Erti Pengorbanan

Assalamualaikum wbt

Dalam seminggu ini, bermacam-macam perkara telah terjadi. Walaupun tiada angin tiada hujan, ribut melanda juga di sini. Alhamdulillah langit telah cerah kembali. Yang ada hanyalah salji putih yang bakal menemani Aidil Adha kali ini.

Suhu tidak sesejuk musim sejuk tahun-tahun yang lalu. Kebiasaannya, mencecah pertengahan Disember, suhu sudah serendah -15 ke -20 di bawah paras beku. Tapi pada tahun ini sangat luar biasa. Moscow panas. Paling sejuk yang saya sempat rasakan hanyalah -11’C sahaja. Pasti ada hikmahnya.

Pada tahun ini, Aidil Adha tidak disambut serentak dengan Kota Mekah. Saya pelik. Kenapa selalu begini jadinya. Aidil Fitri yang lalu jatuh serentak pula dengan Mekah dan beberapa buah negara yang lain. Tetapi untuk Aidil Adha ini lain pula kiraan kalendarnya. Alhamdulillah semalam saya sempat berpuasa sunat wuquf mengikut kiraan di Mekah, seretak bersama jutaan jemaah haji yang berwuquf di Arafah. Panjang doa yang saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Moga-moga dimakbulkannya.

Cerita tentang banjir, keadaan semakin pulih di Pahang. Begitu juga dengan di Temerloh. Beberapa hari lalu, saya bermesejan dengan emak bertanyakan keadaan di rumah. Semuanya elok-elok belaka. Kata emak, dia sedang bermain Sahiba. Ayah, Adi dan Kaklong pula sepasukan sedang menentang Adik Aiman, Adik Zizi dan Shafiq (sepupu dari Terengganu) dalam permainan karom. Inilah hikmah banjir bagi yang tidak terlibat secara total. Merapatkan hubungan kekeluargaan. Teringat kali terakhir saya bermain karom di rumah adalah bersama Nan 5-6 tahun yang lalu. Pasti ada unsur tidak puas hati kerana teknik jentikan Nan yang pelbagai dan ditambah pula taburan serbuk kaca (nama sejenis tepung yang digunakan untuk melicinkan papan karom) adalah tidak sekata. Jadinya, Nan mempunyai kelebihan untuk menang. Alah. Semuanya sekadar alasan. Saya yang tidak cekap bermain, mahu disalahkan Nan pula. Tetapi dalam Sahiba, saya jaguh. Kali terakhir saya bermain Sahiba adalah bersama arwah Chik Joe 2 tahun yang lalu. Bermain bersama Chik wajib menggunakan Bahasa Inggeris. Okay, no problem boss! Semuanya tinggal kenangan.

Dua hari lalu, saya menghubungi Lan. Katanya, dia akan pulang ke Temerloh pada hari ini (Rabu) untuk berhari raya. Seronoknya. Semua akan berkumpul di rumah. Aidil Adha biasanya disambut ala kadar saja di rumah. Selepas solat raya, orang kampung akan berkumpul di tempat yang dijadikan tapak penyembelihan. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Jika ada lembu yang dibawa pulang untuk dijadikan korban, sayalah yang bertugas menyediakan air garam untuk ia minum. Sebenarnya sampai ke hari ini saya pelik. Kenapa diberikan air yang bergaram sebagai minuman? Kenapa tidak air tawar saja?

Teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu di sekolah rendah. Siapa yang kasihan melihat haiwan dikorbankan, dia tidak boleh makan daging itu. Terus tergambar dalam ingatan wajah seorang kawan Nan yang menangis teresak-esak kerana melihat lembu disembelih. Budak-budak. Apalah sangat yang difahami waktu itu.

Aidil Adha kali ini saya beraya di kelas saja. Esok pagi akan ke hospital pada jam 9.30 pagi. Sekitar 2 petang baru selesai semuanya. Ini pengorbanan kami. Tiada cuti dan beraya di hospital saja. Setiap daripada kita pastinya mempunyai takrifan tersendiri dalam menghayati sirah pengorbanan Ibrahim dan Ismail.

Andai kita diletakkan dalam situasi yang sama, terpaksa menyembelih darah daging yang kita sayangi, sanggupkah kita? Atau ada yang lebih sanggup mendakwa tuhan yang menyuruh melakukan perkara itu dusta belaka? Itulah pengorbanan Ibrahim dan Ismail. Yang saling percaya bahawa itulah perintah Allah yang benar sebenar-benarnya.

Semoga Aidil Adha kali ini mengajar kita erti menjadi kuat dalam kehidupan. Mengajar kita erti berkorban untuk membenarkan kebenaran. Kadang kala kita tidak sedar langsung yang kita pernah berkorban. Kenapa begitu? Kerana kita telah meniatkan apa salahnya berkorban sedikit untuk masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat keluarga di Temerloh dan Pulau Pinang. Juga rakan-rakan di seluruh dunia. Buat sahabat baik saya Dr. Nurul Faaiqah yang mengikuti Misi ke Darfur, semoga Allah memberkati budi dan jasa yang ditaburkan buat Muslimin di sana. Buat seorang lagi sahabat yang jauh di mata dekat di hati, teruslah kuat!

