Tentang Hidup
Assalamualaikum wbt
Setelah sekian lama, malam ni saya nekad nak menulis juga. Bila dah lama tak menulis, memang terasa janggal nak menulis semula. Tapi tak kira. Malam ni nak menulis panjang-panjang. Dan entri ini akan menggunakan bahasa yang santai saja ye. π
Ada banyak sangat yang nak diceritakan. Nak cerita satu persatu pun rasanya mungkin tetap ada yang tertinggal. Sebab banyak sangat! Walaupun siapalah saya ni untuk kongsikan apa perkembangan terbaru hidup ni. Bukan artis kebaboom pun. Bukan pesonaliti TV ke apa. Tapi dah menjadi kebiasaan, di blog inilah saya kongsikan jatuh bangun hidup saya sejak 2005 dulu lagi. Whoaa. Lamanya dah menulis!Β
Diam tak diam, dah 2 tahun lebih saya berkhidmat di Kuala Lipis. Mula-mula dulu berat hati. Lama-lama dah jatuh suka. Tapi bila dah terlalu lama, dah mula kenal lalu muak dengan birokrasi pentadbiran di sini, memang nak sangat bertukar keluar secepat mungkin. Tapi buat masa ini memang ada banyak kekangan lagi.
Suami saya masih menyambung sarjananya di UPM. On and off kami akan berjauhan. Terutamanya pada hujung minggu. Beginilah hidup kami. Dah 2 tahun begini. Tapi dah terbiasa begitu. Dan dah boleh menerima seadanya. Jadi disebabkan dia masih berjuang dengan pengajiannya, saya fikir, baiklah saya tidak berpindah dulu. Bertahan dulu semampu boleh di sini. Sejujurnya, staf memang baik-baik belaka. Memang tak tipu. Ramah. Selalu makan sama-sama di OT. Masuk sukan sama-sama. Masuk KIK sama-sama. Yang tak menariknya ialah ketua dia atas nun. Walaupun oncall selang sehari hatta berderet beberapa hari sekali pun, itu memang bukan isunya. Sebab saya suka kerjasama daripada staf di sini yang tak pernah berkira. Tapi tak apalah. Mungkin ada hikmah yang lain kenapa Allah suruh saya bertahan lagi di sini.
Bila bercakap tentang hikmah ni, dalam 2 tahun lebih permukiman di sini, memang sudah banyak mengajar saya erti kematangan dalam kerjaya dan mengurus keluarga. Hei. Siapa kata senang untuk jadi ibu bekerjaya? Susah tau. Tapi dalam tempoh 2 tahun lebih di sini, mengajar saya untuk menjadi seorang MO yang kena banyak bertolak ansur dan belajar bekerja dalam serba kekurangan. Memang taraf hospital ini ialah hopital berpakar tapi peruntukan kewangan dan fasiliti masih banyak kurangnya jika dibandingkan dengan hospital berpakar yang lain. Itu tak cukup, ini tak cukup. Semuanya kena berjimat. Tapi tak apa. Ini persediaan kalau-kalau suatu hari nanti saya ditugaskan ke kawasan yang jauh lebih terpencil berbanding bandar ini.
