Diari Seorang Sarah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah internet sudah berfungsi semula. Terima kasih Asyiq Raffali sebab tolong kami semua malam semalam. Tapi, sekarang saya tidak berlaptop. Laptop saya dihantar kepada seorang kawan untuk diformat semula (bukan sebab rosak tapi sebab saya mahu install Vista English version). Gembira sebab nanti saya dapat gunakan versi English semula.

Tadi saya ada mesyuarat persatuan. Terasa jahatnya saya sebab kerja biro saya banyak yang tidak dapat memenuhi target dan tergendala lagi. Tidak lama lagi sudah hendak Mesyuarat Tahunan dan perletakan jawatan akan dilakukan. Saya sedih! Sebab saya tahu saya tidak memberikan yang terbaik dalam projek yang saya usahakan ketika cuti lepas. Ikutkan hati, rasa hendak menangis. Berkali-kali saya turun naik bangunan Dekan untuk membincangkan hal ini. Tapi sia-sia. Pendek cerita, saya sedih! Sungguh ni. Saya sedih!

Ketika mesyuarat, saya disegaringatkan semula dengan beberapa tugasan yang perlu saya ambil perhatian sebelum berakhirnya penggal saya. Ada dua program yang perlu diambil perhatian (kertas kerja, rancangan rapi dan tidakan susulan). Banyak yang menyebabkan saya tergendala dengan kerja-kerja pengemaskinian ini. Tiada internet buat seketika dan telefon lama dulu rosak dan saya kehilangan banyak nombor penting. Teman sebiro saya pula jauh dari sini. Dan banyak pula masalah komunikasi timbul. Kesimpulannya, saya ada banyak kerja yang perlu saya sudahkan. Saya bukan mengeluh. Tapi dengan menulis di sini, menjadi ingatan supaya saya lebih bersungguh-sungguh menyudahkan dua kerja yang ada ini. Dan sebelum balik bercuti musim panas nanti, (gayanya seperti) ada 1 program yang perlu saya uruskan sebab idea asal datangnya dari saya (uwaaaa). Tak mengapa. Bila ada program besar dalam cuti, baru rasa terisi masa cuti. (Kak Tikah, sila beri tunjuk ajar sebab Akak dah biasa dengan program dengan orang asli semua ni. Saya nak bekerjasama dengan Akak secara total. Saya serius ni. Akak ada banyak link dengan jabatan-jabatan yang terbabit, kan? Harap jadi kenyataan.) Kesimpulan sekali lagi, saya ada banyak benda untuk diuruskan!

Semalam, saya bertembung dengan sahabat saya itu ketika menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Sewaktu terpandangkan mukanya, air mukanya tiba-tiba berubah manis. Tidak keruh dan garang seperti sebelumnya. Memang ketika itu saya sedang tersenyum kecil teringatkan insiden lucu di dalam kelas ketika sedang makan dengan kawan-kawan. Jadi, seolah-olah saya telah memulakan proses damai itu. Dan ketika hendak pergi menemui pesakit, kami berbual sedikit. Sedikit saja. Tapi setidak-tidaknya, kami sudah boleh berbual, kan. Ya. Saya gembira dengan dinamika positif ini. (Saya rasa, dia mungkin membaca tulisan saya yang dulu.)

Pagi tadi saya mengemas-ngemas dua buah rak buku saya. Penuh dengan buku. Sampaikan saya tepaksa mengalihkannya ke dalam dua buah kotak (ikea yang lawa) supaya fail-fail dan buku-buku perlbagai disiplin itu tersusun rapi. Senang saya hendak ambil dan senang juga adik-adik rumah ni hendak mencari nota saya. Hehe. Saya ni bank nota. Ketika mengemas, saya terjumpa diari/buku lama yang saya coretkan kisah-kisah menarik dalam kehidupan di tahun 2 dalam bentuk cerpen. Saya baca semula kesemua cerita yang ada. Ada 17 buah! Dan ada banyak kisah saya dan sahabat saya itu. Nanti kalau saya rasa baik hati, saya kongsikan kisah-kisah yang ada ya. Tapi ada ke yang nak tahu kisahnya? Macam tak menarik je kan.

19 Responses to “Diari Seorang Sarah”

  1. leokid says on :

    sori x hadir meeting td!

    ingtkn meeting malam..itu yg ralit shopping kat mega tadi. T_T

    jgn risau, laporan bertulis akan menyusul..

    Reply

  2. Mimie Azrin says on :

    Salam SArah 🙂

    Reply

  3. Anonymous says on :

    Salam.
    erk! alhamdulillah..baru lepas bekfast nasi lemak nogori bersama teh lipton (2 uncang)berbancuh susu pekat,sambil mengadap pc(buat kerja)
    so makan dah(bekfes)?
    programnya grand juga ya,harap nanti berjalan lancar.nampak gaya doktor sarah ni may be involve in admin kalau dah keje nanti selain rawat2..

