Fasa Baru: Sarah & Thaariq

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhitung tingginya buat Yang Maha Esa.

Dengan sekali lafaz, saya dan suami selamat diijabkabulkan pada 12 Mac 2011 yang lalu. Syukur tak terkata. Perasaannya sangat lain selepas disahkan sebagai suami isteri. Serius. Sangat lain. Rasa lega, gembira, terharu, bahagia dan yang paling utama, rasa sangat tenang hati. Alhamdulillah.

Buat suami saya, Ahmad Thaariq Mohd Khairudin, tiada lain yang boleh saya katakan melainkan: Terima kasih kerana sudi mengambil Sarah sebagai isteri.

Semalam, sebaik saja suami saya pulang dari kerja (Iya, dia sudah mula bekerja. Saya tinggal di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa. Hihi), dia bertanya:

Thaariq: Sarah dah update blog?
Sarah: Belum lagi. Kenapa?
Thaariq: Cepat-cepatlah update. Ramai yang tunggu.

Hihi. Comel betul dia. Suami pula yang mengingatkan saya untuk mengemaskinikan blog. Jadi disebabkan petang ini saya ada sedikit masa lapang sementara menanti dia pulang, jadi saya berkesempatan untuk menatap blog buat seketika (lama juga sebenarnya, huhu). Gambar-gambar belum ada pada kami. Semuanya masih ada pada ahli keluarga kami dan juga official photographer of the day, Acai! Jadi, tengok teaser saja dululah ya.

 

This is my soulmate, till Jannah, insya Allah.

Nota 1: Saya sebak sewaktu hendak meninggalkan emak ayah untuk mengikut suami balik ke rumahnya. :cry:

Nota 2: Syukur yang tak terhingga dikurniakan mertua yang sangat memahami dan sentiasa memberi nasihat dan motivasi. ;-)

50 Responses to “Fasa Baru: Sarah & Thaariq”

  1. snm says on :

    sweet sgt! >.___^

    tp tak dapat datang T____T mampu mms je ucap tahniah..

  2. Kak Ijan says on :

    Salam buat pengantin baru 🙂

    Gambar pertama Sarah nampak manis sekali dan malu-malu. Gambar kedua nampak cinta. Gambar ketiga, iya dia milik sarah dan sarah milik dia :). Semoga bahagia sentiasa dan selamat bercinta sampai ke syurga. Insya allah.

  3. muaz says on :

    tahniah Kak sarah dan suami. 🙂
    Barakallahulakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi qair

  4. azraain says on :

    tahniah. sweet betul kak ngah dan hubby.

  5. fatini ghazali says on :

    ks!
    i’m sooo happy for you , my eyes are wet already! tahniah k sarah, selamat membina baitul muslim yg sempurna, insyaAllah:))

    p/s:nk ckp i love u jgk boleh? 😛

  6. fakhruddin says on :

    pic pertama sweeeeeet sgt..
    tahniah kpd kamu berdua..

  7. cmuna says on :

    salam…

    wah2…sangat menarik gmbar2 ni…
    tahniah!…..

    p/s:xpuas2…nak tgok lg,lg, lg….

  8. wani adnan says on :

    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah. Syukur yang selayaknya buat Tuhan Yang Maha Agung, Sang Pencipta. Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Paling Memahami hamba-hambaNya. Alhamdulillah.

    Ramai yang mendoakan. Alhamdulillah. :mrgreen:

  9. nazurah says on :

    barakalllahulakuma KS n suami =)

  10. Yeop8883 says on :

    Alhamdulilah.Tahniah.

  11. syazana says on :

    AlhamdulilLah. InshaAllah bercinta hingga ke syurga ^_^

  12. Dodod says on :

    KS yang comel!!!!

    Tahniah Mama usrah ku!!! sekarang kitorang dah ade papa.Hihihi..ok,gurau je =D
    Congratz KS n hubby.Semoga kekal hingga ke syurga insyaAllah.Semoga dikurniakan anak yang comel2, soleh & solehah! Tak sabar nak tunggu KS junior^__________^

  13. Nurlulu says on :

    Salam,

    Waktu tengok Tho (Thaariq) naik pelamin, kami terkenang kenangan zaman sekolah. Kejap je masa berlalu. Dah pun bergelar suami orang. Tahniah kalian! He he. Sarah, masih ingatkah dengan rahsia yang saya nak bagitau awak dulu? Huhu. Since awak dah kahwin, bolehlah saya beritahu. Nanti ada kesempatan, saya PM awak di FB ya.

