Merajuk-merajuk Sayang
Assalamualaikum wbt
Disebabkan jemu duduk seorang diri di wad ni, maka terhasillah karangan saya yang seterusnya. Hehe. Eh, di wad? Kenapa di wad? Ok. Yang itu kita cerita kemudian. Hari ni mama nak cerita kisah mama merajuk dengan ayah. Hihi.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Betul tak? Mustahil tiada suami isteri yang tak pernah tak sependapat, bermasam muka, merajuk, bergaduh dan sebagainya. Tapi harapnya, selepas sesi itu berlalu, pasangan tersebut belajar sesuatu daripadanya dan ikatan kasih sayang menjadi lebih kukuh. 😉
Kisahnya, sewaktu dalam perjalanan pulang beraya ke Batu Pahat, saya menyatakan keinginan saya untuk makan Nasi Beriyani Gam Johor. Sangat teringin. Saya belum pernah makan nasi beriyani gam. Kata suami, nanti kita cari bila dah sampai sana.
Hari raya pertama berlalu dengan cepatnya. Tambahan pula, kami hanya tiba di rumah Atuk menjelang jam 10 malam kerana berkumpul dan beraya di rumah datuk saudara di Kampung Bagan terlebih dahulu. Jalan pula sesak apabila hendak balik ke Kampung Parit Haji Sidek. Hari pun sudah malam. Tiada kedai makan kelihatan di sepanjang jalan yang masih buka. Lagipun itu hari raya pertama. Beragaklah sikit, kan. Siapa yang nak buka kedai untuk berniaga. Hehe.
Keesokannya pula, saya dan suami mengikut umi dan baba beraya ke beberapa buah rumah saudara mara di sekitar Batu Pahat. Hampir jam 4 petang, barulah kami bertolak pulang ke Temerloh. Saya tidak makan tengahari kerana sudah bersiap sedia kalau-kalau encik suami memang hendak membawa saya makan nasi beriyani gam. Saya memang sudah teruja sangat. 😆
Sayangnya, saya lihat suami saya seperti lupa dan perjalanan diteruskan menuju terus ke arah Yong Peng, kemudian Labis, kemudian Segamat dan seterusnya sudahpun memasuki Gemas. Memang saya diam saja di sepanjang perjalanan. Tanda protes secara diam. Dalam hati saya berkata, mesti suami saya lupa bahawa isterinya ini sedang mengidamkan nasi beriyani gam JOHOR. Bila sudah memasuki Gemas, Negeri Sembilan, ok, sedar dirilah, wahai Sarah. Apa yang diidamkan takkan tercapai dah. Huhu. 🙁
Ketika jalan sedang sesak teruk berhampiran Bandar Sri Jempol, suami saya bersuara menanyakan kenapa saya diam dan kelihatan seperti tidak ada mood. Saya memberi alasan sakit pinggang dan memang benci dengan kesesakan jalan raya. Itu memang fakta. Saya memang tak boleh tahan dengan kereta yang banyak-banyak dan tersengguk-sengguk bergerak.
Suami saya bertanya lagi, mesti ada perkara lain yang menjadi isu ni. Alang-alang dia sudah bertanya begitu, saya katakan padanya: “Ada sesuatu yang abang lupa.” Suami saya diam seketika.
Sejurus kemudian dia menjawab. “Abang ingat sayang teringin nak makan nasi beriyani gam. Tapi sayang sendiri tengok mana ada kedai yang buka, kan. Lagipun hari ni raya kedua. Orang tak mula berniaga lagi.”
