Jemputan Walimah
Assalamualaikum wbt
Semamangnya kami sekeluarga amat menantikan kehadiran bulan Disember. Akhirnya Disember tiba juga dan hari yang ditunggu-tunggu akan menjelma. Insya Allah, pada bulan ini sekali lagi keluarga kami akan bertambah ahlinya. π
Pada hari esok, 11 Disember 2010, adik saya Adnan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Farah. Mereka telah bertunang pada Mac lalu. Majlis akad nikah akan berlangsung di rumah farah di Ampang dan majlis resepsi akan berlangsung pada 12 Disember 2010 di Dewan Perdana Felda. Majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung pada 18 Disember ini di rumah kami di Temerloh.
Di kesempatan ini, saya mewakili keluarga berbesar hati untuk menjemput rakan-rakan pembaca yang berkesempatan untuk bertandang ke Temerloh pada 18 Disember ini untuk sama-sama meraikan pasangan Adnan dan Farah. Kalau waktu Kaklong kahwin saya saya tidak sempat hendak menjemput rakan-rakan semua, jadi kali ini, bagi sesiapa yang berdekatan, sudi-sudilah bertandang ya. π
Hari semalam saya berkata kepada emak: Macam tak percaya je Nan nak kahwin dah. Teringat lagi dulu-dulu dia ganas sangat pergi rejam ayam lepas tu bakar buat macam ayam panggang. Siap ada hati lagi tu nak makan ayam tu. Adui. Gelak saja emak mendengar apa yang saya katakan. Dan saya pula terasa mata seperti sedikit bergenang. Saya ni kan sensitif orangnya. =p
Ya. Adik saya akan bergelar suami orang! Buat Nan, selamat memikul amanah dunia dan akhirat. Selamat mejadi imam yang memimpin dengan sebaiknya. Selamat pengantin baru Nan dan Farah!
Nota: Kaklong bertemu jodoh dengan kawan sekolah menengahnya. Nan pula bertemu jodoh dengan kawan seuniversitinya. Saya nanti dengan kawan sehospitalkah? ![]()





thanks ngah! kenduri aok nanti nan tolong2 pulak
sehospital??? bukan Sarah lagi ‘dulu’ dari nan n kak long ke???? hehehe π selamat pengantin baru nan! jumpa di sana 18hb nanti.. π
Salam Dr. Sarah,
Ada gulai ikan patin ke nanti?
hehehe..ye kot..stu hospital..mne tau..hahaha..selalau ke sni tpi xpenah komeng π
tahniah2~ wah, menderu-deru famili pakcik shukor tambah famili baru π
π tahniah kepada pengantin baru..semoga kekal & bahagia ke akhir hayat..dan insyaallah ‘berjangkit’ jodoh ni pada kak ngah pula SOON.. kalau sehospital tak susah nak fikir pasal rumah & transport..
Heh, jangan sebut-sebut sehospital… Nanti~
π
π
ahahaha. sehospital itu membuatkan saya tergelak. π³
assalamualaikum wbt.
kalau wani balik, wajiblah ks masakkan ikan patin untuk wani. wani tuntut ni. hehe π
Iye. Wajib tolong nanti ye. Tahniah Nan! π
Lagi dulu? Apakah itu? Hehe. Jumpa nanti ye Kak Tikah π
Ada! Jemput datang nanti ye π
Ish3. Sebenarnya kalau boleh saya tak mau yang sehospital. Doctor lelaki adalah sangat cranky. Huhu :p
Cewah. Menderu-deru word yang kamu guna ye. Hehe π
Ye. Marilah berjangkit pada saya pulak. Huhu :p Kalau kawin yang bukan sehospita sekalipun, rumah dan transport memang takkan jadi masalah. Saya dah ada keretasendiri dan rumah duduk dengan mak ayah je lagi. Hehehe :p Abg. Fisol dan Kak Mai jemput la datang kenduri nanti ye π
Ups. Iye2. Memang tak boleh sebut2!
Mintak dijauhkan dengan yang sehospital. Tak mau akak dek non oi :p
Salam Sarah π
Sehospital? Atau patient/bekas patient pun ok kan? hihihi…
Moga dipertemukan jodoh terbaik utk Dr. Sarah ye π
lama akak tak jenguk blog sarah…rupanya nak dapat adik baru..
selamat pengantin baru buat Adnan & farah..moga bahagia hingga ke syurga.
p/s…menunggu detik sarah
Sarah..kahwin cepat..K.Mai nak bagi hadiah Japanese Cotton tu..cakap je berapa pasang nak..dia kan tauke kain sekarang ni..hehe
sarah, sorry baru harini baca mesej awak pasal ajak pegi kenduri wani turiman tu.
