Bertemu Ghodong Lama

Assalamualaikum wbt

Sengaja tidak mahu mengemaskinikan blog pada hari semalam. Hajatnya kerana hendak membetulkan semula waktu tidur malam saya yang tidak menentu sejak balik ke rumah. Tapi lain pula jadinya. Semalaman langsung saya tidak boleh lelap dan di awal pagi, saya ke klinik untuk temu janji bersama doktor. Ada berita baik dan buruk. Ok tak mengapa. Abaikan. Masih hidup Alhamdulillah. Masih sihat secara keseluruhannya.

Klinik yang saya pergi ini ialah klinik rujukan keluarga saya yang telah menjadi kepercayaan kami sejak emak muda remaja. Dan ketika saya teruk terbakar dulu, disebabkan saya dikeluarkan dari hospital lebih awal, di klinik inilah saya menukar dressing untuk luka-luka saya. Auntie Devi yang bertugas sebagai jururawat di klinik tersebut masih sangat mengingati saya sebagai ‘Siti yang dulu hangus’. Tadi apabila bertemunya, dia bising bercerita dengan pembantu baru di situ yang saya ini anak itu Haji Shukor, anak itu Cikgu Noor. Dulu ini budak hangus macam daging bakar. Sekarang ini budak sudah jadi anak dara cantik. Hoho. Mahu gelak. Daging bakar katanya ye. Nasib baik bukan daging salai. Apabila bertemu Doktor Rama, dia gembira bertemu saya semula. Tahun lalu saya memang tidak ada apa-apa urusan yang memerlukan saya ke klinik sewaktu cuti. Jadi tidak bertemulah dengannya. Selepas selesai semuanya, ubat pun sudah diambil, saya tidak dikenakan sebarang bayaran pun. Masuk poket semula RM70. Terkejut juga saya. Kata Auntie Devi: Doktor kata hari ini free. Sekarang kami sudah tua. Nanti awak di hospital, awak pula jaga kami. Saya terharu mendengarkan kata-kata Auntie Devi itu.

Saya menelefon ayah memaklumkan saya hendak balik sendiri saja. Tidak perlu ayah menjemput dan menghantar saya balik. Ayah pun tengah sibuk. Lagi pula, zaman minyak mahal ni, kita ubahlah cara hidup. Naik bas. Murah. Lagipun, bas agak tepat juga masanya di sini. Saya sudah berjanji hendak bertemu dengan adik saudara saya di terminal untuk balik sekali menaiki bas kerana saya tidak biasa. Sebelum terus menuju ke terminal, saya menyinggah ke butik. Perlu mencari baju istimewa. Jumpa. Tapi bukan saiz saya. Semua yang ada hanya M dan L. Saiz S langsung tiada. Saya selalu bermasalah untuk mencari baju siap di butik. Masalah saiz. Nampaknya nanti wajib mengajak emak ke BTM pula. Selesai meninjau-ninjau baju, saya terus mahu pulang. Sedang berjalan kaki menuju ke terminal, sebuah kereta berwarna ungu gelap berhenti di tepi jalan. Saya tidak endahkan. Mungkin orang awam yang hendak menyinggah sebentar. Saya berjalan menundukkan muka kerana hari panas. Tiba-tiba cermin tingkap kereta itu diturunkan dan orang di dalam kereta menjengulkan muka.

