Melatah Eh Eh Eh

Assalamualaikum wbt

Kelmarin hari Isnin. Pukul 7 pagi rumah saya dah kosong. Lepas menyapu bawah garaj kereta tepi rumah, saya mengambil galah yang disandarkan pada pokok manggis. Saya kait buah manggis dan apa lagi. Saya bersarapankan buah manggis segarlah pagi kelmarin.

Pagi Selasa pula, saya menjenguk pokok betik di tepi rumah Tok. Ada yang sudah masak. Saya jolok dengan galah yang telah diubahsuai untuk menurunkan betik masak. Jadi, sarapan saya pagi tadi ialah buah betik segar. Ingatkan nak simpan dalam peti dan makan bila hendak makan tengahari. Tapi godaan perut terlalu kuat. Sekelip mata saya dan Mak Tam habiskan betik itu.

Sekitar pukul 10 pagi, saya baru sudah menyapu halaman. Tok Cik saya datang. Sudahnya saya, Tok Cik dan Mak Tam tercongok di bawah pokok manggis menjolok buah lagi. Datang adik saya Adlan, dia sergahnya Tok Cik saya dengan niat menyakat. Memang Tok Cik terkenal dengan kuat melatah. Lan hanya menyebut: Haa… Makan manggis! Tok Cik terus melatah dengan menyabung ayat itu menjadi panjang berjela: Oh makan manggis. Makan sorang-sorang. Eh sorang-sorang apanya. Ni ada Ani (Mak Tam) dengan Sarah. Eh Sarah duduk jauh. Ini Fatimahnya (Kaklong). Eh apa kerja Fatimah balik, dia kerja. Awok ni Lan. Eh Lan makan manggis. Eh manggis masam manis. Eh manggis ada ais. Awok ni Lan. Eh Lan kait manggis.

Haaa… Ni belum dengar semuanya lagi. Tak campur versi yang ada mengutuk, mencarut dan segala macam perkataan lagi keluar. Saya gelak mengekek-ngekek mendengar Tok Cik melatah. Tak baiknya saya. Tapi memang lucu! Bila Mak Tam menyapa Tok Cik ketika dia sedang melatah tu, lagi berjela-jela dia melatah. Yang paling menarik, di hujung latahannya pagi semalam, sempat dia berpantun 6 kerat!

Hitam-hitam si tampuk manggis,
Luarnya hitam dalamnya putih,
Kupandang hitam rasanya manis,
Lagi kupandang bertambahlah kasih,
Lagi kukasih bertambahlah sedih,
Kasihku hilang tak balik-balik.

Pantunkah? Apa-apa ajelah. Yang pasti apa yang dilatahkan oleh Tok Cik ini sangat mendalam maksudnya ok. Terdiam pula saya mendengarnya. Memang orang tua dah lebih dulu makan garam daripada kita, kan.

Pokok rambutan dah mula berputik. Nanti saya nak dengar Tok Cik berpantun versi buah rambutan pula. Hehehe.

Sejak balik cuti, saya jarang makan makanan berat untuk sarapan. Paling habis pun saya akan jamah roti dan minum nescafe. Lepas tu saya akan cari buah. Kalau stok mangga atau jambu batu tiada, saya akan kait manggis di pokok. Tak sabar tunggu rambutan memerah. Sekarang masih hijau kelat lagi. Pernah tengok rambutan jadi telur ayam? Haa… Kalau nak tengok, tunggu nanti ye. Saya akan tunjukkan. Inilah untungnya duduk di kampung dan ada banyak pokok buah di rumah. Bolehlah mempraktikkan diet yang sihat. Hahaha (~~,)v Ok. Nak tidur awal. Esok pagi mahu jogging di tasik. Jogginglah sangat ye. Balik jogging makan macam-macam. Takde maknanya kan. Hehehe =)

