Selamat Hari Lahir Ayah

Assalamualaikum wbt

Saya teringat satu masa dahulu ketika saya di tahun pertama di sini, saya mendapat SMS dari ayah mengatakan mereka semua sedang dalam perjalanan balik ke Penang. Saya bertanya kenapa tiba-tiba saja balik kampung. Ayah menjawab: Saja cuti-cuti Malaysia. 1-0 saya terkena. Setahun yang lalu, saya ada menulis entri tentang Bahasa Pahang. Saya ada menyebut tentang ayah yang bermata coklat. Di ruang komen ayah menulis: Yang sebenaqnya mata ayah ni asalnya warna biru. Tapi lama kelamaan, due to overheating dia jadi coklat. Aduh. 2-0 sudah. Selalu saja kami semua terkena dengan lawak ayah. Malah, bukan saja kami adik beradik. Kawan-kawan baik adik saya juga selalu terkena dengan lawak ayah dalam bentuk komen di blog mereka.

Tapi ayah pernah kalah sekali kepada kami. Sedang ayah bercerita kisah Nabi Muhammad dengan kaum Quraisy di pintu Gua Thur kepada Adi dan Adam sebelum mereka tidur suatu waktu dulu, ayah bertanya mereka berdua sekadar menguji pengetahuan mereka apalah agak-agaknya yang terjadi di muka pintu gua itu. Tanpa diduga, Adam menjawab: Diorang bagi salam dan jerit “Tokcik, orang datang nak beli kat kedai ni”. Tok Cik merupakan nenek saudara kami yang suatu masa dulu mempunyai kedai runcit. Selalu saja kami sampai di muka pintu kedai dan jika ia tutup, kami akan melaung begitu memanggilnya. Terkena ayah pada malam itu. 1-0 buat ayah. Habis satu rumah berair mata tergelak.

Inilah ayah saya. En. Mohd Shukor Haji Mahamud. Tidak sah jika tidak mengenakan kami semua. Hari ini 14 Mei. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke-48. Ayah, Selamat Hari Lahir. Semoga ayah dipanjangkan umur untuk melihat dan menikmati kesenangan yang kami semua akan berikan pada ayah pula nanti. Terima kasih kerana telah membesarkan kami dengan sebaiknya. Semoga ayah dalam redha-Nya selalu, di dunia dan akhirat. Kami sayangkan ayah!

Buat emak pula, Puan Noor Azimah Kamaruddin, Selamat Hari Guru. Semoga jasa emak mendidik kami dan pelajar-pelajar yang lain akan diberkati Allah dan menjadi saham terbaik buat emak di akhirat nanti. Kami sayangkan emak!

“All my children should be strong to undertake loneliness, stress, no money situation, heart break and death. Everything happens as God wants it to happen and He knows best to put things in proper place” (SMS dari ayah, 2/11/05 -malam raya-)

“Kalau penat sangat, zikirlah dengan nada yang lembut lama-lama. Nanti penat akan hilang…” (Emak, Januari 2004 -persiapan exam Bioorganic Chemistry-)

Dan saya berpegang dengan kedua-dua nasihat ini sehingga ke hari ini…

23 Responses to “Selamat Hari Lahir Ayah”

  1. cikgu jawe says on :

    selamat hari lahir juga buat ayah sarah, En. Mohd Shukor Haji Mahamud. semoga dipanjangkan usia dn dimudahkan amalan.

    sejuk mata memandang mak bapa sarah. 🙂

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    ops! SELAMAT HARI GURU buat cikgu Puan Noor Azimah Kamaruddin dn Kak Long juga. sapa nama kak long eh?

    moga2 diberi kemudahan dn kekuatan oleh Allah juga mendidik anak bangsa.

    Reply

  3. faisal says on :

    slm sarah,

    inilah ibu bapa yg mencorak kain putih bernama sarah,hehehe..:) syabas untuk pakcik shukor dan makcik noor azimah..:) slamat hari lahir untuk ayah sarah dan selamat hari guru buat emak sarah…smoga mereka diberikan kesihatan yang baik sentiasa..dan seterusnya dapat menimang cucu dari anak dia yang bernama sarah ini tidak lama lagi,kikikiki…*larrikkkk..

