Isu Nursing In Public (NIP)
Assalamualaikum wbt
Nursing in public (NIP) atau menyusukan anak di khalayak umum tiba-tiba saja menjadi satu isu besar sejak kebelakangan ini. Media dan beberapa blogger handalan yang tidak memahami konsep NIP ini telah menyonsangkan lagi isu ini dan menidakkan praktikalnya NIP ini di negara kita. Saya cuma hendak meluruskan semula salah faham dan ‘dakyah’ yang dibawakan oleh blogger bernama Mantot menerusi blognya cursingmalay.blogspot.com yang telah mencemuh ibu-ibu yang NIP ibaratnya tidak tahu malu dan merelakan aset mereka ditonton ramai.
Saudara Mantot, saya hendak memberi sedikit pencerahan kepada saudara tentang isu ini secara terbuka agar pada masa yang sama, perkongsian ini juga boleh dihadam oleh pembaca-pembaca yang lain. Ibu-ibu yang menyusukan anak adalah diumpamakan sedang memberi anak makan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyusukan anak secara eksklusif untuk 6 bulan yang pertama, susu ibulah satu-satunya makanan untuk anak mereka. Saya amat yakin dengan ibu-ibu muslimah yang NIP ini sangat menjaga aurat mereka. Ada pelbagai kemudahan pada masa ini yang memudahkan untuk NIP dengan penuh berakhlak. Selain nursing wear, tudung yang labuh dari dada, nursing cover, shawl, poncho, ring-sling dan pelbagai jenis baby-wearing yang lain juga boleh dijadikan pelindung untuk menutup aurat dengan sebaiknya. Malah, ada kalanya sehingga orang tidak sedarpun bahawa mereka sedang menyusukan anak.
Mengapa tidak digunakan saja nursing room yang disediakan?
Malangnya, di Malaysia ini, bukan semua tempat awam termasuklah pusat beli-belah ada menyediakan nursing room. Jika ada sekalipun, nursing room itu sebenarnya ialah changing room untuk menukar lampin bayi. Atau dalam erti kata lainnya, ianya sama seperti tandas. Jika kita sendiri, mahukah kita makan di dalam tandas dengan melihat dan membau sesuatu yang kurang enak yakni najis? Sama juga dengan anak kita. Ibaratnya, kita menyusukan anak kita di dalam tandas dalam keadaan yang tidak hygiene sama sekali. Tapi jika terpaksa seperti si ibu tidak memakai pakaian yang sesuai untuk NIP, hanya nursing room sajalah pilihan yang tinggal.
Dalam situasi lainnya, jika ada nursing room sekali pun tetapi nun jauh dari tempat mereka berada, dan anak sudah menangis melalak hendakkan susu, sanggupkah dibiarkan anak tersedu-sedan menangis sehingga dapat mencari nursing room itu? Sedangkan pemakaian si ibu ketika itu sesuai digunakan untuk NIP saja?
Tanggung jawab seorang ibu tetap sama walau di mana kami berada. Anak memang menjadi keutamaan. Jika terjamin aurat tidak akan terdedah dan suami mengizinkan, sudah menjadi kewajipan pula untuk ibu itu teruskan NIP saja anak itu di situ saja.
Saya malu bilamana Saudara Mantot mengatakan orang lelaki bila melihat ibu-ibu sedang NIP tidak lagi memikirkan mereka sedang memberi anak makan tetapi yang difikirkan oleh mereka ialah tentang saiz aset ibu-ibu tersebut. Very narrow and dirty minded, bak kata suami saya.
Seharusnya, kaum lelaki memberi sokongan supaya pelaksanaan syariah menyusukan anak ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Bukat setakat beri sokongan, tolong jaga pandangan juga bagi yang selalu berfikiran negatif dan kotor-kotor itu.
Berkenaan dengan ibu-ibu yang menghantar gambar mereka menyusukan anak ke majalah-majalah tertentu itu, saya sendiri juga tidak setuju. Itu salah mereka kerana kurang ilmu agama bahawa sudah jatuh hukum haram mereka menunjuk-nunjuk sebegitu.
Jadi, mari kita fahami semula definisi NIP itu apa. Menyusukan anak secara terbuka di khalayak umum bagi menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun mengikut garis panduan Quran dan Sunnah. Jelas sekali, gambar-gambar yang saudara tohmahkan di blog itu adalah jauh tersasar daripada definisi dan konsep asas NIP.
Bagi kaum ibu pula, saya pernah bertanyakan pendapat seorang rakan usrah saya yang merupakan seorang ustazah, juga seorang yang menyusukan anak. NIP boleh dilaksanakan bilamana 3 perkara ini dapat dipatuhi:
1) Dengan izin suami
2) Aurat terpelihara dengan sempurna
3) Bukan dengan niat bangga diri kerana dapat menyusukan anak
Andai kata terpelihara ketiga-tiga hal ini, nah, silakanlah. NIP lah di mana saja yang kalian mahu! Peliharalah diri kita ketika NIP itu dengan rasa malu sebagai perisai kita tidak terlanjur membuat sesuatu yang di luar batasan.
Saya tahu status ini mungkin tidak akan dipersetujui oleh semua. Tapi, cuba renungkan kisah ini. Kita membahaskan keadaan NIP di pusat beli-belah, restoran dan tempat awam lain yang berkemungkinan menyediakan nursing room untuk kegunaan ibu-ibu menyusukan. Tapi, dengan mata kepala saya sendiri saya pernah melihat, seorang ibu yang sedang berniaga kuih di pasar, duduk bersila di atas lantai, berlitupkan kain batik di dada hingga ke bahagian belakang, sedang mengalunkan selawat ketika menyusukan anaknya yang berada di sebalik kain batik itu.
Ha, Saudara Mantot. Awak nak suruh puan itu berlari pergi cari nursing room di tengah-tengah pasar tu ke? Siapa nak jualkan kuih cari sumber pendapatan untuk keluarganya?
Fikirlah secara logik dan rasional. Yang lebih praktikal, marilah desak kerajaan kita supaya menyediakan lebih banyak nursing room yang sempurna untuk kegunaan kaum wanita. Jangan hanya pandai menuduh NIP ini keji dan perbuatan tak berasaskan malu sebaliknya fikirlah secara positif kenapa NIP ini perlu dan masih rasional untuk diaplikasikan buat masa ini.
Last but not least, I SUPPORT NURSING IN PUBLIC (NIP) WITH PROPERLY COVERED AURAH!