Nota ilmu: Pasti ramai yang tengok debat antara DSAI dengan Dato’ Seri Shabery Chik kan. Saya ni bukan siapa-siapa pun nak bercakap tentang politik (kalau saya tulis lebih-lebih, ada yang meluat pula nanti). Tapi bila mendengar perdebatan tu tadi, kita dengan jelas dan nyata dapat bezakan siapa yang berdebat dengan fakta dan siapa pula yang berdebat mengungkit-ungit cerita entah apa-apa dan lebih kepada hendak menjaga nama. Kot ye pun dah tiada modal nak dihujahkan sangat, tapi janganlah sampai memalukan diri sendiri di khalayak ramai. Awak tu Pak Menteri. Bikin malu saja apabila setiap soalan yang diajukan tidak dijawab dengan setepatnya. Ini kalau ada terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (nanti siaran ulangan di TV3 mesti ada terjemahan), buat malu pada 1 dunia saja ada Menteri Penerangan yang begini. Takkan Pak Menteri kita ni dikira melatah orang tua pula kot. Tak tua mana pun lagi Pak Menteri kita ni. Saya tidak pula kata DSAI betul semuanya. Tapi kredibiliti dan debat yang berteraskan ilmu dan fakta daripada DSAI benar-benar membuktikan beliau ialah ilmuan bidang ekonomi yang layak untuk dipanggil untuk membincangkan isu ini dan seterusnya pendapat ilmuan yang sebeginilah yang perlu kita pohonkan tunjuk ajar untuk mengatasi masalah yang melanda negara. Ini tidak. Ramai yang membodoh sombong.

Kalau rasa diri bukan harimau, jangan cuba mengaum. Jangan nanti dah terbuat silap, jadi seperti kasawari. Badan di luar, kepala sorok dalam pasir. Sebesar-besar bangkai gajah, takkan tertutup dek sepasang kaki semut hitam. Ok. Titik.

37 Responses to “Melatah Eh Eh Eh”

  1. Anonymous says on :

    semekom…tumpang tanye..bukanker DSAI tu graduan Malay Studies UM je ker? sjak bilelaa dia grad bidang ekonomi…btulkn fakta anda beb

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    bagilah salam dgn sempurna. salam bukan sbarang ucapan. ok. off topic. DSAI read malay studies in UM. thats the fact. tp kena tahu yg dlm malay studies bukan study psl org melayu, malay ethics, cultures dan yg berkaitan je dgn malay je. ada ekonomi skali ye. awk la yg kena kaji balik. sy ada kawan (yg lg membuka skop, kawan sy seorg russian). dia sedang amik malay studies dan dia ada course economy sekali. sy tak cakap kosong. this is a fact. mcm sy medic studnt, jgn x percaya yg sy ada blja psl ekonomi dlm Public and social medicine. dan sy ada belajar philosophy dan yg lg ajaib sy beljar sejarah dan tamadun dunia. sila jgn sempitkn fikiran. klu tak krn DSAI ada pengiktirafan dlm bidang tu, takde nya dia dijemput menjadi pensyarah tamu dlm bidang ni.

    think twice is always wise. wallahu a’lam.

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah,
    anon tu macam panas menggeletik skang.dettt…off topic.
    amboi tak sarapan berat yer..
    alaa buat je la cam biase…biase sarah berMM sket..sbb tak puas hati sy jer kene hari tuh
    sarahh sy rindu coffee…tidakkkk..lepas kes hari tuh, tak dibenarkan mendekati bende2 yg berunsurkan coffee…alaa, tak bestnye..
    sy mintak tukang masak sy masakkan bihun dah..tapi cam takkan dapat jer minggu nie..menu fixed..KONON…

    Reply

  4. Anonymous says on :

    cik adik manis,

    ini bkn anon sblum ni.

    sbnrnya baik dsai atau dsc,dua2 x betul2 meyakinkan ,ada perkara2 tertentu yg kedua2nya x dedahkan atau x dpt dedahkan. sayang sekali..peluang nak menelanjangkan segalanya x d ambil kesempatan oleh mereka..esp dsai.

    Reply

  5. hawa says on :

    salam..

    PEndapat saya, kena fikir berlapis-lapis bila dengar pendebatan tu. Anwar memang tak straight to the point. Walaupun penganalisis dalam Astro Awani kata dia tak cukup fakta, tapi saya tak rasa itu tujuan dia. Anwar memang menang. Sila fikir berlapis-lapis.. =)
    (NOKTAH)

    Sarah, nak pegi ke kenduri tiqah mahzan? Whats your plan actually?
    Update me ok???

