Dilema
Assalamualaikum wbt
Diam tak diam dah terlalu lama blog ni ditinggalkan rupanya. Kalau ikutkan saya yang memang suka menyimpan kenangan dalam bentuk tulisan, hari-hari pun saya nak update blog. Hari-hari pun nak menulis sesuatu di sini.
Tapi naluri hati saya sebagai isteri dan ibu menidakkan semua tu. Balik saja dari kerja, tumpuan utama saya ialah keluarga. Yakni suami dan anak. Saya dah tak kisah dah hal-hal lain. Saya memang kisahkan urusan keluarga kecil kami ni saja.
Kalau hari yang oncall, saya tak tipu yang saya boleh menangis di OT atau ICU teringatkan anak di rumah. Kasihan pada suami yang terpaksa menggalas tanggung jawab di rumah menggantikan saya. Saya rasa loser. Kalah. Sebab kalau boleh saya nak laksanakan sendiri semua tugas saya.
Tapi hakikatnya tidak boleh begitu. Kerana saya juga seorang doktor yang ada tanggung jawab terhadap pesakit-pesakit saya.
Isu ini memang menjadi dilema besar untuk saya. Besar sangat. Sehinggakan memang dilema inilah yang menjadi asbab utama untuk saya mudah tertekan lalu menangis bila oncall. Rindukan anak di rumah. Kasihankan suami. Sadis anak terpaksa tidur di rumah pengasuh jika oncall di hujung minggu kerana suami tiada. Rasa tidak lengkap menunaikan tanggung jawab untuk dua orang insan itu.
Stress sebenarnya bila ada keterikatan yang terpaksa dipecah dua antara keluarga dan kerjaya. Membuak-buak sebenarnya rasa hendak berhenti, duduk rumah jaga anak dan suami dan kemudian memulakan perniagaan sendiri. Tapi bukan semudah tu saya boleh buat begini. Sebab saya ada banyak tanggung jawab buat masa ini.
Cukup dulu untuk hari ini. Ini percubaan saya menggunakan WordPress for Android. Satu applikasi yang saya harap boleh memudahkan saya untuk lebih kerap dapat menulis di sini. Di dunia saya. Sebab saya lega apabila dapat menulis di sini. Dan supaya saya ingat segala nota-nota perjalanan susah-senang hidup saya dan keluarga dalam membentuk sebuah kehidupan yang kami mahu. Sebelum pulang ke pangkuan ilahi.
Nota: Ada lagi ke pembaca di sini? Hmm…
Insyaallah masih ada pembaca..
Sabar ye sarah. Setiap manusia mmg tak terlepas dr ujian. ALLAH xkan uji sekiranya dia tau hambanya x mampu nak lalui nya. Insyaallah sarah boleh.
Akak pon diuji jg dgn ketiadaan chya mata setakat ni. Mungkin blom rezeki. Insyaallah akan datang kita blom tau.
Apa yg kita lalui semestinya sudah Allah tuliskan sedari kita didlm perut ibu lagi dan semua itu afa hikmahnya. Insyaallah
Reply
salam sarah…lama dok tunggu sarah update… 😉
sarah beruntung dapat rakan setugas yang best…bos2 kat atas tu biarlah kat depa…memang adatlah kerenah2 bos yg menekan jiwa ni…look at the happy & fun side of our job..enjoy the moment with all your staffs…dulu akak pun macam tu.ada bos ok…ada bos yang ko…hihi.
jadi ke buat master?tahniah anyway..
Reply
Ada lg pembaca setia…..
Moga urusan sarah dimudahkan. =)
Reply
Saya doakan setiap pengorbanan & kesedihan awak digantikan dengan pohon-pohon di syurga.
Ameen
Reply
salam kak sarah..lamanya nk tunggu akak update.. in sha Allah, kesusahan hari ni, akan Allah gantikan dengan ganjaran yang paling besar.. Doa la banyak2 pada-NYA. In sha Allah, DIA sentiasa dekat dengan kita..
btw, apa khabar si kecil Izz.. dan adiknya? Moga sentiasa di dalam lindunganNYA.
Reply
Saya peminat tegar blog nih 🙂
Saya yakin dr lebih bijak menentukan pilihan yang terbaik & semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita.
Takper dr,tak lama lg baby kecik nak kuar.
So masa confinement 3bln payback time dgn abg izz & husband.
Please,keep writing.
Your writing always inspired me 🙂
*selalu godek baca kisah final year dr dulu-serious struggle!!
Reply
Adaaaaa! Saya suka sangat baca balik entries akak yang lama-lama. May Allah ease everything Kak Sarah and family.
Reply
As salam, adaaaaaa
Reply
I was curious if you ever considered changing the structure of your website?
Its very well written; I love what youve got to say. But maybe you could a little more in the way of
content so people could connect with it better.
Youve got an awful lot of text for only having one or 2 pictures.
Maybe you could space it out better?
Reply
Masih setia. 😉
Moga Allah mudahkan urusan kak Sarah sekeluarga. Terus kuat! 🙂
Reply
Salam Sarah. Lama tak menjenguk blog ini. Masih menjenguk dan terus menjenguk. Tahniah atas kelahiran anak ke-2. Barakallah
Reply
However, this scene changed when more programmers became
aware of virus programming and started building viruses
that manipulated and destroyed data on infected computers.
The says of free proxies and tunnelling services are over, and
as the Chinese government begins to tighten its
grip on what comes in and out of the country informationally
speaking, the need for a vpn to bypass internet censorship in China grows every day.
By ranking your website on the very first page of search engine results, you are tapping into a huge number of people looking for what exactly you offer.
Reply