Ikhlas,
Dr. Sarah Shukor
http://sarahshukor.com
A muslimah mother doctor who practices NIP whenever necessary.
P/S: Mantot, saya follow blog awak sejak tahun 2007. But when it comes to this issue and you sarcastically made fun of NIP, kata hanya orang tak malu saja yang buat, I really against you on that. Please reconsider to sharpen your mind on the definition of NIP. Thank you.
As salam, kakak sokong tulisan Dr. Sarah.
Reply
Salam sarah,
I totally agree with your view . I believe the hype regarding NIP stemmed from
some of the nursing mothers themselves . I once saw a mother breastfeeding in public exposing her breast in the process. I dont have any qualm with mothers who properly cover their aurah but to see someone else’s breast in broad daylight is not something that appealing to me .
Saya percaya yg org lelaki x suka adalah yg menyusukan bayi mereka tanpa rasa malu menayangkan buah dada..
Menunjuk aurat di khalayak tetap salah
Reply
Salam kak sarah,
saya juga bersetuju dengan pendapat ini. orang yang hanya pandai menuduh tanpa sebarang fakta yang sahih hanyalah orang yang tidak berakal baru pandai menulis.
begitu banyak busana muslimah untuk ibu yang menyusukan anak di pasaran. tiada sebarang masalah untuk ibu muslimah dewasa ini untuk menunaikan fitrah anak kesayang mereka sendiri.
mohon permintaan untuk meletakkan link entri ini di blog saya supaya lebih ramai rakyat di Malaysia ini mendapat pencerahan yang sebenarnya
Reply
Salam,
Saya rasa kita tak boleh salahkan bro Mantot 100%. Mungkin seperti yang saudari Nadrah katakan, ibu2 ni sendiri yang jadi punca. Mungkin sepanjang Mantot keluar, dia tak pernah nampak ibu2 NIP privately, tetapi cuma nampak ibu2 yang main sesuka hati selak sampai nak breasts. Mungkin dari situlah timbul ketidakselesaan yang menyebabkan Mantot katakan “TAKNAK” terus pada NIP.
Saya sebagai seorang perempuan pun rasa malu bila ternampak ibu2 yang NIP tanpa rasa segan. Pelik rasanya apabila seorang ibu berasa “It’s okay” untuk menayangkan benda2 yang tidak sepatutnya semata-mata untuk memberi anak makan. As the saying goes, matlamat tidak menghalalkan cara.
Just my two cents.
Reply
Sarah Reply:
November 12th, 2012 at 7:31 pm
Tetapi dengan mengeji ibu2 yang NIP dengan sopan dan decent secara menyeluruh adalah salah dan tak perlu la dia nak menghina mereka dengan ayat tak tahu malu.
Saya tak pasti sama ada Siti dah ada anak atau belum. Once you are there, experience the urgency to NIP whenever necessary (get my point here, not all the time), then you really have to. Most importantly, jaga aurat la. So no big deal about it.
I’m emphasizing about NIP with properly covered aurah. Yang segelintir kecil yang happen to be dia nampak kat mana2 tu, tu out of my topic here. Maybe they are non Muslims. Dan ada satu fatwa yang dah dipersetujui oleh para ulama berkenaan aurat yang tiba2 kelihatan waktu menyusukan anak di kawasan umum. Please find it yourself. Tenfah online guna fon ni, saya tak dapat nak trace back the link untuk dibaca oleh semua.
Thank you.
Reply
Ahmad Reply:
November 13th, 2012 at 3:55 am
First, stop being feminist. Hujah feminist, menyusahkan, tak adil dan tidak rasional.
Second, hidup dunia ni tak berlaku dalam lingkungan orang perempuan saja. Orang laki-laki pun ada. So, hujah “Very narrow and dirty minded, bak kata suami saya.” adalah hujah narrow minded on its own. Kalau berani menyusu depan orang, tak perlu cakap orang narrow minded kalau fikir pasal saiz aset. Kita dedah aurat, pastu marah orang narrow minded sebab fikir kita sex-symbol. Come on lah.
Third, cakap macam takde cara lain dah nak bagi anak susu. Comeon. U r a doctor. You know better.
Fourth, sebab asyik fikir “perempuan sepatutnya dibenarkan menyusu di mana sahaja”, sampai lupa yang orang lain pun ada hak untuk berada di tempat tanpa diganggu oleh proses. That’s why, nak berhujah, JANGAN FEMINIST!
Fifth, u dont even know, apa yang ada dalam kepala lelaki. Ur husband will not admit this, tapi, bila dia nampak bini orang menyusu depan dia, dia pun tak boleh nak duduk diam gak. Dia deny macam mana pn, u percaya cakap dia macam mana pn, otak laki memang wired macam tu. benda ni memang benda yang laki-laki pandang. So, just accept this. Ini bukan berkaitan dengan buka aurat or tutup aurat. Tapi, setiap perempuan yang menyusu, memang kitorang (lelaki) fikir bukan-bukan. Ur husband may want to be seen “innocent” but, come on, we know how laki2 berfikir. So, again, accept that.
Reply
syahir Reply:
November 13th, 2012 at 7:55 am
Assalamualaikum bro Ahmad,
I’m not sure why but i find your comment just a bit too stereotype to label all the guys will think the way u think they think..
‘Tapi, setiap perempuan yang menyusu, memang kitorang (lelaki) fikir bukan-bukan. ‘
something certainly is not right with that ‘kitorang’.. will we feel the same if we see our family doing that ? I don’t think it will be the same.. Cant we treat a muslimah like they are a part of our family ? they ARE our family by syahadah.. its NIP with proper cover of aurah we are talking about.. Even Allah says that by covering aurah means they are protecting their modesty..
and 2ndly, its kind of rude to say things about her husband like that.. come on bro, muslim can do better than that..
peace be upon you dear brother,
syahir
Reply
Sarah Reply:
November 13th, 2012 at 1:02 pm
Couldn’t agree more. You absolutely get my whole points here. And very true, bukan semua lelaki dirty and narrow minded sampai macam tu sekali.
Thank you.
Reply
Ahmad Reply:
November 13th, 2012 at 2:14 pm
auwwww. sooooo sweeet.:D haha.
Firstly, you may want to deny that FACT as much as u can, bro. Deny it as much as u can. It is either u r castrated or u r “wired weirdly”, if u don’t feel that.