    (sarah, taknak letak ke gambar awak pegang bunga putih berbaju kurung biru tu? Saya suke gambar tu, comel! =P)

    Reply

  6. Mimie Azrin says on :

    salam sarah sayang,

    upss off topic kejap :p aritu mie ada balik maran, balik lalu ikut temerloh sbb nak cari durian. ingat nak call sarah tapi time tu pulak la takdek kredit huhuh cedihnye…

    back.melatah? bahaya tu, mie penah tgk dalam tv siap tertetak org sbb melatah sambil pegang parang..eeee ngeri…

    p/s: mie tgk juga debat tuh tapi tak habis. ngah menengok semula di mymedia.blogspot.com. tapi mmg tak patut! byk menda yg masih disembunyikan.

    Reply

  7. hantu_siang says on :

    salam…
    mula2 nak cakap pasal debat tu…saya ini berkecuali dalam hal politik semua..tapi pa yang saya dapat lihat dari debat tu, pak menteri kita tak cukup bersedia untuk berhadapan dengan dsai..bagi saya la pak menteri kita terlalu cetik pengalaman.dari hujah yg diberi pak menteri kiat nampak sangat dia tak menjwab soalan dan lari entah kemana. DSAI pula overall ok dan ada fakta.ini bukan sokong sesiapa tau.tapi kita kena terima hakikat debat mestila penuh dengan fakta yang kukuh..mane boleh tembak angin je…lari kehulu kehilir pun tak boleh..dan juga tak boleh tembak peribadi org lain..
    pasal org yang letak komen no satu entry ini…ini saya nak bagi tahu la skit..sesiapa je boleh jadi ilmuan ekonomik..tak semestinya dia belajar malay studies ke tak…asal da minat nak belajar boleh je…so cik sarah kita cakap itu betol..event masa sekolah menengah pun dah belajar ekonomik.sorry ye “anon”
    -hantu siang-

    Reply

  8. snm says on :

    sarah..same goes to me 🙂 saya dulu study forest recreation, pun blaja accounting & economy. sistem pendidikan skrg nak semua pelajar berpengetahuan dari semua aspek bidang kan.

    sedapnya makan buah 🙂 setakat ni saya banyak pulun durian je :p

    tadi nak komen psl rumah my aunty kt lebak tu kt shoutbox tp x bole plak. yup..rumah sewa dia 2 tingkat. saya ingat sebab saya, makcik2&nyai(nenek) sibuk menyapu habuk&sampah di ruang atas. kecik je kan dunia ni.

    Reply

  9. a.s.h.a.r says on :

    emm.. sedapnya manggis
    sedapnya mangga
    sedapnya jambu batu
    nanti lagi sedapnya rambutan…

    pantun tu..
    macam semacamnya…

    Reply

  10. myfisol says on :

    salam,

    oii!..manggis, sedap tu…k.mai tu mmg hantu manggis. kalau beli tu sekali hadap je ..

    & jeng2..debat tu, best la..patut buat lagi lepas ni..

    .. satu point dato shabery yg bro rasa interesting, sekarang ni xde rakyat yg x makan….

    huhu..point bro memang la xde yg x makan, orang dalam jel pun makan, orang “bersamamu” pun makan…

    tapi hidup bkn untuk lepas makan je kan?..abih yg kerja kuat2 balik malam bukan untuk makan je..nak juga beli rumah, kereta, tgk wayang, melancung, ada handphone, kenduri kahwin, sekolah anak, beli pakaian dan cam2 lagilah..err, sori dah terlebih, pendapat je ok..

    Reply

  11. X.o.X.o says on :

    salam..yup, i agreed wit u sarah..xsmstinya kne grad ekonomi,br pndi ekonomi..paklah pon grad Pengajian Islam, leh lak jd PM..huhuh..Kalo rmbtn dh msk, posla sket2 kt para blogger,2 biji pon jadikla..heheh..k..

    Reply

  12. danny says on :

    assalamualaikum

    1. minggu ni nak balik kampung makan manggis, derian n mutan. Ayahanda dah msg kabo derian dah gugur, mutan dah nyelat n manggis dah masok.

    2. Bila kat u, kita akan belajar pelbagai subjek. Bukan subjek fakulti kita sahaja. Masa saya kat u dulu amik bba n mba, saya still kena belajar subjek lain seperti gaya bahasa, sains sosial dll. Jadi, tak hairanlah DSAI boleh bercakap pasal ekonomi. So, Anon kena buat homework semula.