    *pakcik, anak pakcik dah besar ni..dah boleh kahwin,hehehe..

    Reply

  4. alya says on :

    salam sarah,semuga keberkatan sentiasa mengiringi ibu n ayah serta seisi keluarga..selamat hari lahir buat pakcik shukor dan selamat hari guru buat makcik azimah

    Reply

  5. one says on :

    Salam..
    salam ulang tahun buat cik shukor,salam hari guru cikgu(x ingat le ntah ustazah ke)azimah,segala kebaikan dunia dan akhirat buat keduanya.
    sungguh tenang, kan Sarah
    🙂

    Reply

  6. Mak Su says on :

    hepi besday ayah, dan selamat hari guru dan selamat hari ibu untuk mak

    Reply

  7. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Selamat ulangtahun buat Ayah Sarah(Pakcik Encem la)hehehe…juga selamat Hari Guru buat Ibu Sarah yang sgt tenang wajahnya…

    Reply

  8. Aleeya says on :

    Salaam sarah,
    lama tak sembang, rindu ngan sarah
    sihat ker?
    selamat hari lahir jua buat ayah sarah, emsem le ayah sarah he he

    tak lama nak balik sini kan
    ok take care
    keep in touch ya
    miss you..

    Reply

  9. fathiyyah says on :

    selamat hari lahir utk ayah kak sarah..n selamat hari guru untk mak akak n kak long akak.. lahirnya kak sarah yg sy kagum dr mereka…
    kak,take care!

    Reply

  10. Liyana says on :

    salam:
    huhu…hppy besday to ayh ngah…n hppy teachers day to mak ngah n mak de n ayh de…heheh

    *cam klaka lak pggil mak sndri–mak de–n ayh sndri–ayah de–*

    Reply

  11. "sishoney" says on :

    salam sarah,

    selamat hari lahir buat ayah sarah.semoga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki.sarah…muka sarah macam ayah sarah la… :).wah SMS itu sememangnya hebat sarahhhh.tahniah buat ibu bapa sarah

    Reply

  12. drbubbles says on :

    cikgu jawe,

    langkah mayat orang (bukan saya)dulu kalau nak sebut nama kak long si sarah ni kuat-kuat…hehehehehe…

    Reply

  13. Anonymous says on :

    salam.yes,hj shukor is a wonderful father and he is wonderful & loyal friend of mind.i knew him for the past 18 years and i know your mother,i call her Kak Noor since i`m just a little kid.she used to teach in Chenor with my father.i remember this one old photo taken during hari Guru SMVP chenor whereby your mother was wearing huge glasses (which is in fashion nowadays).she was very `ranggi’.[kak noor,kalau kak noor baca so sorry to pecah rahsia :)].lets me try to locate the photo,scan & forward to u.
    your father has,i might say,a radical way of thinking.he always surprise me with his opinion and view and 1 thing i notice and admire most is he always cool/calm/kepala dingin and collected when we face a problem.he always come up with ideas/opinion to overcome the hurdle.to me he is a living example of a person who always think out side the box.he is not afraid to say his piece of mind and i agree with you,he is full of wits.
    i pray that hj shukor & Kak noor will always be bless by Him,long live & didalam kebahagian selalu.my family & i are proud to know them & very gratefull for the friendship & kindness.
    and to you,i know your father is very proud of you.thus,do study hard,take a great care.cheers.

    p/s.well,i do believe Chelsea shall beat ManU in Moscow.trust me comrade sarah,you better simpan duit to belanja us!hahahaha

    ahmad nizam
    lanai lestari

    Reply

  14. menteil says on :

    family ko sungguh bahagia..
    jeles aku..

    sronok aku membaca entri nie..

    Reply

  15. Anonymous says on :

    salam perkenalan

    Aburushd

    http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Cikgu Jawe:
    terima kasih cikgu. cikgu, bila baca komen ke2 tu, sy rasa nak gelak sungguh. sbb sbnarnya sy terlupa yg kakak sy pun cikgu! apa la sy ni :p namanya siti fatimah 🙂

    Acai:
    terima kasih acai. hep. sedap2 dia je ye. takde maknanya acai awk ckp gitu. sy kawin lambat sgt lg 😐

    Alya:
    terima kasih byk2 atas doa yg sempurna tu 🙂

    Oneib:
    terima kasih oneib. erk. mak sy bukan ustazah la oneib. oo.. mentang2 sbb dia tudung labuh, terus ustazah ye. hehe. dia english teacher n science teacher.