Secondly, I am not harassing her husband, as a matter of fact! I am just saying the fact, her husband, dia seorang lelaki! So, dia TIDAK terlepas daripada perkara asas menjadi lelaki. Allah swt sendiri dengan bijaksananya, telah berjanji anugerahkan BIDADARI yang descriptionnya cukup menarik hati lelaki (eg sentiasa dara, berdada montok), sebabnya LELAKI MEMANG DICIPTA BEGINI! LELAKI MEMANG MEMINATI BENDA MACAM NI. Allah swt tahu siapa diri kita. So, denying what her husband IS, is an insult by itself.
Thirdly, jom berpijak ke dunia nyata. You may argue, “she is our sister, bro”, comeone, hujah begini tak patut jadi hujah untuk halalkan sesuatu dalam dunia kita. Why don’t use this hujah to run around topless. And, bila laki-laki yang menengok terasa mende, just say, “Guys, kenapa korang dirty minded? kenapa korang tidak menundukkan pandangan. Diorang ni saudara seaqidah kita. Korang patut menundukkan pandangan. Bukankah Allah swt telah menyuruh kamu menundukkan pandangan?”
Korang ingat semua orang laki-laki di Malaysia ni baik? Korang ingat semua orang laki di Malaysia ni, anggap korang adik? Apa korang ingat tujuan aku tulis benda ni? Aku tulis kasar-kasar macam ni, sebab aku TAKNAK orang laki2 yang berfikiran buruk di dunia ni bayang benda bukan2 pasal Dr Sarah ni. Korang boleh teoritikalnya minta lelaki supaya ingat kepada Allah, tapi, how do you know orang yang tengok korang NIP, tak fikir bukan-bukan? Macam mana Dr Sarah boleh tahu ORANG YANG TERPERASAN YOU ARE ‘NIP’PING, tak terbayang bukan-bukan about you?
Fourth, Dr Sarah, for the sake of yourself, please, tanya diri sendiri, “Adakah aku nak orang lelaki yang jahat otaknya, BAYANGkan benda-benda tak senonoh pasal aku?”
Fifth, bukan semua lelaki dirty minded. But, most of them ARE. Just don’t deny this fact. Again, perempuan sekalian, ADAKAH KORANG INGIN TUBUH KORANG MENJADI LAMUNAN LELAKI MIANG DI LUAR SANA? Kalau anda tak rasa apa-apa, you are a SLUT, then.
Sixth, Dr Sarah, perempuan memang takkan faham otak laki-laki. TAPI, you can try ASK your husband to swear dengan nama Allah swt. Minta dia bersumpah, adakah nafsu dia tergerak sedikit pun, waktu tengok isteri orang NIP. Kalau dia mampu bersumpah, then, I WILL KISS HIS HAND. Dia mungkin ahli sufi or ulama besar.
I am angry because ini melibatkan UR MARUAH, Dr Sarah. You may say yang u are okay with that, but, apa pandangan kitorang yang melihat kepada kamu? Orang yang topless pun rasa diri mereka baik-baik sahaja, tapi, apa pandangan orang yang melihat kepada mereka?
Yes, I am your saudara seaqidah, that’s why I am angry!
If you don’t get the logic, IT’s TRUE then, perempuan yang dah kahwin, dah kurang rasa malu.
Thank you.
Reply
Ahmad Reply:
November 13th, 2012 at 2:16 pm
just want to correct, “Minta dia bersumpah, adakah nafsu dia xtergerak sedikit pun, waktu tengok isteri orang NIP. Kalau dia mampu bersumpah, then, I WILL KISS HIS HAND. Dia mungkin ahli sufi or ulama besar.”
Reply
Sarah Reply:
November 13th, 2012 at 3:39 pm
For Allah’s sake, can you just get off from my blog rather than stating so much insulting stuffs here.
Don’t ever dare to get my husband involved. I didn’t touch specifically about you or your wife or sister. So just get yourself rid of me. I have stated that some might not agree with this due to certain reasons. But for once, please believe me that one day, at one time, women do HAVE to NIP kerana terpaksa.
Saya taknak elaborate further as I have explained enough (or why should I argue more with a man like you).
But one thing that is so clear in my mind, in my heart. Saya tak redhakan awak dunia akhirat dengan cara awak menghina saya dan suami saya. Demi Allah.
Sikit pun saya tak buat dosa menyentuh peribadi awak yang appear secara unknown kat sini, but you have jist crossed the border.
One day, if you happened to have wife and kids, and happened to be that your kids are tarving in the public and your wife doesn’t have any other options but NIP, then, you will sure remember what I define here as NIP with properly covered aurah WHENEVER NECESSARY.
It takes the whole heart and confidence for muslimah to NIP. And it takes the whole heart and confidence too for myself to kick you out of my blog due to your inappropriate badmouth.
If tak agree sekali pun, don’t ever insult me and my family because you never know what I have gone through! Please la. Get yourself a new space to badmouth people. You do it once again in my blog, bertambah tak redha saya pada awak and please carry it to akhirat. THANK YOU.
Reply
Mantot Reply:
November 14th, 2012 at 2:19 pm
Puan,
Sejujurnya aku katakan kat sini ; wife aku tak pernah NIP walaupun terpaksa.Aku tak bagi. Nak kena lempang dengan aku,buat la.
Anak aku meraung macam mana pun, aku dah tetapkan syarat…takleh depan orang ramai. Nasib la anak aku nak meraung macam mana pun, kalau ada orang nampak apa yang tak patut (there is a possibility,right?) aku yang tanggung Sis…
Dalam bab ni, isteri aku tak ada choice dan aku expect dia follow dan jgn bargain dgn aku. Family aku…cara aku.
Punyalah lama aku nak tunggu tengok nipple dia (aku berkawan 8 tahun) jadi takkanlah sebab anak punya pasal dia boleh selak dan menyusu mana2 dia terpaksa?
Mungkin Puan Doktor agak terkejut dengan apa yang aku tulis, tapi zaman sekarang ni…kalau Nenek Tua dan seekor kambing pun kena rogol…takkanlah terkejut kalau2 ada lelaki naik ghairah sebab ada ibu menyusu?
Walaupun ramai yang kata aku pervert, aku jelaskan kat sini, aku tak suka tengok nipple pempuan menyusu. Sebab tu aku tulis tu. Bukan sebab aku pervert…tapi sebab aku rasa ada yang memang sengaja tengok.
Aku seorang bapak Puan Doktor.Adakah knowledge aku mengenai ibu menyusu ini 0% ?
You are actually insulting me in your post.
Tapi aku redha, sebab aku macho.
ps – tah sapa tah bagi aku link ni kat FB. Aku reply sebab aku rasa tukang pass link tu hope aku reply.