Salam Aidil Adha dari Moscow.

Nota: Saya ada exam pada hari Isnin hadapan. Doakan saya.

24 Responses to “Erti Pengorbanan”

  1. Leokid says on :

    Selamat hari raya aidiladha!

    “Semakin besar pengorbanan yang kita buat, semakin manis hasil yang akan kita peroleh”

    Persoalannya, berapa besarkah pengorbanan yang sanggup kita buat? Hmm…

    Recommend dgr ceramah latest ustaz hasrizal pasal “Pengorbanan”. Input yang sangat baik.

    Reply

  2. Alam Setia says on :

    Selamat Hari Raya Eidul Adha

    Reply

  3. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah cayank,

    Selamat menyambut HaRi RaYa Aidiladha. Jgn sedih2 ye, taun ni dah masuk taun ke breape pun mie tak hingat tak balik beraya di tioman. windu sgt, tapi ape kan daya, cuti dah abes uwaaa… raye di umah mentua saja taun ni dgn hanya berkunjung ke rumah datuk selepas sembahyang raya nanti.

    kesian mimie jr, sepanjang pregnant ni, baru skali balik ke tioman. hmmm…tak pe la, mama ada mengirimkan mangga dan kuih raya dari tioman. buat lepas rindu la katakan.

    Esok dah hari raya. esok cuti.jumaat kerja.ptg tu mie dan azrin akan bertolak ke sungai petani, sepupu mie kawin pula.

    Reply

  4. Shumierain says on :

    Wah dah tukar template..cantekkkk la sarah..ringkas tp menyenangkan mata yg memandang..suka beach..

    slmt ari raya aidiladha utk sarah..pengorbanan 2, dah la raya di perantauan pas2 lak ade class lg..susah2 dulu senang2 kendian..

    good luck 4 ur exam…

    Reply

  5. Pengusaha Cowbra says on :

    sarah shayang…

    muahx muahx ! selamat beraya juga didalam class. hishh !

    semoge doa sarah dimakbulkan.

    semoge sarah senang jawab soklan ekzem nnt.

    sayang sarah!~

    jage diri oke.

    feluks siom dr sarawak 🙂

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Sham:
    salam eidul adha dr moscow. kamu dgr di multiply tu ke? ks still x de lg ceramah yg ni. kalau ada, dikongsi2kn dgn ks boleh 😉

    Alam:
    salat eidul adha buat alam n family.

    Mimie:
    salam eidul adha utk mie n fmly. aik. dpt mangga? amboi, tu hadiah raya ke? control2 ye mie. dh 3rd trimester dh ni 🙂 sy punya so called kampung kedua pun di s. petani. hehe. selamat berjalan2 ke utara 🙂

    Rain:
    suka beach ek? sy pun! kalau dapat duduk diam2 tepi pantai, bestnya…. *aaa..sarah dh melalut berangan* thnks for the wish. salam eidul adha utk rain 🙂

    Ryn:
    thnk u ryn. abis je exam ni, sy dh dikira raya seraya-rayanya sampai awal bulan 2. tak sabar nak abiskn exam ni!! peluk cium rindu-suara-manja ryn dr moscow.. ngeehee~

    Rain:

    Reply

  7. a z r e e n says on :

    Salam Aidiladha dari jauh…
    hehehe..
    dulu, saya pon kesian tengok lembu kena korBan. Macam boleh rasa lembu tu menangis :p
    hehehe…yela..budak2 ape la tau sgt masa tu,kan.

    oh ya kak sarah, gud luck 4 ur exam 😀

    Reply

  8. nurmahani says on :

    salam sarah,

    salam aidil adha dari bumi UK juga.
    nk balik msia dah..ye ye ye.
    nways, goodluck exam n take care (^-^)

    Reply

  9. ainishamsi says on :

    salam aidil adha dari segambut. (Segambut kl oke? segamat tuh yg kat johor)

    esok ke temerloh insyaAllah.

    Reply

  10. leokid says on :

    dah dpt kan emel ceramah tu?

    Reply

  11. UncleJ says on :

    salam aidiladha sarah..moga ceria berhari raya bersama2 rakan..masak rendang jugak ke kat sana?

    white raya ye kat sana…hehehhe

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azreen:
    selamat hari raya 🙂 hep. kalau dh besar2 ni pun kesian l, pun tak boleh makan jgk tau 😉

    Nurmahani:
    selamat hari raya. tak aci! awk nak balik msia dh 🙁 kita jumpa di msia nnti ye 😉

    Aini:
    selamat hari raya utk or segambut yg ks tau letaknya di mana yg mana org tu bakal balik temerloh. aini, ntah2 kita sedara kan. situ pun kawasan sedara mara akk jgk. hehe.