    TQ. Just nak share sahaja…

    Reply

  13. Ziana says on :

    sarah,
    ziana xtau komen psl politik ni..
    coz yg bab politik tuh x cukup ilmu nk judge… kang takot tesilap..
    but i loike ur statement
    🙂

    Reply

  14. shahril aley says on :

    waa ruginye tak tengok malam smlm
    bile siaran ulangan die ye?
    so tak mo komen pasai tak tengok

    wah diet ke si adik manis ni
    makan buah saja
    mentang2 kat rusia tak de buah2 tu
    hehehe…
    dah serbu gerai uncle william tu?
    semalam baru pegi sri murni ss2
    ermm not bad la…

    Reply

  15. shazwani adnan says on :

    salam.

    semalam nak tengok, tp mimin nak tengok sindarela. pastu nak tengok pukul 11 pulak, kat astro, nana dgn mimin nak tengok cite indon. hurm.. tak dapat nak share my opinion.

    makan buah mmg sedap. mempelam sedap, manggis lagi sedap, durian lagi lagi sedap. kat rumah sini pun byk pokok buah. semalam pusing keliling rumah, jumpa sebatang pokok jambu batu. ada jambu sebijik tp terlupa nak ambil. kalau ambil time tu mesti terus je makan, tapi semalam posa la plak

    apa la wanie ni, org citer ojg2 pasal politik, wanie plak cite pjg pasal buah! haha.. saya memang suka buah.

    *balik ni je, dh 4 kali makan durian.

    Reply

  16. Mak Su says on :

    baguslah pantun 6 kerat tu.
    [eh! kamu memang kecik lah Sarah :)]

    Reply

  17. Anonymous says on :

    im not anon..b4 ni just to be silent reader. tp cite klu ni mcm best. cuma nk cakap, skang ni MELAYU ngn MELAYU dha mula gaduh..CINA pulak bertepuk tgn dek kerana perangai MELAYU yg sebegini..

    Reply

  18. hafiz238 says on :

    melatah sambil terkeluar pantun tu…tapi kesian juga kepada orang yang senang melatah, pasti sering diusik kan….

    p/s: With regard to the debate, I haven’t seen it yet and shall reserve my own comment to myself 🙂

    Reply

  19. kylex says on :

    kenapa melayu vs melayu?..sbb ade sstgh pihak, lbey pntgkn kuasa dr rakyat yg di bawah ini..dh ada menteri, wujud plak pnsht brtaraf menteri, gaji pon cm menteri,kje pon cm menteri, tu nk abeskan duit rakyat je la..kalo bagi kt aku sket pon, leh gak wat modal niaga..hahah..tp, tu la realiti kt Msia, RUSSIA cmner lak?..sbb,sy xpnh smpila kt sn..huhuh

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Izu:
    sy dh naik dh ni tau izu.. nak dekat 2kg dh. pipi pn rasa mcm apam je skrg ni. huhu. eh, awk jgn sentuh kopi lg ok. tggu betul2 ok. at least, lg 2mggu bru la awk boleh minum smula. ni 1 arahan. hehe. eleh.. pujuk2 je raudhah tu. sure dia akn terpujuk :p

