Assalamualaikum wbt
Dulu pernah seseorang ini menujukan lagu Seribu Tahun untuk saya. Aduhai. Syahdu betul hati waktu itu. Waktu itu sajalah. Huhu. Lepas itu sudah tidak syahdu lagi. Dan tadi saya sempat berbual sebentar dengannya. Dia akan berlayar ke tengah lautan buat seketika. Sebelum bertolak pergi, dia menujukan nasyid Muhasabah Cinta.
Rasa syahdu itu datang kembali. Semoga semuanya baik-baik saja.
Baiklah. Emak sudah memanggil ajak menonton drama Cinta Tikar Sejadah. Jadi, marilah tutup laptop dan menghadap TV pula. Sekian sketsa petang Ahad yang panas terik ini.
Nota: Comel sungguh cerita CTS tu. Lagipun, kan ada Farid Kamil. 😉
Posted on March 7th, 2010 by Sarah | 8 Comments »
Assalamualaikum wbt
Hari yang diributi emosi. Semua benda serba tak kena. Ditambah pula apabila terjadi, menerima dan terbaca perkara-perkara yang boleh membakar hati.
Ah. Emosi! Sila jangan dekat sekadar untuk menambah bara ini.
Posted on March 7th, 2010 by Sarah | 5 Comments »
Assalamualaikum wbt
Insya Allah esok saya hendak ke sekolah rendah saya dulu. Ada program di sana sempena majlis penyampaian hadiah untuk Sukan Ilmiah Dwi Tahunan yang berlangsung sepanjang seminggu lalu. Kebetulan adik bongsu saya masih bersekolah di sana. Dia memenangi tempat pertama deklamasi sajak patriotik. Saya akan mewakili emak dan ayah untuk ke majlis itu. Bekas-bekas pelajar juga dijemput hadir. Dan saya sudah berjanji untuk berjumpa dengan beberapa orang kawan lama di sana.
Sayangnya, dia tiada. Dan dua orang kawan baik saya juga tidak dapat turut serta.
Nota: Handphone saya senyap sunyi sejak dua hari ini. Hospital pun telefon hanya sekali je. Huhu.
Posted on March 5th, 2010 by Sarah | 5 Comments »
Assalamualaikum wbt
Hidup terasa sangat kosong. Sampai bila saya boleh bertahan dengan kekosongan yang merimaskan ini? Dan saya tidak pernah berjaya untuk menghuraikan apakah kekosongan ini secara terperinci. Yang pasti, kosong ini sepi.
Nota: Bila kekosongan, saya memilih untuk diam.
Posted on February 26th, 2010 by Sarah | 17 Comments »
Assalamualaikum wbt
Kadang-kadang, kita memang dapat merasakan bahawa seseorang itu sedang memaksudkan ayat-ayat yang diucapkannya atau dituliskannya itu ditujukan kepada kita. Itu memang lumrah. Deria keenam kita memang hebat untuk mengesan ini semua.
Persoalannya, kenapa ramai yang memilih untuk berkias-kias daripada berterus terang?
Tapi, seronok jugak ya berteka-teki. Kalaupun jawapannya bukan kita, setidak-tidaknya ada sedikit bintang muncul dalam kelam sebagai peneman malam.
Nota 1: Saya tak menujukan entri ni kepada sesiapa. Ini cuma satu situasi umum. 🙂
Nota 2: Matilah saya. Mesti akan muncul gosip liar di Orthopedic Isnin ni sebab hal tadi. 
Nota 3: 25 Jan – 25 Feb = 4x. Pergghhhhhh, Sarah! Tapi surely 25 Feb – 25 Mac = 0x. Huhu. <—- Sah-sah kamu semua pening tengok equation ni. 
Posted on February 25th, 2010 by Sarah | 5 Comments »