1. When you barely know someone, don’t pretend that you know everything about him/her. That makes the person sick of you.
2. Give some space for people around you to breathe. Continuous irritation will make them even sicker. Oh yes. Some people hate purposeless conversations and lame questions. Please avoid them.
3. Keep professionalism as your priority. Not everyone in the world can accept jokes and casualness at the first meeting. Oh yes. There are two types of jokes. Acceptable and unacceptable. Do tell the acceptable one.
4. Remember, absence makes the heart grows fonder. In other words, keep yourself away is never too bad. One day, they will surely miss you.
5. But don’t cross the border. They will hate you. Even when you disappear, they won’t care anymore.
Note 1: Think harder to understand, ok. ๐
Note 2: I acknowledge intelligent talks/responses. Otherwise, I ignore. This is me. Sorry.
Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan. Pertamanya berkenaan kempen Sejam Untuk Bumi atau lebih dikenali sebagai Earth Hour pada 28 Mac 2009. Kempen kesedaran untuk mengingatkan manusia bahawa setiap daripada kita ada tanggung jawab untuk memulihara dunia. Kempen untukย mengingatkan bahawa kita sebenarnya boleh berubah dengan menjimatkan penggunaan sumber tenaga dan seterusnya mengurangkan penghasilan tenaga juga. Tepat pukul 8.30 malam tadi, kami serumah pun mula memadamkan lampu. Sebelum itu, siapa yang hendak makan nasi, sudah siap-siap mengisi nasi dan lauk. Siapa hendak minum air, sudah siap-siap membancuh air dan membawa masuk ke dalam bilik. Sumber cahaya kami malam ini hanyalah secawan lilin aromaterapi berbau vanila.
Keduanya berkenaan Penjimatan Masa Siang atau Daylight Saving Time (DST) yang akan bermula pada hari esok untuk kami di Moscow ini. Apa itu DST? Saya malas hendak terangkan panjang berjela secara saintifik. Untuk mudahkan, sila baca perbincangan saya dengan kawan-kawan di Plurk di sini. Nanti jangan tanya dah ya. Saya memang malas hendak menerangkan untuk kesekian kalinya. Hehe.
Nota: Pening kepala dah 24 jam. Lagi tengah malam, bertambah sakit jadinya. Hati pun macam terguris. Terguris banyak. Dan sedih dengan apa yang jadi.
Posted on March 29th, 2009 by Sarah | 6 Comments »
Malam tadi saya bermimpi. Siap ada Wanie dan seorang kawan semasa sekolah rendah dulu yang turut muncul dalam mimpi kali ini. Saya cuba mengingati plot mimpi saya. Yang saya ingat, kami ada bergaduh untuk membacakan ayat Quran yang mana satukah untuk memberi peringatan kepada seorang kawan kami.
Sudahnya, ayat pilihan kami adalah daripada Surah Al-Fatir ayat ke-19. Satu lagi ayat yang kami balahkan untuk dibacakan ialah daripada surah ke-109. Ayat yang terakhir. Pada mulanya saya tidak ingat surah apakah itu.
Jadi, selepas Subuh pagi tadi, saya terus membuka Quran Tafsir berwarna biru yang saya letakkan di atas meja. Saya terus membuka surah Al-Fatir ayat ke-19.
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.”
Untuk memehami maksud ayat ini, saya merujuk beberapa ayat sebelum ayat ini. Dalam ayat ke-18, telah menceritakan segalanya. Kalau kita berbuasa dosa, kita akan menanggung sendiri dosa kita dan kita tidak boleh mempertanggungjawabkan dosa kita ke atas orang lain. Untuk memahami dengan lebih lanjut, rajin-rajinlah rujuk Quran Tafsir masing-masing ya. Ada jalan cerita yang menarik selepas ayat ke-19 tu.
Seterusnya, saya mencari apakah pula surah ke-109. Kalau pandai mencongak susunan surah dalam Al-Quran, semua tahu kedudukan Surah Al-Kafirun di kedudukan yang teratas di muka kedua sebelum surah terakhir. Satu muka surat ada tiga surah. Jadi, Al-Kafirun merupakan surah ke-6 yang terakhir. Laju saya membuka Surah Al-Kafirun dan ternyata Al-Kafirun adalah surah yang ke-109. Ayat terakhir surah ini menyempurnakan penyudah mimpi saya malam tadi:
“Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”
Kesimpulannya, mahukah kita memimpin hidup kita mengikut jalan selain daripada jalan agama kita? Dan sekiranya tersalah, adakah kita hendak mempersalahkan orang lain dan mempertanggungjawabkan kesalahan kita itu kepada mereka?
