Nostalgia Kecil-kecil Dulu

Assalamualaikum wbt

Sejak malam semalam, selepas makan malam, saya menyelongkar album-album lama untuk melihat semula gambar-gambar sewaktu kecil. Gembiranya hati. Banyak khazanah lama yang saya jumpa. Tapi yang sedihnya, gambar saya sewakti bayi tersangatlah sedikit. Sebenarnya nak je saya kata tiada langsung tapi siang tadi saya meneruskan pencarian gambar-gambar itu, akhirnya saya terjumpalah sekeping dua gambar ketika bayi. Yang banyaknya ialah gambar Kaklong. Saya mengomel-ngomel pada Mak Tam. Banyaknya gambar Kaklong ye. Gambar umur baru berapa hari. Gambar baru pandai meniarap. Gambar baru pandai merangkak. Gambar baru mula menapak. Gambar dengan buah petola yang jauh lebih panjang darinya. Gambar dia pandu lori. Gambar dia menyapu sampah (sapuan yang pertama agaknya) dan bermaca-macam aksi lagilah. Teori yang ada dalam kepala saya ialah: Anak sulung. Rasa berkobar-kobar untuk melihat anak itu membesar semestinya lebih lagi berbanding anak yang seterusnya kan. Tapi memang Kaklong tersangat comel. Saya rasa, jika saya ini orang luar dan terlihatkan Kaklong ketika kecil, saya dengan jujurnya akan mengatakan budak itu comel. Geram saya tengok pipi dan mata Kaklong. Rasa nak cubit-cubit je. Tapi kasihan saya tau. Memang gambar saya sikit sangat sewaktu bayi. Saya jumpa 2 saja. Rasa nak nangis je tau. Huhu.

Pagi tadi emak ke sekolah. Ada mesyuarat agung PIBG. Malam semalam saya tidak tidur sepicing pun. Memang tak boleh lelap. Sudahnya, selepas emak bertolak, saya terus beroperasi mengemas rumah secara besar-besaran. Termasuklah beroperasi di laci album-album lama ini. Dan ini hasilnya yang saya dapat kutip! Bersungguh saya scan gambar-gambar ni semua setelah selesai mengemas =)

Ini gambar saya berumur 2-3 bulan. Cuba lihat pandangan mata Kaklong terhadap bayi kecil molek itu? Bagaikan hendak menerkam bayi tu je kan? Entah-entah, saya menangis dibuat dek Kaklong kot. Huhu~

Ini ketika saya berumur 2 tahun 1 hari :p Yang kecil itu adalah Nan. Cuba lihat apa yang saya sedang lakukan. Kenakalan saya mengacau budak-budak sudah terserlah sejak kecil lagi rupanya. Hakhak =)

Saya seakan masih ingat suasana ini. Sedangkan waktu itu saya baru berumur 2 tahun lebih. Emak siapkan saya dan Kaklong di awal pagi kerana hendak bertolak ke majlis konvo ayah. Terasa bertuah dapat lihat ayah sendiri konvo waktu masih kecil lagi. Hehe. Ada satu gambar yang lain, Kaklong memakai topi konvo ayah dan memegang scroll ijazah itu. Tadi petang, saya tanya emak. Kenapa gambar saya tiada? Kata emak, saya yang tidak mahu. Adui. Rugi betul. Kalau tak, mesti saya ada gambar yang sama macam Kaklong. *ada unsur-unsur cemburu di sini* :p

Ini gambar di pagi raya kedua. Saya masih ingat suasana pagi raya ketika kecil-kecil dulu. Biasanya hari pertama kami berbaju kurung dan hari kedua kami akan dipakaikan sepersalinan mexi atau t-shirt begini. Cuba tengok kasut kami. Ini kasut favourite kami waktu kecil dulu tau. Saya rasa sampai umur 6 tahun saya suka memakai model kasut yang begitu. Dan rambut saya pula. Hahaha. Rambut cendawan! (Farah Ramlee, ni lah yang Kak Ngah cerita mushroom head waktu kecik-kecik tu. Sama macam kamu jugak kan. Hehehe.)