Reply
Ahmad Reply:
November 15th, 2012 at 9:47 am
Oh, god! COME ON!
Aduh, kalau rasa y aku dah insult ur husband, then, I AM SORRY. Tak pernah berniat nak insult ur family member pun. IT IS NORMAL UNTUK LAKI-LAKI TERGERAK HATI KEPADA PEREMPUAN. NABI SAW PUN TERGERAK HATI KEPADA WANITA (maksud di sini, adalah menyukai perempuan). It is normal. Yang membezakannya adalah cara dia respond terhadap apa yang terlintas dalam fikirannya, kalau dia beriman, dia mengalihkan pandangan dan beristighfar, kalau dia kurang beriman, dia ikut nafsu, dia akan terus layan. Problem is sewaktu di pasaraya (or other public area) tu, berapa ramai yang mampu mengawal keimanan mereka?
Again, I am just stating the FACT. Lelaki otaknya begitu. Tak ramai laki-laki yang berani mengaku benda ni berlegar dalam otak diorang, cik kak. Semuanya tak berani nak mengaku sebab takut dikatakan “pervert” macam mantot kena. TAPI, itu hakikatnya, lelaki memang berfikiran begitu. Again, deny it as much as u want, tapi, fakta ini takkan terhapus.
Apa yang arnie cakap kat bawah ni, dan apa yang hanisah cakap, dah explain apa yang aku nak cakap. Pakcik berKOPIAH galak mengintai, kalau diikutkan, itu lelaki yang cuba bawa hidupnya ke arah Allah. Macam mana dengan orang yang tak pernah ingat Allah swt?
Let me tell you another secret, cik kak. Lelaki membayangkan sesuatu TIDAK KIRA PEREMPUAN TU DALAM KEADAAN MENUTUP AURAT ATAUPUN TIDAK! Bila mereka tahu perempuan sedang NIP walaupun sedang cover aurat dengan baik, otak mereka akan mula “undressing” that girl hingga takde benda yang tinggal. Kenapa susah sangat nak terima hakikat ni?
Beban syariah (beban dosa) sememangnya tak menjadi isu dalam ur view kat atas ni. Kalau buat, sememangnya perempuan itu tak berdosa, sebab mereka tak berniat untuk showing pun, I know that.
I accept ur view. Cuma ur view is distorted (not complete) sebab you simply don’t know how male minds work. U may think, that hanya pervert yang “imagine things”, tapi, you should know, yang SEMUA ORANG LELAKI akan terlintas sesuatu dalam hati dia. Sekali lagi, yang membezakannya adalah cara dia respond terhadap apa yang terlintas dalam fikirannya, kalau dia beriman, dia mengalihkan pandangan dan beristighfar, kalau dia kurang beriman, dia ikut nafsu, dia akan terus layan, undress that girl etc.
Then, asked yourself again, “Adakah aku sanggup menjadi bahan lelaki-lelaki yang mata keranjang kat luar sana?”
Oh ya, you want me to leave you alone, right? Okay, no problem.:) You want to “carry it to akhirat”, then, I am glad to do that. Semoga Allah swt adilkan di akhirat, “ADAKAH AKU TULIS DENGAN NIAT MENGHINA UR FAMILY ATAUPUN TAK PERNAH BERNIAT MENGHINA? ADAKAH AKU TULIS DENGAN NIAT MENJAGA MARUAH KAU ATAUPUN SAJA-SAJA NAK MENGHINA KAu?” let’s bring this ke hadapan Allah swt.:)
TAPI, just one thing, lepas emosi tu dah kurang, baca lah balik. Sekali lagi, TAK SEMUA LELAKI BOLEH KAWAL APA YANG TERGERAK DALAM FIKIRANNYA. You want laki2 mata keranjang undress you?
Good bye forever. Next time, kalau taknak unknown person menjengah ur blog, buat private, dan invite your friend only.
Reply
Haida Reply:
November 17th, 2012 at 4:36 pm
seriously man, u are so sarcastic!
pleaselah saudara. one day when it comes to your wife/family members, u’ll understand what she argued on!
NIP tak salah! yang salah MENDEDAHKAN AURAT!
saudara mantot juga,
jika saudara tidak benarkan isteri saudara NIP di mana2, terpulang.tapi jangan dihina ibu2 yang sanggup NIP anak mereka di samping aurat terjaga sempurna.
NIP bukan sahaja keperluan, tetapi tanggungjawab ibu terhadap anaknya.
saya juga NIP. tetapi sedikit pun tak pernah mendedahkan aurat saya. aurat saya, maruah suami saya. malah,suami saya juga turut sama2 menjaga aurat saya.
sila berfikiran terbuka,kalau kamu boleh berfikiran terbuka luas melihat retis2 yang terjojol sana sini, even rambut mengerbang kamu boleh terima sebagai sesuatu yang normal, kenapa kamu tak boleh terima ibu yang NIP,dalam masa sama tidak menonjolkan aurat langsung di hadapan umum!
saudara ahmad, sila berfikiran rasional.
jangan sekali2 hina kami ibu2 yang NIP di hadapan kamu!
satu lagi, yang fikir bukan2 kenapa?retis2 yang dedah aurat tu, kamu tak fikir bukan2 ke???
heran betul saya dengan org sebegini.
sorry sarah, akak komen panjang pula dlm entri kali ni.
orang macam ni sampai bila2 pun kerjanya dok hina ppuan je.huh.
Bedah Reply:
November 19th, 2012 at 12:04 pm
Assalamualaikum,
I am reading Ahmad’s concern with an open mind and heart, and i understand his POV and his deepest concern towards you Doctor. and i understand you when you emphasize on covering your aurat during BF. I applaud you if can nurse your children without anyone knowing it. But I am a BF mother too, and i feel uneasy when i see mothers NIP without proper coverage (let’s face it, the percentage of mothers nursing without proper coverage is greater) cos i can imagine their aurat. Am i a pervert for thinking that? no. It’s just curiosity. and if i can think that, men can imagine more than i can.
Macam kita menyusukan anak di rumah, tapi kita ada adik lelaki form 5 yang duduk serumah dengan kita, is it ok to nurse infront of him, just because he’s our little brother?. He’s still male, he’s still drawn to our assets. I trust my husband, but men will be men. We can’t change the fact yang wire mereka lain dari wire wanita.
So we do what we can do. We plan our journey according to our children’s feeding time.