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon No.2:
    maaf la cik. sy kurang setuju dgn pendapat cik. psl peluang x diguna sebaik mungkin esply oleh DSAI. cuba tgk mlm td, siapa yg lg byk bentangkn fakta? siapa yg lg byk dpt tarik balik perdenatan kpd isu pokok iaitu harga minyak sbnarnya boleh diturunkan. n si shabery tu plak asyik pertikaikn isu thn 74 la, isu negara2 lain yg x setaraf utk dibanding-bezakan dgn msia, isu peribadi. ini je pn dh buktikan dia la yg x guna peluang sebaiknya utk terangkn kpd rakyat knp wajar harga minyak tu naik. mungkin awk x biasa dgn konsep perdebatan. konsep perdebatan ialah 1 medium atau platform utk meyakinkn para pendengar knp sesuatu isu itu dipertikaikan kewujudannya. dan mlm td, dh sgt jelas, DSAI walaupun diberikan sekali tu je la peluang dia utk berhujah depan org ramai tntang isu ni, dia dh buktikan di mana sepatutnya dibaiki dan apa silap yg kita dh buat sehingga harga boleh naik. si dato shabery plak asyik duk ungkit tntg venezuela. meh sini sy nak bawakan logik. klu kita bndingkan venezuela yg murah harga minyak tp inflasi dia tinggi, buat apa nak bandingkan dgn negara tu. petronas tak setanding langsung dgn venezuela gas. petronas jauh lbih baik drpd mrk. knp? sbb venezuela gas tak dieksport secara besar2an. sedangkan petronas mengeksport hasil minyak kita secara besar2an. jd, pulangan hasil eksport minyak kita jauh lebih besar. yg patutnya, klu nk hadapi masalah harga minyak naik di pasaran antarabangsa tanpa menjejaskan kebajikan rakyat (ni kalau pemimpin kita betul2 fikirkn psl rakyat la kan), harga minyak dlm negara dikekalkan atau naik hanya skit je (bukan melambung mcm yg terjadi) dan yang dinaikkan harga ialah harga minyak yg dieksport keluar. sbb apa? sbb demand dr pasaran antarabangsa tetap ada. jd, kita tak rugi dan dlm masa yg sama dpt menampung semula harga murah utk rakyat yg dtg drpd hasil duit eksport. ni perkiraan ekonomi. sy bukan cakap kosong. sy baca kertas kerja sorg economist dr UK. bak kata DSAI, keadaan di msia jauh lg teruk drpd venezuela sbb dah la harga minyak mahal, inflasi plak makin naik. kat mana faedahnya yg rakyat dapat?? duit rebet? lama mana sgt la duit tu cukup utk tutup mulut rakyat. ni utk perkiraan jangka masa panjang. bukan setakat setahun. habis duit rebet, nnti rakyat bising smula. takkan wkt tu bru nak tergadah kot.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    betul awk cakap. kena fikir berlapi-lapis. sy pun dh malas nk ulas panjang. sape yg setuju je psl harga minyak ni kan, ibaratnya mcm lembu dicucuk hidung. sy rasa nak gelak je tgk org2 yg tepuk tgn galak2 bila datok shabery berucap. mcm kena bayar je. haha. takkan la org tu x bengang minyak naik. hahaha. adeh. org waras misti ada skit bengang :p psl atiqah mahzan, sy mmg nak pegi! sy bertolak dr rumah sy kot. ikut jln belakang, rmh sy dekat je dh dgn seremban. tp tu la.. tarikh tu bertembung dgn walimah org lain. tp rasanya sy pegi yg tiqah kot. HAWA!!! sy takde gambar2 wkt pegang bunga tu!!! awk tolong amikkan dr tiqah hanif n send kt email sy. please please please =) sayang hawa!!! muahhh muahhh muahhh! huhuhu~

    Mimie:
    tu la.. org yg tgh melatah mmg sedang dlm separa sedar. mmg betul mie. bila dgr hujah2nya tu, ada byk yg disorokkan. x clear. sudahnya, dia bukak cerita psl zaman 70-an dulu. apa ke jadahnya! :p

    Hantu Siang:
    cayalah! awk berhujah hebat =) sy cuma nak tambah 1 je. apa yg menyebabkan DSAI layak bergelar ilmuan sbb pengalamannya yg lama sbg menteri kewangan yg dh melazimkan dia dgn asam garam turun naik income begara kita. well, hanya jauhari yg mengenal manikam. kan HS kan =)

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    haaa… sy dh agak dh rmh tu. mmg selalu je cikgu2 muda sewa rmh tu. rmh tu rmh kedai sbnarnya. bawah tu kedai runcit dulu2, zaman sy tadika dulu2. hehe. sebelah atasnya bru la rmh. rmh sy just naik bukit jln tar sebelum naik bukit skolah tu. sgt senang nak cari =) kot2 la awk dtg lg ke kg. lebak ni, meh la singgah rmh sy ye. ni tgh musim buah ni tau falin. hihihi. haa! tu dia buktinya. tak semestinya klu kita bljar course tu, kita x sentuh pasal bidang lain kan. skrg kan semuanya kena multitalent. termasuk la bab2 ilmu ni kan. thnks falin sbb berkongsi pendapat =)

    Bro Ashar:
    erk.. tu bukan pantun kot. tu gurin dam je kot. hehehe. sbb takde rima yg sama kan 🙂

    Bro Fisol:
    tu dia! pendapat bro mmg sgt bernas. mmg la x de org yg x makan. tp rakyat duk kerja siang mlm bukan la setakat nak lepas makan ala kadar je. nak la jgk menabung, gi bercuti, utk gi haji, utk kawin (upss..) n mcm2 lg kan. bro, klu sy dtg sana nnti, klu sy dpt bawak buah manggis dr sini, sy akan bwk byk2 utk kak mai =) kirim salam pd semua ye bro 🙂