Inilah Nan, Kaklong dan saya. Kami bertiga sempat membesar bersama untuk jangka yang lama sebelum Lan lahir. Jadi, kami bertiga sangat rapat sehingga kini. Biasanya inilah ‘uniform’ kami di pagi raya. Sedondon je 3 beradik. Tudung memang wajib. Muka Kaklong memang tak berubah sehingga kini. Saya pula, hanya mata yang kekal sama sehingga sekarang. Tengok mata pun boleh cam itu saya. Tapi muka saya jauh berubah. Mungkin kerana dulu saya pernah terbakar (1993). Nan pula sejak kecil mukanya macam anak Mat Saleh sesat. Dia terkena genetik itu kot. Tapi semakin membesar, semakin Melayu mukanya. Huhu. (Farah Ramlee, awak sangat untung tau. Nanti anak awak dapat la kot genetik mixed Nan tu. Mesti comel gabungan Ayuni dan Nan. Huhu) :p

Saya dan Kaklong selalu memakai Mexi sewaktu kecil dulu. Jubah yang bercoraklah kiranya. Tok yang jahitkan untuk kami. Seingat saya, saya tidak pernah ada skirt pendek kecuali sehelai yang Tok belikan untuk kesemua cucu perempuannya ketika itu sewaktu pulang dari Mekah. Lain-lain, biasanya saya gemar bermexi dan berseluar track. Ketika ini saya berumur 4 tahun. Lokasi saya dan Kaklong berdiri inilah tempat di mana tumbuhnya Pokok Semarak di depan rumah Tok dan di situlah adanya buai yang selalu saya naiki itu =)

Gambar yang akhir ini, masih ingat saya cerita waktu Hari Graduasi Tadika, saya membaca Al-Quran untuk majlis pembukaan dengan tersekat-sekat seperti radio rosak? Haa…! Inilah gambarnya. Cuba tengok orang kat meja di tepi tu. Jahatnya. Dia gelakkan saya! Nak nangis!!!
Huhu. Entri ini ada berbaur cemburu pada Kaklong kan :p Tidak sebenarnya. Saya tak cemburu langsung. Sebenarnya saya sangat tak sabar menunggu siang kerana hari ini Kaklong akan balik ke rumah! Saya dapat berjumpa dengan my other half ini!!!

Kesimpulan entri ini ialah, saya sangat bulat waktu kecil dulu (~~,)v

21 Responses to “Nostalgia Kecil-kecil Dulu”

  1. nadia yuna says on :

    salam sarah.
    wah wah wah. Habislah dipunggah album ya? macam-macam sarah ni tao! Nadia dapat bayangkan, mesti sarah tersenyum-senyum time belek-belek album tu kan? Kalao rakam comfirm best neh! aisshhh. Napela iman tak rakam. hohoho =p

    ** sarah, gambaq pagi raya tu sarah kelihatan sangat comel. Rasa cam nak cubit pipi tu. Pastu sgt geram tao tengok mata yang bulat! hehehe (^.^)

    Reply

  2. Ejalz says on :

    itu bulat ke sarah… takde pun.. biasa jek tengok.. kalau itu consider bulat, sekarang macamana la agaknya… hehe..
    tapi syok kan.. kalau punggah2 rumah then jumpa gambar lama.. nostalgia betul..pas tu senyum-sengih sorang-sorang…

    Reply

  3. Farah Ramlee says on :

    Ya allah!! Comelnya korang semua…ee…nan tu comel ek kecik-kecik..huhuh!~! Memang betul kata kak ngah, fashion rambut mushroom tu mmg popular dulu. heheh! tak per, terserlah kecomelan kita kan kak ngak kan?? hahah…

    Farah dgn kakak Farah dulu pun selalu je pakai maxi kain sama, corak sama. Sampai kakak Farah boring sbb semua sama macam dia..heheh….