    Sejuta tahniah 😉

  14. asyikin abdullah says on :

    salam ks… ya Allah,rasa mcm baru smlm duk gelak2 dgn cik ks..
    skrg dah puan ks…

    barakalllahulakuma KS n suami..
    am sooo happy for u..

  15. roseli says on :

    Tahniah Doc,

    Semoga bahagia.

    Silent reader from Saudi.

    rosebali.

  16. fariza says on :

    ks,
    tahniah…
    slmat pengantin baru =)

  17. Rohani Hashim says on :

    Tahniah, semoga kekal selamanya.

  18. epel says on :

    alhamdulillah. Tahniah ye Puan Sarah dan Encik Thaariq. Ada meh wajah kalian berdua (meh tu ikut pemahaman akak adalah..ada iras kot ek…hihihi…pinjam vocab org pantai timur). Moga bahagia hingga syurga. Ameen 🙂

  19. Adzrul Ariff Azlan says on :

    tahniah sarah/thaariq, and thanks sb sudi share dlm blog. kami sbg kawan2 pembaca dapat tengok evolusi sarah dari student >> houseman >> housewife dan insyaallah lebih bnyk lagi, akan datang. 🙂

  20. sil says on :

    tahniah sarah dan suami! =)

    semoga kekal berbahagia sampai ke syurga. amiiin

  21. Ejalz says on :

    So sweet, so cute… Tahniah to both of you…

  22. Ejalz says on :

    Tumpang tanya, Saudi kat mana ye..?

  23. samanosuke_04 says on :

    Alhamdulillah…
    tahniah kak sarah, baru jerr brape lama tak singgah blog, tau2 daa kawen.. wahahhaa, papepun tahniah, nampak cam pinang dibelah 2 dah tue, moga bahagia till jannah.. heheheheheehe

  24. akak says on :

    Alhamdulillah..semoga hidup lebih wardah lepas nie.. hari² wardahnya..insya Allah 😉 Happy sangat dpt jumpe Sarah yang comel ari tu..hehe

  25. roseli says on :

    As Salam,

    Ejalz……….kat Al Jubail,Damman.Kenapa eek?

  26. Kak Eyna says on :

    Salam Sarah….

    Tahniah…. maaf sbb akk tak dpt hadir, w/pun dapat sendiri kad dr Cikgu Azimah…. kebetulan ada hal pada hari yg sama…

    Semoha berkekalan hingga ke akhir hayat….

  27. mira azmi says on :

    KS, selamat pengantin baru….
    bahagia tgk KS..

  28. Ejalz says on :

    Saya di Yanbu..

  29. hawa says on :

    Sarah..

    Welcome to the club!!! *wink*

  30. Kak Azura says on :

    Tahniah Sarah dan Suami….
    Comel sangat kamu berdua!

  31. +fobia+ says on :

    barakallah.

  32. ruffoundation says on :

    wow best2, bila my pict dimanfaatkan, hihi

  33. Kak pB says on :

    moga kekal hingga ke syurga

    handsome

    pandai Sarah cari ..hi hi hi

  34. ainshams says on :

    salam kak SSS,
    alhamdulillah. barakallahu lakuma wa baraka 3laikuma wa baraka feekuma wa jama3 bainakuma fi khair~wish u happiness everafter till jannah.
    sweet sgt gambar akak & ur hubby 🙂

  35. Kasawari says on :

    Selamat utk Sarah dan suami juga… semoga bahagia hingga ke syurga..

  36. Fisol Family says on :

    As Salam Sarah dan Thaariq..

    Tahniah…aksi dalam gambar kedua tu agak membahayakan…kids don’t try it at home..hehe

  37. thanaif says on :

    Tahniah.