    Reply

  24. Adzrul Ariff says on :

    Salam sarah. TAk sempat saya nak tengok debat tu sb saya kat russia lagi. So tak dapatlah nak komen dulu. Sy tertarik pulak dgn tok sarah yang melatah tu….kat mana entah saya pernah baca cuma ada dua bangsa dlm dunia ni yg melatah: melayu dan eskimo. tak tahu betul atau tak. mungkin sarah lebih tahu. anyway latahan dia unik betul tak pernah saya dgr latahan berangkai-rangkai camtu siap pantun lagi. yg selalu sy dgr takat opocot2 pastu sebaris dua ayat follow up je. heheh.

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    X.O.X.O aka Kylex:
    aik.. org yg sama kn =) 1stly, salma kenal dr sy. tu la pasal kan. sy suka dgn contoh yg bg nih. tepat amat. haa… klu nak pos buah tu, lambat lg la kan. tp klu tringin jgk, nnti meh je la singgah sini. ngeehee~ 😀

    Bro Danny:
    wahh… derian pn dh nak gugur dh yek? nampkanya ada org berkhemoh nunggu derian lg la yek. tambah2 plak kt pangsenam. masyuk derian situ kan. sy setuju dgn apa yg bro cakap ni. skrg ni mmg sesorg tu kena tahu mcm2. bukan 1 bidang je. thanks bro sbb menambahkuatkan lg fakta ni =)

    Ziana:
    sy pun x reti mana bab politik tp sy mmg sgt ikuti aliran semasa n perkembangan yg ada. klu x, senang2 je kita kena perdaya dek org yg ‘byk ckp’ sbb ‘ada kuasa’. huhu~ laser nya sy! :p

    Aley:
    sy bukan diet. huhu~ sy cuma menikmati buah2 yg sy jumpa ni je. mmg nikmat klu dpt makan yg fresh dr pokok 😀 siaran ulangan di tv3 pukul 11 mlm td klu x silap. tp dh ada di youtube n mymedia.blogspot.com. try la cari. so nnti dpt la dgr pendpt awk plak psl debat tu. hehe

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    alamak! rugi betul kamu x tgk. sbb ks tunggu kamu punya pendapat plak. kamu kan gegar2 jgk orgnya. bru ingt nk baca entri baru kamu psl ni. x kesampaian la nampaknya. nnti tgk la kat youtube. dh ada dh. haha. kamu dgn buah mmg x leh dipisahkn. kt rmh kita pn, kamu la yg suka buah. kamu dgn fatt. sama je. huhu~ kirim salam pd mimin ye. ks kagum dgn dia sbb smbung buat master. mantap gitu!

    Maksu:
    wahai maksu yg ayu lg lemah lembut (serius makcu sgt lembut orgnya!), sy mana ada kecik sgt pun tau. hari tu ilusi optik je tu. hehehe. tu kira pantun ke maksu? sy pn pakai bedal je kata tu pantun 😀

    Anon No.3 aka Silent Reader:
    thanks sudi baca kt sini =) apa yg awk cakap ni mmg byk benarnya. tp knp jd mcm ni? sbb ada melayu yg dh tak peka dg nasib melayu sendiri n ada melayu yg sememangnya adalah muslim dh tak hirau tentang nasib agama sendiri… wallahu a’lam..

    Hafiz:
    tu la pasal. kesiannya kt org yg melatah ni sbb diorg selalu dijadikan bahan sakat. tmbah2 plak klu time kenduri. mmg teruk diorg kena sakat. setiap yg dtg msti menyakat! kesian sungguh. hehe.

