Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum wbt

Exam berakhir sudah. Alhamdulillah. Tiada ucapan lain selain Alhamdulillah atas ilmu baru yang saya dapat. Untuk diri dan masa depan. Betapa 3 hari kebelakangan ini saya menyekat ‘hubungan’ saya bersama internet. Seperti orang putus kasih rasanya. Sampai sakit badan asyik duduk di meja study. Jadi, kali ini seperti yang saya janjikan, saya ceritakan Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Ikhlas rentetan terjadinya peristiwa saya terkesima 2 kali pada hari raya yang lalu. Oh, sebelum itu, ini fakta yang saya tersilap. Annas berasal dari Syria. Bukannya Tunisia. Kenapa saya tersasul sampai ke Tunisia kerana seorang kawan saya yang rajin bertandang ke bilik ialah Imen, warga Tunisia. Habis tertukar-tukar πŸ™‚

.:: Sempurna 1 bacaan ibarat membaca sepertiga Al-Quran ::.

Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada para sahabat: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa dua tiga minit saja? Tiada seorang pun daripada sahabatnya yang menjawab. Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatamkan Al-Quran dengan begitu cepat. Kemudiannya Saidina Ali mengangkat tangannya. Saidina Umar bersuara kepada Saidina Ali bahawa Saidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah S.A.W menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka khatamlah sebuah Al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri: Ada seorang lelaki telah mendengar bacaan surah Al-Ikhlas berulang-ulang kali di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menyampaikan perkara itu kepada baginda sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah S.A.W berkata: Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al-Quran!

β€œBarangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.” ( Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasai )

Nota: Sejak seminggu lepas, saya membaca Al-Quran selepas solat Subuh dan bukannya selepas Maghrib seperti lazimnya kerana sentiasa bangun awal pagi untuk study. Sebaik tahu akan kelebihan ini, saya akhiri bacaan saya dengan surah ini beserta sebuah surah lagi. Berkatnya hari kita kalau dapat mengkhatamkan Al-Quran di pagi hari ya.

.:: Membina rumah di syurga ::.

β€œBarangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras)

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Saya sedang berjalan dengan Rasulullah S.A.W, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah Al-Ikhlas. Baginda berkata: Wajiblah. Saya bertanya kepadanya: Apa ya Rasulallah? Baginda menjawab: Syurga (wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Nota: Ini real estate kita di akhirat nanti. Mari kita mengumpul dana! Tak perlu keluarkan walau sesen pun kan. Indahnya hidup!

.:: Didoakan dan dipelihara oleh para malaikat ::.

“Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.” (Riwayat Ibnu Abbas)

Sabda Rasulullah S.A.W: Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya. Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S. Siapa membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara daripada perkara keji dan segala bala hinggalah bertemu Jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
(Saya tidak jumpa sumber sanadnya tapi tidak rugi jika diamalkan)

Nota: Terasa diri seperti ada bodyguard yang jaga atas, bawah, kiri dan kanan.

.:: Dipelihara daripada azab kubur dan dipermudahkan di akhirat ::.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). (Sanad yang sepenuhnya juga saya tidak temui. Sekadar kupasan daripada kitab saja.)

Nota: Saya teringatkan kelebihan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. Juga untuk terhindar daripada azab kubur nanti.

Saya kira cukup dulu untuk kali ini. Maafkan saya sebab ada beberapa dalil itu tidak mempunyai sanad/sumber yang jelas. Saya tidak tahu di mana hendak dirujuk lagi. Jadi, jika ada sesiapa yang tahu sumber hadis yang saya tidak sertakan sanadnya, bolehlah lampirkan di komen. Nanti saya akan kemaskinikan jika ada maklumat terkini.