Sarah? Sapanya. Saya tenung orang di dalam kereta. Ya Rabbi. Matmie! Rakan sepasukan bahas saya sewaktu di SMA Al-Khairiah dulu! Sebetulnya tahun lalu pun saya ada terserempak dengannya setelah hampir 7 tahun tidak bertembung. Dan tahun lalu kami ada konvoi balik ke Temerloh bersama-sama dari KL. Sekitar awal Mei, saya ada menerima panggilan jauh dari Matmie yang hendak memaklumkan bahawa dia sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan Kak Tini. Saya juga kenal akan isterinya. Matmie mengajak pergi minum dulu. Berfikir 2, 3 kali juga. Matmie bersungguh mengajak. Bagi saya, Matmie ini yang setepatnya adalah ghodong saya (baca: rodong -loghat Temerloh yang membawa maksud kawan setempat yang sekepala-) yang memang sangat seronok diajak berborak. Memang ngam habis. Kami ke Kopitiam di Bandar Baru. Minum pagi saja. Oh ya. Matmie ini seorang peguam. Sebelum ke Kopitiam, kami singgah di Mahkamah Temerloh sebentar. Inilah kali pertama saya ke sana selama 23 tahun tinggal di Temerloh. Dan tadi saya terimbau kenangan dulu-dulu betapa saya tersangat hendak menjadi peguam ketika zaman kegemilangan bahas memuncak tinggi. Hehe.

Belum sempat apapun ketika di Kopitiam, Matmie bertanya pasal AP dulu (baca: Abang Pujaan -hohoho-). Saya jawab pendek: Dia dah bertunang dah. Dengan laju terus Matmie menelefon kawannya untuk memastikan hal itu. Ye. Itu berita sahih bukan main-main. Cuma tarikh majlisnya belum ada. Saya senyum saja. Tiada apa yang perlu disedihkan atau apa.

Matmie ini bagus orangnya. Dia faham agama, bercita-cita tinggi, komited dengan tanggung jawab yang dipikul dan saya yakin dia punya masa depan yang cerah dalam bidang guaman ini. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke terminal, dia bertanya: Nak tak saya carikan? Saya tanya: Cari apa? Katanya: Cari calon la. Kata dulu nak lawyer kan. Ni ramai kawan duk tengah mencari ni. Kak Tini pun ada kawan juga. Saya tergelak sekejap. Lalu saya balas: Takpelah Matmie. Tak nak ada kaitan dengan lawyer-lawyer dah. Takut. Hehe. Cukuplah tengok kawan-kawan semua jadi orang hebat-hebat. Bukak firm sendiri. Lagipun orang lawyer-lawyer ni suka lawyer jugak. Takpe aje la. Saya senyum.

AP itu juga seorang peguam. Tunangnya juga bakal peguam. Abang Nizam (hehe) dan isterinya Kak Ina pun pasangan peguam. Matmie dan Kak Tini juga pasangan peguam. Peguam tidak mahu berpasangan dengan doktor. Doktor lelaki pula tidak mahu bersama dengan doktor perempuan. Kalau boleh perlu dielakkan. Begitu juga sesetengah lelaki dengan profession lain yang tidak berminat menjadikan doktor perempuan sebagai isteri. Jadi, tidak pelik jika kita lihat ramai doktor perempuan sekarang ini masih tidak berkahwin walaupun umur sudah lanjut. Ada pengecualian bagi doktor perempuan yang telah bertemu pasangan sejak awal-awal zaman belajar lagi (kan Faiq kan) :p

Saya sudah keluar topik ni. Yang utamanya saya hendak mengetengahkan tentang kata-kata Doktor Rama dan Auntie Devi yang di atas tadi juga kisah bertemu ghodong lama. Seronok. Insya Allah sudah janji mesti bertemu lagi dengan Kak Tini sekali. Banyak yang hendak diceritakan. Buat Kak Maslina Mohamed, pagi tadi saya ke pejabat Akak. Tapi saya dimaklumkan Akak sudah berhenti di situ dan berpindah ke tempat lain. Tiada rezeki bertemu Akak, saya terserempak dengan Matmie pula. Baru saya tahu Akak sudah dipindahkan ke Putrajaya rupanya. Selamat membina kerjaya di sana!

