Memahami Fitrah Wanita

Assalamualaikum wbt

Semalam terasa hendak berdiam diri sekejap kerana masalah internet yang masih belum selesai. Tapi kebetulan dapat menggunakan talian wireless jiran. Semalam saya mengulang kaji subjek Gynaecology, Sakit Puan dalam bahasa kita. Terasa padat semula kepala dengan ilmu. Jadi topiknya hari ini berkaitan dengan permasalahan wanita. PMS dan senggugut.

Premenstrual syndrome (PMS) ini adalah sindrom yang dihadapi oleh wanita yang belum mencecah menopause. Dalam bahasa secara literalnya boleh diterjemahkan sabagai Sindrom Premenstruasi. Pendek ceritanya, dalam kitaran normal yang dihadapi wanita (kira-kira 21-35 hari), sebelum mencecah genapnya kitaran itu (kira-kira seminggu atau beberapa hari sebelumnya), hampir 80% wanita akan menghadapi PMS.

Antara yang dialami adalah emosi yang tidak stabil, berpeluh, muka dinaiki jerawat, tertekan, keletihan yang ketara, insomnia, lebih banyak berdiam diri dan yang paling ketara ialah meningkatnya selera makan. Semua ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku mengikut fasa kitaran wanita.

PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama. Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan. Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

Kenapa saya memfokuskan tentang isu PMS dan senggugut ini? Biasanya wanita yang PMS dan senggugut dikatakan panas baran dan emosi. Benar. Ini kerana level serotonin yang meningkat. Tapi fokus utama saya ialah tentang cara menghadapi masalah ini. Sungguhpun berada dalam keadaan tertekan dan emosi, para wanita harus bijak untuk menanganinya. Bersenam adalah cara terbaik untuk mengadaptasikan perubahan yang berlaku ketika PMS dan senggugut. Dengan bersenam juga emosi dan panas baran dapat dikurangkan. Selain menjaga pemakanan, mengelakkan ambilan caffein yang tinggi dan mengambil bekalan vitamin, bersenamlah satu-satunya cara natural untuk mengurangkan rasa sakit ketika sedang menstruasi dan untuk mengawal emosi.

Bagi kaum lelaki pula, toleransi dan hemah cuba memahami sindrom yang dihadapi oleh wanita ini sangatlah dihargai. Ini sudah fitrah mereka. Janganlah pula ditegur-tegur jerawat sebutir yang naik di muka mereka. Memang akan makin melentinglah jawabnya. Cubalah menjadi suami, abang atau rakan yang memahami lebih-lebih lagi ketika mereka senggugut. Bak kata seorang pakar yang pernah saya bekerja dengannya di Hospital Temerloh, sakit ketika senggugut ibaratnya ketika bersiap sedia untuk bersalin.

Dengan itu saya membuat kesimpulan bukan senang hendak menjadi wanita. Dengan PMS dan senggugut ini sebenarnya menjadikan wanita unik dan kuat. Hanya yang bijak dan gagah dapat melaluinya dengan bijak dan gagah jua.

Nota: Dilema politik negara kita sedang menghadapi PMS agaknya. Boleh rujuk sini. Dengar hujah Encik Azwan dan kerabat-kerabatnya di sana. Hebat. Moga-moga dalam kitaran baru nanti, tiada senggugut melanda dan hasilnya selepas kitaran baru akan muncul seorang yang bijak dan gagah. Bukannya yang kurang pandai dan lemah. Oh. Sinikal juga ya saya ni. Hehehe. Ok. Mahu angkat kaki dulu. Nanti saya diserbu. *Masuk bawah selimut nak tidur dah. Dah habis study dah untuk hari ni* πŸ™‚

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

84) Fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me.

