Assalamualaikum wbt
Baiklah, Sarah. Malam ni dengan rajinnya, silalah pergi menelaah tajuk Soft Tissue Infections. Macam manalah awak boleh hilangkan nota ringkas awak yang secotet tu? Di manalah awak tertinggal buku nota yang ada kulit keras warna-warni tu? Kan dah jadi satu kerja lagi nak buat semula.
Sebenarnya, lebih kurang dua minggu lepas saya sudahpun mempunyai satu nota peribadi yang lengkap tentang tajuk ini. Setiap hari, saya berhadapan dengan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah ini. Jadi, saya sudah siapkan semuanya untuk dijadikan rujukan peribadi. Kebetulan tadi Ketua Jabatan saya menanyakan soalan ini kepada seorang lagi HO. Tapi entah ke mana perginya buku itu. Apa yang saya ingat, Alhamdulillah lah. Tapi apa yang saya tidak ingat, saya tidak dapat untuk merujuk kepada mana-mana sumber. Terpakulah saya diam mendengar Ketua Jabatan memberi penerangan. Terasa bodoh sungguh waktu itu.
Jadi malam ini, saya hendak khatamkan sekali lagi. Moga-moga ilmunya kekal sampai mati.
Adik-adik sekelian, sila mantapkan ilmu tentang Soft Tissue Infections. Realitinya, terlalu banyak kes yang akan kita temui dalam kehidupan seharian di Jabatan Orthopedic. Apa, ingat Orthopedic ni yang patah-riuk saja ya. Silap tu. Segala kes diabetic foot ulcer, abscess, necrotizing faciitis, cellulitis, thrombophlebitis dan gangrene pun termasuk juga.
Eh, sebelum menyambung studi, tiba-tiba teringat dua kes yang boleh memberi inspirasi dan semangat untuk diri sendiri. Sejak bertugas di Jabatan Orthopedic ini, saya telah diberikan tugasan oleh Ketua Jabatan saya untuk menguasai segalanya tentang diabetic foot care. Payah hendak saya huraikan di sini. Tapi pendek ceritanya, saya diberikan cabaran untuk memastikan dua orang pesakit saya di wad menjadi semakin baik. Untuk pesakit yang pertama, muda lagi orangnya. Baru 34 umurnya. Tapi sudah mengalami komplikasi ini. Sejak hari pertama saya diberikan tugas itu, saya membuat wound desloughing di dalam wad untuk kakinya itu. Dan esoknya sekali lagi saya buat. Fuyyo! Kakinya kini hanya memerlukan dressing menggunakan normal saline dan jelonet saja. Lukanya bertambah baik dan dagingnya semakin cantik. Alhamdulillah!
Pesakit kedua pula, seorang pakcik berumur lewat 50-an. Juga mengalami komplikasi kencing manis di kakinya. Saya diberikan cabaran yang sama. Pada hari saya diberikan cabaran itu, saya membuat wound desloughing di dalam wad. Lukanya saya rendamkan dengan larutan Hydrogen Peroxide dan kemudian saya sapukan dengan duoderm gel dan menutup keseluruhan luka dengan jelonet sebelum dibalut kembali. Alhamdulillah, dua hari selepas itu, pakcik itu sudah dibenarkan pulang. Lukanya sebelum balik adalah bersih dan cantik. Daging sudah merah saja. Tiada lagi nanah ataupun serpihan tisu yang tidak cantik berada di sekeliling luka itu.
Inilah kepuasan saya. Melihat pesakit bertambah sihat dan luka mereka bersih dan cantik. Cuma yang mencabarnya, saya sayu mendengar suara pakcik itu ketika saya membersihkan lukanya itu. Ubat tahan sakit sudahpun diberikan sebelum prosedur. Begitu juga dengan local anaesthesia. Tapi masih tidak cukup. Katanya:
“Tuan doktor, saya sakit takpe. Tuan doktor buatlah yang terbaik untuk kaki saya ni. Sakit ni hilanglah nanti. Tapi kalau hilang kaki, nanti tak dapat cari ganti dah.”
Aduh. Menyayat hati sungguh. Dan sebelum dia dibenarkan pulang, dia berkata:
“Kalau tak sakit-sakit hari tu, tak cantik lagilah jawabnya kaki pakcik ni, Tuan doktor. Terima kasih, Tuan doktor. Banyak pahala dapat tolong selamatkan kaki orang.”
Ah… Lagi sekali terpujuk hati saya mendengar kata-kata pakcik itu. Itu baru selamatkan satu kaki. Kalau selamatkan tangan, buah pinggang, hati, otak dan lain-lain, Subhanallah, banyaknya pahala!
Baiklah. Mari bancuh Nescafe dan sambung studi! Eh, eh. Saya belum mandi lagilah!!!
Kemas kini (1:54 am) Sebelum beredar, ini sedikit perencah tambahan untuk hari ini yang saya jumpa sewaktu membuat carian bahan-bahan bacaan dengan bantuan Encik Google. Dan inilah realiti yang saya jumpa dalam kehidupan di wad Orthopedic.



Nota 1: Tajuk entri adalah sangat lucu. Macamlah ada tisu keras lembut pula. Huhuhu. Ah, biarkan. Tisu lembut tu termasuklah kulit, otot, ligamen dan yang seangkatan dengannya. Tisu keras tu tulanglah. Huhu. Haa. Kan dah kata. Bahasa kita pun ada istilah yang cukup untuk menterjemahkan istilah perubatan ni walaupun bunyinya agak kelakar. Kalau tak percaya, cuba lihat pelajar-pelajar di Indonesia. Istilahnya kebanyakkannya menggunakan Bahasa Indonesia itu sendiri. Kan kan kan? 
Nota 2: Opsss. Ada yang tak tahan tengok gambar-gambar tu ke? Hehe.