    Maksu:
    terima kasih maksu 🙂

    Reply

  17. Ibnu Asad says on :

    Salam ‘alaikum.

    1. Untuk Kak Sarah, terima kasih sebab melawat blog saya dan tinggalkan kesan tapak kaki.

    2. Untuk Tuan Mohd Shukor Haji Mahamud, selamat hari lahir saya ucapkan. Mudah-mudahan setiap bibit usia yang telah lalu dan yang mendatang, semuanya diberkati dan diredhai Allah.

    Amin.

    p/s:

    Kak Sarah, lagu Restumu IBU dan AYAH ni memang “ngam” dengan mood entri ni.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cinta:
    terima kasih byk2 cinta 🙂 hep hep. jgn puji ayah sy byk2. nanti ada je modal dia nak kata itu ini. puji mak takpe. kasi ayah jealous skit. hihik.

    Kak Aleeya:
    terima kasih byk kak aleeya. sorry kak aleeya. sy manyak bizi la skrg. huu.. tp tu la.. x lama dh nak balik. hehe. aduh. akak pun puji ayah sy juga. lain kali kena diam2 je. nnti dia ada modal berhujah!

    Thia:
    terima kasih byk2 thia. aish kamu ni. toksah la kagum2 dgn ks. cari la org lain. ks ni mcm apa je.. 🙁 study smart! exam dh dekat! =)

    Yana:
    terima kasih yana! selamat hari pensyarah utk makde n ayahde! hehe. keluarga kita keluarga pendidik. dari arwah tok abah smpai la ke kaklong siti! yuhuu =)

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sis Honey:
    terima kasih byk2 sis =) sy rasa, sepanjang hayat sy, sis la org 1st yg kata sy mcm muka ayah sy. huhu. biasanya semua kata sy mcm muka mak. kira ok jgk la ikut muka ayah kan. ada jugak org iktiraf sy ‘macho’ instead of ‘feminine’ :p

    Dr. Bubbles aka Bro Iskandar:
    hehehe. ada pulak gitu ye. by the way, nama kaklong sy siti fatimah. semua sepupu sepapat panggil dia kaklong siti. hehe.

    Bro Nizam:
    terima kasih byk2 =) actually, im attracted more to ur story abt emak. hehe. abt the glasses, it’s so true! mak mmg sgt bergaya back then. tak sangka plak yg emak pernah mengajar sekali dgn ayah bro. haaaa… abt the Chalsea thingy, wait n see ok. kita tgk siapa yg kena belanja siapa ye 🙂 apa2pun awal2 lg sy dh nak order KFC hot n spicy big barrel! :p

    Menteil:
    terima kasih menteil. nnti dh kawin, bertukla happy family ikut citarasa awk plak 😉 erk.. jgn asyik fikir bini no. 3 tu je eh. hehe

    Abu Rushd:
    salam taaruf 🙂

    Alif:
    1. ks dh 2minggu x bukak blog kamu. sorry ye alif. tgh membizikan diri dgn buku2 utk exam 😐
    2. terima kasih byk2 🙂 same goes to ur brother, alif farhan 🙂
    p/s: hehe. sengaja je ks match kan. ks minat nasyid ni!!

    Reply

  20. WanHidayat says on :

    Selamat hari lahir ayah…hehehehe…
    semoga ayah dipanjangkan usia dn sentiasa berada dalam redha Allah…amin… 🙂

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    ayah? hehe. terima kasih byk2 🙂

    Reply

  22. ytmz says on :

    oh termakan jerat, rupanya taktik ilusi, x ngape le tu, kira bakat jugak. hehe.

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Yasir:
    mlm td sy cite kt nan. dia suruh cakap mcm ni kt awk: “Anda terkena…. Bang Bang Boom!~” mahirkan ilmu mengkaji. mahu manuntut ilmukah? (^^,)v

    Reply

Leave a Reply