Allah sudahpun memberi peringatan dan pilihan. Tinggal kita saja untuk memilih: jalan agama-Nya atau jalan selainnya.
Nota 1:Kisah setahun dulu berulang lagi. Kredit untuk ayah saya kerana genetiknya yang ekspresif pada saya ni. ๐
Nota 2: Nota 2 untuk entri lepas tu skrip dalam drama Cinta Buat Ain lah. Takde maknanya saya nak menjiwang dengan ayat macam tu dengan kawan-kawan. Tak ke kembang tekak dibuatnya? Hahaha. ๐
Semalam, kami di sini meraikan Hari Wanita di Kedutaan Besar Malaysia. Khas untuk perempuan saja bersama staf wanita pihak kedutaan. Memang meriah. Di awal pagi lagi, aktiviti Women Amazing Race (WAR) sudahpun bermula. Housemates saya yang lain semuanya menyertai WAR. Hanya saya dan Emy yang tidak menyertai WAR.
Pertandingan sajak telah bemula seminggu lebih sebelum itu lagi. Pada mulanya, saya memang berniat untuk menyertainya tapi saya rasa idea saya semakin kaku dan tiada jiwa. Jadi, saya batalkan niat saya. Sebenarnya saya ada menulis sebuah sajak pada minggu lalu. Tapi selepas mendapatkan pendapat Wanie, katanya, terlalu mendalam maksud saya dalam sajak tu. Saya terus batalkan niat untuk menghantar penyertaan. Keesokannya, dalam perjalanan ke hospital, ketika di dalam metro, idea saya datang dan saya menconteng terus idea itu di atas kertas. Tarikh tutupnya ialah pada hari Jumaat malam Sabtu. 15 minit sebelum tamat tempoh penyertaan, baru saya menghantar karya saya. Huhu. Terkocoh-kacah waktu tu. Tajuk kali ini ialah Bila Tuhan Katakan Jadi.
Satu lagi, pada malam yang sama, saya dan Emy beserta lapan orang lagi junior tahun empat yang lain (Ili, Balqis, Izzni, Syikin, Hatim, Tiqah, Wani dan Mekti) telah sepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid. Penyertaan kami dihantar betul-betul sebelum tamat tempoh.
Dan pada hari semalam, hendak dipendekkan cerita, maka kami semuapun bertandinglah. Dua buah nasyid yang kami pertaruhkan. Hikmah (Subhanallah) OST Hikmah dan Pesona Zulaikha (Suhaimi). Dengan busana jubah hitam, tudung lilit-lilit dandan-dandan macam Kumpulan Al-Jawahir hasil kreativiti Diba tu lagi, kami rasa macam Mak Datin saja. Huhu.
Jujur saya katakan, persedian kami amat lambat dan tidak sehebat kumpulan lain agaknya. Sudahlah di saat akhir baru menubuhkan pasukan, masing-masing pun kurang pengalaman bernasyid semua ni. Oh ya. Jangan tanya saya mana videonya. Saya tidak akan kongsikan. ๐
Semasa acara nasyid berlangsung, ia telah diselang-selikan dengan deklamasi sajak oleh empat peserta yang mendapat empat tempat tertinggi. Tapi waktu itu, tiada siapapun yang tahu siapa pemenangnya mengikut urutan. Saya turut terpilih untuk mendeklamasikan sajak yang terkocoh-kacah saya hantar tu. Selain itu, turut dipertandingkan ialah Busana Muslimah. Ini lagi meriah. Kami siap boleh mengundi ala-ala reality show untuk menentukan pemenang.
Ok ok. Saya pendekkan terus. Keputusan diumumkan. Untuk WAR, pasukan pelajar tahun enam telah menang (Syima, Rodo, Lisa, Krin, Krun). Yeah! Hidup 6th year! Pasukan housemates saya pun tak kurang hebatnya. Mereka mendapat tempat ketiga! Hoyeah! Untuk pertandingan sajak, ok, mari gelak-gelak dulu, hahaha. Saya telah mendapat tempat pertama! Alhamdulillah. Hidup 6th year lagi! Hahaha. Untuk Busana Muslimah, bagi kategori kasual, Baiz telah memenanginya. Ini buddy saya ni. Sekali lagi, hidup 6th year!