    Kylex:
    awk mmg sungguh2 nk mula niaga ye? dgn 3 kawan yg lain tu ye? bagus bagus bagus =) di russia, isu politik diorg x mcm kita langsung! di sana, isunya semuanya isu matang. yg membabitkan tentang perdagangan, pertahanan negara, ketenteraan n dasar luar nagara. klu nk bandingkn dgn msia, terasa mcm kita ni politik budak2. alaa.. mcm tgk budak2 bergaduh tu. huhu~

    Adzrul:
    1st of all, congrats to u! u are now officially a doctor =) bila nak balik? ke kerja di UAE? psl melatah ni hanya ada pd melayu n eskimo, yg tu sy kurang pasti. sy x penah dgr apa2 kajian tntg melatah ni. tp sy penah dgr russian melatah tau! klu kita, kkta selalu sebut: oo mak kau! sy terdgr russian melatah dia sebut: ooih mama! hehehe. kira cam sama je la kan ;p heheh~

    Reply

  27. akirasuri says on :

    Isu panas ni.. Hahak!
    Malam tadi cik ati tak tengok debat pun sebab atuk nak tengok sinderella :))

    Huhu.. Dulu masa kena belajar BM Pengurusan, antara tokoh yang hebat dalam retorik adalah TDM dan DSAI.. Maka tak silaplah kalau beliau berjaya menguasai debat tersebut.. Hehe..

    *retorik dalam ayat cik ati tu membawa maksud pandai guna bahasa indah dan menarik untuk memujuk dan mempengaruhi pemikiran pendengar, errr seni pidato la kiranya.. (hahak! takut ada orang salah paham jek.. isu panas.. bahaya! :)))

    Reply

  28. kylex says on :

    insyALLAH, Kne sungguh2..Sy pnh g umh kwn sy, pakcik die ni mmg ckp xbrenti,bla..bla..bla..pkcik die bisnesman, then die ckpla ” keje ni xleh cari, keje ni kte kne wat”..Mase tu,sy n rkn2 ni bkn maen gelak kt blkg krusi,apela pkcik ni membebel,he3..Tp, btul gak ckp die, kdg2 kte ni kne wat keje, br la keje ada..Skg, sy n rkn2 snyum2 siput sedut jer, sbb dulu kteorg glak je ckp pkcik tu, tp skg, mmg kami yg kne wat keje, br la keje tu ade,heheh..Kalo sy amik medic cm cik sarah, xpela..heheh..Tp, apekn daya, xde bakat nk mnjd doktor la..heheh..

    Reply

  29. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    yesyes..
    dendam pertama saye pade sarah dah berbalas..dendam doha..jgn lupe timbang tau sarah.muke cam apam? alamak..jgn kate gitu sarah..sbb since sy hired maid, terase la pulak gitu.

    bout dsai n dat new minister,heh im totally out of msia’s political era though i’ve been deeply with them..hehe…n paling best, our team skang plak is tryin sometin dr dalam..n they’ve also lured me to go back to msia for that purpose, strenghten the team obviously..heh, cam tak caye sblom ni lame sungguh dalam dunia tuh..with all due respect, till both parties had their ego altered, we wont see any different..menci kan?

    sarah nk suruh sy pujuk raudhah buatkan bihun?sy reti memujuk? walawei..kelakarullazi..ade tukang masak skang pon dah ok kot though rase cam asik kene melantak jer skang neh..susah susah…kene bg alasan puase la kan kalo nak ngelak..tp puase dr 4.40 sampai 9.20 pm..menarik menarik

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cik Ati:
    yeah.. tu dia! mmg mcm tu la kiranya. sy x nafikn kedua2 tokoh ni hebat dlm berhujah. tp smlm yg paling best selain drpd dgr DSAI berucap ialah dpt tatap muka dia puas2 kt tv. dh lama dh x tgk dia camtu. hehehe.

    Kylex:
    haa.. tu la tau. len kali jgn gelak2 je bila org tua berckp :p mesti ada smthg yg dia nak smpaikan tu 🙂 apa2pun, sy doakn smoga semuanya berjln lancar. nnti bolehlah buat iklan secara besar2an kt blog utk promote business awk n kwn2 ni k 😉

    Izu:
    hohoho~ ada org terasa cam dh jd apam jgk ke. hiksss :p izu, prinsip sy senang je. selagi Allah x tarik nikmat makan drpd kita, jgn rasa segan silu nk makan (dgn beradap la kan). x de maknanya nak diet2 sbb nak cantik segala tu kan. kurus keding pn x cantik jgk. hehe. kelakarullazi? ya rabbi awk ni izu. perosak nyamuk aedes bahasa melayu je. aiseh….. :p

    Reply

  31. Khairul says on :

    salam kak sarah~~

    waww tak larat saya nak baca suma komen kat sini.. tapi saya tengok abis video tu taw, kat youtube. sebelum ni tak pernah2 lak minat politik. this could be a start.

    btw tok cik ks memang canggih.. next time keluar lagu lak pe.. huhu

    Reply

  32. nadia yuna says on :

    salam sarah.