    Reply

  4. hantu_siang says on :

    salam..
    awk sungguh comel masa kecil..skrg awk cantik….dari comel kepada cantik..saya suka rambut awk cam cendawan tu..heheh…saya tahu awk syg kak long awk so cemburu sikit2 tak pe…ianya merapatkan lagi awk dengan kak long awk…awk sendiri kata kan “my other half”…-hantu siang-

    Reply

  5. hafiz238 says on :

    rasanya betul juga teori tu. kebiasaannya anak sulong ada lebih banyak gambar daripada anak no 2, 3 dan seterusnya.

    lepas ni, kalau ada masa pun nak letak gambar masa kecil juga lah camni 🙂

    Reply

  6. sang rama-rama says on :

    salam kak sarah….

    hmmm samalah kita…gambar dla masa kecik2 pun sikit, berbanding ngan kaklong dla…hihi…

    tengok2 gmbr kak sarah ngan kaklong kak sarah ni ingat plak dla ngan kaklong dla…selalu amik gmbr dua2 camtu…seronok tgk2 balik…(“,)

    Reply

  7. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua 🙂

    Nadia:
    sy x senyum sorg2 pn time tu tau. muncung panjang ada la. sbb jenuh sy cari gmbr sy wkt baby tp takde. sedihnya tau. nasib baik mak ayah x de kt rmh wkt tu. klu x, misti diorg tau sy kecik hati. huhu. yg ada cuma maktam sy je. dia dtg bawak iman main2 sambil borak2 dgn sy. pd mak tam la sy luah apa sy rasa. hehe. tp x pe la. sy yakin teori sy tu betul. hehe. adat la kan anak sulung kita excited skit nak tgk perkembangan pembesaran dia kan :p huhu. gmbr pg raya yg mana satu nadia? yg berdua atau yg bertiga? hehe. mata sy mmg bulat dr dulu. x ubah smpai skrg :p

    Kak Ejalz:
    betul kak ejalz. tu bulat la tu. muka sy mcm pau yg masak dgn penuh gebunya! tu perumpamaannya tau. hoho. cuma badan x la bulat mana. bulat muka tu la. tu sbb skrg pun bulat! hehe.

    Farah:
    my SIL =) kan kan kan. comel kan kitorg kn. tp awk kena tgk nan lg baby dr tu. mmg comel abis la. mmg anak mat saleh tu gaya sgt la. huhu. rambut cendawan tu mmg famous time tu kot. nanti ada anak sndiri pun kak ngah nak teruskn buat camtu kt diorg. hoho. biar diorg plak dipanggil mushroom head. PENYAKIT KETURUNAN =)

    Reply

  8. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hantu Siang:
    Alamak HS. awk buat sy malu la plak. comel kecik2 tu ye la kot :p huhu. tp cantik skrg ni tu sgt la salah tu. rambut cendawan tu mmg akan mencomelkan muka bdk2 kan 😀 hihi. nnti sy nak buat camtu kt ank sy. hohoho. sy mmg syg sgt kt kaklong sy! dia ada kt tepi sy ni.

    Hafiz:
    ye hafiz. cepat letak jgk. nak tgk jgk! hehehe. sy rasa teori ni relevan utk diterima akal yg rasional kan. taktik menutup unsur cemburu :p hehe~

    Dila:
    akak ada baca cerita dila psl kaklong dila d blog tu. wan nurul aina kan namanya. akak rasa mmg lumrah la anak sulung lebih diberi perhatian lepas dia lahir kan. sbb mak ayah kita tgh excited nak tgk anak tu membesar. kiranya, mak ayah kita tgh rasa ajaib lg dgn kehadiran baby ni kn. hehehe. psl bab baju ni lg 1. klu dh berderet je dekat umur anak pmpuan tu, misti baju pun sepesen je semua kan. senang cite. kain beli sekali, buat utk 2 org terus. huhu~

    Reply

  9. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    BuLaT BuLaT BuLaT BuLaT BuLaT BuLaT

    Reply

  10. nadia yuna says on :

    alalala.. sedih la plak. =)
    takpalah, dah ada anak sendiri nanti. jangan lupa rakam gambaq depa sama banyak. jangan dilupa org tengah2 mcm ‘kita’ ni. huhu. nampak tak nampak je bila jadi yg tengah2. =)

    ** gambaq bertiga tu. comel sungguh! suka pipi ngn mata. =)

    Reply

  11. Inah says on :

    salam sarah..maaf lama x berkunjung..sibuk skit..

    sarah sgt comel waktu kecik..sampei skrg pun..tapi ade fakta yg betul disebutkan..dulu sarah bulat..sekarang mcm x cukup makan je 🙁

    stress ke?

    bila mau date ? 🙂

    Reply

  12. nurul iman says on :

    Best kan tgk gmbar dulu2.ms blik kg smlm..dpt tgk gmbar ms kecik2 ngn arwah atuk dlm album mak cik. =( semua yang berlalu..tetap akan dikenang,pahit manis kehidupan.