Saya teringat apa yang suami saya katakan semalamnya itu. “Abang kata dekat dengan Hospital Batu Pahat ada satu kedai best. Tapi kenapa abang tak nak lalu situ dulu tadi? Paling habis, kita cuba cari. Tapi abang tak cuba pun lagi tadi.” 🙁
Saya diam, suami saya pun diam. Begitulah perjalanan kami menuju ke Temerloh. Hanya singgah solat sebentar di Masjid Jempol dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Temerloh. Sampai di rumah, saya menghidangkan apa-apa yang boleh kami makan kerana lapar dan kemudian saya terus tidur. Saya sangat keletihan. Esoknya kerja pagi. Maka saya tidur dengan ditemani air mata ibu mengandung yang mengidam nasi beriyani gam. Keranamu nasi beriyani gam, esoknya saya bangun dengan mata yang sembap. Sob sob sob~ 🙁
Tapi rajuk sudah hilang. Saya sudah pujuk hati. Saya tidak simpan sikit pun dalam hati walaupun sebenaarnya masih kempunankan nasi beriyani gam itu. Esoknya kami sudah mesra bercinta seperti sedia kala. Hehehe. 😀
Dan pada 9 September lepas, itulah hari terakhir saya bertugas sebagai seorang HO dan juga merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Hospital Temerloh. Iya. Saya telah dipindahkan ke sebuah hospital lain untuk meneruskan jawatan MO saya pula. Di mana saya dihantar, itu kita cerita kemudian. Disebabkan saya bercuti sehingga 18 September, saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak kami. Kami berdua memang teruja hendak memulakan sesi memburu barang-barang bayi. Semuanya comel-comel! Hehe. 😉
Kami mulakan dengan membuat tinjauan harga dan senarai yang perlu di internet. Ada juga yang terus dibeli sscara online. Dan ketika pulang ke Putrajaya, kami mengambil kesempatan itu untuk ke beberapa buah pusat membeli-belah, Jaya Jusco dan juga ke Fabulous Mom untuk mencari barangan yang telah disenaraikan. Disebabkan Kaklong ada meninggalkan agak banyak pakaian bersaiz newborn milik Anis untuk diperturunkan kepada anak saya pula nanti, jadi kami tak membeli banyak pakaian newborn. Membazir saja nanti. Nanti baby guna baju-baju Kakak Anis dulu ya. Hehe. 😉
Sudah hampir pukul 4 petang, barulah kami hendak pulang ke Presint 14. Suami mengajak saya pergi makan dulu. Dia tahu, sekarang ni jadual makan saya rapat-rapat tapi saya tidak boleh makan banyk-banyak. Tapi saya lihat suami saya tidak masuk ke simpang yang menuju ke Presint 14 mahupun 15. Biasanya kami membeli makanan di restoran-restoran di Presint 15 tu saja. Kata suami, petang tu hendak cari makanan di Bangi pulalah. Saya hanya menurut saja. Janji dapat makan nasi. Perut dah lapar. Hehe.
Saya sebenarnya agak kelembikan pada waktu itu kerana sudah mula sakit pinggang. Tapi sebaik kereta suami mula memasuki kawasan deretan restoran di seksyen berapa entah tu, saya jadi sedikit teruja. Mata saya sebenarnya sudah menangkap satu papan tanda restoran di situ.
Restoran Anje Nasi Beriyani Gam Johor!
Hanya Allah dan suami saya saja yang tahu betapa tersengih dan lebarnya saya tersenyum pada ketika itu! Daripada memesan makanan di kaunter sshinggalah kami duduk menghadap makanan kami. Memang saya tersenyum saja. Selepas suami membacakan doa makan, saya pegang tangan kirinya dan mengucapkan terima kasih dengan diiringi senyum yang lebar meleret. Selepas itu, saya memang tekun menjamah nasi beriyani gam saya sehinggalah licin sepinggan penuh nasi itu. Tak langsung diangkat muka saya ni dan tak sepatahpun keluar apa-apa daripada mulut saya dek kerana terlalu menikmati hidangan itu. Subhanallah. Memang sedap. Sehingga saya licinkan segala apa yang ada di dalam pinggan saya!
Suami saya hanya diam dan tersenyum dengan gelagat saya. Hehe. Tak mampu nak komen apa dah agaknya. Haa, tu sebabnya orang dah kata. Mengidam orang mengandung ni bukan boleh dibuat main. Hihi. Nasib baik saya bukan mengidam benda pelik-pelik atau mahal-mahal. Cuma sekadar nasi beriyani gam Johor saja. 🙂
Selesai makan dan basuh tangan, saya mencapai tangan suami dan tak mahu lepaskannya. Itu tanda saya betul-betul berterima kasih dengan apa yang dia lakukan untuk saya.
Terima kasih, abang. Sarah cinta abang banyak-banyak muah muah! Abang tau tu, kan? Sampai bila-bilapun Sarah akan ingat tarikh hari itu: 12 September 2011. 😉
alahaiiii sweet sgt sarah suami ni . kenangan tuk diceritakan pada anak cucu kelak 🙂
Reply
comel la kak sarah ni ^^
Reply
Hehe!
sweet nye!! comel la sarah ni..
hmm.. btul la tu ek? mengidam org mengandung xleh dibuat main.. 🙂
Reply
sweet n romantik sgt..
mgkin sweet sgt2 coz ni cinta selepas kawin…waaaa…
jealous…haha
Reply
Nice!
