik2 lagi dh pndi brperibahasa..nnt leh la jd pakar bahasa yerk..Sarah dok temerloh area mane yerk?..dh lame xsmpi temerloh, jauh dr prk la,he2..sy ada pakngah kt sane..Waaa,hepy n bhagia nyer kamu, tmbhn ade mee kari lak tu,dats my favourite tu…Nnt mgkn leh try rasa mee kari temerloh yerk..heheh..k..:-)..

    Reply

  3. nadia yuna says on :

    salam.
    family sarah mesti rapat antara satu sama lain? am i rite?
    mmg gembira bila boleh bergurau selalu dengan siblings. tambah2 pulak cik sarah ni jauh di perantauan, mesti lebih bermakna kan?

    hah. ni da boleh senyum belom?
    suda balik moodnya?
    moga berpanjangan tawa & senyumannya ya cik sarah.

    wassalam

    Reply

  4. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    meriah

    Reply

  5. akak says on :

    macam-macam adik sarah nie.. tapi bagus jugak ye, kecik² dah tau tentang bahasa nie. Sekarang mana nak cari orang yg minat nak mendalami bahasa sendiri.Nanti boleh ganti tempat pengarah DBP..:)
    Mesti ceria dengan telatah professor kecik nie..:p

    Reply

  6. hantu_siang says on :

    salam doc.sarah…
    mulai ari ni sy nak panggil sarah doc.sarah..tumpang gembira melihat doc gembira ari ni…semoga doc selalu happy2 hendaknya…
    hantu-siang

    Reply

  7. Nikli says on :

    ada kamera best.. tapi jarang nak upload pic.. xmo kamera tuh, bak mai sini.. hahaha..

    sori, drop komen tapi larik dari topik.. hahaha..

    Selamat Malam..
    🙂

    Reply

  8. shazwani adnan says on :

    salam.

    wow! berperibahasa. setiap ayat yang terkeluar dr mulut azizi semuanya berunsur peribahasa.. bagus.. boleh gantikan karam singh walia. u did it well! hehe..

    lengkap semua 8 adik beradik campur 2 ayah n emak. mesti ramaikan. wanie pulak, kalau nak tunggu semua ada susah la.. nak kata raya pun, ada yang tak balik rumah.. hurm.. tunggu wanie kawen dulu agaknya semua baru ada! 😛

    Reply

  9. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat smeua =)

    Kak Inah:
    mmg kitorg ejek dia karam singh walia pun :p sy sendiri pn sgt2 suka kesusasteraan melayu. tu sbb sy lg suka tulis dlm BM. hehe.

    Kylex:
    dia nk jd peguam. tu katanya la. sbb mmg dia homeh (byk cakap). huhu. rmh sy d jln menuju ke triang. tp triang tu jauh la lg. rmh sy hanya 10 minit dr bndar temerloh 🙂 eh, awk perak kt mana ye? kakak sy teluk intan mari. dulu mak ayah sy keje kt sana. hehe.

    Nadia:
    haah. kitorg sgt rapat. tp gaduh2 tu tetap la ada jgk kn 😀 tp bak kata azizi, air dicincang takkan putus la kan 😉 bila dpt kumpul sama2 ni, ada2 je la yg kitorg rancangkn. kalau bab makan, yg tu toksah kata la kn. meja sentiasa penuh dgn makanan. rasa cam raya plak :p hehehe. alhamdulillah mood sy dh ok. kita ni kena la pandai2 sndiri kn nak ok kn smula mood =)

    Izu:
    meriah sgt =)

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    mulut dia mmg tak berhenti bercakap. kecuali dia tido je bru diam kot :p kt sekolah pn cikgu cop dia sbg budak bising sbb suka borak. huhu. sy pn bru je tau psl ni sbb mak sy cite yg cikgu dia yg jgk kawan mak sy cite kt mak sy psl ni. mana la tau kn 1 hri nnti dia bleh ganti karam singh walia. hehehe :p

    Hantu Siang:
    ala.. jgn panggil doc lg. x mau x mau. HS, terima kasih byk2 ye. ada sesuatu yg buat sy rasa terima kasih sgt kt awk 🙂

