Tempat Tumpah Rezeki
Assalamualaikum wbt
Dalam entri sebelum ini saya ada menyatakan bahawa saya sudahpun ditukarkan ke hospital lain. Iya. Di sinilah titik tolaknya saya memulakan tugas sebagai seorang Medical Officer (MO). Alhamdulillah saya ucapkan. Allah sangat mempermudahkan jalan saya sewaktu menjadi seorang HO dulu.
Di kesemua enam posting yang telah saya lalui sebagai seorang HO (Medical, Orthopedic, Paediatric, Obstetric and Gynaecology, Surgical dan Anaesthesiology), tiada satupun yang saya tersangkut. Rekod kerja juga baik, tiada tindakan disiplin atau tatatertib, tiada tempoh extension dan pernah dua kali menjadi ketua HO di dua buah jabatan. Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Tanpa rahmat dan redhanya, saya tidak mungkin dapat menjalani ujian ini dengan baik.
Tips untuk semua adik-adik pelajar perubatan dan para HO yang lain: Jaga disiplin diri, jangan berkira jika terpaksa datang awal dan pulang lewat, jaga hubungan baik dengan tenaga kerja hospital yang lain, tahu kes pesakit kamu lebih daripada pakar, sentiasa memperbaiki diri dengan membaca dan bertanya, merendah diri dan jaga hubungan dengan Allah. Insya Allah, semuanya akan berlalu dengan baik walaupun kadang-kadang tak seperti yang dirancang. Kena marah itu ini dek MO atau pakar tu biasalah, kan.
Ok. Berbalik ke cerita asal. Atas percaturan-Nya, saya dihantar bertugas di Hospital Kuala Lipis berkuat kuasa pada 19 September lepas. Hanya Allah yang tahu apa hikmahnya. Lain yang saya rancang, lain pula yang jadi. Perancangan awal, saya memohon untuk kekal di Jabatan Anaesthesiologi di Hospital Temerloh. Tapi sebaliknya saya mendapat surat pertukaran pula. Dan sayangnya rayuan saya semuanya tidak dilayan. Waktu itu suami saya baru saja menamatkan kontrak kerjanya di Putrajaya untuk menemani saya. Jadi, ada jugalah peneman saya di Kuala Lipis.
Ketika sedang bercuti selepas menamatkan housemanship saya, memang terlalu banyak saya dan suami mengembara. Berulang-alik Temerloh-Putrajaya-Kuala Lipis-Temerloh. Begitulah lebih kurang. Kami ke Kuala Lipis lebih awal untuk mencari rumah sewa. Tapi memang tiada rezeki nak dapat rumah sewa. Semuanya penuh! Setelah emak ayah dan umi baba pun turut ke Lipis bersama kami untuk mencari rumah sewa, akhirnya kami ambil keputusan untuk menyewa di hotel dulu sementara menanti jika ada kekosongan rumah sewa.
Alhamdulillah. Rupanya memang rezeki saya di sini agaknya. Saya disambut dengan sangat baik oleh seluruh warga hospital. Hari pertama melapor diri, saya terus kena bekerja. Untuk sementara waktu ini, saya ditempatkan di Jabatan Pesakit Luar (OPD) sebelum diserap penuh ke Jabatan Anaesthesiologi. Kalau ikutkan ada dua orang lagi doktor yang bertugas bersama saya di OPD tapi masing-masing juga ada tanggung jawab lain. Jadi, kadang-kala, saya bertugas sendirian di bahagian klinik bersama dua orang lagi MA dan terpaksa memberi rawatan kepada seratus lebih pesakit sehari!
Penatnya hanya Allah yang tahu. Hakikatnya kami masih kekurangan MO dan pakar di sini. Insya Allah pada tahun baru ini sebuah bangunan baru akan mula beroperasi. Jadi sekarang ni, menurut pengarah, kami sedang menanti kedatangan lebih ramai MO dan pakar dari luar untuk memenuhi kuota.
Syukurnya, suami saya ada bersama saya di sana. Ada beberapi hari yang saya terpaksa pulang jam 11 malam kerana sedang tag call bersama kawan saya, dialah yang akan menjemput saya. Ketika saya di hospital, suami saya duduk di hotel membaca jurnal-jurnal sebagai persediaan viva masternya. Di hospital pula, saya memang tak sempat nak berhenti makan tengah hari. Sudah pukul 2 pun masih ramai lagi di klinik. Saya gagahkan juga menghabiskan pesakit yang datang untuk sesi pagi dan kemudian baru saya berehat sekejap. Berehat yang dimaksudkan ialah solat Zohor dan dan menikmati bekal air Milo panas yang saya bawa di dalam termos kecil. Itu saja. Nak makan memang tak sempat dan tak ada selera.
