5.45 Pagi Yang Sunyi
(Jangan Sunyi, Kasih)
Dalam hening tersisip memori
lunak suara memeluk subuh hari
mendodoi si puteri
ayuh bangun, kasih.
Pada minit itu terkumpul segala
sayang dan setia
hati penuh, seluruh.
Meski kini gema sunyi memintas
dodoian lesap, subuh terbiar gelap
usah khuatir, kasih.
Janji tetap janji
bertemu lagi dalam redha-Nya nanti.
Jangan sunyi, kasih.
Kita ada memori yang tersimpan.
-Sarah Mohd Shukor-
Kamar Biru, Lebak
16 Ogos 2010
Nota: Gemar betul saya menulis sajak berjudulkan waktu yang tertentu kan. Lepas ni pukul berapalah pula agaknya ya =)
nice one. if we could ‘like’ this entry, i’d click ‘like’ =]
Reply