Kisah Dari Terengganu

Assalamualaikum wbt

Entri ke-2 hari ini. Balik dari hospital, terus saya buka The Star Online. Biasanya akan baca sebelum ke kelas. Tapi pagi tadi tak sempat. Satu isu betul-betul menarik perhatian saya pada petang ini. Dan saya rasa, tak semua warga Malaysia tahu hal ini. Hep. Kita semua kena tahu isu ini. Isu se-Malaysia. Kawan saya kata, Malaysia itu untuk warga Malaysia. Mari kita jadi warga yang mengambil peduli.

Grandma, 89, steals the show

Kisah dari Terengganu ini betul-betul membuatkan dahi saya berkerut. Bukan saya nak perlekehkan nenek ni hendak cuba bertanding dalam pilihan raya kali ini. Yang buat saya terkejut ialah umurnya, sebabnya, menifestonya dan partinya! Iya. Partinya ialah Parti Tanah Melayu Beragama Islam. Ok. Yang ni saya tergelak sikitlah. Lawannya pula ialah Mat Sabu (PAS) dan Dato’ Razali Ismail (BN). Oh ya. Ini cubaan kali ke-5 nenek ni untuk bertanding. Tapi 4 kali sebelum ini tidak berjaya. Lama tu kan. Maksudnya, hampir 20 tahun dulu dia sudah bersiap-siaga untuk bertanding dan semangatnya untuk mengubah nasib masyarakat masih tidak padam.

Menifestonya, nenek ni nak membetulkan yang salah dan menurunkan harga barang-barang keperluan. Ok orang Terengganu. Undi nenek ni ye. Nanti kita boleh usung dia ketuk pintu PM suruh turunkan harga minyak kereta, minyak masak, minyak urut, minyak wangi dan orang minyak. Ops!

17 Responses to “Kisah Dari Terengganu”

  1. myfisol says on :

    Alahai…kisah makcik ini betul2 menarik perhatian ramai..antara yang mewarnai pilihanraya kali ini..tapi semangatnya harus diberikan pujian…bagi bro dia merupakan seorang yang berani, berwawasan dan prihatin dengan persekitarannya..

    Kalau bro orang terengganu, mungkin bro akan jadi “perayu undi” untuknya..good luck nenek..Sarah undi poslah untuk nenek nie..

    Reply

  2. ytmz says on :

    nenek akan mendapat sokongan padu rakyat tempatan, dan nenek akan dapat undi yang agak banyak yang menjadi sebab pecah undi nanti, saya kehairanan melihat nenek, namun mampu bertanding untuk kali kelima, oh nenek, mesti perniagaan keropok leko nenek meriah, mana nenek dapat wang pertaruhan untuk kelima-lima kali ni, nenek ditaja kerajaan langit kah?

    Reply

  3. Pensil says on :

    kagum bangat pada nenek yg bsemangat kental ni!mesti cucu2 nenek vote nenek kn..hehe=p

    Reply

  4. Muhammad Khairul says on :

    hik3, i’ll vote for you nenek
    kagum ngan semangat die.. 20 tahun tu beb. hush.

    Reply

  5. doyot says on :

    u rock Grandma.ehehehe..Semangat nenek ni la yg patut dicontohi kan..5 kali tu bertanding..Kagum.

    Reply

  6. faisal says on :

    slm sarah,

    masa mula2 baca mmg rase kagum ngan semangat nenek ni tapi sbnarnya mcm membazir dan tak perlu je,huhu..RM10K tu bleh burn kalau tak dapat 1/8 daripada pengundi tpt tu*besar kemungkinan terjadi..termasukla RM5K untuk deposit kempen..:(

    dan berita nenek tu jual tanah hanya untuk selesaikan bayaran tu mmgla sy tak berkenan..bukan untuk memperkecilkan kebolehannya,kalaula ditakdirkan nenek ni menang sekalipun, apalah yg boleh dia lakukan untuk memerintah kwsn dgn baik dan sempurna..YB mestilah kena kesana kemari dan perlukan tenaga yg byk..dalam Islam sendiri disuruh memilih pemimpin yg berkalibar dan berkeupayaan dari segi fizikal dan mental..emm, tak taula nak kata pe,hihi..

    Reply

  7. mAkCiK De' KiPaS says on :

    inilah semangat makcik-makcik yang kita mahu!

    p/s:makcik de’kipas blom bleh bertanding sbb diisytiharkan muflis :))

    Reply

  8. hawa says on :

    salam dr.sarah

    Saya baru je kua wad, denggi bdarah.. tp sekarang alhamdulillah dah okay.. =)

    Reply

  9. cry4freedom. says on :

    Harus diberikan standing ovation untuk makcik ni walau dah tua pun ada lagi kesungguhan to turn out beloved country to be a better place, walaupun nama partinya bikin cik Sarah senyum senyum sudah.

    Makcik tolong bribe semua voters dengan keropok lekor & kain songket free pleash.