Biasanya, balik saja dari kerja, saya akan sakit pinggang yang teramat sangat. Maklum sajalah. Saya ke sana dalam keadaan mengandung 26 minggu, kepenatan berulang alik Temerloh-Putrajaya-Kuala Lipis-Temerloh, bergerak ke seluruh hospital berjalan kaki dan menaiki tangga, duduk terperap di OPD dari jam 8 pagi sehingga 6 petang untuk merawat pesakit, tidak makan dan hanya sempat minum bekal air yang dibawa dari hotel. Pernah sekali tu sebaik masuk saja ke kereta selepas pulang dari kerja, saya mengalami sakit belakang yang teramat sangat sehingga mengalir air mata. Suami saya memandu pulang dan di bilik, saya tidak lalu makan kerana terlalu sakit. Saya hanya terbaring mengiring sambil membengkokkan kaki untuk mengurangkan rasa sakit.
Suami sayalah yang akan mengurut belakang saya. Kasihan saya melihatnya. Sampai sakit-sakit jarinya kerana mengurut belakang saya. Terima kasih ya, abang…
Pada hari Jumaat 2 minggu lepas, saya terlibat dengan satu mesyuarat di Hospital Temerloh. Mesyuarat itu di sebelah pagi. Saya dan suami bertolak balik ke Temerloh pada Khamis malam itu selepas saya habis kerja. Penatnya tidak terkata. Sampai saja di Temerloh, dua-dua pun tidur mati! Keesokannya saya menghadiri mesyuarat di HoSHAS dan sebelah petangnya saya hanya berehat di rumah saja kerana terlalu penat.
Pada petang Ahad itu, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lipis. Tetapi, ada ujian lain pula yang datang. Ujian yang lebih besar. Dua serentak. Sederap ke atas bahu saya. Untuk memujuk hati dengan setiap ujian yang datang ini, saya selalu berkata: Mesti ada hikmahnya kenapa semua ni terjadi. Mesti ada! Mesti ada! Mungkin belum masanya lagi untuk saya tahu dan nikmati apakah hikmahnya.
Apa ujiannya, tunggu entri seterusnya.
Sesungguhnya, kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allahlah sebaik-baik perancang…
Nota: Saya rasa dah sampai masanya saya kena tukar gambar dan description di Tentang Sarah tu. Hehe.
assalamualaikum KS.
1st time komen kt sini.
b4 ni jd silent reader jep.
pepun,mabruk alaiki sbb da jd MO.
moga2 perjalanan slps ni Allah permudahkan segalanya. 😉
Reply
As salam, moga Dr sarah terus sihat & ceria dalam apa jua keadaan.
Reply
salam kak sarah
semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapi segala apapun mehnah dan dugaan yang datang
semoga berbahagia juga bersama suami tercinta
dah dekat senanglah sekarang nak bercinta
hehe
Reply
salam sarah..
tahniah da bergelar MO skang..emm sarah jgn bersedih hati ye dgn ujian yg menimpa..Allah xkan menguji seseorg kalu hambaNya itu tak mampu hadapi..Dia MHAa Mengetahui dan sayang sarah..sebab tu sarah sentiasa diuji..jaga diri n kandungan bebaik ye..;)
Reply
😛
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi SAAW bersabda; “Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.” -Riwayat al-Bukhari.
Justeru, jangan merungut, tapi bersabar dan bersyukurlah. Mudah-mudahan Allah SWT bersama kita, insyaAllah..
Reply
face reaction :
mula2 baca… 😛
sampai ending… 😡
Reply
kak sarah, x sabar nak baca next entry..update cepat eh..hehe..
(ni aimi budak sekolah rendah akk dulu..kalau akk ingat..sama2 main netball)
Reply
kak sarah…
All the best to you! Memang ternanti-nanti berita dari akak.
Mengingatkan diri sendiri jugak tentang hikmah dari musibah..