Bercakap tentang hikmah ini juga, dalam tempoh 2 tahun lebih ini, ia telah menjadi tempoh untuk mempersiapkan saya untuk menjadi seorang pelajar kembali. Ya. Saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana perubatan Anestesiologi dan rawatan kritikal. Dan Alhamdulillah, dengan hanya sekali saja mencuba, permohonan saya telah diterima. Saya layak untuk ke saringan seterusnya iaitu entrance exam dan interview yang akan dijalankan awal tahun depan. Kalau tiada aral dan dengan izin Allah, saya akan menjadi pelajar kembali seawal bulan Jun 2014, insya Allah.Β
Bila dah sebut tentang hidup sebagai seorang ibu bekerjaya, saya tahu ada saja yang kata “sendiri pilih jadi doktor, tanggunglah padahnya”. Hah. Meh cakap depan-depan saya kalau nak ke syarah panjang lebar. Jadi doktor ni bukan saja-saja menjadi pilihan saya. Hakikatnya bidang pilihan saya ialah guaman. Aishhhh. Mengungkit kisah silam pulak dah. Hahaha.Β
Hakikatnya, saya terpilih untuk menggalas amanah ini. Saya dipilih untuk melanjutkan tawaran dalam bidang ini 10 tahun yang lalu. Saya dah istikharah pun memang inilah yang menjadi petunjuk dari Allah. Jadi, siapalah saya untuk menidakkan, kan? Saya dah cuba yang terbaik. 6 tahun belajar, 2 tahun housemanship yang penuh pancaroba dan pengajaran. Dan dah 2 tahun setengah menjadi MO Anestesiologi. Dah rasa tua sangat dah sekarang ni. Memang bukan pilihan bijak untuk saya berpatah balik dan memulakan laluan kerjaya sebagai peguam lagi. Hahaha. Masih nak sebut jugak tu!Β
Tapi yang saya nak tegaskan di sini ialah, bukan semua orang boleh memikul amanah ini. Ada yang dah dipilih, tapi larikan diri. Ada yang dah separuh jalan, terus berhenti. Ada yang telah selesai latihan siswazahnya, tapi tidak memikul amanah ini dengan sebetul-betulnya. Maksudnya, sebaik saja menjadi MO, they take it for granted. Hoh. Tak suka betul saya. Jangan abuse bidang dan nama yang kalian bawa tu dengan tiadanya adab yang bagus. Bidang ini memerlukan keikhlasan yang tinggi sewaktu menjalan tugas. Terutamanya bagi semua yang masih secara langsung melaksanakan kerja-kerja klinikal.
Ok. Cukup membebel pasal etika. Sebenarnya tadi nak cerita, bukan senang nak menjadi doktor yang oncall, yang ada anak kecil yang masih menyusu dan pada masa yang sama turut terlibat dengan pelbagai aktiviti sampingan yang terpaksa dilaksanakan juga.
Alhamdulillah, Izz sudah hampir mencecah 2 tahun umurnya. Dalam tempoh 23 bulan ini, Allah kurniakan susu badan yang cukup untuk saya menyusukan Izz. Biarlah beg galas saya pergi kerja tak berjenama sekali pun. Tapi setiap hari saya menggalas cooler bag dan alatan mengepam saya dengan istiqamahnya. Demi Izz. Untuk mendapat yang terbaik dalam tempoh 2 tahun ini. Insya Allah hujung tahun ini akan sempurnalah 2 tahun penyusuan Izz. Semoga masih cukup susu badan untuk saya meneruskan baki sebulan lebih ini.
Saya ingat lagi. Dulu saya hanya mendapat cuti bersalin selama 60 hari. Saya risau tidak dapat menyediakan stok susu yang cukup untuk Izz sebelum mula bekerja. Ketika hari ketiga berpantang, saya sudah mula mengepam memandangkan saya cuak jika tidak sempat untuk mengumpulkan frozen EBM yang cukup. Saya buat perkiraan. Kalau waktu umurnya 2 bulan lebih akan minum 3 oz per feeding dan ada 7 kali feeding ketika tinggal dengan pengasuh, makudnya Izz memerlukan 21 oz susu untuk dibekalkan sehari ke rumah pengasuh. Saya kira stok yang sudah sedia ada. Masya Allah. Cuak saya membuak-buak waktu itu. Sebab stok yang ada ketika itu hanyalah cukup untuk 14 hari genap jika Izz berada di rumah pengasuh.
Jadi sejak itu saya memang berhempas-pulas untuk mengumpul EBM yang secukupnya sebelum naik bekerja. Daripada menumpang susu di peti ais rumah mak, kami beli deep freezer 110L untuk menyimpan susu yang telah disejukbekukan supaya boleh bertahan sehingga 6 bulan. Kemudian berhempas pulas kami memindahkan stok susu tersebut untuk dibawa pulang ke Kuala Lipis. Alhamdulillah, sewaktu hendak kembali bekerja, stok yang terkumpul adalah 1450 oz jumlahnya. Setiap hari di tempat kerja pun saya mengepam. Cumanya, disebabkan natural kerja saya tidak boleh duduk setempat dan kebetulan waktu itu hanya 2 orang MO saja di jabatan saya, saya memang tidak dapat mengepam setiap 3 jam. Memang ke Laut Andaman jadual mengepam saya. Sedih juga. Takut susu merudum. Tapi Allah itu Maha Tahu.