  38. Reentartnenas says on :

    Salam,

    Tahniah Dr Sarah. Chantek sgt!
    Saya tak pasti Dr nie orang yang seperti saye fikirkan atau tak.
    Ibu dan Ayah Dr kenal dengan Mama dan Arwah Babah saye. Maybe Dr adalah salah seorang Dr yang merawat Arwah Babah (Cikgu Khairudin Hj Othman) saye di HOHAS pada Februari lepas. Ayah saye meninggal disebabkan kanser paru-paru – lung metasis pada 18 Februari.
    Bila kawen Dr tak pakai spec, so tak cam sangat 🙂 Tapi tetap chantek. Anyway, saye pun ambil Acaii masa majlis reception saye di Shah Alam hari tu 🙂

  39. Mimie Azrin says on :

    Assalam buat Sarah & Suami,

    Ya Allah, lame sungguh tak singgah ke ‘rumah’ Sarah ni..dah kahwin dah doc kita yg cute ni..tahniah ye Sarah, Mimie sekeluarga doakan yg terbaik buat Sarah & suami ye..
    tahniah..pasti baby Sarah secomel Sarah nnt heheheh (cepat2 betul doa ni sampai ye hehehe)

  40. MK Rohimin says on :

    Tahniah Dr Sarah 🙂

  41. cik sue says on :

    tahnia ah sarah dan suami..semoga kalian bercinta dan bahagia hingga ke syurga

  42. one says on :

    Asslaamu alaikum. Tahniah.

  43. Hafism says on :

    tahniah korang ^^

  44. menyampah says on :

    bole tak nk berniaga kt bloq ni..nk publish barang2 sy???

  45. raihanah says on :

    i really like ur story….. 😉

  46. madinah says on :

    k.sarah..masih ingat madinah?..kita pernah bertemu suatu ketika dahulu di surau depan sekolah al-khairiah..dan wktu k.sarah kt hospital,dina pernah titip salam melalui k.norlin dan k.mala..alhamdulillah kita juga sekali lagi dipertemukan selepas k.sarah dpt results SPM dan k.sarah beritahu dina akak dpt jd pelajar terbaik pahang dan dpt tawaran pergi rusia buat medic..

    dah lama x jumpa k.sarah..x tahu la msh ingat dina atau x..tahniah ye atas perkahwinan..(^_^)

  47. nawwar says on :

    kalau dah jodoh x kan lari kemana kn???hehe… 😉

  48. Sarah says on :

    Salam Madinah.

    Of course akak ingat kamu lagi. kita selalu solat sama2 kat Masjid Batu Satu tu kan.Masya Allah. It has been years seen I last met you. Betul tu. Last sekali kita jumpa lepas akak habis SPM dan akak cerita pasal akak dapat anugerah pelajar terbaik Pahang tu. Tak sangka Dina ingat lagi. Akak ada beberapa kali terserempak dengan ayah Dina. Cikgu Ibrahim kan nama dia? Akak doakan Dina berjaya walau di mana pun Dina sekarang ni =)

    Do keep in touch.

  49. Sarah says on :

    Salam Reen.

    Iya. Saya salah seorang doktor yang incharge di wad Kenanga 7 dulu. And to be exact, saya yang banyak incharge jaga arwah ayah Reen. Saya ingat lagi, petang yang sebelum arwah kena buat CT Scan tu, saya berborak dengan arwah. Katanya dia cikgu. terus terbuka cerita yang emak saya pun cikgu. Tuptup arwah kata dia kenal sangat dengan mak saya dan ada pertalian saudara yang masih dekat. Balik tu saya cerita kat emak saya. Emak pun kenal. Ayah apatah lagi. Ayah rapat dengan arwah. Saya ingat sehari sebelum arwah meninggal, arwah sendiri cakap dengan saya dia nak mintak balik, nak meninggal di rumah. Then emak Reen pun mintak saya uruskan dengan pakar. Esok pagi tu tengah nak siap-siapkan tunggu ambulan sampai untuk bawak balik rumah, tak sangka arwah meninggal di wad juga akhirnya. Sebenarnya waktu nampak Reen dan suami datang ke wad untuk ziarah arwah, rasa macam pernah jumpa je. Bila ingat2 semula, laaa, patut la. Client Acai jugak rupanya. What a small world. Ada hari tu saya jumpa mak Reen di hospital. Dia ziarah kawan dia. But that was before I was transferred to Kuala Lipis. Nanti sampaikan salam saya pada mak Reen ye. Oh ye. Kakak saya kata, tart nenas Reen sedap!!! =D

  50. bike movers and packers says on :

    Please let me know if you’re looking for a writer for your weblog.

    You have some really great articles and I feel I would be a good asset.
    If you ever want to take some of the load off, I’d love
    to write some articles for your blog in exchange for a link back to mine.
    Please blast me an e-mail if interested. Thank you!

Leave a Reply