34 Responses to “Memahami Fitrah Wanita”

  1. mama anis says on :

    Salam,
    Saja singgah sat menjenguk ‘kanak-kanak belajar bahasa’:-D
    Tapi awal pagi lagi kut,’kanak-kanak’ belum masuk sekolah lagi..hehehe

    Reply

  2. Kasawari says on :

    Salam Adik Sarah,

    Buat kunjungan bulanan ni.. he he. lama tak dtg sini.. yelah jauh nak naik roket dah terlepas pulak.

    Satu perkongsian ilmu yang penting terutama pada para suami suami yang perlu memahami keadaan isterinya apabila datang bulan pastinya diserang senggugut

    Kdg2 kesihan tgk isteri bila senggugut datang.. tak keharuan dibuatnya.. Sampaikan search di internet.. ada saranan amik EPO.. pergilah farmasi cari sana sini EPO.. macam macam brand ada kan.. Pulak tu isteri tak berapa gemar telan butiran EPO yang besar2 tu..

    Terima kasih bagi petua di sini.. pasti saya print dan berkongsi dgn isteri di rumah..

    Reply

  3. fizz says on :

    Salam sarah, mengikut entry nie, untuk menangani masalah ini, bersenam adalah cr terbaik, jom join saya main badminton,hehe… bolehla mengawal emosi dan mengurangkan panas baran kan…:)

    Reply

  4. cik noha says on :

    salam k’sarah..wah..rite psl PMS pulk..sronok jugk kn bila doc brcrite ni..adalh ilmu yg org laen bley tau jugak..mntk izin nk pnjm ayat last tu..yg kt bahagian kesimpulan tu..okies..all da best

    Reply

  5. Hawa says on :

    Wah setuju!!
    Dengan ilmu yang sedikit semasa menuntut ilmu sains hayat kat matrikulasi dlu,saya penat terangkan kat kawan-kawan lelaki ni kenapa pmpn emosional bila datang bulan. Tapi balik-balik diorg kata, “Ah, marah tu kan boleh kontrol.” (Tanpa cuba memahami apa sebenarnya yang berlaku). Thanks dr.sarah. I’ll link ur site to them. Heh.

    Reply

  6. Mimie Azrin says on :

    OH…MENSTRUAL PAIN ITU PRACTICE UNTUK PERSEDIAAN SAKIT BERSALIN..

    aduh, mama sakit perut ni. sbb kenyang makan tadi. mama ngah ketaq lutut tunggu baby πŸ˜›

    p/s : azrin sgt memahami kesakitan mama. bertuah mama ye πŸ™‚

    Reply

  7. Pengusaha Cowbra says on :

    rynn slalu senggugut dan mengalami pi em es.

    especially selera makan itu.

    aner x gumuk :((

    Reply

  8. Faresya Fareed says on :

    ehehehehe….pham2 kn aja lah mklumt yg dbri nih…yg psal bhsa tu,okies…;D

    Reply

  9. Aleeya says on :

    Sarah…,good info ni sarah, ni nak share sikit..masa skolah dulu penah la kena senggugut,rasa nak tecabut pinggang, tapi alhamdulilah sejak berkahwin sakit tu dah takde..tapi kan bila bersalin 3 bulan lepas, alhamdulilah tak rasa sgt sakit bersalin tu, sbb pernah melalui senggugut yg seakan akan lebih kurang sama sakit masa bersalin..thanks to Allah jugak kerana beri peluang rasa senggugut, ada hikmah rupanya..:))

    Reply

  10. david santos says on :

    Hello, Sarah,
    Thanks for your posting.
    have a good week

    Reply

  11. nzuhdi says on :

    sy ade tgk tv aritu, pompuan lebih cantik masa pms, atau pun lebih menggoda time pms. sy x pasti. he he. ape pun jangan nakal2 ye kak ngah…

    Reply

  12. akirasuri says on :

    Huhu..
    Sesungut sungguh tak besh :((
    Rasa macam nak bertukar jadik orang ijo jek :((

    Reply

  13. inah says on :

    salams..akak ade gak mengalami senggugut

    makcik akak yg keje gyne nasihatkan supaya check for fibroid and amalkan amakan primrose oil

    Reply

  14. myfisol says on :

    ooo…begitu ceritanya.. selain daripada PMS – Premenstrual syndrome..kat tempat kerja pun ada PMS jugak “Performace Management System”..appraisal untuk menentukan tahap kecemerlangan pekerja…memang boleh mendatangkan senggugut jugak especially kepada non-performer.

