1 Minggu 1 Hari
Assalamualaikum wbt
Malam ini saya oncall. Pada masa yang sama saya demam. Sudah tiga hari demam. Masih belum kebah. Hari ini ditambah pula dengan batuk. Cukup pakej tiga serangkai; demam, batuk dan selsema. Dalam tempoh sebulan lebih ini, saya terlalu banyak oncall, kurang rehatย dan pada masa yang sama tertekan dengan tanggungjawab saya sebagai ketua HO di jabatan ini kerana terpaksa menyediakan jadual oncall bulanan untuk HO. Setiap hari akan ada lima orang yang oncall dan pada masa yang sama saya perlu memastikan jadual oncall itu tidak bertindih dengan cuti yang telah diminta oleh mereka serta memastikan kelancaran tugasan di klinik pesakit luar, unit rawatan harian dan bilik endoskopi.
Apa yang boleh saya kata, hampir setiap selang setengah jam mesti ada yang menelefon. Sama ada bertanyakan jadual oncall ataupun terpaksa melayan permintaan HO lain yang mahu menukar jadual oncall secara last minute ataupun permintaan peribadi atas sebab-sebab tertentu. Dan jika ada HO yang cuti sakit secara tiba-tiba atau MC dan pada masa yang sama tiada HO lain yang available untuk oncall, secara sukarela saya terpaksa mengambil oncall tersebut. Bulan lepas terlalu kerap saya oncall secara every other day (EOD). Biasanya pada hari yang saya oncall, saya akan membawa sebuah beg khas yang sudah sedia berisi dengan kelengkapan alat mandi, baju salinan dan sedikit bekalan makanan. Jadi, disebabkan oncall saya secara EOD, jika terlihatkan saya menggalas beg oncall itu, emak atau ayah akan menyapa: Aik, oncall lagi hari ni? Aduh. Stress saya bila diajukan soalan itu. Hari itu ketika menyalam ayah sebelum pergi kerja, saya berkata kepada ayah: Sedihnya setiap kali ayah tanya macam tu. Lain kali jangan tanya. Ayah diam je. Kalau tak Ngah sedih.
Huhu. Dilema seorang HO,ย anak dan bakal pengantin. ๐
Tapi Alhamdulillah. Ada hikmahnya saya banyak oncall bulan lepas. Ini ayat motivasi untuk diri sendiri ni. Hehe. Saya lebih memahami pakar-pakar saya dan pada masa yang sama, saya akui, saya jauh lebih komited dan sangat bertanggung jawab dengan kerja yang saya lakukan. Saya lebih matang dalam segalanya. Saya harap perkembangan positif ini dapat menjadi bekalan saya untuk menjadi MO lebih kurang 6 bulan dari sekarang, insya Allah.
Ok. Cerita tentang kahwin pula. Haa. Saya tahu ada yang cuba-cuba google nama saya dan bagi yang sudah tahu nama tunang saya, habis dengan tunang saya sekali di-google-nya ya. Hehe. Ish ish ish. Apa sajalah kamu semua ni. Macam-macam keyword yang ada dalam carian kamu semua ya. Tergelak-gelak saya membacanya. Insya Allah memandangkan tempohnya tinggal 8 hari saja lagi, mari saya kongsikan siapa tunang saya.
Insya Allah,ย teman yang Allah hadiahkan untuk saya diberi nama Ahmad Thaariq Bin Mohd Khairudin. ๐
Kami bertunang pada 13 November yang lalu. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kisahnya disebalik pertunangan ini, kan. Kami ni orang yang dekat tapi jauh, jauh tapi dekat. Hehe.ย Tak naklah cerita apa-apa sekarang. Tunggu semuanya selesai dulu ya. ๐
Hmm. Sekarang hanya tinggal seminggu sehari saja lagi sebelum kami bernikah. Wah! Dah boleh kira dengan jari saja! Tapi ini yang buatย saya terfikir-fikir. Bagaimanalah keadaannya nantiย kalau kehidupan saya sebagai seorang houseman officer masih sibuk dan padat sebegini. Kadang-kadang saya terfikir, seronoknyalah kalau boleh jadi housewife saja. Hehe.