Buat Abang Khairil, selamat bergraduasi! Selamat bergelar Dr. Khairil Idham Ismail! Kami semua menunggu kepulangan Abang Khairil ke Malaysia =)

26 Responses to “Bertemu Ghodong Lama”

  1. Anonymous says on :

    sy kenal AP tu. org di uia sume kenal sarah. dulu ingatkan dah tunang dgn sarah. satu malaya gumbira kalau benar

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    awk belajar di uia ke? sy pelik mcm mana ada cerita2 mcm tu keluar kt msia. sedangkan mana ada apa2pun. dh nak jd takdik kot wkt tu kebetulan semua sorg tgh pay attention psl dia. dia kan glamor. hihi. apa2pun, terima kasih sudi drop by kt sini ye =)

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    ade orang ni kan, mau sempat kawin sblom balik russia ni kang.. smue menjurus kawin la kamu..
    kene cepat gtau tau, nk kn beli tiket datang majlis awak…makan nasi ngan ikan patin

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    demi Allah tak. statement yg pendek dan padat. sy takkan lupa kawan izu =) tak cakap terang byk pn, sy rasa awk faham. kan. hehe. btw, sy dh gi check psl petechea (aka blood spots) on my arm tu. it’s smthg to do with my blood syst. aishh.. 😐

    Reply

  5. nadia yuna says on :

    sarah. oo sarah.
    nadia tertipu tao
    ingatkan ghodong tu gedung
    ingat sarah jumpe gedung beli belah ke, ape ke. sob..sob..sob

    waaaaaaa

    xpe2. satu proses pembelajaran bahasa ni. =p

    ** seronok kan bila jumpe balik teman ghodong =)

    Reply

  6. NoktahHitam says on :

    A doctor to be? Great.

    I’ll be stalking your blog from now onwards. (Stalk in a good way though).

    Salam perkenalan, assalamualaikum.

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    td kan, tgh sy reply komen awk, laptop terpadam dgn sendirinya. masya Allah. lupa pasal power supply :p cik nadia, ni cikgu sarah nk betulkan bahasa yg salah. teman n ghodong tu benda yg sama =) klu dh guna teman, tak guna dh ghodong lepas tu. heheh. sila pilih salah 1 je tau. cepat2 betulkn. klu x, tak nak bg A dgn bintang2 =) tp mmg seronok dpt jumpa matmie ni td. hehe.

    Noktahhitam:
    a doc to be insya Allah =) i’ve been a stalker of ur blog since months ago =) got to know u from sembangkomputer. been staking there in a good way too. hehe. salam kenal kembali =) thanks for dropping by in my world.

    Reply

  8. Ayesha says on :

    Salam Kak Ngah~ Seronok bace blog Kak Ngah since balik Malaysia nie. Hu Hu… Best la dia dah kat Malaysia 🙁 Hmm…AP yer?!? I wonder~

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah sarah..bukan setakat jemput tau, nak tiket sekali..nak bg tiket tak??? kalo bg, nnt bleh datang majlis2 3 themes..hahahah..gediks
    hehehe..dah sekian lame baru nak jumpe doctor. sigh..teruk la budak medic neh kan..sakit suke disimpan n dimanje2..

    Reply

  10. faisal says on :

    Slm sarah,
    amboi2 sarah, bizinye dia..:) emm bestnye ada org kenal dan dapat ubat free lagi tu,heh..:) seronok je bila tengok member2 sume dah ada kehidupan masing2 dan berjaya jadi org kan sarah..*smile..ehem, Abang Pujaan??!!! wah wah..kemain lagi sarah ek,hahahahaa..

    Emm, skrg ni bizi banget..enggak bisa melawat selalu, moga sihat2 ya..:)

    Reply

  11. Hasrul Halid says on :

    wahhh! udah sampei Malaya ghupanya….!

    Reply

  12. hantu_siang says on :

    salam…
    soalan cepu emas…
    “betol ke seorg lelaki bidang profesional lain tidak suka nak beristerikan seorg doc pempuan?” 🙂 -hantu siang-

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam,

    dulu saya pernah berkawan dgn soerg dr..dan saya lawyer.tp x lama.

    anyway,interesting friendship.