    Reply

  4. Muhammad Khairul says on :

    yay! kak sarah dah start berborak balik dgn member kak sara tu ^^

    out, saya nak pegi keluar nih, khairul the small juga perlu bersosial >_<

    Reply

  5. kak inah says on :

    byk nye keje sarah..baca pun pening..cara nak handle kalo keje banyak..kena list downkan dan pilih yg mana utama..

    it works for me

    sarah dah baik semula ngan kawan sarah yer..good for u 🙂

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    sarah.. insan penting tu sapa? :).

    moga2 sarah dan kawan tu kembali berdamai. mungkin dia ada baca blog sarah kot..

    best tu ada program dgn org asli. last saya terlibat masa kt UKM dulu. ekpedisi dakwah bersama orang asli kat jerantut.

    Reply

  7. baiz says on :

    glamer Asyiq raffali yg tlg btlkan internet korg sarah.. hehe.. abes sumer budak blik 205 tulis psl dia.. hehe..
    jgn sedih2 sarah.. ada masa susah ada juga masa senangnya..
    ada masa kita perform, ada masa tidak.

    we’ll just hope for the best in what we do.. but sometimes, He knows whats best for us more than we do. .

    sarah, saya bosan nih, bila nak masukkan sy dlm usrah korg kat sportiv.. leh gak sy tukar angin secara tetap (tiap2 minggu.. hehehe), nasib baik dpt rs kuih-muih yg srh wat lg…actly, dpt cekodok lg pun sy tak kisah jer.. hehehehe… =)

    Reply

  8. dhiyauqalbii says on :

    salam Sarah..
    Insya Allah.. setakat yang termampu akak akan tolong..
    Nanti bagitaula yer apa yang nak dibantu..

    link ngn jabatan2 terlibat, Insya Allah akak leh tolong..

    fyi, Timbalan Ketua Pengarah 2 JHEOA Malaysia adalah seorang doktor. Dr Sariyah namanya. Merangkap Ketua Pengarah Kesihatan OA. Very nice person. Insya Allah, kalau student medic nak buat program, akak rasa dia mesti suka..

    so nanti apa2hal bagitau k..
    😉

    Reply

  9. Muhammad Khairul says on :

    btw kak sarah, sudah tentunya kami mahu dengar cerita-ceriti itu… huhuhu… kongsi jg tak kongsi

    Reply

  10. 13may says on :

    Salam Sarah…
    bila nak sambung citer tuh???

    hehhe

    Reply

  11. myfisol says on :

    Salam Sarah,

    Banyak juga kerja-kerja persatuan yang hendak di buat yea…apa2 pun jangan biarkan ianya menganggu pelajaran, pandai2lah bahagikan masa..

    Ada perkembangan nampaknya perhubungan Sarah ngan kawan Sarah tu…eloklah cam tu, harap2 persaudaraan itu akan bertaut kembali…

    Wah.. banyak betul cerpen tu, sampai 17 buah, elok jugak kalau boleh di kongsikan cerita2 tu, mungkin boleh dapat pengajaran daripadanya?

    BTW..sori bro punya flickr tu tak sempat buat lagi, bz sesangat skrg ni….tapi kami takkah se “fotogenic” mana but kalau “fotogedik” tu for sure..ahaks!

    Reply

  12. faisal says on :

    Slm sarah,
    Org zaman skrang mmg tempang kaki kalau takde internet kan sarah,hehehe..bagusla awk sbb terlibat dalam tu semua..benda2 camtu mmg perlukan komitmen yg lebih..

    Org pemalas cam sy ni mmg tka layak nak pegang apa2 jawatan,hehehee..:P byknye buku, sy dulu buku mmg tak byk sangat,hehee..kalau dipaksa beli oleh lecturer baru beli,hahahaha..tapi alhamdulillah masih ingat semua yg diajar sampai skrang..sbb semua digunakan untuk kerja ni..*smile

    Reply

  13. fizz says on :

    salam sarah, saya pon kekadang merasakan diri ini jahat apabila ada tugasan yang saya tak dapat selesaikan dengn sempurna, tapi yang penting kita sedar dan terus melakukan yang terbaik. Hmm melihatkan aktiviti2 sarah nie, saya kira sarah pasti sangat bijak membahagikan masa antara belajar dan beraktiviti, bagus tue 🙂

    Reply

  14. Rynn Cowbra says on :

    sarah,xmo lew busy2 😐

    mau kaco sarah pun takut 🙁

    Reply

  15. Akak says on :

    Salam Sarah..
    sibuknya adik kita nie..takpe akak nak tunggu jugak cerpen yang 17 buah buku tu..bila la agaknya boleh baca . hehehe. Lambat pun akak tunggu,sebab coretan Sarah confirm berbaloi kalau akak tunggu. 😀
    okay..buzy, buzy jugak. Jaga diri tau!

    Reply

  16. azreen says on :

    =)

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Alamak. sorry sgt2. sy dtg penyakit malas nak balas komen ni. sorry ye kekanda2 adinda2 sekelian 🙂

    Reply

  18. ytmz says on :

    hehe paling sempoi balas komen, memang malas sungguh ni, terus dijamakkan semuanya rupanya..

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    ngeh~ ada jgk yg sedar komen balas ni yek. kikiki.

    Reply

Leave a Reply