    Syam:
    syukran! dah dapat dah 🙂

    UncleJ:
    selamat hari raya uncle. smlm utk dinner kitoran dh masak rendang ayam n kuah lodeh tp makan dn nasi je. huhu. sbb hari ni 5 drpd 6 org rmh ni ada kelas+test. sorg je yg cuti. adui. dh nasib. nnti la sy cite betapa jemunya hari ni. tak penah rasa raya mcm ni. hehe. hari ni tak berapa white. salji cair. pelik sungguh. moscow panas kali ni. suhu hari ni -2’C je. tp hari ni angin kuat sangat. nasib badan la sape suruh nak sangat pakai baju kurung ke kelas kn :p nnti sy crite panjang ye uncle. ni nak siapkn project dulu… aaa.. project yg ntah apa2.

    Reply

  13. shukor says on :

    Tahun ni tok buat koban untuk Tok abah,Chik bersama dengan beberapa bahagian sebelah Mak De dan Ayah De.

    Ayah tolong jer bersama semua anak beranak termasuk Kak Long dan Mak melapah.Ayah De, Mak De dan Ayah Tam juga bertungkus lumus.It’s a family affair. Kita dibantu oleh kawan2 Adi i.e Shihab,Mustaqim,Shazlan, Duan Pak Cik Syed Stapa, Shamin Ayah Tam Din dan Shafiq Ayah De..Sembelih kat kebun Pak Cik Fatah oleh Tok Empat Mail.Jam 5 petang siap.

    Reply

  14. ytmz says on :

    Dengan rasmi nya saya kirimkan ucapan Selamat Hari Raya Korban, Maaf Segalanya Hendaknya, sarah hoo panglima belum ada sendiri punya lagi, hal ini tidak reti masih tercari-cari yang sedap, hehe selamat beraya di sepital.

    Reply

  15. silent reader says on :

    salam Aidiladha…. 🙂

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ayah:
    Wah. tu dia ayah kita. bersama askar2 melapah daging korban dgn jayanya. lepas tu agih terus atau masak n jamu org makan? esok ngah call smula la ye. i’ll make it a direct 1. susah IDD tu. suruh askar2 bersedia. ayah, later ngah report about plan for this break ok.

    Yasir:
    Dengan rasminya sy menerima ucapan selamat hari raya korban drpd awk. maafkn segalanya juga ye. manalah tahu ada yg tersimpah tidak terkata ke. oh. dh dapat yg mencelah sikit2 tu pun dh suka dh. twin-twin win-win. sy dpt takbir, awk dpt pahala.

    Silent Reader:
    Salam aidiladha utk awk jgk ye.. 🙂

    Reply

  17. lin says on :

    salam eid Sarah.. pengorbanan paling besar.. eid di perantauan.. all the best for the coming exams k 🙂

    Reply

  18. arsaili says on :

    salam eid ul adha. Seronok dapat menyambutnya di malaysia. Saya mengelat tak nak tengok orang sembelih lembu..hanya tengok masa melapah saja..tak sampai hati nak tengok. Beraya di perantuan juga satu bentuk pengorbanan…

    Reply

  19. arsaili says on :

    lipa lak..good luck in ur exam

    Reply

  20. faisal says on :

    alhamdulillah keluarga semua selamat..mesti lega kan bila tahu camtu..:)sarah, kalau -11 tu acai rasa mesti sepanajng masa duduk depan heater..:) biarpun tak dapat hayati korban hope semangat pengorbanan tu terus subur dalam diri sarah ye…:)

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Lin:
    salam aidiladha 🙂 terima kasih byk2 ye lin.

    Arsaili:
    ye! dh dpt link balik 🙂 eh, raya di msi lg ke? x acinye.. salam aidiladha. trma kasih for the wish.

    Faisal:
    -11 tu tak de apa2 lg tu Acai. paling truk sy penah rasa -35 kot. or rendah sikit lg. kalau duk depan heater, rasa x best. bahang. hmm.. hidup ni pun dh 1 pengorbanan sbnarnya.. byk yg perlu dikorbankn. kan 🙂

    Reply

  22. one says on :

    hehe,saya ingat boleh amik daging terus wat balik,sekali saya terpaksa join orang melapah(saya tolong pegang2,tarik,usung2,kerat2 je 😉
    masa tengok mayat ops lembu yang dah tergolek tu saya terasa sesuatu,bahawa saya ini ada unsur karnivor!

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    eh, ank muda kena la tolong skali. takan touch n go je. hehe. unsur karnivor? aumm! oneib canibal alaf baru 🙂

    Reply

  24. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Alhamdulillah sepanjang di sini, tak penah telepas Aidiladha..2006, dengan family kami sambut di Berlin.. Meriah bersama2 dengan warga Turki di sana. Tp mengapa tiada Aisya..eish eish.. pastuh rendang n other foods mama prepared pagi tuh kebekuan bile nak makan dekat parking stadium

    Aidiladha 2007 plak sangat menarik, paginya di London malamnya di Doha. dan pertama kali la jugak menyambut bersama2 orang Malaysia di Malaysia Hall.

    kalo sebut pasal pengorbanan, teringat Aidilfitri 2006, dengan segak bergaya berbaju melayu songet menyongket saya pegi present proposal thesis. kenangannn

    Reply

Leave a Reply