Dan keputusan yang paling ditunggu-tunggu ialah untuk pertandingan nasyid. Selepas semua hadiah saguhati diberikan, kami semua sudah tercengang-cengang. Maksudnya, kami mungkin mendapat tempat ketiga. Tengok-tengok, tempat ketiga bukan milik kami. Maksudnya, mungkin antara naib johan atau johan. Tetapi sebaik keputusan naib johan diumumkan dan ia bukan milik kami, habis gamat dewan kedutaan kerana kumpulan nasyid saya dan kawan-kawan yang datang telah mula bersorak kerana tanpa disangka kami akhirnya menjadi johan pertandingan nasyid ini! Serius tak percaya. Kami masuk di saat akhir dan nasyid yang kami bawakan tidak sepopular yang kumpulan lain bawakan. Apa-apapun, Alhamdulillah kami semua ucapkan.
Untuk semua ahli kumpulan Soutul Alam, kamu semua memang best! KS akan ingat kenangan dengan kamu semua ni. Tak sangka betul gabungan kali ni menjadi. Dan untuk junior-junior yang lain, kalau nak rasa jadi hebat, cepat-cepat jadi 6th year. Mesti semua dah mantap bab-bab berlari panjat tangga escalator yang tinggi nak mati tu laju-laju, redah shopping complex untuk cari check point dan macam-macam lagi. Hehe. Ini kata-kata semangat ni. Teruskan sampai tahun akhir di sini ya. Jangan separuh jalan je. Huhu. ๐
Nota 1: Salam Maulidul Rasul. Insya Allah nanti saya update kan aktiviti Maulidul Rasul kami pula.
Nota 2: Ili, Syikin, Wanie, Mekti, Izzni, Balqis, Hatim, Tiqah dan Emy, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA sebab kamu semua memang sangat best! Siap ajar KS rap lagi! ๐
Nota 3: Terima kasih kepada pelajar-pelajar lelaki yang telah bermurah hati memasak untuk kami semua pada hari semalam. Serius lauk ayam tu sedap.
Nota 4: Tahun depan dah tiada Hari Wanita 8 Mac yang meriah macam di sini lagi. Huhu.
Punyalah saya berkobar-kobar hendak menulis tengah malam tadi (maklum sajalah, dah dua hari perasaan nak menulis tu tak berapa muncul), tapi saya mengalami hosting problem sekejap. Disebabkan itu, kerja saya ialah membelek-belek gambar sepanjang musim cuti ini termasuklah aktiviti kami serumah semalam.
Selepas solat Asar sekitar 2.45 petang, Wanie dan Diba sudah bertolak dulu menuju ke Pejabat Dekan kerana hendak menyelesaikan urusan visa. Jadi kami semua berpakat untuk berjumpa di stesyen metro yang terdekat saja. Saya ada meminta tolong mereka menghantarkan buku kredit (buku rekod kelas dan peperiksaan) saya ke Bahagian Pelajar.
Tapi kemudian, Diba menelefon saya mengatakan bahawa Bahagian Pelajar tidak mahu menerima buku kredit saya kerana saya tidak memenuhi semua credit hours lagi. Saya kepelikan. Kelas pun tak pernah ponteng, exam pun tak pernah pending, macam mana boleh jadi begini. Terasa bengang juga tapi saya terus bersiap dan ke sana. Rupanya ada sedikit salah faham waktu itu. Bahagian Pelajar tersalah rupanya. Ikutkan hati, memang boleh semakin moody dengan apa yang terjadi (Ya lah. Kita tak salah tapi dipersalahkan pula) tapi disebabkan ayat akhir Elena tu, saya betul-betul rasa gembira.
Dipendekkan cerita, maka saya bersama Pena, Fatt, Wanie, Diba dan Mily pun terus ke Yiponskaya Kuhniya (Japanese Kitchen) di Okhodny Ryad (Center). Aktiviti makan-makan bermula. Kadar tukaran Ringgit ke Ruble sekarang ialah RM1 bersamaan 10 Rubles. Sangat menguntungkan kami. Kalau dulu nak makan diluar, kami semua akan berkira jugalah. Jadi kedekut sangat sebab selalu buat kami rasa tak berbaloi. Elok masak sendiri dan makan puas-puas di rumah. Tapi dengan rate Ringgit-Ruble yang setinggi ini, kami rasa lapang dada bila hendak membeli barang. Bak kata kawan, terasa macam orang kaya sekejap. Sekejap sajalah. Nanti krisis ekonomi berakhir, sakitlah semula kami di sini.