    -anonym-

    Reply

  14. nOnnie_sayang says on :

    1) ada betulnya jg kata ks tu kan? sepupu akak doc tp kawen ngan accountant. sorang tu lawyer dan kawen ngan lawyer. anyway siapa pn jodoh kita tak kisahlah, as long as orgnya baik, btanggungjwb, tetap iman dan mampu bimbing kita dan famili.

    2) so, pasni doc sarah kena duty di temerloh lh sbb nk take care of dr rama dan auntie devi. besar harapannya tu, besar juga tanggungjwb. moga berjaya!

    3) AP tu dh nak kawen ye? Tahniah. ks kena sabar sbb ada hikmahnya itu bukan jodoh ks. ramai lg jejaka kt luar yg tunggu ks abis study, silap2 ari ni turun flight, esok rombongan meminang smpi!

    Reply

  15. cikgu jawe says on :

    wah wah sarah nih. merayau seantero temerloh bagai nak melepas rindu yang teramat. hik hik.. lagi2 terjumpa pula ghodong lama.

    dh reset ke masa tidur dn jaga awak?

    hehe.. pssstttt.. tak teringat ke rumah awak kt rusia tuh. hihi

    Reply

  16. a.s.h.a.r says on :

    AP…

    terkenang pula zaman budak2
    Doc pula
    Hospital Temerloh pulak..

    ish..ish
    blog awak ni betullah
    “memudakan kembali”

    Reply

  17. hafiz238 says on :

    first time dengar istilah ghodong@rodong….

    dalam batch sendiri, ada ramai doktor lelaki yang berkahwin dengan doktor perempuan. Kebanyakan mereka dari Kolej Mara Banting dan ada di antara mereka sudah bercinta sejak dari zaman KMB lagi.Mungkin dah tiba jodoh mereka kot.

    anyway, kalau ada masa, sila lah jawab tag ni yer.

    I hope that you will be able to enjoy your holiday in Malaysia 🙂

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    ayesha:
    how i miss u n ur family very much! u’ll be here by 17th rite? by then, u’ll hv the same feeling as mine dear =) AP.. hehe. ur mum knows alot abt him. i always get free lecture from ur mum; my mentor n my idol =)

    Izu:
    sy bdk yg tgh belajar lg tau. nak kita support tiket dia plak. tak aci sugguh ni. patutnya awk kena sponsor sedulang dua hantaran. hahaha :p sy dh check wkt di moscow tp tak dpt nak bg apa2 diagnosis. since all my records ada dgn dr. rama, so, bru sy tau apa yg terjadi. well, as i expected… insya Allah esk akan ke lab. ada mcm2 kena buat. btw, awk knp izu? sakit?

    Faisal:
    kesian awk ye. tgh bizi ye skrg ni. takpe acai. siapkan dulu semuanya. nnti kan nak dating. muahaha :p tu la acai. diorg semua dh berjaya jd org dh. awk pn dh jd org dh :p abg pujaan tu cerita zaman bdk2 dulu je tu. hehe 🙂

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Hasrul:
    haah. dh sampai seminggu 🙂 sy nak balik penang hujung bulan ni kot. hehe. pasembur 1! =)

    Hantu Siang:
    Jawapan sy: biasanya ye mcm tu la. setakat yg sy dgr kwn2 bercerita, diorg prefer cikgu 🙂 tp sy tak maksudkn semua. ada je lg yg boleh menerima isteri diorg ada profession yg sibuk.

    Anonym:
    salam. oh. menarik 🙂 terima kasih sudi berkongsi cerita. erm, tp knp tak sampai ke akhirnya ye?