Tersenyum sorang-sorang baca entri ni. Pengalaman yang hampir serupa tetapi lain yang diidamkan.
(^^,)
Reply
cam boleh terbayang muka sarah yang comel hehe bila-bila turun JBm bolehlah saya bawa makan kacang pol ngan murtabak singapore 😉
Reply
As salam, lucu juga cerita Sarah mengidam, apa2lah Sarah janji bahagia kan kan kan. Penempatan Dr Sarah yang baru di mana ye? Putrajaya/Serdang/Kajang. Utk pengetahuan Sarah kakak pun tinggal dkt P14.
Jangan merajuk lebih2 tau nanti baby pun kuat merajuk hehehe, ini dari pengalaman sendiri.
Semoga bahagian hendaknya.
Wasallam.
Reply
huhuhu, akak bergenang airmata membaca citer sarah tap dlm masa yg sama agak lucu juga…merajuk secara diam2…comel..
Reply
haha
cerita kak sarah yang ni memang comel
membuatkan saya cemburu
bila lah dapat rasa mcm ni plak. hehe
pengajaran: jangan main2 dengan ibu mengandung yang sdg mengidam
Reply
Comelnye kerenah Kak Sarah..
Tapi akhirnya dapat juga makan Nasi Beriayani Gam Johor..
Saya tak pernah makan lagi…
hu…hu…
Reply
lepas ni nak ngidam apa pulak?? 😀
Reply
Hehe, sian thaariq kena cari beriani gam johor kat sini 😛
Pernah makan kat situ dan berianinya byk gak. Hebat betul sarah boleh abis sorang2,haha.
Apapun good luck kat tempat baru tu sarah. Kalau ada pape boleh balik temerloh je sebab taklah jauh sangat,hehe.
Have a wonderful day ahead untuk korang berdua 🙂
Reply
hihi..sweet la. mengidam masa mengandung memang macam tu. ada teringin sesuatu mesti nak jugak. berhari2 teringat. bila dah dapat..menyengih la 😀
Reply
alhamdulillah…suami sebolehnya akan cuba uasahakn apa yg isteri nak cuma lambat atau cepat je..hehehe
Reply
hehehe… comel ibu mengandung merajuk…. tapi mmg comel tau pengalaman first pregnancy ni sarah…. sok-sok bila sarah kenang balik mesti ketawa punya… enjoy each day of your pregnancy… u’ll love it….
Reply
lucu tapi bergenang air mata membacanya.
Reply
Hehehe. Cute ajer merajuk pasal mengidam ni. Dulu akak kan.. masa anak pertama mengidam nak makan telur pindang. Murah aje tapi time tu kita dok kat KL, susah benar nak jumpa. Sampai kanda akak kate.. ngaper la tak ngidam KFC ka.. Pizza ka.. senang sikit nak cari. Macam la mengidam tu benda yang boleh di plan plan kan.. BTW enjoy read your blog.
Reply
sweetnye suami akak ni..hahaahaha…penangan ibu mengidam..
Reply
salam…haha…sya pun org BP. lau nasi beriani gam kat BP dkat2 dgn wira court pun ada 1 yg sedap…famili saya slalu makan sana… tp kalau nak lagi sedap suruhlah ayah saya masakkan utk kak sarah…hehe… 🙂
Reply
assalamualaikum doc, seronok byk kisah2 doc.
jgn ngidam telor tembakul dah…Semoga selamat bersalin dan sihat sempurna baby dan ibunya,amin! 😀
Reply
comelnya…
sangat sweet… cerita mengidam pun jadi best kalau akak sarah yang cerita… 😉
Reply
comel laa kisah Sarah ni…
kita doakan Sarah bahagia sampai akhir hayat, amin… take care 🙂
Reply
salam . akak, kalo na nasik beriani gam yg sedap trylah kat peserai. sedap sangat ! dekat depan spital putra specialist tuh. 🙂
Reply
tahniah kak sarah, bakal menjadi ibu yang comel, InsyaAllah 😉
bila baca entri yang ni, tiba-tiba saya pulak yang mengidam nasi briyani gam johor tu. dulu saya sekolah dekat batu pahat, kalau parents datang skolah dan bawak saya keluar outing mesti tak miss pergi makan kat situ. memang sedap. sekarang dah dekat 5 tahun tak ke batu pahat, jadi tak merasa lah nak makan nasi briyani.. huhu.
Reply
Hmm…sebak sikit dada ni bila baca cerita Sarah..pedoman buat bapa2 dan bakal bapa2 ye.. 😉
Reply