Setiap perkara Allah bagi adalah untuk tarbiyah (lama xguna perkataan ni) diri kita, cukupkan pengalaman dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya… 😉
Reply
assalamualaikum,
semoga sarah n suami sentiasa sihat dan bahagia…
teruskan menulis dan sesungguhnya cerita sarah dan semangat sarah membuatkan saya juga perlu bersemangat utk menghadapi setiap ujian yang mendatang…
Aturan Allah sangat cantik sekali hingga tak terfikir dek akal kita…
jaga diri dan kesihatan
wassalam
Reply
Salam,
Semoga Sarah dan Suami terus tabah. Semoga si kecil juga membesar dgn baiknya..hidup baik2 dan do take care adik manis 🙂
Reply
ksiannya sarah
akak faham cemana penatnya sarah dgn bebanan keje
w/bagaimana pun terlalu banyak keistimewaan yg Allah kurniakan buat Sarah dr dulu smpai skrg
bertahan, bertahan , bertahan
moga Sarah akn terus menikmati kesenangan berkat susah pyh skrg
akak akan berangkat menunaikan haji 19 oct ini..
maafkan salah silap seandainya anda spjg akak prnah bsua muka dan berkomunikasi(wpun skejap n mungkin Sarah xingat pon).
doakan akak slmt pegi dan pulang..
Reply
Assalamualaikum Kak Sarah…
Seronok baca kehidupan akak…
Semoga mendapat keberkatan dalam kepenatan itu…
InsyaAllah…
Reply
Assalamualaikum wbt Dr. Sarah
ur entry soo cool…really like it 🙂
semangat Dr dari susun cara kata2 entry sangat membuatkan saya juga turut bersemangat…ada aura…
btw..semoga ALLAH merahmati kalian
‘setiap dari ALLAH adalah yang terbaik untuk setiap hamba_NYA’
Reply
salam sarah,
sis ni degil betul,masih selesa panggil sarah wpun ptt paggil doktor sarah kan 🙂
dah lama xtgl jejak kat sini kan,so rini tgl jejak la bila tgk ramai2 mutual friend sis suka dgn entri2 sarah.bangga juga la.sbb sarah kawan sis *cewah*.sis doakan segalanya dipermudahkan buat sarah ye …
Reply
Lama tak jenguk…
banyak perkembangan dr. sarah yang tertinggal..
sgt gembira membacanya!
🙂
Reply
Assalamualaikum W.B.T
Tahniah kerana telah berjaya menempuh cabaran sebagai HO dengan jayanya dan menjadi MO sekarang. Walaupun saya dalam bidang yang berlainan, entah kenapa saya amat berminat dan tertarik dengan entry mengenai perjalanan hidup seorang doktor….mungkin ada seseorang yang menjadi sumber inspirasi saya. Mungkin dengan cara ini saya mampu membayangkan kerjaya yang bakal beliau lalui…mungkin sama dengan Dr sarah.
Ape-ape pun, saya harap dr sarah, jaga lah kesihatan walaupun saya sedia maklum bahawa tugas sebagai seorang doktor mempunyai kekangan masa amat padat.dengan keadaan dr yang sedang mengandung, kesihatan perlu diutamakan disamping menjaga kesihatan orang lain.teruskan tugas mulia anda dengan hati yang ikhlas. Moga-moga Allah akan merahmati semua doktor-doktor yang berkhidmat dengan ikhlas bagi menyelamatkan nyawa orang lain. Akhir kata, semoga Dr sarah akan berbahagia selamanya dengan suami tercinta dan bayi yang bakal lahir kelak.
Sekian, Wassallam
Reply
😉 salam..patutla lama x jmpa Dr kt hoshas..tringt n trtnya jgk la..at least sy tau gak pkmbgn Dr melalui blog..Dr mesti mkn come time prgnt ni..pepun sy harap Dr jg diri n baby..always be positive k..bla trjd pe pun always ingt yg Dr sdg mbwa 1 nyawa yg amat bhrga dlm prt Dr..sy yakin ianya adalah smgt Dr..y0u always inspired me..last word sy nk tuju 1 lgu kt Dr..lau ada msa Dr google la cr lgu ni-TIADA DUKA YG ABADI-BY OPICK..x tau la Dr dah pnh dgr ke blum.just bg sdkt ketengan.salam
Reply
😉
Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah..tahniah kak sarah..da jd MO dan tgh mengandung sekarang.jaga kesihatan diri dan juga bayi..semoga semuanya dalam Lindungan Allah dan Magfirah- Nya jua..sayang kak sarah..
Reply
Kak Sarahhhhhh!!
Pembelajaran seni hati saya telah bermula dan nampaknya terpaksa ambil minor pengurusan kerjaya sekali ni..muahaha
Reply
kerja kat OPD mmg mcm tu lah….seharian duduk ngadap patient.kdg2 dapat patient yg best akak layan borak…nasibla patient yg menunggu kat belakang tu…hihi
better jugak tak ke anaest dulu..tgh pregnant ni susah nak kerja kat anaest.kena pergi buat pre-op dah merata2 ward kena ronda.pastu berdiri kat OT lg…kalau kes simple ok jg la…tapi kalau long complicated case mmg meletihkan.
selamat menjalani kehidupan sbg MO..
Reply