Disebabkan kekangan masa, apabila berkesempatan, saya akan membuat power pumping. Kadang-kadang tu, disebabkan tak sempat langsung mengepam ketika berada di OT, sampai saja di rumah, sekali pam terus dapat 20 oz. Sambil Izz menyusu, sambil mengepam juga. Malam-malam saya bangun untuk buat power pumping di samping mengemas rumah. Bangun awal pagi untuk mengepam dan menyiapkan bekalan makanan Izz. Sebelum pergi kerja mengepam lagi terlebih dahulu. Ya. Itulah rutinya. Memang sakit pinggang, sakit belakang. Tapi saya ada suami yang Alhamdulillah sangat memudahkan urusan seharian saya. Bila saya lenguh atau sakit belakang akibat PID (Prolapse Intervertabral Disc) saya, dialah yang akan mengurut-urut belakang saya. Dan yang paling terharu, sehingga ke hari ini, tidak pernah lekang dalam doanya selepas solat agar dicukupkan bekalan susu untuk Izz Zamani sehingga berumur 2 tahun.
Selain daripada memberikan susu badan, saya juga menyediakan homemade food untuk Izz. Sejak berusia 6 bulan lebih, tatkala Izz sudah mula diberikan solid food, saya dan suami memang bertungkus-lumus di setiap hujung minggu untuk menyediakan puri buah-buahan dan sayur-sayuran untuk bekalan sejuk beku. Kami simpan di dalam deep freezer. Ini untuk memudahkan kerja kami di setiap pagi terutamanya hari bekerja. Setaip pagi kami hanya perlu memasak bubur nasi. Kemudiannya, puri yang telah disediakan hanya perlu dicampurkan ke dalam buburnya beserta sumber protein tertentu. Semakin meningkat umur Izz, semakin banyak benda baru yang kami berikan kepadanya. Tapi kami suami isteri memilih untuk menjadi naturalis. Kami menggunakan bahan organik untuk Izz. Kami sediakan makanan tanpa garam dan gula. Tiada sebarang vitamin, supplement atau sebarang shake whatever shake yang saya berikan kepadanya. Jika dia selsema, saya hanya perlu memberikan Izz sebiji buah oren kegemarannya dan madu, dia makan, dan keesokannya dia sudah sembuh daripada selsemanya.
Pernah juga dalam beberapa situasi bila dia sudah besar ni, kami terpaksa membeli saja untuk Izz. Itupun kerana terpaksa sangat. Contohnya di tempat yang kami pergi itu tiada sebarang lauk mentah yang boleh saya masak untuk dimakan oleh Izz. Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi…. Dalam keterpaksaan, saya memang terpaksa membeli saja makanan atau lauk untuk Izz. Pernah ada yang menegur kenapa tak diberikan masakan masak sendiri? Eh eh eh. Kejadian yang disaksikan itu adalah sekali dalam sejuta. Jadi jangan hakimi saya berdasarkan apa yang dilihat sekali itu saja kalau tak tahu apa di sebalik rutin harian kami suami isteri memasak dan menyediakan homemade food yang fresh and healthy untuk Izz. Saya pun tak perlu nak canang pada semua apa yang saya dan suami buat. Tapi bila diadili tak tentu pasal begitu, memang boleh angin juga. Tapi sabar je lah banyak-banyak. Orang lain tak perlu tahu apa yang saya dan suami buat hari-hari untuk Izz. Plus, I don’t care if people judge me based on that. Kita sebagai mak-mak ni lebih tahu apa yang kita buat untuk anak kita masing-masing, kan?Β
Sebut pasal mak-mak ni, ni mak nak cerita perkembangan Izz pula. Izz dah besar! Tu je. Hehehe. Alhamdulillah, Izz sangat sihat dalam peliharaan kasih sayang Allah. Banyak bercakap walaupun masih pelat, sudah tahu banyak perkara, tahu ABC, tahu mengira, tahu alif ba ta, tahu minta nak makan tomato kegemarannya (hahaha), tahu pakai baju dan seluar sendiri (sob sob sob, anak mama dah besar), dan sudah partially toilet trained. Alhamdulillah atas semuanya. Oh ya. Izz juga adalah sangat comel! Hahaha. Nak sebut jugak tu!Β
Dan insya Allah kalau tiada aral, tak lama lagi, Izz Zamani akan menjadi abang. Saya sekarang sedang membawa seorang lagi khalifah kecil, Alhamdulillah. Doakanlah semoga kali ini semuanya dipermudahkan (walaupun sebenarnya sekarang tengah hyperemesis yang teruk walaupun sudah 15 minggu).Β
Sekarang saya bersendirian di Kuala Terengganu menjalani Kursus Prasarjana di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. 4 hari saya di sini. Remuk redam hati rindukan Izz. Rindu rindu rindu! Tak sabar untuk habiskan exam hari Selasa ni dan kemudian terus balik ke Temerloh untuk peluk, cium dan gomol Izz Zamani sepuas-puasnya.