Tapi saya ingat semula apa matlamat dan peranan sayaย sebagai doktor muslimah. Dan saya nak buktikan doktor perempuan pun boleh mengurus keluarga dengan baik, insya Allah.
Nota 1: Nanti saya letakkan pelan ke rumah saya ya. ๐
Nota 2: Terima kasih pada emak, ayah dan Mak Tam yang sangat banyak menolong saya membuat persiapan. ๐
Syafakillah KS. Semoga cepat sembuh dan senyuman sentiasa terpalit diwajahmu.
Selamat Pengantin Baru ๐ .
Semoga saya mampu jadi doktor setabah KS..Mohon doa.
Baraka Allahu lakum,
Reply
Sarah Reply:
March 4th, 2011 at 11:37 pm
Syukran Hidayah ๐
Oh. Ramai lagi yang tabah2, dik. KS bukan contoh terbaik pun. Insya Allah kamu mesti akan cemerlang punya la ๐
Reply
El-afw.
Aaamiin. InshaAllah biiznillah. ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:04 pm
Syukran Hidayah ๐
Reply
Hehe. Saffa google nama bakal suami KS. ๐
Turn out tunang KS tu abang kepada Muaz, UIA kan? Dia tak kenal Saffa, tapi Saffa kenal dia sebab dia one of a main boards in a society yang Saffa join ni. LOL
Tak sabar nak baca cerita KS & Tunang KS! ๐
Semoga dipermudahkan segala.
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2011 at 12:04 am
Eh, Muaz mana pulak dah ni Saffa? KS rasa kamu silap orang. Memang ada sorang tu nama dia sama dengan tunang KS tapi dia lagi tua dari kamu 2 tahun. Saffa silap orang ni ๐
Haaa! Kantoi Saffa google! =p
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2011 at 12:05 am
*tua dari kami
Reply
Saffa Reply:
March 5th, 2011 at 12:10 am
Hehe. Saffa baru recheck. And hehe. Salah. Ya ya. =.=” Fail google. LOL. Saffa jumpa FB Thaariq and kebetulan ada mutual friend yang ada Al-Taarique, ingatkan macam family name ker apa. Uish. Malu nyaaaaaaa. =.=”
Ya ya. kantoi. Mesti lah nak busy body. Hehe.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:05 pm
Kelakar bila baca balik komen2 Saffa. Hehe.
Reply
Assalamualaikum wbt.
Wani tak tau tapi kan, wani selalu letakkan, kalau ks boleh, wani pun boleh. huhu. walaupun wani tahu ks jauh lebih baik dari level wani sekarang. ๐
semoga apa yang ks niatkan, semuanya dimakbulkan Allah. Bersabarlah atas setiap dugaan. Doktor pun boleh uruskan keluarga insyaallah. ks tengoklah kakak wani, ramai anak dia beratur
Reply
Sarah Reply:
March 5th, 2011 at 12:07 am
W’salam wbt Wani ๐
Oh yes! Insya Allah kita boleh buat ๐
P/s: Nak jadi macam akak Wani la. Haha =p
Reply
selamat pengantin baru KS!!
cepat sembuh tau..nnti batuk2 pulak atas pelamin.
=)
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:06 pm
Thanks Dodod! ๐
Reply
As Salam, Sarah, Sarah, bila akak baca n3 ni, rasa kasian ada, sedih ada dan lucu pun ada. Apa2 pun akan dokan Dr Sarah kita sentiasa tabah, sihat walfiat dan segala urusan walimah berjalan dgn lancar dan dipermudahkanNya. Amin.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:07 pm
Salam Kak Rohani ๐
Alhamdulillah saya sihat walafiat waktu walimah tu. Cuma lepas walimah sebelah saya tu yang kurang sihat sikit. Terkejut lepas kawin kot. Hihi.
Reply
Salam..
Heheh…Sarah sangat famous k sampai digoogle dgn nama tunang2 skali.
Baguslah juga Sarah ada banyak oncall di surgical…saya di posting surgical masa 1st month je sempat oncall 9-10x sebulan, lepas tu HO berderet2 masuk so oncall jadi kurang. Masa HO dulu sukalah oncall sikit, dah MO ni…terfikir jugak banyaknye benda yg missed. Tapi exposure yg dapat alhamdulillah…
Anyway, bab2 sediakan jadual oncall ni, saya selalunya ada sedikit kejam. Siap buat notis announcement – requests are welcomed, but not necessarily be entertained 100%…please be understanding. Hehehe. Especially bab-bab last minute tukar ni, selalunya ada mutual understanding utk just discuss suka-sama-suka dgn HO lain. Janganlah suka menserabaikan hidup head HO yg mmg dah serabut. Haha.