I quote from MakCik Tie,
“anak menyusu bukan setiap 5 minit sekali. kadangΒ² 2-3 jam sekali. Kita rancang masa menyusu anak. Kalau nak keluar, dalam perjalanan tu susukan anak dalam kereta, bila dah sampai dia kenyang. Jadi masa tu gunalah sepenuhnya untuk aktiviti suka suka yang kita nak.
Kalau dia menangis kemudian, itu bukan sebab lapar. Dia cuma tak selesa dengan keadaan persekiratan yang sesak ke…dia nak perhatian, pujukan dan dodoi, sembang manja dengan si ibu saja.
Kalau masa yang diambil di tempat awam tu lebih lama, sebelum anak tu melalak, dia bagi klu atau isyarat dia nak menyusu, bukan sekali meraung pecah satu shoping komplek. Masa tu ibu dah bersedia nak cari tempat menyusukan anak. Tempat yang paling sesuai kalau tak ada nursing room adalah dalam kereta. Berjalanlah, bergerak ke kereta.
Dalam kereta kita bukan tempat public yang sengaja menjadi laluan orang ramai. Peratus orang nampak sangat kecil. Kalau kita menyusu dalam kereta, itu bermaksud kita berusaha mencari tempat privasi untuk diri sendiri, kita ada banyak ruang untuk cover aktiviti penyusuan tersebut.
Ibu-ibu moden yang educated tu tak terfikir ke nak merancang masa mengikut kehidupan kita sebagai seorang ibu beranak kecil. Janganlah nak bezakan kehidupan sebelum beranak. Itulah pengorbanan seorang ibu untuk memberi tauladan yang baik kepada anaknya”.
Please read his comments again when you’re cooled down ya.
Eleena Reply:
March 14th, 2013 at 7:30 pm
Salam Kak Sarah,
I am so glad I came across this entry. I’m a young mother (23 years old) and had my first child last September. I vowed that for the first 6 months I would fully breastfeed my daughter no matter what, dengan izin Allah. So, being a young woman, it was awkward for me to actually practice NIP but when I saw my daughter crying, I thought to myself, “Takkan sebab kisahkan pandangan orang, anak aku dibiarkan menangis”. Because Aisha wouldn’t drink from a bottle even if it contains my milk.
So, I did. I NIP. And Alhamdulillah, my husband is very supportive of it. Each time I had to do it, he’ll stand in front of me to guard me from the public’s eyes and of course, my hijab is long enough to cover my aurah. Alhamdulillah. Islam itu mudah and Allah dah mudahkan urusan saya.
Tak kisahlah what the others may think, kita berserah. Allah knows Best and He knows more than ANYONE niat kita. InsyaAllah π
Reply
Momo Reply:
November 13th, 2014 at 9:22 am
Mantot tu was being sarcasm. Sume entry die pn mcm tu.saye sokong nadrah.saye pernah nampak ibu menyusukan anaknye sewaktu sedang makan di kfc.omg!i was like perut da belipat2.pakai tudung.tp tayang breast mcm tu aje. Ibu yg mcm nilah yg memburukkan pandangan org.mcm mane boleh tayang mcm tu aje?ingat aurat tu.bace balik ayat2 mantot tu.he was just being stupidly sarcastic.orang kate xkanlah lelaki berahi tgk mase tgh bf.this is about aurat.jage lah.islam kan dah tetapkan undang2.takde plak turun ayat ‘wanita wajib melabuhkan tudungnya utk menutup dada kecuali mase sedang nip’
Reply
salam KS,
inshaAllah will be the type of husband who permit his wife to practice NIP too,
semestinya dengan proper care dan memadai dengan keadaan pada waktu itu, dengan garisan syarak yg sepatutnya..
inshaALlah, doa untukk saya dapat zaujh yg memahami dan mampu seteguh KS juga aminn..
untung Izz ibu dia gagah mempertahankan haknya..=)
all the best KS..!!
salam to bro n Izz comel juga…^^
Reply
Sarah Reply:
November 13th, 2012 at 1:06 pm
Salam.
Semoga semua urusan tu dipermudahkan Allah. Allah knows what is best for you, insya Allah. Amin. π
Reply
For Allah’s sake, can you just get off from my blog rather than stating so much insulting stuffs here.
Don’t ever dare to get my husband involved. I didn’t touch specifically about you or your wife or sister. So just get yourself rid of me. I have stated that some might not agree with this due to certain reasons. But for once, please believe me that one day, at one time, women do HAVE to NIP kerana terpaksa.
Saya taknak elaborate further as I have explained enough (or why should I argue more with a man like you).
But one thing that is so clear in my mind, in my heart. Saya tak redhakan awak dunia akhirat dengan cara awak menghina saya dan suami saya. Demi Allah.
Sikit pun saya tak buat dosa menyentuh peribadi awak yang appear secara unknown kat sini, but you have jist crossed the border.
One day, if you happened to have wife and kids, and happened to be that your kids are tarving in the public and your wife doesn’t have any other options but NIP, then, you will sure remember what I define here as NIP with properly covered aurah WHENEVER NECESSARY.
It takes the whole heart and confidence for muslimah to NIP. And it takes the whole heart and confidence too for myself to kick you out of my blog due to your inappropriate badmouth.
If tak agree sekali pun, don’t ever insult me and my family because you never know what I have gone through! And for that reason, saya sangat tak redha dengan awak. Please la. Get yourself a new space to badmouth people.
Reply
saya pernah sekali breastfeed baby sy in public. sy gunakan lampin utk menutup. tapi itulah kali pertama n terakhir sy akan buat sebab, walaupun bertutup, walaupun suami sy di sebelah, ade seorang pakcik tua berkopiah galak sgt tgk area breast saya. malu yg amat.
dats y saya rase nip x berapa sesuai. seolah2 kite mendedahkan aurat kite walaupun tertutup. sbb kite bg lelaki hint si anak sedang hisap susu badan.
malu itu iman. sy ade dua anak. so far, sy akan berlari cari surau atau bilik air utk menyusukan anak. atau dah standby susu perah dlm badan utk kemudahan. banyak lagi cara lain.
Reply
Hi!
This is my first time leaving a comment here. I’m a mother of one and had once put up a status in FB asking men & women in general about this issue. I asked, Men, answer me honestly: if women breastfeed in public, do you imagine…”things”?. And husbands, do you mind your wives nursing in public? Honestly? I m just really curious. Really.
Answers I get, varied from different categories of people:
1) If the men are married and have kids, they would answered they wouldn’t mind, but use a cover please!