Oh ya. Lagi satu surah yang saya baca selepas mengaji atau sebelum memulakan study adalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah). Sudah menjadi amalan sejak tingkatan satu. Surah ini pelapang dada. Memudahkan kita menimba ilmu, penguat semangat dan pelembut hati. Elok diamalkan di pagi hari. Terutamanya selepas Subuh. Jika ada para ibu yang hendak melembutkan anak-anak yang nakal atau degil, bolehlah dibacakan surah ini di ubun-ubun kepala anak-anak ketika mereka tidur πŸ™‚

Semoga dengan perkongsian ini, kita semua semakin jelas kenapa Annas dan Pakcik Mahmud mengamalkan surah Al-Ikhlas dalam kehidupan mereka. Semoga dapat membawa ilmu dan penghayatan baru dalam hidup kita semua.

Ya. Hidup untuk terus menuju ke hadapan ke arah yang lebih baik, Insya Allah πŸ™‚

29 Responses to “Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Ikhlas”

  1. one says on :

    Alhamdulillah..habis gak exam sarah,saya sj nak komen,x sempat baca pun nak balik ni,nanti lusa ke baca I.Allah

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    terima kasih Oneib. bermula sudah cuti sy dgn tak rasmi πŸ™‚ entry ni x lari ke mananye. hehe

    Reply

  3. leokid says on :

    Surah Al-Insyirah saya suka 1 ayat dalam tu:

    “..sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

    Bila rasa down je, tertekan etc, ske baca surah ni berulang-ulang kali. Lgpun surah pendek je, tak rasa penat pun ulang2. =)

    Reply

  4. maddieness says on :

    hope opthalmo went well!

    Reply

  5. BulanBiru says on :

    Salam Sarah,
    Alhamdulillah..akhirnya perjuangan itu berakhir…
    *Itulah surah yg menjadi amalan BB utk detik ni..kerana disaat ini, terlalu byk resah yg terkumpul kat hati..yg masih belum selesai..
    Doakan BB diberikan ketenangan..

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    assalamu ‘alaikum USTAZAH sarah πŸ™‚

    sejuk hati baca artikel ni.

    Reply

  7. akirasuri says on :

    Salam sarah sayang..

    tahniah dah habis berjuang!
    Oh terima kaseh untuk entri ni πŸ™‚

    Reply

  8. nanash says on :

    tx akak tuk n3 yg cambest..
    sgt2 menambahkn ilmu..=]

    Reply

  9. Aizar Azman says on :

    salam sarah..
    waaa,alhamdulillah,da habes dah exam yer!syoknyer die..
    pulang malaysia ke coti2 nie??

    p/s:bestnye kelebihan surah al-ikhlas nieh,thanx sarah!!

    Reply

  10. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah,

    dah abes exam nye ye..boleh la rilek2 kejap ye.

    p/s: ape? tak cute ker πŸ˜›

    Reply

  11. fathiyyah says on :

    salam ks..
    baru2 ni saya ada hanta lagi satu komen yang sangaaaat panjang..hehe..tapi takde pon dlm ni..frust betul sy..coz masa tu semangat betul nak reply..hehe
    ks..apa ya nak ckp..oh ya..yang pasal ‘dia’ tu eh..
    lalalalala
    dia tu pun istimewa..tapi dia buakan la mcm ‘hidayah’ mahupun hadiah mcm ks punye..hehe..tapi dia ni sangaaat jauh..huhu
    hmm
    ks,best baca pasal surah al ikhlas ni..thnks ks
    take care!

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Syam:
    ayat tu la yg buat ks selalu rasa bersemangat n kuat. 2x plak tu Allah janjikn pd kita.

    Maddie:
    it went very2 well.

    BB:
    semoga diberikn kekuatan oleh Allah. BB, kalau ada apa2, jgn la terlalu pendam. nnti stress plak. sy tau BB kuat.

    Cikgu:
    Ustazah plak ye. tu yg sorg tu dh ustaz dh. ni kali ni taknak ‘serang’ sy balik ke cikgu? muahaha. suka sy nyakat cikgu :p

    Cik Ati:
    ni skrg dlm proses membina badan. hehe. bina sebina binanya di bawah comforter. just like heaven πŸ™‚

    Nanash:
    sama2. sama2 kita tambah ilmu. akk pun baru belajar benda baru jgk.