    Reply

  13. Nisa dearie says on :

    hoho, tak dinafikan kaklong2 mmg beruntung, 1 album penuh pic sya dari lahir sampai 2 tahun =)

    ur last post, longhat temerloh..
    huhu, mmg sya tuli sket longhat2 nie, gebar pun taktau dulu, igt lagi awak, kaklong, nan, and abah menggelakkan sya dgn bersungguh2…dari cherating sampai ke umah makde, sampai balik ke serdang semula masih diejek abah…

    Reply

  14. akak says on :

    comelnya ..mmm..bulatnya mata dia..hehehe. Bestkan bila ingat balik masa budak² dulu. Akak memang suka tengok gambar² lama..macam² gelagat dapat tengok masa kita kecik dulu. Akak takde kakak & adik pompuan jadi uniform raya akak akan sama dengan sepupu². Tiga orang sekaligus.:D

    Reply

  15. nOnnie_sayang says on :

    salam ks.. mmg kak long ks cute sangat.. x terkira sukanya melihat matanya yang memandang ks sedang nangis tu.. macam nak menelan mangsa jer.. huhuhuhu.. anyway suka gambar ks ngan kak long pakai jeans and shirt. muka ks bulat dan tembam gitu.. cuba balik ke msia ni makan byk skit, bleh tembamkan pipi tu semula.. mesti ramai orang rela nak cubit2..

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    tak kesah pun. bulat tu comel.lalala~

    Nadia:
    oh. anak sndiri nanti, setiap sorg ada album khas masing2 =) yg sulung ke, yg tengah ke, yg ke6 ke (upsss!), yg bongsu ke, semua sama je =) hihi. huu.. ramaila yg notice mata bulat tu yek :p

    Kak Inah:
    aaa… mana ada sy tak cukup makannya. cukup je tau! dah terlebih-lebih lg tu :p nibalik duk rmh ni lg la. makanan asyik byk je ada atas meja tu. huhu 😉

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nurul Iman:
    betul. mmg best dpt belek2 semula gambar2 lama. esply yg dgn tok nenek, sepupu2 semua kan. betul tu iman. ni la pahit manis kehidupan 🙂

    Nisa Dearie:
    tu la. awk, kaklong siti, dayah, ayesha n mirul semua sama je. semua ada personal album wkt kecik2. sayangnya yg dayah terbakar wkt rmh tok terbakar dulu. tp still ada byk lg termasuk gmbr2 dia yg di rmh ngah ni. huuu. yg pasal gebar tu kan sya, mmg sampai hari ni ngah ingt. n ngah ingt 1 benda lg. yg arwah cik suka buat wkt kita di cherating tu. sampai skrg ngah x lupa… 🙁

    Akak:
    tu la kan. gmbr kecik2 ni mmg best. hihik. ooo.. so, borai la akak dgn 2 org lg sepupu tu ye. mesti sgt comel. sy suka tgk bdk2 pakai baju sama. mcm kenbar je. hehe

    Kak Nonnie:
    Aaaa.. kak nonnie jahat tau. klu skrg sy tembam mcm kecik2 dulu, mana ada org suka cubitnya. kena ejek ada la. huhu. td mak sy tgk smula gmbr kaklong ni. dia pun gelak je n kata mmg muka kaklong mcm nak terkam sy je. huhu.

    Reply

  18. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    eiii…nak menang gak tuhhh..
    memang betul la budak neh.

    Reply

  19. hafiz238 says on :

    not sure whether you will read this comment or not,

    but just to tell you I have put up my childhood pictures 🙂

    Reply

  20. dragon city says on :

    I read this paragraph fully on the topic of the comparison of hottest and earlier technologies, it’s amazing article.

    Reply

  21. packers and movers in delhi/ncr says on :

    Every weekend i used to go to see this web site, as i wish for
    enjoyment, as this this website conations actually good
    funny information too.

    Reply

Leave a Reply