2) If the men aren’t married, they would say it’s gross, don’t do it, find a nursing room instead.
3) If the women are married and have kids, they would answered it’s a noble thing, go for it!
4) If the women aren’t married, they would say they just couldn’t be bothered.
So I guess, to answer my question, yes, men would imagine “things” and they wouldn’t mind if their wives nurse in public, but with a cover. I guess only. Hehe.
Question now is, to give paramount consideration to the crying baby OR the uncomfortable public, generally? Mothers don’t have to answer this if you don’t want to because mothers generally will put their children first. Whatever our parenting decisions are our own π
Why can’t a we see things positively? Is it wrong to feed your child publicly? Just because it is exposing partially of your boobs in public, it is rude? Have we seen a billboard with women undergarments brand nowadays? And why is that OK?
To conclude, to mothers, do what you have to do to feed your child. Just ensure proper coverings. I think the cause of this uproar is; men generally think of breastfeeding in public means breastfeeding without a nursing cover? I do practise NIP, and when I said breastfeeding in public, it means I breastfeed with the cover on π
Reply
salam.
sorry to interrupt here since i am just 19 becoming 20 next year (much younger than most of you), biiznillah. so, you may think my opinion kinda childish and immature. and i dont really care bout that.
ok, first thing of all. i don’t really get you all yang komen macam nak bangkang. terutama Encik A kat atas. kak sarah had clearly stated yg opinion dia tak semestinya org setuju kan. benda NIP ni, sy rasa, under certain cirmcumtances, NIP ni patut. and under other circumtances, NIP jadi tak patut. atas orang masing-masing lah. asal ikut syariat Islam, i think it should not really be a big deal.
2ndly, sy tak faham yg kenapa perlu risau nampak or tak nampak breast. ok, mmg la perlu risau klu nampak kan. tapi, kalau pakai tudung labuh bulat tu, or pakai tudung bidang 60 tu, tak cukup lagi ke utk tutup.? sepupu sy yg pakai tudung bulat tu, dan kadang-kadang yg bidang 60 tu, elok aje sy tengok. tak payah guna pampers segala pun. siap ada orang ingat nk lindung anak dr cahaya matahari lagi. yg perlu tambah extra penutup tu, pakai tudung besar mana?
3rdly, utk saudara yg kata “kaum2 NIP ni tak tahu malu”. tak perlu lah sampai bagi tuduhan macam tu. jgn fikir keadaan kita sama mcm orang lain. mana tahu, yg awak tuduh tak tahu malu tu, mmg xde jalan lain dah. keadaan orang takkan sesekali sama. husnuzon bro. jangan cakap besar sgt, nnt Allah balas baru tahu. mungkin ada masa nnt wife awk akan tdesak sgt2 utk NIP. masa tu, gigit jari lah ye. awak bukan nak hidup masa ni aje, anak bukan stakat ni aje. sekarang boleh lah cakap macam tu.
ohh ya. yg dirty minded tak dirty minded tu. blame your imaan, dont blame your mind. and dont think your imaan is the same with others. yes, most may “think something else” when they accidentally saw the breasts. but then, only imaan will save you. either you let your nafs control you, or you let yur imaan beat your nafs.
till then, maaf andai pendapat ini immature sgt. but hey, i think the one yg cakap rubbish is more immature.
salam
π
Reply
Dah 31 tahun hidup kat dunia ni, baru sekali tertengok breasts orang menyusukan anak. Dalam rumah dia, masa ziarah nak tengok baby baru. Secara perbandingan, dah berpuluh kali aku tertengok breasts segar orang muda yang pakai seksi sangat pastu tak sedar diri tunduk ambik barang kat bawah paras lutut. Gi lepak depan kedai aksesori wanita macam Sinma kalau tak caya. Kalau jenis yang tak reti pilih cup size, nips pun boleh nampak. Hehe…
Ok, maybe orang boleh cakap nips breastfeeder besar & gelap, tak patut tayang kat tempat awam macam breasts orang muda. Tapi aku pulak boleh cakap badan ko tu gemuk & hitam, tolong jangan keluar rumah. Haha, kalau nak diskriminasi kena la dua2 arah.
Kalau sekarang ada pakcik2 yang senyum gatal tengok orang breastfeed anak walaupun tak dedah aurat, tu sebab otak dia kuning. Dan mungkin sebab dia tak biasa tengok. Maybe lepas lagi 5 tahun semua orang boleh terima breast feeding in public macam zaman sekarang orang tak berapa kisah tengok orang pakai seluar skin tight (leggings?) dengan tank top.
Sekarang kita beralih ke disclaimer:
Notice I didn’t actually target anyone with my comments. Still, if anyone finds himself offended I strongly urge you to think how your own comments may have made others feel.
And my final point:
To all breast feeders out there, I applaud you. Keep it up and maybe someday it’ll be as common a sight as ass-crack-showing-baggy-pants. But please, pastikan aurat terjaga.
Reply
Betul apa yang adik paling muda sekali tu komen, for those yang tend to imagine women undressing walaupun fully aurah covered, blame your iman dont blame your mind. Sebab tu kena banyak istighfar kan. Even lepas solat pun benda pertama kita baca adalah istighfar. Ini kan pula bila kita terbayang undressing women.
Yang sokong tu sokong lah. Yang tak sokong pun takpe. Prinsip masing-masing kan. Jangan sebab isu ini timbul pula isu lain. Bergaduh sesama muslim. Lagi dibenci Allah. Yang penting nak NIP cari la tempat yg sesuai yang tak ramai org lalu lalang dan akan membayangkan women undressing. Wallahu a’lam
Reply
Wad orang gila kah di sini Dr. Sarah?
Reply
Assalamualaikum,
Kepada mereka yang menyetuh peribadi suami Dr.Sarah, saya ingin menerangkan di sini, saya adalah sahabat kepada suami Dr.Sarah. Malah saya mengenali secara peribadi suami beliau. Saya serumah dengan suami beliau semasa menuntut master. Seikhlas hati saya, suami beliau merupakan sebaik-baik lelaki yang saya kenali. Jika ada masa terluang, dia akan membaca al-quran. Malah selalu membantu kawan-kawan tanpa sebarang rungutan.
Untuk pengetahuan para pembaca, saya pernah terlibat dengan kemalangan sehingga saya mengalami kecacatan kekal pada bahagian tangan kanan saya. Suami beliau lah yang membantu saya tanpa sebarang rungutan dan murah dengan senyuman. Jika tidak kenal, usahlah melontar komentar yang negatif tentang dia. Malah suami beliau suka membaca al-quran dan tidak pernah meninggikan suara.