Tahniah Sarah atas perkahwinan. Sy tak pasti dapat atau tidak datang sebab sy pun status hanging…anytime KKM dah decide on sy punye appeal sy kena pergi. Doa sy agar Sarah and husband berbahagia + diberkati selamanya.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:13 pm
Salam Adzrul!
Happy belated birthday too! ๐
Waaa~ Thanks for all the advices. Actually I’m not that lenient with them but it still turned out they requested this and that. But luckily, for April and insya Allah May as well, there will be someone else who will be incharging the roster. Huray! Hehe. Plus with my condition (I sustained cervical injury during last week’s MVA), I no longer can do heavy calls.
Last but not least, enjoy your MO-ship in Tapah. Mana la tahu kot bertemu orang Tapah ke kan. Hihi.
Thanks for the wish! Looking forward to attend yours with your loved one ๐
Reply
Sarah..
sarah…!!
Barakallah..;)
hehe..ari tu bagitau nisa..”wah,wah,wah, Nisa dan Sarah dah mendahului Aini ni!”.. erm..hehe
Semoga dipermudah segala..
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:14 pm
Aini, Thanks for the wish! Insya Allah lepas ni awak pulak!
Reply
k.sarah!
ade iras!
slamat pgantin baru;)
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:14 pm
Hehe. Iras ke? Waktu tu kamu tengok kat mana y gambar dia? Musykil jugak ni. Hehe.
Reply
saya silent reader bertahun2 yg tak pernah bersuara. hehe. oh pernah kot sekali. ni kali kedua.
khas, untuk ucapkan selamat menaiki tangga, mendirikan baitulmuslim. ini, khas utk ks! http://www.youtube.com/watch?v=pn6ZjUw6qTA
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:15 pm
Waaa~ Silent reader bertahun2 yang tak pernah bersuara ye? Teruja saya dengar. Terima kasih sebab sudi singgah membaca di sini ๐
Thanks for the wish Am! ๐
Reply
hehe KS tunang masa bulan 11 lagi ye, diya agak2 KS tunang bulan 12. kira dekat2 jugak lah ye. btw, betul kan tekaan diya (refer pada nama en tunang KS) ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:16 pm
Hahaha! Semuanya tepat sekali Diya ๐ Diya memang boleh baca mind KS kan ๐
Reply
Cayyok-cayyok ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:16 pm
Hehe. Mekaseh Acey~
Reply
Kak Sarah, get well soon ya. Nanti hilang seri pengantin ๐
akak, adakah Akhi Thaariq tu yg duk putrajaya? huhu. Adik dia, nadhirah tu junior saya di USIM ni, hehe. Majlis sblh lelaki di UNITEN kan? huuu, kecik nyaa dunia ni kan ๐
InshaAllah panjang umur saya ke majlis sebelah lelaki tu dgn kwn2 dia(nadhirah) di sini ๐ . Jumpa nanti, iAllah ~
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:17 pm
Yup yup yup. Semuanya tidak salah lagi ๐
Sayangnya tak dapat jumpa kamu time walimah di Uniten.
Insya Allah satu hari nanti kita jumpa jugak insya Allah.
Reply
Assalamualaikum. Tahniah Dr Sarah. Selamat Pengantin Baru. ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:17 pm
Terima kasih Yeop! ๐
Reply
banyak betul pengorbanan yang dilakukan..
semoga segalanya dipermudahkan utk KS..