Kad wani pun baru sampai sabtu lepas. Tapi saya baca hari ahad, biasalah duduk kuaters balai, kad tu kat balai je la.. tu pun hubby yang perasan ada surat untuk saya~ huhu
anyway, nak dapat adik baru ye. tak sangka lak nan kawen dlu. hehe. Awak dapat emas serba berdiri tak?
and when is yours doctor?
Tahniah juga kepada pasangan pengantin baru “Adnan & Farah”. Semoga ikatan yang terbina berkekalan selama-lamanya.
Orang temerloh kahwin mesti ada gulai patin kan. Bestnya…makan sehingga menjilat jari…:)
Salam Sarah,
Walaupun sudah agak terlambat, ingin saya ucapkan tahniah kepada Adnan dan isteri, semoga berbahagia selalu, dunia dan akhirat.
Hari ni tergerak hati untuk buka page ni.
Wassalam.
::truemax
11 Muharam 1432H
Salam Sarah, sarah sihat? Lama sungguh tk tinggalkan aper2 komen kt sini. Tiba2 ari ni, tengok gambr2 sarah, rindu lak kt sarah. Hehe.. Tu yg tiba2 teringin nk tingglkan komen ni. Semoga sarah sihat dan bahagia selalu. Ameen.
Tahniah dan selamat pengantin baru Adnan dan Farah. π
Sangat2 harap dapat jumpa Sarah suatu hari nanti.
Okes π
Kain cotton? *muka teruja* Saya suka pakai baju kurung kain cotton pergi kerja. Sejuk je rasa. Hehe. Nanti saya kawin saya tuntut ye. Hehehehe
Ex-Patient? Oh no no no.
Ex-patient saya ramai orang tua2
Terima kasih Kak Ieda on behalf of Nan and Farah π
Detik saya? Soon..~ Hehe. π
Saya pergi wedding Wani dengan Shikin Rahim. Berdua je. Tak jumpa pun kawan2 lain kat sana. Tapi nice gila wedding dia. Huhu. Dan Wani sangat gorgeous on that day. π
Anyway, saya tak dapat emas serba berdiri ke, duduk ke, terlentang ke. Haha. Tapi saya dapat a few anak saudara instant. Tengok my FB gambar dengan Faiz comel. Auww~ Teringin nak anak sendiri dibuatnya π
Soon, perhaps. Hehe. When will you come back again?
Ada gulai patin khas untuk tetamu2 luar dari Temerloh. Rombongan pihak perempuan dari KL and Ampang makan bertambah 4 pinggan! Aiyak~ Happening sungguh tengok diorang makan π
Truemax, thanks on behalf of Nan and Farah!
You should come for the next wedding in the family ya. Pekena ikan patin Temerloh
Salam Kak Su.
Alhamdulillah saya sihat je π Harap akak dan Aishah pun sihat2 je ye. Thanks bagi pihak Nan dan Farah! Insya Allah satu hari nanti kalau ada rezeki kita jumpa ye. Time wedding saya pulak nanti ke π
alhamdulillah.. can’t be certain when i’ll b goin back..eh visiting malaysia again..
maybe going back for good after september, but it depends still π but do missing patin at paya pulai..hahha…someone happened to makan 3x tambah during the reception heheh..
Nak balik for good dah? Waa! Was it YOU who happened to menyentap 3x tambah waktu reception? Ish3. Abis la semua orang ingat pengantin tu (-____-“)
guilty as charged!
how cud i resist to ikan patin, udang sambal, ayam panggang? sampai ade org cuit bahu n bisik yg sy kene g potong kek lak pastu…kaco sungguh…
Thanks kak ngah…. π Farah dah bagi tau kat Nan dah, Farah nak lapor diri utk keje-keje masa persiapan wedding kak ngah nnt…hehe!
kak long bertemu jodoh dgn kwn sekolah menengahnye.adnan bertemu jodoh dengan kwn seuniversitinya,sarah bertemu jodoh dengan kawan sekolah rendahnye π
That’s a terrific read through. I really enjoy this site.
Appreciate you posting about it.
Hi there, constantly i used to check web site posts here
in the early hours in the daylight, as i love to
gain knowledge of more and more.