Orang beginikah yang kita anggap jahat dan berfikiran kotor? Saya sebagai sahabat beliau, ingin tegaskan di sini, beliau adalah sebaik2 sahabat yang saya pernah temui. Tidak malu untuk saya katakan di sini, yang saya sayang suami Dr.Sarah seperti adak beradik saya sendiri. Malah budi dia pada saya,takkan saya lupa sampai mati.
Malah percintaan Dr.Sarah dan suami beliau adalah unik. Mereka bercinta selepas kahwin. Ini sebagai bukti suami beliau adalah pemuda beriman.
Kami berdua menuntut dalam pengajian master yang bukan bidang agama. Jadi di sini, tak perlulah timbulkan isu nak jadi sufi atau ulama’ besar. Dalam Islam pun tidak membenarkan kita bersangka buruk, apatah lagi sesama islam.
Tentang isu yang dibahaskan, silalah menulis secara berhemah tanpa menimbulkan emosi marah, sakit hati sesama kita dan memburukkan orang lain. Bincanglah ia secara ilmiah.
Maaflah atas penjelasan saya jika ada mengguris hati sesiapa yang membaca. Di sini saya ingin tegaskan sekali lagi, suami Dr.Sarah adalah pemuda yang baik.
Salam
P/S: Dr.Sarah,kirim salam pada suami. Doakan saya kerana saya sekarang sedang melanjutkan P.hD di bumi asing seorang diri. Harap saya mampu setabah Dr.Sarah semasa di negara orang dahulu.
Reply
As salam… bukan niat untuk membela mana2 pihak…namun atas dasar saya kira ada kebaikan serta impak negatif melalui NIP… melalui pandangan DR Sarah saya kira tidak ada salah nya…islam ini mudah dan memudahkan…tidak ada perkara yang membebankan…kiranya kita sendirilah yang membebani perkara2 seperti ini… andai kata benar seorang wanita itu mampu nutuk memastikan aurat nya terjaga sepanjang proses NIP berlansung saya tidak melihat masalah dalam NIP ini… namun bagi segelintir pihak ia mampu mengundang pelbagai sisi negatif… terpulang bagaimana anda sebagai insan yang dianugerahkan darjat tertinggi dalam ciptaan-Nya untuk memcerna situasi ini, andai keburukan yang digambarkan tidak mustahil sisi itu menenggelam kan yang lain…saya kira anda semua insan terpelajar..tidak manis kiranya kita membebani antara satu sama lain… moga perkongsian saudara saudari memberikan ruang untuk kita sama2…berfikir sejenak dan sentiasa bermuhasabah untuk memperbaiki diri..
anak temerloh…
Reply
Kenapa sekarang ni masih ada orang yang berfikiran jumud? Kebiasaannya saya lihat di pusat beli belah ataupun di kawasan awam ibu-ibu yang menyusukan anak sangat menjaga aurat mereka. Tidak pernahlah pula saya lihat ibu yang membuka baju mereka untuk menyusukan anak walaupun ibu itu tidak bertudung.
Untuk LELAKI diluar sana TOLONG JANGAN BERFIKIRAN KOTOR. Saya sendiri lelaki apabila melihat ada golongan ibu yang sedang menyusukan anak akan segera saya mengalihkan penglihatan. Bahkan yang bukan Islam pun turut melakukan sedemikian.
Buat ibu-ibu di luar sana tahniah saya ucapkan atas usaha kalian menyusukan anak-anak anda semua secara sendiri. Ingat wahai lelaki mungkin satu ketika dahulu anda turut menyusu daripada ibu anda sendiri dihadapan khalayak umum dan ibu anda tidak malu dan berusaha untuk ‘cover’. Usah terlalu berfikiran kotor sedangkan banyak lagi perkara boleh difikirkan.
Mungkin juga pusat beli belah boleh menambahbaikan kemudahan bilik susuan untuk kegunaan golongan ibu.
Tahniah Dr Sarah atas artikel ini.
Reply
Salam sarah,
lame tak jengah blog ni . sekali jengah, mak aiii hangatnyaa…. apa-apa pun saya nak ucapkan tahniah pada sarah atas artikel ini. sekurang-kurangnya ramai lah yang buka mata dan telinga atas isu ni. bukan calang-calang orang yang mampu nak bagi anak menyusu secara ekslusif. hanya mereka yang pernah jadi ibu je tau betapa banyak cabarannya.
ibaratnye macam ni aje lah kan, kalau kita tak tahan bau durian, jangan la kita salahkan durian, kita pergi la jauh2 dari durian tu…
ape2 pon saya harap sarah sentiasa cool. toksoh riso la sarah wehh…ramai yg nyokong aok kat sini.
teruskan menulis ye sarah… lame ngat dah nunggu aok update belog ni. lenkali ce update cepat sikit.
ok sarah! keep up the good work doc!!
Reply
apa pun terpulang pada individu. i do feed my baby in public. still i can cover my aurah. x perlu debatkan la isu ni. bnyk nursing cover. choose the right outfit. i think isu ni bnyk timbul & jadi permasaalahan bagi ibu yg memilih utk tidak menutup aurat agaknya. if u choose to breastfeed your baby u should aware on how it should be done. the pro n con. bagi anak susu kenyang2 b4 shopping n shopping cepat2 before their next session feeding. Klu da ada anak, lifestyle kena berubah…. kalau kita nak respect kita, kita kena respect org…. kalau kita nak mintak hak nursing in public, org lain pun ada hak utk berada dimana saja tempat public……
Reply
π assalamualaikum….sy just nak share pengalaman sy… alhamdullilah sy masih bf my daughter yg sudah nak masuk 2 tahun…semunye dengan sokongan husband…
Reply
Bismillah.
Salam.
Good job Dr for this article! π May this article clarify people outside who still ‘blur’ and ‘kurang faham’ dengan issue NIP ni. π
When it comes to NIP, it means that :
-BF dengan aurah terjaga, properly covered.
-dapat izin suami.
-no riak2, bangga etc.