    Reply

  15. akak says on :

    menarik topik ari nie. sekurangΒ² kaum adam ade jugak pendedahan sikit sebanyak tentang dia punya partner..hehehe.Kalau semataΒ² nak mencari & membaca mesti tak terbuat. Jadi dapat baca kat sini kira okay la. Lagi pun dr Sarah yang explain. :).

    -> ‘pompuan lebih cantik masa pms..mmm..betul ke tu??..kelakar la..:))

    Reply

  16. nurmahani says on :

    sebelum kitaran tiba..perempuan sgt emosi dan tak rational..hihihi…kan sarah kan?

    btw sarah, saya sihat alhamdulillah. sedikit busy, cari kerja dan buat persiapan etc.

    ok take care πŸ™‚

    Reply

  17. SembangKomputer.Com says on :

    salam kak sarah

    uit, sape David Santos tu, cikgu kak saraj ke?

    yang saya tau, PMS tu adalah Portable Malware Scanner, mampu mengesan virus dan boleh di bawa di dalam pen drive xD

    Reply

  18. azreen says on :

    wahaha…
    saya selaku perempuan tulen, mengakui semua yang diperkatakan oleh kak sarah.

    susah gak nak handle mood bile time pms tu πŸ˜€

    Reply

  19. arsaili says on :

    lelaki tade pms ker…ahaks

    Reply

  20. doyot says on :

    mmuahaha..lelaki kalo ade PMS, sengsara dunia ni..sbb byk yg jadik panas baran..haha..gurau je..owh ye, saya pernah amalkan kalo sneggugut ni, b=cuba genggam tangan, ken=mudian urut secara lingkaran kat bawah pusat n sektarnya..iAllah ok kot..hehe..

    Reply

  21. Penghulu Kampung says on :

    kawan-kawan,
    tolong klik sini :

    http://pekan.myminicity.com/

    Thanks.

    Reply

  22. Mak Su says on :

    mak su pun fikir macam tu jugak ler, masalah pms tu. obatnyer hanya zikrullah. betul tak?

    Reply

  23. ::: Hidayat ::: says on :

    wanita….kana/perlu tahu smuanya….klu tak susah nnti para lelaki….

    Reply

  24. cikgu jawe says on :

    owh. tips yg sgt baik utk kenali mood seseorang wanita..

    kena bagi isteri baca nih.

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Mama Anis:
    awal kak eni dtg. kanak2 tak masuk sekolah lg πŸ™‚ terima kasih kak sudi singgah blog sy πŸ™‚

    Bro Kasawari:
    sian dia kena telan EPO. ajak la dia jogging ke, cycling ke. dpt sekali seminggu pun dh ok dh drpd tak senaman langsung kan πŸ™‚ senaman mmg dpt membantu. nak jaga jantung pun iye jgk πŸ™‚

    Fizz:
    alamak. sy tak reti sgt badminton2 ni. lg pun sy ni renek je. hehe. sy reti bola jaring, hoki n pingpong je. boleh? :p

    Cik Noha:
    ilmu utk amalan bersama πŸ™‚

    Hawa:
    mmg kadang tu laki tak faham n susah nak fahamkn diorg. ramai yg kata emosi2 semua ni boleh dikawal. tp mmg la kan. cakap lg senang la drpd yg alami sndiri πŸ™‚ gagah jgk awk nak explain semua ni ye. sy dulu2 segan je nak terangkn pasal ni. hehe. tp skrg, ni sbhgian drpd tgjawab utk sebakn ilmu πŸ™‚

    Mimie:
    org kata, kalau yg biasa senggugut tu, lepas bersalin dh takde dah senggugut2 semua ni. untung la awk ye. tp sakit bersalin tu lg dahsyat tau. aummm. huhu :p

    Ryn:
    oo.. selalu ke senggugut. sy Alhamdulillah tak penah. cuba amalkn skipping 2-3 kali seminggu kalau malas sgt nak gi jogging/cycling/swimming. n minum minyak ikan mcm scott emulsien. tu pun membantu tu.