    Nikli:
    hehe. sy malas nk upload pic lg. tggu lepas xtvti esk ye ;)selamat malam nikli. jgn menghilang lama2 ok 🙂

    Wanie:
    amboi wanie.. mcm ada smthg nak jd je cuti ni. ada apa2 ke.. hikss :p klu rmh kamu buat kenduri, sure best n senang sbb ramai pmpuan. klu rmh ks ni? 2 org je pmpuan. tp keje2 berat ramai la askarnya nak buat keje. huhu. azizi ni ada gaya ala2 karam singh walia kan :p hehe. wanie, td siang ada cew astro dtg rmh ks lg. salah sorg tu yg dtg rmh kita di moscow skali dgn uncle zul, abg mon, sheikh n faiz tu. wkt tu ks d bandar. ayah ks call suruh balik sbb dpt la jumpa org tu sat. rupanya yg rambut panjang, namanya rosli. hehe. keciknya dunia ni kan 🙂 oh ye. plan ogos ke perak insya Allah proceed 😀 ayah ks bg greenlight pakai kereta. yeay~

    Reply

  11. Ainul Arina says on :

    hoho.. sangat lawak lah adik ks nih.. sungguh ketara keklasikan dia.. tabik springg!!! kalo cenggini gayanyer, suruh dia masuk pantun la ks.. sure berbunga2 pantun dia jual karang..siap peribahasa tu.. habislah la karam sing walia kene kongsi periuk nasi sama adik ks.. 😛 hehe
    opss, terlupa plak yg mak ayah ks pun baca sama blog anak dia nih.. patutla takut.. hikhik.. okeh2.. tutup kes..! kita tunggu dan lihat ajelah next year.. ^_^ tata 20-09-2009! see ya!

    Reply

  12. kylex says on :

    owhh..mau jd pguam, pttla kecik2 dh pndi ckp, he3..triang?..pakngah sy dok kt kuarters temerloh sblm ni, jd M.A kt sn, tp skg dh pencen..xpst dh dok kt mane,tp still temerloh la,kot2 kt triang gak ke,hahah..;-p..
    sy dok kt pgkln hulu,nk dkt kdh pon..owh, fmly Teluk Intan Mari yerk,he3..Kwsn B.A tu skg,heheh..k..

    salam..

    Reply

  13. Anonymous says on :

    kan ceria tu

    Reply

  14. akirasuri says on :

    Sarah!
    Kirim salam dekat Zizi..
    Comel!

    Reply

  15. c's radin says on :

    Salam.. wah comelnya adik akk (slmt xde gambaunya.. klu x tmbh bintang punya)..umurnya brp thn??huhu…bkn sng nk jmpe yang suka guna peribahasa nih.. nampak sinar asa depan.. bahasa jiwa bangsa!!:P

    Reply

  16. fattnieniey says on :

    ceh..
    best nyee suma ader kat umah!
    cam bese la, biasenye umah akan kurang 1/2 orang.
    tak pernahnye lengkap sejak 3 tahun lepas.
    smoga bergumbiraaa!!!!!!!!!!!

    Reply

  17. cikgu jawe says on :

    sarah.. azizi ibarat permata di balik kaca. atau mutiara putih di tengah pasir. maka, kakak dia kena le bagi sokongan. ibarat menuang susu ke dalam gelas. berkurang tidak, tertumpah tidak..

    hehe.. sekian CJ karam wali melaporkan. hehe

    Reply

  18. fathiyyah says on :

    sy komen lepas cikgu jawe…

    memang seronok kan kak bile semua ahli family kite berkumpul mkan sama2..lagi2 kalau bergelak ketawa,bergurau senda di meja makan..

    seronok tgk family akak..hehe..cumel bila sy bayangkan si azizi tuuu..dia darjah berapa ya kak?

    take care kak!

    Reply

  19. a.s.h.a.r says on :

    “Oh gembiranya !”

    kami yg bertandang di MYWORLD
    tumpang gembira.

    Gembirakan hati selalu.

    Reply

Leave a Reply