Yeay~
Dan bye!
Hehehe.
Selamat malam Tanah Malaya dan Moskva. Hati saya masih tetap merindukan Tanah Tsar itu dan seluruh kedinginannya.Β Β Dan saya doakan yang baik-baik saja untuk semua walau di manapun kalian semua berada. Allahumma amin.Β
Assalamualaikum,dr sarah..sy follow dr since sy baca kisah 13thun mncri cinta..
Kisah2 coretan dr mmbuatkn sy kuat n memotivasikn sy..
Trima ksih…thniah utk bkl khalifah kcil..
Semoga dr skluarga dirahmati,dikasihi,diberkati dan dilindungi-Nya…
Reply
Sarah Reply:
November 18th, 2013 at 2:17 am
Waalaikumussalam.
Eh, cepatnya komen. π Terima kasih banyak2 ye Sakinah.
Reply
Salam kak sarah. semoga keluarga akak sentiasa di bawah lindunganNya and dipermudahkan urusan sentiasa. congratz for the little caliph, bakal jadi abang long lah izz lepas ni. hehe
Dah lamo tunggu entri baru, at last! π
Reply
salam KS.
rindu rindu rinduuuu ks . (rindu zaman dolu2, zaman blogging dolu2) π³
n tk penah berjumpa lg ngn izz
thia dh nak ber final exam lg dua hari.
doakan thia n kengkawan ye kak
Reply
Salam kak sarah..esited sgt tngok kak sarah update blog.sy follow kak sarah dr sy sekolah menengah lg..aah..dr kisah 13 tahun mencari cinta hehe..alhamdulillah bahagia hidup kak sarah dan keluarga.dah besar izz kan.n dah nk jd abg long pun..oh kak sarah ad kt trg eh..sy anak trg tp skrang sy kt bumi jordan.sambung pengajian dlm bidang perubatan.insyaAllah.good luck kak sarah utk jd pelajar balik π
Doakan sy jugak..semoga Allah permudahkan jalan ini..
Assalamualaikum:)
Reply
I always adore you and how you coping life as wife and mom and doctor. Semoga terus kuat untuk memberikan kami inspirasi π
Tahniah for your lil khalifah smoga dpermudahkan segala urusan kak sarah π
Reply
sarah!!..kt ganu ke?…stay kt mane?..alah..akak xde no sarah..phone ilang..huhu..klu x boleh jumpe..
Reply
Assalam Sarah,
Tahniah.. sedang pregnant yer. Semoga semuanya baik2 belaka.