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:17 pm
Terima kasih, bro Azman! ๐
Reply
Sarah!!..Jaga diri jugak ye cik doktor. Jangan sampai dah cukup hari yang dikira tak larat nak senyum pulak.. . Semua nak tengok Sarah senyum paling manis ari tu tau.. ๐
semoga semuanya dipermudahkan utk cik Sarah & bakal suami..insya Allah. ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:18 pm
Alhamdulillah, demam elok 2 hari sebelum nikah. Huhu. Tapi lepas je selesai kenduri kat sini, ada pulak sakit lain yang datang. Haha
Reply
salam, kak sarah.
first time komen.
wah, kecilnya dunia, dia senior sy di smap dlu.best student tuh.barakallah…
Reply
izzah Reply:
March 21st, 2011 at 11:38 am
aha, silap org.maaf ye.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:19 pm
Salam Izzah ๐
Haah. Izzah tersilap orang tu. Memang kebetulan nama diorang sama. Yang senior Izzah tu study di UK kan? Dan sekarang dia pun doktor kan? Hehe. ๐ Dulu waktu KS penah cari2 suami KS ni, KS sendiri pun penah hampir2 tersilap orang bila tengok nama senior Izzah tu. Hehe.
Apapun, thanks for the wish ๐
Reply
srah..
1…get well soon..takkan pengantin nak batuk2 & selsema kot ๐
2…when u’r the head…be firm.jangan sacrifice diri sendiri.
3…about being a doctor & a wife…pada akaklah…semuanya banyak bergantung kpd suami.dia perlu 100% faham & menyokong..the moral support is very important.kalau husband nak layanan mcm kita ni fulltime h/wife mmg tak bolehla.dia sendiri kena banyak tolong dalam rumah.ada messy here & there kena tolerate…terima seadanya.tambah2 bila dah ada anak.
p/s:the most important to me, utk jaga keharmonian rumahtangga ialah….tinggal berasingan dgn keluarga.
moga sarah dapat yg terbaik utk diri & kerjaya
tahniah & good luck.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:21 pm
Salam Kak Ieda ๐
Waa~ Banyak nasihat berguna. Saya suruh husband saya baca. Dia pun senyum2 je bila baca nasihat2 mantap macam ni. Hehe. Buat masa ni, kami tinggal berasingan. So dia duduk dengan family dia, saya duduk dengan family saya lagi. Tunggu saya completekan HO-ship saya ni tak lama lagi baru kitorang duduk sekali insya Allah.
Thanks for the wish Kak Ieda! Thanks jugak sebab akak banyak bagi nasihat pada saya ๐
Reply
wow…memang ramai yang menanti kak sarah pecahkan rahsia siapa Encik tunangan yang bertuah itu..!
Pape pun semoga segala urusan kak sarah dipermudahkan, ade hikmah keje teruk2..boleh cuti puas2..hehe
Barakallah..
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:22 pm
Hehe. Thanks for the wish Ain ๐
Reply
assalamualaikum..
Tahniah dan selamat pengantin baru.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:23 pm
Salam En. Adnan.
Tak sangka masih sudi menjenguk ke sini ye.
Terima kasih atas ucapannya! ๐
Reply
tahniah Sarah! semoga baik2 semuanya! ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:23 pm
Thanks a lot Am!!! Nak anak comel macam anak awak jugak! Huhu
Reply
dr sarah..
tahniah..jgn lupe kirim kad kat opis peg.khidmat pelanggan yea..:) selalu hntr jadual oncall ho surgical je..ngee~..he3..
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:24 pm
Hihi. Hari tu tak sempat hantar pun tapi generally saya jemput semua ke kenduri hari tu. Terima kasih banyak2 ye Azean ๐ Sampaikan salam terima kasih saya kepada team pegawai khidmat pelanggan HoSHAS ye ๐
Reply
Tiada kata-kata hanya doa dari jauh sahabat ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:25 pm
Tasha! Syukran sahabat! Dan selamat hari lahir!! Semoga Allah memberkari awak dunia dan akhirat insya Allah ๐
Reply
Tasha :) Reply:
April 22nd, 2011 at 11:32 am
Thanks! Sorry baru bukak emel dan tgk komen ni. Amin utk doanya Sarah! ๐
Reply
salam ks!!!
tahniahh yea…selalu jadi silent reader jew tapi sbb nak jugak ucap tahniah tu yg komen terus..hikhik:) congrats ks!saya nak jd ho yang bagus macam ks juga..doakan saya ye..ade lagi setahun lebih disini:) tahniah tahniah sister!barakallahumma~
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:26 pm
Salam Yussida ๐
Thanks for the wish ๐
Insya Allah kamu akan jadi lebih baik daripada KS. KS yakin tu. Study elok2 ye! ๐
Reply
Tho – Sayang, abg teringinlah makan gulai ikan patin tempoyak.