    Wahh. hangatnye topic. nadia punyalah semangat nak tgk semalam. kat kolej takleh tengok. nadia ada tv kecik kaler itam putih. tengok ramai2 kat situ dalam bilik. teruja sangat!

    mcm biasa
    tamo cakap banyak

    DSAI da best!

    ** sedih DSAI da kene tahan. Cara kena tahan pun ntah hape2. Siapalah kita nak begitu lantang bersuara. lagi2 saya yang di IPTA ni. banyak suara sumbang kata itu ini. sedih.

    Reply

  33. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hoitt…ade ke kate gitu. sy cume nk kate Yang Kelakar..tp tertype kelakar dulu, tambah jer lazi 😛 .tapi hakikatnye takde nyamuk aedes sini..hehe…kalo tak kisah 2003-2005..3 years in a row dengue menimpa diri jadi lagi..hehe..

    eh eh..itu advise sy pade org yg mengade2 kate nak diet la bagai tau..sarah tiru ayat sy..takleh2..copyrite tuh..heish..
    nak bg awak bukak mate sket..mane de sy diet..debissh…cume perut n body sy terencat bile makan macam skang nie…sbb sblom ni, paham2 je la kan

    Reply

  34. Fairulhisham says on :

    Salam..Sarah.debat tu mmg terukla..saya dah agak menteri tu mmg x boleh jawabpun..sebelum ni dgr mcm hebat sangat nak pertahankan dasar kerajaan konon…tapi malam tu..entah apa2 juga dia jawap..bt malu je..janji klu x berjaya nak lepaskan jawatan..kita tunggu dan lihat jela..tapi bagi saya paling memalukan soalan yg dikemukakan oleh tan sri tu..dia baca skrip ke??lain org bicang..lain dia soal..nak kata x pandai dia jg pusat pendidikan..terlalu pandai kot..p/s tetap sokong kerajaan.(yg memerintah dengan adil)..attn: semua org x boleh lari dari berpolitik terutama yg dah masuk alam pekerjaan..x percaya..alamilah sendiri..

    Reply

  35. one says on :

    i wonder if u noted the big picture of that debat..

    Reply

  36. faisal says on :

    Slm sarah,

    err, jgn lupe sapu keliling umh sy jugak sarah,hehehe..:) manggis kat umh sy lum masak lagi,huhu…sarah, nnti dah tua jangan melatah tau,kekekee…:)

    err pasal debat tu bagi acai mungkin jadi satu permulaan yg baik untuk diadakan camni pada masa hadapan..kalau kita kutuk pihak lagi satu yg tak pernah berdebat agaknye, mungkin debat tu kali terakhir kita tengok di tv..:) kredit kepada dia juga..anwar mmg kita dah tahu kehebatannya sejak dari zaman dia kat universiti..:) lebih kurang cam sarah debat ngan acai atas pentaslah..sarah berpengalaman, acai tak pernah..mungkin acai bawak lembu sebagai teman acai suruh jawab hujah sarah,hahahahahaa..

    Reply

  37. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    nnti kot2 kalau dia ada nyanyi2 plak, ks akn update kn. huhu :p

    Nadia:
    wah. ada bawak tv ke kolej ke? mantap2 😀 adik sy plak cite, astro kt rmh dia ada prob wkt tu. dr ptg tu dia call2 suruh org betulkn smula. tnggal lg setengah jam nk start, dia n housemates resah gelisah sbb astro x ok2 lg. huhu. bila dh tggal lg 15mnt nk start, bru la ok. berteriak happy diorg sume. huhu~ semangat sungguh

    Izu:
    perut n body terencat?? apakah itu? hahahah~ :p

    Fairul:
    haa tu la kan. sumenya mcm baca skrip n yg pak menteri kita plak selalu x menjawab persoalan. ntah apa2 je la kan.

    Oneib:
    gambar yg mana ni?

    Faisal:
    sapu rmh awk jgk? wah3. meh bg gaji kt sy. bleh x? 😀 tu la. sy pn harap akn ada lg debat yg mcm ni pd masa depan. bru la rakyat x dgr hanya dr sebelah pihak je kan 🙂

    Reply

Leave a Reply