Selamat Tahun Baru Masihi 2008
Tahun Masihi 2007 telah sampai ke hujungnya. Begitu juga dengan Tahun Hijrah 1428 yang akan berinjak tidak lama lagi. Tahun yang membawa pelbagai cerita dalam hidup saya. Tahun yang menyaksikan turun naik saya.
Sepanjang tahun ini, secara keseluruhannya prestasi pelajaran saya di tahap yang cemerlang. Alhamdulillah. Kualiti masa saya juga cemerlang. Lagi sekali Alhamdulillah. Cuma mungkin emosi yang boleh saya sifatkan sebagai baik sahaja. Biasalah. Kadang-kala mood kita baik, kadang-kala tidak. Semoga saya lebih bijak mengawal emosi sesuai dengan umur yang akan meningkat naik.
Sebelum ini hidup saya banyak bersendiri dengan dunia saya yang hanya ada buku-buku dan karya-karya saya. Sejak datangnya tahun 2007, saya telah mengenali ramai kenalan baru dan ada yang saya hargai kehadiran mereka sebagai sahabat-sahabat dan istimewa. Mimie Azrin, Mimi Amilia, Ryn, Azah, Athirah, Azwan, Yasir, Dr. Am, Oneib, Faisal, Cik Ati (yang rupa-rupanya ialah ibu saudara sahabat baik saya), Alif Anwar Si Anak Singa, Fathiyyah dan juga Wan Mohd Hidayat. Sungguhpun kamu semua jauh, tetapi terasa dekat sekali di hati. Setiap hari mesti saya teringatkan kamu semua tau =) Sebenarnya, lebih kurang 2 bulan yang lepas, baru saya tersedar betapa diskripsi tentang blog ini (Di sinilah titik kasih ditemukan, di sini jua aku curah segala) adalah sangat tepat untuk blog ini, untuk diri saya. Ya. Sangat tepat.
Dan tahun ini juga menyaksikan banyak duka yang terpaksa saya hadapi. Yang terhebat saya rasakan ketika dihimpit isu blog lebih kurang sebulan yang lalu. Terima kasih Cikgu Jawe kerana Cikgulah yang paling banyak memberikan nasihat dan semangat kepada saya.
Setiap kali datangnya tahun baru, saya sentiasa punya azam yang tersendiri. Tapi saya tidak spesifikkan. Sebaliknya saya suka azam saya berbentuk menyeluruh. Saya harap tahun 2007 akan terus menyaksikan saya mencipta kejayaan dalam pelajaran dan memandangkan pada bulan September nanti saya akan menempuh tahun akhir saya di sini, saya harap fokus saya akan berlipat kali ganda lebih tinggi. Saya tidak mahu kalah kepada tuah!
Buat semua, Selamat Tahun Baru Masihi 2008. Semoga kejayaan duniawi mengiringi kita semua dan kemantapan iman dan taqwa menjadi target yang tidak dikesampingkan.
Aaa… Saya bakal menambah usia! Ada apa pada nombor kan. Yang penting, muda jiwa =)
Nota: Semalam saya sempat online bersama 2 orang kawan. Kedua-dua mereka ada bertanya soalan yang sama, tiada kad jemputan yang bakal menyusul ke tahun 2008 ni. Jawapan saya juga sama, kad jemputan ke hari kantin sekolah adik adalah. Huhu. Saya belum nak kawin lagilah. Meh kasi calon meh. Kelakar betul mereka-mereka itu =) Adios 2007!
Nota 2: Jangan lupa mulakan hari esok dengan doa pagi dan Ma’thurat. Moga-moga berkat tahun 2008 kita =)
Selamat tahun baru.semoga kuat selalu.
p/s: awk nak tau tak sarah,sbb selalu terbaca awk cakap psl baca ma’thurat,sy dah start baca balik dh.hari tu ada tinggal sat.maklumla. diri ni cepat betul leka.trma kasih sarah.awk antara sahabat yg paling bermakna dlm hidup sy.
Reply
semoga 2008 lebih menceriakan buat sarah
Reply
Sarah, semoga tahun baru ni bakal membawa rezeki yang teristimewa kepada kita 🙂
i know i will – a baby!
Reply
slm thn baru sarah ku..
mane cbox??umah dah cat baru ekk..
lame antie x mai sini…byk yg dah berubah..
~ takecare ~
Reply
selamat thun bru ks…finally I arrived at UK safely.nnti ks gi la blog fare tau,baca entry bru.
Reply
selamat tahun baru masihi Sarah 😉
Reply
Salam buat semua.
Nuha:
kalau dgn sedikit cerita yg sy tulis kt sini boleh igtkn org yg membaca, moga2 Allah tambahkn sdikit amalan di buku kanan sy. jom amalkn smula ye nuha 😉 huhu. awk cuti sehari je. ngehehe.
Maksu:
semoga tahun 2008 membawa lebih rezeki utk maksu dan keluarga.
Mimie:
insya Allah. rezeki istimewa utk kita semua.. n baby tu dh sure utk awk n azrin. utk sy apa ye? *kelip2 mata fikir2*
Reply
Auntie Combi:
eh, auntie dh balik sabah smula ye? 🙂 dh nak dekat sebulan jgk rasanya sy tukar template ni. selamat thn baru auntie 🙂
Faresya:
sorry ks tak sempat balik 1 pun msg kamu 2-3 hri kebelakangan ni. sibuk benar memasak kt embassy. smpaikn ada sekali tu ks baca msg kamu dgn tgn baru lepas pegang ayam. abisla handfon ks bau ayam! nnti ks baca. keep in touch ok. All the best kat sana. 1 day ks ke UK, kita wajib jumpa ok.
