Menjadi Nakal

Assalamualaikum wbt

Kelmarin kan saya dikenakan dek Iman dengan memanggil saya Tok. Nak tahu bagaimana saya mengenakannya semula?

Rumah saya di atas bukit. Ada empat buah rumah saja di atas bukit ini. Rumah saya, Tok, Tok Cik dan sebuah rumah emak saudara. Bagi saya dan Kaklong, kami tidak perlu bertudung di atas kawasan rumah kami ini kerana semua lelaki yang ada adalah muhrim. Kebetulan adik saya semua lelaki dan Ayah Tam pula adalah adik emak saya. Kecualilah jika ada adik saudara yang sudah besar di rumah emak saudara di sebelah rumah Tok itu. Kimi namanya. Tapi kebiasaannya Kimi tiada di rumah. Lainlah kalau mahu duduk-duduk di buaian. Wajib bertudung. Dari buai itu, boleh dilihat oleh kenderaan yang lalu-lalang di bawah.

Kebetulan petang semalam saya ke rumah Tok hanya berbaju kurung, tidak bertudung. Apabila hendak balik untuk solat Asar untuk keluar dengan emak, saya lihat ada kereta di hadapan rumah emak saudara di sebelah itu. Rupanya Ayah Su saya ada balik. Sepupu emak. Jadi saya masuk semula ke dalam rumah Tok dan meminjam tudung Hidayah. Ketika itu, Iman sedang berdiri di penghadang pintu tempat saya hendak keluar. Memang menjadi kebiasaan dia akan didukung keluar setiap petang. Sebaik melihat saya bertudung, dia mendepangkan tangan minta didukung.

Saya pun apa lagi. Menghulurkan tangan untuk mendukungnya. Tapi acah saja. Apabila dia hendak mencapai tangan saya, saya menarik semula tangan saya. Dua kali saya buat begitu. Dia mencebik mahu menangis. Ha… Tu lah. Panggil lagi Kak Ngah awak ni Tok. Kan dah tak dapat dukung. Huhuhu.

Sekian dari saya yang nakal :p

15 Responses to “Menjadi Nakal”

  1. nadia yuna says on :

    sarah nakal!
    sarah nakal!
    sarah nakal!

    heheheh

    sabo je le ek! =p

    nadia pnah juge geram kt budak
    terutama kekanak comel yg sombong2
    org ajak maen tamo!
    nadia geram sgt.. nadia cubit pipi dia.. pastu lari wat tak tahu je
    nnti die nangis2..

    =p

    da lama x buat ni (^.~)

    ** tp seronok kan ade budak2.. aisshhh.. teringin nak budak nih.. hohoho =p

    Reply

  2. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    at last, kamu mengaku kamu nakal..
    cube refer comment entri yg mane ntah ade org tu mendeny dirinye nakal, sebaliknye mengatakan org lain…

    jadi, sedar2la wahai sarah…
    eh awak tak bising ke panas?
    mama yg dok doha tu td die bising panas kat msia..aiyoo…kelakarr la plakkk

    Reply

  3. akak says on :

    ish..ish..memang nakal la kak ngah si iman nie. Takpe la..kasi can kat kak ngah dia, balik sekali-sekala je.. 😛

    Reply

  4. ALucard says on :

    kekeke.. so sweet…

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    awk mcm kakak sy. cubit pipt budak yg tembam2 ni then pergi mcm tu je. sian la kat budak tu nanges sorg2. hehe. haa.. kalau mahu budak cepat, kawin la. hukhuk. org jauh tak balik ke cuti ni nadia? *lariiii

    Izu:
    hehe. ye. kadang2 sy ni nakal jgk. hikkss *wink* oh. sy tak mengeluh pun psl cuaca. sy suka cuaca panas lembap mcm ni. kulit jd elok je. takyah pakai moisturizer pn tau. kulit selembut kulit bayi. muahahah :p

    Akak:
    tu la kan. kasi can la kat sy ngada2 kan. hihik :p

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alucard:
    heheh. nakal sebenarnya :p bukan sweet dh 😉

    Reply

  7. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    gediks + nakal = ?

    Reply

  8. nadia yuna says on :

    hah! saya mmg mao kawen ni..
    tp xdak fulus.. huhu..
    lgpon kasik la chance ‘doc’ saya simpan duet dulu.. =p

    ** cik sarah, ktorg x pnah jumpe tao. kenal dari alam maya ni sahaja. about 2 years, =).. if dia balik nnti, mesti dub dab dub dab jantong neh! heheh.

    Reply

  9. faisal says on :

    hahahahaa, nakal betul awk ni sarah ye..nnti dia akan ingat sampai besar tau,heheheh..kalau sy jadi iman sy kejar awk suh dukung jugak,hahahahaha..pas dapat dukung sy panggil awk tok sarah lagi,kikiki

    Reply

  10. Ainul Arina says on :

    agaknyer kan, pasni iman tu dia tukar pulak dia punya persepsi… “kak ngah ni bukan atok.. tapi dia baby.. lagi dasyat dr iman… ” hahahaha… mode kanak-kanak sudh muncul dlm ks… ^_^

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    gediks?? sapekah. lalala. x penah kenal org gediks :p

    Nadia:
    oh. bagus2. klu sy pun fikir mcm tu jgk. simpan duit dulu kan =) komen lain, dh reply kt blog awk. x leh reply kt sini. hoho :p

    Faisal:
    nasib baik la iman tu tak fikir mcm awk fikir acai. nnti klu awk dh ada anak, misti nakal mcm awk skrg! lariiiii!

    Ainul:
    heheh. bila lg nak bersuka ria jd riang ria muda remaja. misti la kt rmh kn. kt moscow, ks ni dh dikira tua :p huhu~

    Reply

  12. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sometimes people wont noticed their ownself.. lalala

    takdela..sakat jer..jgn nangis yerr…taula kuat nangis.

    Reply

  13. nOnnie_sayang says on :

    adoi.. apa sangatlah salah budak kecik sorang itu sampaikan ngangah nya menyakat sedemikian ghupa??? heheh.. but sometime siok juga kenakan budak kecik sbb tau dorg sure tak bleh balas balik.. cam anak akak, slalu kena bully ngan mamanya.. kah kah kah…

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    mana ada sy kuat nangis tau! 🙁 sedih… amy, tgk izu ni! 🙁

    Kak Nonnie:
    myb kak nonnie terlepas entri hri tu kot. iman ni yg sakat sy dulu. hihi. aa.. akak sakat anak akak sndiri ye. waa.. mama yg rock! huhu

    Reply

  15. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    almost nangis la tuh…alallala

    Reply

Leave a Reply