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    pasal bahasa tu, kita2 je ok. hehe. muah!

    Kak Aleeya:
    tu la yg sy dgr. mak sedara sy kata, siapa yg selalu senggugut, lepas bersalin ank 1st, senggugut dh takde dh. sbnarnya teori yg sy dpt simpulkn bukanlah dh takde snggugut tu tp sbb sakit bersalin tu lg sakit dr senggugut tu, jd bila senggugut dtg lg pun lepas bersalin, dia dh x ingat dh rasa snggugut tu mcm mana sbb sakit bersalin dulu dia terbayang lg mcm mana. ni teori sy yg tak penah bersalin lg la. hehe. trma kasih kak sbb kongsi pengalaman πŸ™‚

    David Santos:
    adui la ekau ni pakcik. kat mano2 pun ekau ado yo. ponin eden.

    Najib:
    uish. yeke? huhu. agaknya perempuan2 yg menggoda2 tu semuanya tgh PMS la kot. hehe.

    Cik Ati:
    senggugut, sesungut dan senduduk adlh 3 benda berbeza. hahaha.

    Kak Inah:
    betul sgt tu. kalau senggugut tu terlalu teruk dan berlanjutan even sampai dh kawin pun, eloklah buat check for fibriod. primsore iol atau ada a few minyak ikan (esply ikan kod) bagus utk kurangkn senggugut/elakkan. sbb bantu kurangkan kadar pengecutan salur darah wkt sedang haid. jd, kuraglah rasa cramp di bahagian pinggang tu. so, takdelah sakit sgt.

    Bro Fisol:
    ahhaaa.. satu lg PMS. Performace Management System. bru ni tau. hehe. thank u!

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    pasal bahasa tu, kita2 je ok. hehe. muah!

    Kak Aleeya:
    tu la yg sy dgr. mak sedara sy kata, siapa yg selalu senggugut, lepas bersalin ank 1st, senggugut dh takde dh. sbnarnya teori yg sy dpt simpulkn bukanlah dh takde snggugut tu tp sbb sakit bersalin tu lg sakit dr senggugut tu, jd bila senggugut dtg lg pun lepas bersalin, dia dh x ingat dh rasa snggugut tu mcm mana sbb sakit bersalin dulu dia terbayang lg mcm mana. ni teori sy yg tak penah bersalin lg la. hehe. trma kasih kak sbb kongsi pengalaman πŸ™‚

    David Santos:
    adui la ekau ni pakcik. kat mano2 pun ekau ado yo. ponin eden.

    Najib:
    uish. yeke? huhu. agaknya perempuan2 yg menggoda2 tu semuanya tgh PMS la kot. hehe.

    Cik Ati:
    senggugut, sesungut dan senduduk adlh 3 benda berbeza. hahaha.

    Kak Inah:
    betul sgt tu. kalau senggugut tu terlalu teruk dan berlanjutan even sampai dh kawin pun, eloklah buat check for fibriod. primsore iol atau ada a few minyak ikan (esply ikan kod) bagus utk kurangkn senggugut/elakkan. sbb bantu kurangkan kadar pengecutan salur darah wkt sedang haid. jd, kuraglah rasa cramp di bahagian pinggang tu. so, takdelah sakit sgt.

    Bro Fisol:
    ahhaaa.. satu lg PMS. Performace Management System. bru ni tau. hehe. thank u!