    Aizar:
    sy tak balik msia. n tak ke mana2 jgk rasanya. cuti2 moscow je kot. x de mood nak berjalan. plan asal nk jgk balik tp x dpt tiket dgn harga yg ok wkt sy survey hari tu. x berbaloi plak. sama2 kita amik apa yg baik yg dpt kita amalkn yek πŸ˜‰

    Mimie:
    bukan relaz kejap. tp lama! tu yg syok tu πŸ™‚ mana ada cute pun πŸ™ sungguh.

    Thia:
    oo yeke. kesian. komen tu mogok tanak kuar kot. hehe. oh, specialnya dh ada ye *kenyit mata kt thia* ala. takde maknanye kamu usik akak camtu. x lut pun n x kena pun dgn apa yg kamu ‘nampak’. pelik kn? takpe la. hati lebih tahu. jauh? kat mana tu? sama2 kita amalkn surah ni ye πŸ˜‰

    Reply

  13. arsaili says on :

    alhamdulilah dh abis exam…moga dpt flying color

    Reply

  14. dhiyauqalbii says on :

    salam aidil adha sarah

    semoga sama-sama memaknai erti pengorbanan..
    semalam akak gi beraya umah sarah kat lebak..

    Reply

  15. Hannan says on :

    alhamdulillah…tahniah Dr Sara… πŸ™‚

    Reply

  16. ytmz says on :

    ini khasiatnya ya. hehe manis.

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Arsaili:
    rsultnya dpt terus hari tu. Alhamdulillah. berwarna-warni πŸ˜€

    Kak Tikah:
    salam aidil adha. akk gi rumah sy? uwaa.. semenjak dua menjak ni berkali2 sy baca semula cerita akk ke perkampungan org asli yg di ktn tu. ntah knp. sy rasa tringin nk join. boleh ke sy join 1 hri nnti?

    Hannan:
    Spasib balshoi Nan.

    Yasir:
    Manis. Takkan tawar.

    Reply

  18. Anonymous says on :

    Salam…marilah kita sama2 mengamalkannya semoga kita peroleh kelebihan di dunia dan di akhirat…

    JURAGAN

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Juragan:
    salam. ye insya Allah.. Biiznillah.

    Reply

  20. Kasawari says on :

    Salam Sarah,
    Lama saya tak ke sini..dah tukar template yang lawa..

    Dan terima kasih berkongsi ilmu, semoga apa jua urusan Sarah akan dipermudahkan di dunia dan akhirat.. aminn..

    Reply

  21. Mohd Hazreen Rashid says on :

    terima kasih KS. πŸ˜‰

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Kasawari:
    sy pun dh lama tak ke blog bro. lawa ke? hehe. ini bukan pilihan pertama sbnarnya πŸ™‚ smga ilmu yg dikongsi skit ni boleh kita amalkn bersama.

    Hazreen:
    sama-sama:)

    Reply

  23. dhiyauqalbii says on :

    boleh je..
    selalu gak budak2 medic kuantan join kami. ada medical team lagi bagus,leh buka ‘klinik’
    jomla.. ada peluang dan ruang, Insya Allah..

    Reply

  24. Anonymous says on :

    kak sarah,thanx for the info..i’m the one yg tny kt komen dlm entry yg lepas nape depa tu bc surh alikhlas..

    kite xpnah jumpe,xpnah knal,but reading ur blog,trase mcm ade ukhwah antre kite..hanye kerane ALLAH insya ALLAH

    the one from japan!:D

    Reply

  25. ytmz says on :

    thanks =)

    Reply

  26. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    owh di sini sudah diceritakan …

    Reply

  27. khairin says on :

    salam,dr sarah..klu sya nk share entri kat fb blh x??

    Reply

  28. Nabilah says on :

    salam kak sarah,
    mohon share yer…terima kasih πŸ˜‰

    Reply

  29. yanie says on :

    salam k.sarah….
    ske bc k.sarah nyer blog… sgt2 ske.. πŸ˜‰ btl ckp k.sarah, hati yg tgh sakit pn ley tenang jer bila bc surah2 tu… macih sbb berkongsi ilmu…

    Reply

Leave a Reply