Silent Reader:
Selamat tahun baru masihi SR 🙂 sy terfikir-fikir sapelah SR ni ye. hehe.
Reply
Selamat tahun baru buat tuan blog.Moga terus ceria, tabah, cekal dan suksess sokmo bila2 dan di mana saja.
Reply
hndst ks bau ayam…heheheheheh…ks..
x than la kat sini…sjuk bebenor!smpai kn stokin 2 lpis,bju 2 lapis,sweater 1,bju lngan pnjang 2 lapis,sarung tgn 2 lapis!masa tido pn x btul tau.kat msia bru 1 pagi kat UK pkul 5 ptg lbih..fare dh tido mlm..hehe.tah.wajib!hehe…malu nk jmpa ks..kuikuikui
Reply
salam,sarah my shayang.
ahaks!
babai taun lama.
camat datang taun baru.
semoge persahabatan kita akan tetap utuh, semakin kukuh dan berpanjangan sampai ke akhir hayat.
sayang sarah manyak2 tau !
Reply
tahun baru 2008.
umur saya dah 20. dah masuk dekad kedua! huhu.
on the first hand, alhamdulillah, syukur Allah masih panjangkan umur saya sehingga dapat mengecap dekad kedua ni.
on the other hand, saya dah smakin tua la nampaknya! huhu!
Reply
Selamat tahun baru sarah yang cantek..
Mudah-mudahan bertemu jodoh dengan ehem ehem dalam masa terdekat..
Ha ha ha!
Moga yang baru lebih baek dari yang lama 😉
Jaga kesihatan dan jaga diri baek-baek :]
Reply
Tok Nabe:
selamat tahun baru bro 🙂 smga thn bru ni kitasemua dilimpahkan rezeki yg diberkati insya Allah.
Faresya:
haah.. bau ayam sbb kamu :p waa..heater tak on ke? ks siap pakai kain batik lg kt bilik. x sejuk pun. hihik. tp kalau kt luar mmg sejuk la kn. takpe. nnti2 kamu akn get used la dgn weather tu. tak update pun lg blog kamu. hari2 ks bukak. take ok kat sana.
Ryn:
betul2. smga persahabatan kita semakin kukuh n dikekalkn sampai bila2 insya Allah. ni dha jatuh hukum wajib sy ke kuching balik cuti nnti 😉 sy ryn manyak2 jgk!
Reply
Syam:
ala…kamu bru nak masuk 20 je tau. ks dh tak lama dh nak masuk 23 plak dh.. takpe2. prinsip ks, muda itu dtg dr dlm jiwa. ewah. so muda2kanlah jiwa kita semua ye 😉 tp matang2kanlah cara kita kita berfikir n tindakan kita 😉
Cik Ati:
Selamat tahun baru Cik Ati 🙂
apa cantik2 ni. adeh. x abis2 lg ye. hehek. bertemu jodoh? dushhh.. kena tunggu pokok kelapa mati tepi rumah sy berbuah dulu. huhu. cik ati kawin dulu la. bru sy boleh kawin. yg pasti, mmg faiq kawin dulu, baru kita plak yg akn kawin. tu mmg komfem!
ehem.. yg baru mmg jauh lebih baik dr yg lama.. itulah dia kereta mazda6 idaman kalbu!
Reply
selamat tahun baru…
nice blog you have here ^^
Reply
Rightbrainer:
oh..selamat tahun baru 🙂 thnk u khairul the small (what a cute name u have)
Reply
salam sarah *peluk-peluk*
lama tak komen entry sarah! penat bercuti-cutian…hehe… pasni bleh komen balik as usual!
selamat tahun baru ekk sarah! semoga persahabatan kita lebih erat pada masa akan datang!
Reply
Slmt tahun baru 2008 sarah 🙂 smoga apa yg diimpikan dalam tahun ni menjadi kenyataan,amin..ya betul, yg penting kita masih rasa muda remaja,hihi..sypun rasa camtu gak,hahahaha..:P
tambahan lagi : Sarah, bina nak anta kad kahwin,hihi..:)
Reply
Azah:
best tak gi singapore? sure banyak abis kat sana kn. kalau sy la, sy abis banyak buat makan je la. huhu. insya Allah Azah. smga persahabatan kita akn lebih erat!
Faisal:
Amin.. harap2 mcm tu la.. yeke awk muda lg? huhu. kdg tu kan, ada sesetgh org tu, kita sekali imbas tgk muka dia pun kita dh tau dia dlm kategori tua ke muda :p
haa.. ni lg sorg. kad2 kawin ni takde lg ye. tunggu sy kasi kad bday je la nnti time bday awk nnti ye acai. ngahaha
Reply
mimie jr, nak bg apa dekat aunty sarah ni? 🙂
Reply
Mimie:
sy nak kawin jgk la. haha.. dgn mie boleh la sy melawak sakan camni. dgn org lain, kena cencored byk skit :p
Reply
hepi new year Sarah! (belated)
Reply
salam,tq,mm..kalau selalu teringat itu memang kewujudan dan kehadirannya bermakna amat,kan?
Reply
Hayyi:
happy new year hayyi 🙂 slaam di ambang maal hijrah 🙂
Tiangpurnama:
tq utk apa ye? sy plak yg blur ni.. :p ye..klu slalu teringat tu, maksudnya kewujudan n kehadirannya amat bermakna.
(knp sy terasa ni mcm onieb je ni.. hahha!)
Reply