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    so, jom jogging sama2 jom πŸ™‚ takpun, cycling ke. skipping ke. sy setiap 2 hari misti sy skipping. nak gi jogging apa kebendanya salji2 kat luar nun. hehe.

    Mahani:
    ooo.. dh mula cari kerja ye. bestnya. dh nak pegang duit sndiri dh awk ye. all the best πŸ™‚

    Khairul:
    uiks adik comel. machonya gambo hijo tu. hehe. dia bukan cikgu akk tp pakcik sesat. huhu. PMS = Portable Malware Scanner. yeay. satu lg ilmu baru. thank u!

    Azreen:
    kalau akk la kan, moody tu takde la sgt tp bab makan tu, ya Allah.. susah betul nak kata TAK pd makanan. hehe.

    Bro Arsaili:
    sy rasa, hampir 80% lelaki ada PMS jgk. Perasan Macho Selalu. hehhe :p

    Doyot:
    sy tak terbayangkn kalau lg PMS jgk. amuk 2 dunia ni kot. Allah tu maha tahu kn. Dia bg prpuan je yg ada PMS. sbb amuk mcm mana pun perempuan, takde la sekeras lelaki πŸ™‚ terima kasih petua tu. harap yg lain pun dh baca dh. terima kasih hari tu tolong sy tu ye πŸ™‚

    Penghulu Kampung:
    klik klik klik πŸ™‚

    Maksu:
    mak sy pun suruh banyak zikir time tgh period. tu yg terbaik kan. sbb kita bukannya boleh solat pun wktu tu. nanti rasa kosong je hati kalau tak zikir kn.

    Hidayat:
    Perempuan kena tahu cara utk mengatasi dan lelaki plak kena tahu cara utk memahami πŸ™‚

    Cikgu Jawe:
    cikgu, ajaklah isteri cikgu main badminton petang2. senaman yg mudah jgk tu πŸ™‚

    Reply

  29. faisal says on :

    Terima kasih cik sarah memberi sedikit penerangan kepada sy yg tak brape reti ttg ini…:) bukan pe, mmg sepatutnya lelaki faham ttg semua ini..hehe, geli hati dengar negarapun alami PMS ye sarah:P

    smoga sarah bakal menjadi ibu yg baik kelak*takde kaitan,hihiii….

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    utk org yg dh nak kawin mcm awk ni, lg la kena lebih memahami acai. bukan sng nak jd wanita. dan syukur jugak bukan lelaki yg diberikn ujian ni. amin atas doanya tu ye πŸ™‚

    Reply

  31. jimah says on :

    salam kak sarah! i like ler post yg ini. sy klau kne yg truk tu setaun 2 3 kali la. sadis gak XD . btw, sy nk tny. sengugut ni ada kne mengena ngan keturunan ke ? cuz kwn sy yg cina takde yg kne pun >_< (& most of my frens tak sengugut !). & sy nak cilok skit post kat blog akak ni okehhh ? πŸ˜›

    Reply

  32. adilin says on :

    hmmm…makes me wonder…

    baiklah…sy cuba untuk memahami dan difahami, heh.

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Jimah:
    senggugut ni mmg ada faktor keturunannya jugak. tgk nenek, mak kita dulu2 mcm mana. tp bergantung jgk pd kita sndiri yg jaga kesihatan sndiri ni mcm mana. mak akk dulu senggugut. kakak akak pun. tp akak tak penah senggugut pun. alhamdulillah. mcm bangsa cina ni, akak dpr simpulkan cara pemakanan mereka yg banyak sup, buah dan sayur u yg bagus n membantu. so, jom le amalkn. hehe.

    Adilin:
    ye. sama2 la kita cuba memahami fitrah masing2 πŸ˜€ hehe

    Reply

  34. Nozi says on :

    Assalam,

    Singgah di sini cari info..thanks for sharing..
    Jom lawat blog saya..ada benda menarik khas buat wanita.. hehe

    Reply

Leave a Reply