Reply
Akhirnya dapat jugak baca entry yang terbaru setelah sekian lama menanti. Actually, semalam saya terbaca status KS kat fb yang KS nak update blog. Teruja tapi tertidur dulu sebab mengantuk. Tapi nak dijadikan cerita saya terjaga dan on9 fb kejap. Dengan mengantuk yang masih bersisa, saya baca entry KS dan lepas tu sambung tidur. Apa lagi, saya mimpi KS dan kita bersembang panjang lagi. Siap perkenalkan kat kawan saya lagi yg KS nie kerja satu tempat dengan kakaknya yg kebetulan baru masuk kerja kat Hospital Kuala Lipis. Hehe. π
Reply
Akhirnya update juga sarah:)
Tiba2 teringat tentang 10 sebab yang perlu dipertimbangkan sebelum jadi doktor dalam entry ni:
http://forum.facmedicine.com/threads/10-things-you-need-to-give-up-to-become-a-doctor.16769/
Tapi sy tahu awak mesti mampu hadapi semua ni. Lelagi ngan Tho kat sisi insyaallah:) Tak sabar nak jumpa Izz tak lama lagi,hehe.
Reply
Salam KS, saya start follow blog akak sejak 2007.. sampai sekarang. Sangat teruja baca entry akak, walaupun dah lama tak ada entry baru, saya akan tetap setiaaaaaaa.. π
Reply
congratulations sarah….
moga berjaya dalam exam (in which I know you will)..
tahniah dgn kehadiran insan baru….
moga diberi kesihatan yg baik utk terus bertugas demi patient & keluarga…
p/s…I think you should write about breast feeding in pregnancy based on your experience…ramai kat luar ni yang ragu2 utk terus breast feed masa pregnant.
Reply
Salam KS, wahh Izz makin besar dan comel dah dari gambar2 yg KS post.. memang tahu KS lazimnya menyusukan dan sediakan EBM buat Izz , tapi bila baca entry ni, baru tahu yang KS siap beli deep freezer to store stock EBM untuk Izz,, + everything KS and abg Thaariq buat for Izz, rasanya masih banyak lagi ni yang perlu dipelajari sebelum masuk ke alam rumah tangga.. hehe.. and really thank you for this beautiful entry,, realiti hidup sebuah keluarga Dr (Ibu saya doktor dan abah saya pensyarah engineering UTM) , terfikir macam n agaknya abah n ma lalui waktu awal2 besarkan kami 5 beradik dulu.. anyway all the best KS for Masters Prog. and salam buat abg Thaariq dan Izz comel juga..!! π
p/s : KS sangat2 lah kurus dalam gambar dengan Izz waktu 16months tu, i wonder if i will eventually shrink juga bila mula perkhidmatan tahun depan.. haha.
Salam..
Syahir π
Reply
Wag sarah pregnant yea..tahniah taw!!!.. da nie tgh mengepam ..hehe..tgh mencari sumber kekuatan dan inspirasi nie..jumpe plk dengn blog sarah..tahniah sarah.syukur alhamdulillah dah cukup 2 tahun izz yg comel ni menyusu.gembira sgt dgr cite sarah.
Aisy plk dah setahun 4 bln still full bf lg..doakan da diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dan ibadah nue..sbb fikirkan hasilnya dan tuntutan syariat serta sokongan suami perjuangan ini masih diteruskan..doakan da pun ckp bf sampai 2 tahun jugak insyaAllah π amiin
π
Reply
Assalamualaikum kak sarah
alahai, lamanya tak menjenguk ke teratak akak ni… sekali masuk, haaaa, izz dah besar pun!!! comel sangat…
suka tengok gigi izz yang putih bersih dan tersusun tuuu… tak jemu-jemu saya tengok…hehe..izinkan saya ambil gambar izz sebagai koleksi bayi-bayi comel ye kak.. hehe..
btw, akak tolong peluk cium izz untuk saya…. π
moga akak dan bakal baby yang akan lahir sihat hendaknya..
Reply
I see a lot of interesting posts on your page. You have to spend a
lot of time writing, i know how to save you a lot of time, there is a tool that creates unique, google friendly articles in couple of minutes, just
type in google – k2 unlimited content
Reply
I read a lot of interesting posts here. Probably you spend a lot of time writing, i know how to save you a lot of time, there is an online tool that creates
unique, SEO friendly posts in minutes, just search in google – k2seotips unlimited content
Reply
Biogeniste Reviews
Tentang Hidup | Dunia Sarah