Drama Di Dapur: Suamiku Pergi Lagi
Assalamualaikum wbt
Tengahari semalam, selesai solat Zohor, saya masuk ke dapur untuk mula memasak. Waktu itu, kami semua baru saja tiba dari luar. Ke Sogo dan Medan Mara di Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya dalam hidup saya keluar bersama anak-anak ke tempat yang sesak begitu. Untuk pertama kalinya juga saya sanggup meredah lautan manusia yang sedang kusyuk membeli-belah di sana. Terutamanya di Sogo. Sale sehingga 80%! Orang macam ulat. Merayap penuh. Ok melebih dah. Sogo memang sale sepanjang tahun pun. Kami ke sana kerana suami saya hendak mencari barangnya. Alang-alang tu, kami lajakkan kaki ke Medan Mara di sebelahnya untuk mencari baju raya buat anak-anak. Masuk Ramadhan nanti dah tak perlu fikir apa dah tentang persiapan raya. Fikir untuk beribadah saja. Ha gitu.
Eh, yeke beli baju anak-anak saja? Iya. Untuk anak-anak saja. Mak dan ayahnya pakai baju recycle saja. Dan sebenarnya tak beli pun baju di Medan Mara tu. Buat penat saja ke sana. Sudahnya beli di bazaar depan Warta. Lagi cantik dan murah. Ok. Kembali ke pangkal cerita.
Sedang saya mengupas bawang untuk mula memasak, suami saya tiba-tiba saja membuka pintu dapur. Air mukanya kelihatan resah. Memang saya dapat mengesan perubahan riak itu. Kenapa pula ni ya? Sebab saya dan dia kedua-duanya terasa cukup ceria dan gembira sejak bangun sebelum Subuh pagi tadi. Ceria kerana akhirnya ada hujung minggu yang dapat dikongsi bersama. Dapat menghadap muka masing-masing. Tapi ini lain. Mukanya nampak cemas. Serba salah pun ada.
“Sayang, 16 haribulan ni abang kena ke Brunei. Sampai Sabtu depan.”
“Ooo. Okay.”
Saya memalingkan muka dari pintu dapur. Suami pun menutup daun pintu semula meninggalkan saya keseorangan di dapur.
Tiba-tiba saya rasa mata saya basah. Pipi pun mula dituruni air yang datang dari mata. Dan saya memang tak pasti sama ada itu air dari mata kerana pedih sedang mengupas bawang yang selonggok di depan saya tu atau memang air mata menangis. Sadisnya awak ni, Sarah. Sadisnya. Itupun nak nangis. Drama sangatlah. Cukup berdrama. Kembali memasak. Berangan macam sinetron sampai tajuk entry pun poyo je. Sobsss.
Tapi mestilah sedih. Dah bertahun-tahun tak memulakan Ramadhan bersama-sama. Nampaknya tahun ini pun Ramadhan saya hanya dengan anak-anak.
Dan nampaknya plan untuk menyambung pelajaran pada tahun ini perlu saya kaji semula dengan lebih teliti. Supaya anak-anak tak terabai akibat kesibukan kami.
Sobsssss. 😭
Ikut Dr Sarah
Reply
Sarah Reply:
June 15th, 2015 at 5:12 pm
Tak boleh, kak. Saya sendiri pun busy. Banyak menanggung kerja JUSA saya. Uhuks. 🙁
Reply