Dr. Sarah Shukor

Assalamualaikum wbt

Enam tahun bersusah payah. Enam tahun menanggung derita. Enam tahun berjauhan dengan keluarga. Akhirnya, kami semua telah lulus dalam State Exam 2009! Alhamdulillah. Insya Allah, majlis graduasi kami akan berlangsung pada 26 Jun ini.

I.M. Sechenov Moscow Medical Academy (Class of 2009)

a11

a2

Ada beberapa fakta di sebalik keriangan ini:

1) Saya turun 4 kg!

2) Sudah sebulan sebelas hari saya tidak makan nasi.

3) Empat hari terakhir sebelum menjelang State Exam, saya hanya makan mi segera yang diubah suai mengikut selera sendiri. Sebungkus sehari. Amacam? Ada yang tahan? Hahaha. Malas nak masak apa-apa. Makan sajalah apa yang ada.

4) Semalam (hari terakhir sebelum exam), saya duduk menekun di meja saya dari pukul 4.30 pagi sehingga 11.30 malam. 19 jam! Sakit pinggang, sakit badan, sakit mata.

5) Saya rasa muka saya sudah seperti muka mat pit. Mata dah macam panda!

Ikutkan hati ada macam-macam yang hendak diceritakan. Tapi nantilah. Sekarang saya hendak tidur!

Terima kasih buat para doktor MMA yang telah mengajar saya selama ini. Terima kasih kawan-kawan class of 2009! Terima kasih emak ayah dan ahli keluarga yang tak jemu berdoa. Terima kasih semua atas huluran doa dan ingatan!

Terima kasih Ya Allah atas kejayaan yang Kau kurniakan ini.

Yang benar,
Dr. Sarah Shukor M.D. (Moscow)

Nota: Serius ni ada macam-macam yang saya hendak cerita. Tunggu tau! :mrgreen:

Posted on June 11th, 2009 by Sarah  |  125 Comments »

Dari Moscow Dengan Cinta (iv)

Assalamualaikum wbt

Enam hari tidak menulis di sini. Kali ini tidak gian langsung. Tiada apa yang hendak digiankan buat masa ini. Dalam otak serabut dengan pelbagai benda lain. Sehinggakan, kalau ditanya dengan tiba-tiba, saya boleh termangu-mangu sekejap sebab sedang memikirkan hal lain. Mungkin jawapan kes yang sedang saya selesaikan. Mungkin sedang cuba mengingati rawatan untuk beberapa penyakit. Mungkin juga sedang peras ugut diri  sendiri dalam diam kerana tidak dapat memberikan jawapan kes yang dibuat tadi dengan baik. Bila tengah merungut dalam hati seorang diri, ditegur pula dek orang lain, tidakkah termangu-mangu jadinya? Oh lupa. Orang sekarang sebut ‘blur’.

Gambar rambang untuk minggu ini berlatarbelakangkan Victory Park (Park Pobedy). Taman ini dibina sempena memperingati Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun 1941-1945. Masih ingat soalan saya tentang stesyen metro manakah yang terdalam sekali di Moscow? Jawapannya ialah  Stesyen Park Pobedy. Eceh, dah tak surprise dah pun. Namapun tengah bercerita tentang Park Pobedy ini, kan. Takkanlah jawapannya Stesyen Central Park, New York pula kan.

Read the rest of this entry »

Posted on May 22nd, 2009 by Sarah  |  44 Comments »

From Moscow With Love (iii)

Assalamualaikum wbt

Last Sunday, I went for an outing with fellow 6th year girls (K-reen, K-run, Shima, Auyun, Rodo and Lisa) and some of the 5th year girls. We went to the Tsaritsino Castle, Museum and Park somewhere in the south-east region of Moscow.

We brought some food which were hidden in our bags since no open picnic is allowed in the park. We played some games (Actually, only one game named Regu and the result was draw. Aishhh). We didn’t go into the museum. We just had some sightseeings. Walking around the castle itself was very tiring. Just imagine, how would it be if we spent time visiting the whole museum territory as well.

Let the pictures do the talking. Oh ya. My fellow Moscovites, don’t forget to pay a visit to the park. The fountain is simply superb. You will definitely love it, and the lake, and the trees, and the flowers, and the ancient buildings, and everything!

Read the rest of this entry »

Posted on May 12th, 2009 by Sarah  |  10 Comments »

Dari Moscow Dengan Cinta (ii)

Assalamualaikum wbt

Lima hari tidak menulis di sini, terasa kosong hidup. Tapi sesungguhnya hidup ini amatlah tidak kosong. Macam-macam terjadi dalam tempoh lima hari yang berharga ini. Termasuklah saya telah menjumpai sebuah hoard berisi syiling lama tinggilan Sepanyol. Hahaha. Eh, melebih sudah saya ni.

Semalam petang, dalam perjalanan balik dari hospital, saya bersama Nazlin dan Israfil singgah di Center. Kami dengar cerita, ada kedai menjual nasi dengan kari makanan laut. Semua tengah lapar. Digagahkan juga meredah hari hujan untuk mendapatkan nasi dengan lauk kari yang macam ajaib saja bunyinya ini. Mana pernah jumpa set makanan berlaukkan kari yang rasanya dah ala-ala pajeri nenas yang sangat sedap macam ni, kan. Orang Moscow ni bermimpi sampai ke Kerajaan Melayu Melaka zaman Parameswarakah sampai terbuka hati nak jual lauk kari ni?

Selesai makan, kami lihat di Kremlin sedang ada perarakan memperingati veteran perang sempena Victory Day yang disambut Rusia pada setiap 9 Mei. Upacara-upacara sembah hormat dan menggantungkan kalungan bunga serta perarakan daripada Eternal Flame ke depan Historical Museum sudahpun bermula. Hari hujan renyai. Tapi kami bertiga pergilah menjenguk sekejap ke sana.

dsc_0110

Read the rest of this entry »

Posted on May 8th, 2009 by Sarah  |  16 Comments »

Cerita Dari Volgograd (ii)

Assalamualaikum wbt

Saya masih demam. Entri ini sekadar hendak menyambung Cerita Dari Volgograd. Nah tengok gambar. Boleh muak agaknya kamu semua hendak membelek gambar-gambar ini. Huhu. Terlebih dahulu, saya hendak memberikan setinggi-tinggi kredit untuk Aizat Sabri dan para junior yang menjadi jurugambar sejak bertolak meninggalkan Moscow sehinggalah kami semua selamat kembali ke Moscow semula. Terima kasih buat Ammar Ahmad, Alif Faliq Iskandar dan Farhan Yeo yang saya ambil gambar-gambar mereka daripada koleksi peribadi ataupun Facebook. Spasiba balshoi druziam! :mrgreen:

vol

Kami sedang berkumpul di depan hostel sebelum bas sampai.

vol1

Ketika tiga buas kontijen MMA berhenti untuk mengisi minyak dan memberi peluang pelajar ke tandas di tepi lebuhraya.

Read the rest of this entry »

Posted on May 2nd, 2009 by Sarah  |  23 Comments »