Sarah – Siappp!! (sambil masak pakai jubah doktor),hehehe.
Saya buat lawak je sarah ๐
Semoga semuanya baik-baik je seperti yang dirancangkan. Aritu nan ada cakap dia risau awak buat persiapan sorang2,hehe. Tapi saya tahu awak memang boleh!! Awak dah macam supersarah.
Jumpa nanti, insyaallah ๐
Reply
Tho Reply:
March 9th, 2011 at 12:45 pm
Acaii, ikan patin aku mkn but aku tak makan laa gulai tempoyak… ๐
Reply
Acaii Reply:
March 9th, 2011 at 1:08 pm
hahahahaha ๐ apalah tak makan tempoyak tho. rugi besar tu, hehehe.
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:27 pm
Huhuhu. Acai buat lawak!
Dia tak makan tempoyak la Acai. Tapi gulai patin biasa dia makan la. Hehe.
Thanks Acai atas kerjasama yang sangat best dari awak. Gambar semuanya superb. Thanks!!!
๐
Reply
salam kak sarah shukor,
salamtik. insya Allah, smg dipermudah urusan akak & majlis berjalan lancar+diberkati. wish u a happy day, doc ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:28 pm
Salam Ain ๐
Thanks for the wish dik ๐
Reply
Salam …dear sarah,
ohh awak sgt kuat…
Saya doakan awk kuat…
May Allah guiding you,
Setiap yang Allah rencanakan untuk kita adalah kerana Allah percaya kita dapat menghadapinya…
Be grateful of wat u have done and God’s will knows..
Sarah, kamu seorang doktor,
Kamu dekat sekali melihat kematian…
Dan kamu adalah orang yang sangat setiap saat ingat tentang kematian…
Orang yang ingat mati adalah orang yang sentiasa ingat pada Tuhannya..
Nice blogwalking to your blog…
This is 1st time i am here!
nice to know u..
Percayalah…
“Allah sangat dekat dengat urat nadimu…..”
Saya doakan penat lelah kamu itu adalah bekalan kamu sebelum berjumpa Pencipta kamu…
๐
Till c u again…assalamualaikum sara… ๐ ๐
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:29 pm
Salam Umie Aie’sya ๐
Thanks for the words. Really appreciate it ๐
Reply
ุจุงุฑู ุงููู ููู ุง ูุจุงุฑู ุนูููู ุง
ูุฌู ุน ุจูููู ุง ูู ุฎูุฑ
ุจุงุฑู ุงููู ููู ุง ูุจุงุฑู ุนูููู ุง
ูุฌู ุน ุจูููู ุง ูู ุฎูุฑ
Salam akak… Gembira ๐
Moga dimudahkan semua…
Reply
Sarah Reply:
April 12th, 2011 at 3:29 pm
Thanks a lot Sya! ๐
Reply
sinar Reply:
April 13th, 2011 at 4:37 am
Welcome ๐ Semoga happy selalu ๐
Reply
Hi there!
Will everyone hold the similar issues when i perform?
I cannot seem to any further satisfy my personal companion inside the room.
After possessing 3 little ones We’ve shed this baby-belly body fat but Could
not appear to re-tighten my vagina. I’ve got to continually carry out other activities
to create your pet pleased inside the bedroom due to the fact oral making love will no longer excites him or
her. Guide! We’ve began investigating items as well as
approaches to fix this, can certainly anyone propose a good one?
Appreciate it!
Reply
This guy then complains bitterly that women “are confused,” “don’t know what they want”
or don’t want “a good man. A lot of people love sunsets, bicycling, nature and eating out so if you do mention these things you should expand on them and mention additional interests in order to differentiate yourself from the crowd. When you remove it, the opposite will be true, so have a robe or blanket handy.
Reply
It’s nearly impossible to find educated people about this topic, but you
sound like you know what you’re talking about! Thanks
Reply
Very good info. Lucky me I came across your website by accident (stumbleupon).
I’ve book marked it for later!
Reply
“advice”
“[…]x I discovered your blog site site online and appearance a couple of your ear cy[…]”