Kemudian kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Center saja. Punyalah lama kami tidak masuk ke GUM, sebuah pusat beli-belah yang sangat berprestij di Moscow. Ya lah. Buat apa masuk pun kalau nak beli air pun buat kita berfikir 7-8 kali. Memang berprestij sungguh. Tapi kami masuk untuk berjalan-jalan saja dan menikmati hiasan dalaman bangunan itu yang sangat cantik. Konsep bangunan ini ialah bandar lama (premis-premis yang ada berbentuk tingkap dari laluan pengunjung dan bertingkat-tingkat siap dengan jambatan dan segalanya). Yang menjadikannya bukan bandar betul ialah kedudukannya di dalam bangunan. Tapi jika dilihat bumbungnya, penuh dengan lampu lip-lap gantung-gantung tu seperti yang kita rasai bila melalui depan bangunan Sultan Abdul Samad atau keadaan jalan raya ketika malam Merdeka.
Kami keluar melalui pintu belakang GUM dan terus menuju ke St. Basil Cathedral yang terletak di laman Red Square. Walaupun suhu sangat sejuk semalam, tapi semangat kami untuk bergambar sakan tetaplah tidak luntur (ceh ayat!).
Dan apabila telah sejuk sampai tak sanggup lagi hendak memegang kamera di tangan, tak sanggup lagi berjalan di atas muka bumi beratapkan langit (ceh lagi sekali), kami mengambil keputusan untuk singgah minum kopi panas di Coffee House di Manezh Underground Shopping Complex. Kali ini kami masuk ke bawah tanah pula. Kami berada di tingkat -3. Maksudnya, tingkat terdalam sekali di kompleks itu.
Selesai minum kopi panas (macam orang tua saja bunyinya), kami pun pulang. Bila sampai di rumah, masing-masing sibuk membelek internet mahu mencari harga telefon yang mereka ada fikir-fikirkan untuk membuat perbandingan harga. Mana tidaknya! Jika dulu harga iPhone 8G di sini ialah 18000 Rubles (bersamaan RM2800) tapi sekarang dengan rate yang ada, harga 18000 Rubles itu maksudnya iPhone itu hanya RM1800 saja! Tapi saya bukan kaki kumpul gadget atau mengikuti perkembangan semasa. Cukuplah telefon saya ni boleh digunakan untuk menelefon dan menghantar mesej. Oh ya. Saya teruja tentang satu benda saja. Nokia N95 harganya hanya RM850 saja! Waiyoooo! Bulat mana melihatnya! Masya Allah. Ini memang murah Ya Rabbi ni. Ok ok. Kena mengucap banyak-banyak bila menyebut tentang benda-benda ni. Tak cukup iman, tak pasal-pasal nanti ada yang memiliki Sony Ericsson baru pula. Yang pasti, Nokia kita boikot.
Sampai di rumah, saya menerima bungkusan DHL kiriman emak ayah. Dapat kad hari lahir (cukup dah koleksi saya enam tahun di sini) beserta kad bank. Alhamdulillah. Terima kasih emak, ayah.
Kesemua kolaj gambar untuk entri kali ini adalah hasil susunan Wanie. Saya malas dan tak berseni dalam bab menyusun kolaj secantik ni. Wanie memang kreatif bab-bab ni. Kalau nak lihat lebih banyak gambar aktiviti kami sepanjang cuti musim sejuk 2009 ini, boleh baca di sini dan tengok di sini. Tapi yang terkahir ni ialah Rumah Hansel And Gretel yang saya janji-janjikan. St. Basil Cathedral dilitupi salji!
Nota 1: Apa yang Bahagian Pelajar (Elena) di Pejabat Dekan katakan ialah: “Awak tu tunggu masa nak grad je dah”. Bagi saya ayat tu betul-betul menggembirakan saya! *menari mencucuk langit*
Nota 2: Saya sentiasa menyukai Moscow ketika musim sejuk. Terlalu cantik untuk mata saya. Nanti mesti saya akan merindui Moscow yang cantik ini.
Posted on February 6th, 2009 by Sarah | 9 Comments »