    Reply

  10. djambu puadovich says on :

    1. sape je ahli parti nenek ni?
    2. larat ke nenek nak turun naik tangga DUN/parlimen?
    3. xpenah dgr pun ttg parti nenek ni…[mungkin sbb kejahilan sendiri…]

    nway, harapnye, pemecahan undi yg nenek ni cuba nak buat, bagi ‘advantage’ kpd YB mat sabu 🙂

    Reply

  11. AiRynnz says on :

    salam sarah….

    masa 1st time kak ryn dapat tahu kisah nenek ni pun rasa nak tergelak pun ada…apa taknye dia jdk calon ssb nak sgt lawan mat sabu..alahaiiiiiii….

    tp kan lau la nenek ni menang, tentu sekolah2, rumah2 kat tganu akan berubah warna n corak nnti hihihihi

    Reply

  12. amycheali85 says on :

    goshh!!!kenape mat sabu perlu bertanding di KT?sori tapi saya sgt2 tak bersetuju bile bukan anak tempatan yg bertanding di tempat itu!!!tapi maybe tue salah satu taktik politik kan..

    btw, Dato’ Razali Ismail tue my mum’s fren.used to be my mum punye pengetua kat maktab dulu.baik org nye…

    as for me,i vote for the calon himself.not for the party =)but taun nie takleh vote pasal tak register SPR.hehehe

    but still my best and most respected pilitician is tuan guru nik aziz! the best ever!!!

    Reply

  13. abdul hayyi says on :

    ni orang jati terengganu nak komen. Sepanjang pilihan raya sebelum ni berlangsung, tak pernah pulak saya tahu nenek tu pernah cuba 4 kali untuk bertanding. Kalau ye, mesti dah kepoh kat terengganu sebelum ni.

    Apa-apa pun, bagi saya dalam musim-musim PRU macam ni, macam-macam jenis propaganda dan taktik ynag boleh dilakukan oleh parti-parti yang bertanding. Dalam kes nenek ni,mungkin ada cerita di sebaliknya. Wallahua’lam.

    Reply

  14. fizz says on :

    salam sarah..

    wah sekali datang banyak entry..yang pasal makcik ni saya sempat tgk dalam berita, tapi xsangka ini percubaan dia kali ke lima, semangat kental betul dia nak memperjuangkan manifestonya..

    sarah mengundi tak ni? saya lupa nak daftar…menyesal sangat2

    Reply

  15. adi says on :

    memang menarik…malahan juga menimbulkan persoalan, bagi saya secara peribadi. Kenapa? kenapa sanggup terus mencuba…apakah yang berlaku di sekitar hidupnya tidak betul, sehingga beliau cuba untuk mengubahnya sendiri…?
    Maaf, saya tak boleh…seandainya saya harus membuang undi di tempat beliau, saya tak boleh undi beliau…

    Maybe, she’s juz trying to make the right thing, for the people…juz trying to make things right, but that’s juz not enough.
    “sometimes, it is more important to do things right, than to do the right things…”
    u alone can’t fix these…n some other things r juz much more important.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    semua pun terkejut kan dgn hal ni. sekali fikir, nampak murni niat nenek kita ni. nak membetulkan yg salah. tp sy setuju dgn kata2 Adi. sometimes, it is more important to do things right, than to do the right things. n 2 kali fikir, sy setuju dgn Yasir, Yeop dan Hayyi. mungkin ada sebab lain knp dia ‘didapati’ bertanding. dan persoalan dari Acai dan Azwan tentang dr mana datangnya duit tu, wallahu a’lam. tp rasanya nenek ni ada perusahaan songket. uisshh.. songket tganu mahal wei. sah2 kaya ni. hihi. kita tgk je la nnti apa kisahnya pertarungan 3 org calon veteran ni 🙂

    Reply

  17. Dale says on :

    Ӏt is alѕߋ called a gаme of chance, where players aare awarded peiƶes for
    beіnbg thе first too comрlete a specified arгangement of nuymbers on the bЬingο card, based on numbers selected аt гаndom.
    Consider doing a little explorіng befοrе registering
    with a website. Ԝith tҺat said thdy both saіd their ɡοoԁ nights and mɑde
    their waƴ to beɗ hoеver he Ԁіd not sleep. I felt likе ɑ peeping tom at
    times, watching people sitting in frօnt of their computers, lіke I do, and getting a ρeаk into their homes.
    Other рeople may find yoսr deeɗs quite weird, annd would
    cгiticіze you foг trying tо be riǥhtеօus
    or holү. And, aѕ most travelers know, Tampa іѕ the Baltimorе of the
    South.

    Other than sending individual messageѕ to WhatsApp contaϲts, the chat appp also haѕ a group message fuunction tɦat allows you to meѕsagе up
    to 30 contacts at oncе. Chat has shut its doߋr to
    its users. You havе thhe freedom to ijԁulge in other activity
    of your choice whіle you play online. Being toll
    freе pгovіdes great advantageѕ foг markrting proǥrams as a free call tag is veгy attractive for ɑny customer.
    It is not a fraud done to gain mߋney or free treatmеnt.

    I don’t think so! That is whаt this yoսng man who put this chhat room on a rߋtarу has made of hіmself, a millionaire.
    It also сan ǥive peoplе thе impressiօn thazt you
    are angгy aat them or disrespect them if you ɡive them a lot
    of ǥabled type of uѕt randоm letters. As witҺ any ԝebsіtе,
    ρeοple should use common sense to make a determination on the sitе.

    It iss all aout thе satisfactiоn of ɦaving someߋne’s
    emotiοns beϲome involved wiith the frauԀ.

    In the spirit of this pokr reѕpοnse from ebay, I shaгe the
    secrеt to proper cuѕtomer service with everyone.
    Whаt if yoou want to meеt new people, but in а more detailed,
    coloгful ɑnd anonymous envirοnment? Herre aare a fеw tipѕ:

    Reply

Leave a Reply