Kisah Cuti Hari #1

Assalamualaikum wbt

Ya Allah. Hendak menamatkan hari pertama cuti, terasa mati kutu betul. Hendak keluar tidak boleh. Sudahnya dari awal pagi saya hanya duduk-duduk di dalam bilik. Sungguh. Memang mati kutu. Selepas Zohor, saya sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat. Makan dah berkali-kali, senaman pun sudah, rehat pun sudah. Saya duduk-duduk membaca buku di atas katil. Sudahnya tertidur. Dalam tidur sempat bermimpi menyelamatkan seorang perempuan yang mengelar kedua belah tangannya. Darah memang penuh. Tidurnya tak lama mana pun tapi bila terjaga terasa amat penat kerana dalam mimpi tersebut, saya bersungguh-sungguh cuba menyelamatkannya. Kenapa saya selalu bermimpi yang ganas-ganas begini? Tapi seronok juga sebab saya sempat beramali dalam mimpi. Habis segala ilmu diguna pakai untuk menyelamatkannya. Pelik betul.

Selepas Asar, kami serumah bermain Saidina sehingga sebelum Maghrib. Maghrib hari semalam, semua pelajar perempuan Malaysia yang tinggal setingkat dengan kami berjemaah di rumah kami. Minggu hadapan di rumah Anna pula rasanya. Tazkirah hari ini, uhuk, Ustazah Sarah yang bertugas.

Sementara menanti untuk bertolak ke jamuan makan di rumah Ili, kami serumah bermain kotak beracun. Memang seronok. Tambahan pula, main bersama ahli rumah sendiri saja. Semuanya sudah saling mengenali dan tidak segan silu dengan denda-denda yang dikenakan.

Inilah antara makanan yang saya jamah sejak pagi lagi. Dimulai dengan keropok, jemput-jemput ikan bilis, makan nasi dengan ayam masak tomato dan sup sayur. Ketika di rumah Ili, ada ayam goreng, kentang, zapekanka (sejenis pai makanan tempatan), sushi, puding jagung, agar-agar dan karamel telur. Jadi, bagi sesiapa yang tahu berapa berat saya turun bulan lepas, jangan risau. Cuti 5 hari ini saya cukup yakin boleh mengembangbiakkan semula badan dengan jayanya.

Airnya pula air apa? Wajiblah bagi saya Nescafe panas. Dan di saat ini, saya sedang minum teh susu panas. Teh wangi dari Syria lagi tu. Jangan jealous ye =)

p/s: Bismillahirrahmanirrahim…

17 Responses to “Kisah Cuti Hari #1”

  1. Anonymous says on :

    salam. ahaa. cerita makan kembali menerjah nampaknya. abis la… 😛

    Reply

  2. khairilidham says on :

    ok,cuba untuk TAK jealous.pagi2 bangkit ni tengok makanan mesti lapar.

    Reply

  3. one says on :

    Salam
    nak sikit…gulp

    Reply

  4. cry4freedom. says on :

    Salam.

    Saya tak heran dengan semua ni. Siul siul.

    *In denial mode*

    Sarahhhh, nak sushi..

    Reply

  5. myfisol says on :

    salam,

    oh…sedapnya makanan-makanan tu..pandai sarah masak..

    permainan dan makanan..sememangnya cara yang berfaedah untuk mengisi masang lapang…

    Reply

  6. ytmz says on :

    mewah makan, macam raya. tarbaik.

    Reply

  7. Inah says on :

    alaaaaaaaaa..nak jugak..amboi2..kalah makanan di malaysia 🙂

    seronok bila bersama kawan2 kan 🙂

    ape kata main sahibba atau uno plak lepas ni :)..

    Reply

  8. silent reader says on :

    hehehe… best2nye makanan…

    teh Syria ke teh Turkey lagi best ek?

    Reply

  9. menteil says on :

    erk…
    ganasnyer mimpi…
    hehe..
    leh jadi heroin nie..
    hehe…

    Reply

  10. Rynn Cowbra says on :

    menci!

    menci!

    xmo kawan sarah da.

    suke buat urg jeles.
    da lew ryn kat sini kene makan menu yg same tetiap ari.

    *sedey*

    Reply

  11. shazwani adnan says on :

    salam.

    ryn, tak mao la sedey2.. kat msia lagi banyak makanan boleh dapat, kan ks?

    tak mau cakap pasal saidina. wanie penghutang paling tersohor sekali! haha..

    ks, mintak serbuk teh syria sikit! =)

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Anon:
    yup. musim makan semakan-makannya.

    Abg Khairil:
    haa.. elok la gitu. jgn jeles2.

    Oneib:
    aloh.. kt msia jauh lg byk yg sedap2. huhu.

    Azwan:
    denial mode. huhu. riang ria sy baca :p bukan ke nk bersushi rama hri ni? lg pn yg kitorg makan ni home made je. ada kwn buat. x dpt lawan sushi king punya la.

    Bro Fisol:
    eh bro. bukan sy masak sume. ni sume bersama2. lg pun, bukan sume gmbr betul ni. ada yg cekau2 kt intrnet. tp mmg makan n game je la yg boleh kitorg buat…

    Yasir:
    makan beramai. gitu la. terbaik. tabik. tarbaik.

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    x jumpa la sape yg ada sahibba. uno plak mmg dlm cadangan. sy mlm td menekun main game kt laptop le plak. hhuhu.

    Silent Reader:
    ntah. sy x minat teh.

    Menteil:
    haa.. sy suka komen ni. ye. sy lah heroin tu *peace*

    Ryn:
    kena la sabar skit je lg ryn. nnti dh ok, dh x de pantang2 dh. utk masa ni, kena tahan perut dulu la kn. hehe.

    Wanie:
    silalah amik kt dlm almari dapur tu. huhu.

    Reply

  14. ainul JUST says on :

    wa,sedapnyer makanan.. napalah kat sini takde sumer tu…T_T

    Reply

  15. Mimi Amilia says on :

    wah…menu sungguh menyelerakan
    🙂

    Reply

  16. Liyana says on :

    hahaha..ngah…sedapnye..yana ni dhla skang pntang jumpe mkanan…asyk nk smbat je…bdan pn dh dkat cm bola dah..huhu…hbis kene bli bju bru kang nk msuk u…huhuhu

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    ni sume masak sndiri je ni. kalau nk cari kt sini punmmg x de la gk. tp kena rajin memasak la klu nak makan jgk kn 🙂

    Mimi:
    menyelerakan dan menggemukkan :p

    Yana:
    huhu. biar kembang zaman belajar drpd kembang zaman nk kerja nnti. jatuh saham nnti. hehe :p

    Reply

Leave a Reply