-Breastfedd WHENEVER NECESSARY
and seumpama dengannya
just like what Dr Sarah have wrote π
I do agree and support NIP dengan aurah terjaga and so on. faham2 sendiri lah kan? π sebab saya tak pernah jumpa pulak mana2 mothers yg Bf their child and suddenly bukak baju in public? π and saya rasa macam xde je orang akan buat camtu? hehe. π
I do understand that not all mother ada confidence nak NIP anak2 kat public. Hanya ibu2 yang mempunyai tahap keyakinan maha hebat sahaja boleh buat NIP ni. Bf itself is a very damn challenging, NIP? apatah lagi. π
referring to pendapat2 rancang perjalanan and so on. It’s true. memang betul. π But, sometimes babies are unpredictable. lbh2 lg yg masih kecik2 ni kan? π kadang baru je bagi susu pon, dia nak lagi. demand supply gitue. π well, babies are vary. lain anak, lain ragam. do not compare anak kita dengan anak orang lain. kecik ati… muehehe. π
mengenai benda2 ‘pervert-tak-pervert’ ni, kadang yg dah cantik bertutup pun ada jugak lelaki hidung zebra yang memang hobi dorang ambik kesempatan. salah siapa? erm. jawab lah sendiri. muehehe. π nafsu manusia kalau di layan memang tak sudah… and Bf mothers ni, saya tahu yg dorang Bf anak tempat yg kurang orang, tempat yg ada privacy sikit even in public. ada yg dalam restaurant. meskipun ada jugak yg Bf sambil bejalan, yes memang ada, tapi saya tak prnah jumpa lagi. hehehe.
kepada lelaki mahupun peghempuan outside there kalau dah tahu sesorang tu tgh Bf anak dia, buat tak nampak je. kalau x suka, blah, cari je tempat lain, xpayah menghambur kata2 yg xsedap telinga nak dgr. π
just stop ‘mengata’ pasal orang. I mean, stop comparing ‘anak aku’ dan ‘anak kau’, ‘aku pun ada anak jugak’ ‘aku pun ada bini jugak’ ‘aku pun ada laki jugak’ and the list goes on.. kita tak tahu rezeki kita allah nak bagi. kita tak tahu allah nak uji kita sampai mana. for those yg baru ada anak satu, yg baru ada anak setahun lima bulan, yg ada anak baru ‘sebulan jagung’, bare in mind. esok lusa entah2 allah nak bagi anak lagi, kita tak tahu. anak pulak x sama dengan anak first. hurm,botak lah kepala engko jawabnya… bini pulak, masa ni susu melimpah ruah, esok lusa kita tak tahu… semuanya kerja allah… jadi,kut ye pun nak bagi pandangan, timbang2 lah dulu. karang tak pasal2 kifarah allah bagi. what goes around, comes around! tak gitu?? kita hormati jelah sesiapa yg disagree issue ni. and hormat jugak sapa yg agree topic ni.
erm..tapikan tapikan..some of us yang tak-berapa-nak-faham ni, I think uolls didnt get the ‘WHENEVER NECESSARY’ point ni lah.. ye tak??? β
just my 2 cents. just my ramblings.
just my 19-YO and ‘havent-married-yet’ oppinion. π
may allah bless all!
wassalam! π
Reply
ehh, panjang pulak aku tulis. ingat kan pendek je. muahahaha.
Reply
salam
saya tak tahu pulak NIP mendatangkan kesan negatif pada emosi hinggalah bro2 kat atas ni confess diorang terganggu bile tgk wanita2 NIP. well, i knew my husband loooong time ago before we got married. ~8tahun kami bercinta. dia pernah ckp die slalu ‘ter’ tgk ibu2 NIP tak kira tmpt and that includes his sisters. tp die ckp skali lalu je lah tak de pulak die nak komen lebih2 walaupun saya tahu tahap nakal hasben saya mcm mana. and the most important thing is die tak pernah ckp akan ‘lempang saya kalau sy NIP’ = pemikiran apakah itu. kpd bro yg rs pendirian die btul tu, cuba tanya balik mak2 anda, masa anda kecik dulu, pernah tak anda meraung dpn org ramai nak menyusu dan mak anda terpaksa selak je baju utk bg perut anda kenyang walaupun mungkin ketika tu tengah beraya rumah orang atau pun tengah gi kenduri rumah org. tak ke tu semua pun NIP? ada ayah anda nak lempang mak anda?? ish ish ish
Reply
Assalamualaikum kak sarah.
Saya setuju dengan pendapat kak sarah. saya pernah menbeli juadah berbuka puasa dengan seorang wanita yang sedang NIP, ternyata wanita itu menjaga aurat dengan sempurna sehinggakan saya tidak sedar pun yang dia sedang menyusukan anaknya. Dan bila dia meminta maaf kerana tak dapat jalankan urus niaga dengan sebaiknya baru lah saya faham keadaan nya yang duduk sahaja. Sebagai seorang ibu pastinya dia tidak sanggup membiarkan anaknya menangis dan langsung mengganggu ketenteraman orang lain di bazaar. perbuatannya itu tidak slah dan tidak berdosa bahkan mendapat pahala menjaga kebajikan anaknya.
teruskan menulis kak sarah. tak sabar nak tunggu entri seterusnya. HOHO
Reply
tahniah dr sarah atas entry yg berguna ini!
saya sedang mengandung 7 bulan sekarang.dan semoga niat saya untuk menyusukan bakal anak-anak saya nanti akan dipermudahkan, amin ya rabb.doakan saya berjaya dalam breastfeeding ya dr sarah.
p/s : even husband saya lulusan al-azhar, dia amat menyokong 100% breastfeeding dengan syarat “menjaga aurat”,
I SUPPORT NURSING IN PUBLIC (NIP) WITH PROPERLY COVERED AURAH TOO!
Reply
ks
to me an irrelevant issue, feeding the hungry kid is always good
but
I SUPPORT DIAPER CHANGING IN PRIVATE
kan?
Reply
Dulu masa saya sekolah rendah tahun 90an, Kak Ina datang rumah tumpang bilik TV untuk susukan anaknya, langsung terus kami ke tempat lain haha. Sekarang, ibu-ibu yang menyusu ada macam-macam kemudahan, ada kain yang ikat dekat leher, ada pakaian yang sesuai, sepatutnya lebih memudahkan NIP π Jihad-jihad.
Reply
continuously i used to read smaller articles which
as well clear their motive, and that is also happening with this piece of writing which
I am reading here.
Reply
wow.. hebatnya perdebatan di sini.
salute pada ibu2 yang berusaha sebaik dan sehabis daya.
Reply
Yes, orang boleh mengata NIP ni itulah inilah.Tapi sebagai bf mom, hanya kita yang merasa. Jadi mental kena kental. Lantak ler diorang nak kata apa. Janji baby kenyang dan sentiasa. Hehe. Tak melalak ke meraung ke apa.
Reply