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Nonnie:
    1) sy buat teori tu berdasarkn apa yg sy nampak je kak. hehe. sy tau x semuanya mcm tu kan. cuma mungkin kebetulan dlm skop kehidupan sy ni, sy jumpa kes2 yg mcm ni. n kebetulan sepupu2 akak termasuk dlm teor sy ni 🙂
    2) dulu sy rasa mcm taknak di hodp temerloh. tp pg td sy ke hosp. sy rasa, sy syg tempt sy ni. dulu wkt praktikal di sana sebulan selama 2 thn, sy rasa best n diterima ramai. tgk la mcm mana nnti 🙂
    3) alaa kak nonnie.. sy x kesah pn sbnarnya. mmh dh itu yg terbaik utk dia kan. sy kenal tunangnya. very sweet n beautiful 🙂 suka sy tgk mukanya 🙂 hoho. akak ni memandai2 je la yek :p

    Cikgu Jawe:
    bukan la 1 bandar sy berjln. dekat je jarak2 tmpt2 yg sy pegi tu. hehe. huhu. sy x teringat langsung pdl rmh tu! :p

    Bro Ashar:
    hehe. memudakan bro kembali ye =) psl cita2 dulu2, psl ayah bro di hosp tu. hehe. td sy bru ke hosp. bawak tok sy ke sana. ada appointment.

    Hafiz:
    itu la. kwn2 sy yg doc kawin dgn doc biasanya semua yg dh kenal wkt belajar sama2 lg. then decide utk kawin terus drpd lama2 bercinta. mcm kes yg awk ckp tu la. mcm dh kenal di KMB la. n a few aother places. sat lg sy tgk tagnya. insya Allah klu xde aral sy buat mlm nnti. hehe.

    Reply

  21. Ainul Arina says on :

    salam ks.. semangat betul jumpa ghodong lama ek.. mesti seronok..! habis terkeluar crita lama-lama la tu.. huhu.. cerita AP kluar lagi nampaknyer.. T_T..ks pegi amik anas je la ganti AP..^_^ pakej suda lengkap kan katanya?? hehehe…btw, teori ks tu cm betul gak la.. keliling saya pun ramai cmtu.. tapi selalunya partner doctor sama doctor ni dia cop awal-awal sejak studi.. ks bila lagi..? tinggal setahun je nih.. hahahah… nak tau, kalau kat sini kan, ramai buat promosi doctor-ustaz/ah.. ramai gak yg suka… tapi setakat belum ada yang real-real lagi.. hehe.. saya mcm mana la nanti agaknyer?? opss..

    Reply

  22. a.s.h.a.r says on :

    berceritalah lagi
    zaman kanak-kanak
    di awal 80-an dan 90-an

    penceritaan yang menghidupkan
    kembali pada asas kita

    kekadang bila kita semakin tua
    semakin lupa asas kita
    asas itu akan mengembalikan
    kita pada diri kita

    kenangan terindah…

    Reply

  23. akak says on :

    Salam. Sarah tak sihat ke?..atau saje wat check up biase je.. Hopefully takde yang tak ok..Akak pun akhir bulan nie ade appointment jgk ngan doc. mmm..

    Reply

  24. myfisol says on :

    salam sarah,

    tiba2 rindu pula dengan ghodong2 lama bro…walaupun sekarang menetap di negeri sendiri, tapi ramai yang telah berkelana ke serata ceruk..pelik kan!, agaknya kita akan menjadi lebih berjaya di negeri orang..

    Reply

  25. future surveyor says on :

    salam..
    saya pun ada gak kwn ngan bdk medic yg bkl bergelar doc..
    sekali jer jumpa, pastu agak2 dlm setahun, mcm dah loose connection jer..
    x kisah kot..maybe dia x senang kwn ngan saya, iye la bkl doc mn le nak kwn ngan bdk dip engineering..uhuhu..
    btw, mmg best la kwn ngan dia.

    Reply

  26. web ressource says on :

    I appreciate, lead to I found just what I was looking for.
    You have ended my 4 day long hunt! God Bless you man.
    Have a nice day. Bye

    Reply

Leave a Reply