Hanya Impi Dalam Mimpi
Assalamualaikum wbt
Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:
1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.
2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~
3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan sebuah stethoscope Littmann berwarna UNGU. I mind you. Ungu tu. Mana nak cari =p Paling tidak pun, sehelai jubah hitam bersulam benang silver di lengan SAIZ SAYA. I mind you sekali lagi. Mana nak cari saiz saya ni. =p
Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.
Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.
“White-cream… Simple yet very sweet.”
Sarah..sarah.. senyum sorangΒ² akak baca entri ni. Akak doakan cepatla tiba masanya nanti..Aminn.. π
** white-cream memang sangatΒ² sweet!!
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2010 at 9:18 am
Hehe. Lambat lagi la kak. Tak terfikir pun lagi sekarang. Tapi mengada nak belek2 pasal semua ni π
Kan kan kan. Sweet kan warna tu =)
Reply
Salam..
hehe gelak baca entry k.sarah nie..
saya tgk mcm nak sangat je jubah hitam sulam benang silver..
takpe2 nanti saya cari kat sini saiz k.sarah ok..
rasa macam ada.. kecik sikit je dari saya..
lagipon saya ada je kawan yg ala-ala saiz k.sarah..
(Saiz budak tingkatan 3 gitu…) Hehehe π
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2010 at 9:20 am
Salam Zatie.
Kalau macam tu, Zatie tolong akak belikan boleh tak? Nanti akak bagi duit kat Zatie ye. Payah sangat akak nak cari jubah yang kena dengan akak. Susah sangat-sangat. Bila Zatie offer nak tolong ni, happy sangat rasa. Bangun tidur baca komen sambil senyum tak sudah2
Syukran Zatie!
Reply
Kan best hantaran dpt EOS 7D π
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2010 at 9:24 am
Hehehe.
In return, nak Nikon D300
Reply
ck sarah..stetescop littman warna UNGU wujud!!!haha
our batch ada yg pakai warna ungu cz dia mmg sukee sgt ungu π
guess,if kamu nk tue tk hantaran,bisa aja dicari…hehe
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2010 at 9:27 am
Cik Yana, Littmann ungu gelap tu memang ada tapi ungu tu ungu nila. Buruk la. Tak cantik pun. Pink susu ada and sangat cantik kan. Saya nak yang ungu susu macam ala2 yang pink susu tu. Lembut je. Saya dah usha2 dah official website Littmann. Memang takde color tu. Kalau ada, saya nak terus beli je dulu. Now yang kedua menambat hati is the black tubing and black finishing for speciaal edition with bronze lining. Fuh~ Cantiknya… Nampak elegant!
Reply
Nisa Dearie Reply:
July 16th, 2010 at 1:51 pm
eh, bukan ada ke kaler pink+purple lembut? In catalogue, it is LILAC π
Cantik, tapi masa Sya nak beli takde stock..
btw, apa orang bagi nanti terima je k. I mind you. Hahahaha~
π
Reply
mmm…sama la kita sarah…aktiviti kala online…abes semua kimah belek jugak…
dlm hati asek tertanya2..”bila giliran aku ye?”
sedangkn, calon pon xde…hahaha
Reply
samala keje kita..hehe,belek2 cari idea.. bajunya,pelamin nye.. 6 bln lg tapi tak wat apa2 lagi..hehe..
kak tikah pun suka warna tu.. purple mcm pink tp suka yg terang sikit,bukan yg lembut..hehe.. dah pk2 nak jadikan warna tu tema kot..Insya Allah..
white-cream.. comel2.. ni baju masa akad nanti Insya Allah π ..
Sarah, Kak Tikah doakan dipermudahkan semua.. Jodoh tu,org yg tepat pada masa n tempat yg tepat..Insya Allah,masanya akan tiba..
p/s: kak Tikah rasa kak Tikah paham apa yg sarah rasa coz kak tikah pun pernah rasa macam ni dulu.. sekapal ..hehe (”,)
Reply
Gila mantap kalau pelamin buaian. Mantooooppp!! Apesal kaklong tak penah terfikir dolu2. Hobi kaklong pon gitu ngah sebelum kawen dulu. Sebab tu kaklong suka beli majalah Pengantin walaupun tatau nak kawen bila. Awak banyak duit ngah! Awak boleh hire org kat KL buat pelamin cantik2. Boleh hire MUA yg femes utk mekap awak. Kaklong ada list sume tu. Wahahahaha gila tak i??? Sampai skrg kaklong sebenarnye terkilan sbb x dpt Saidatulnisa as my MUA.. Hek hek hek takpe huda mekap ritu pon dah cantik. Ehhhhh???? Hahahahah *sesi angkat bakul*
Terus la tgk2 sume tu. Kaklong ingat pencen nanti nak bukak bridal boutique la ngah! Hahahaha
Reply
Dr sarah, dah sampai masa dah tu…hehe..
kitorang tunggu gak ni bile nak dapat undangan Dr..
anyway, kami doakan yg terbaik utk Dr sarah k.. π
Reply
kisah hidup KS makin menarik..
movie n drama pn xe lawan…
sp setuju???!
Reply
Jika buat walimah tahun depan mungkin saya juga dapat hadir.
Reply
ooo Kak Sarah. hehe. kegemaran kite same la. yang beza nye, Kak Sarah dah keja, tapi saye masih belajar (oh ade kaitan kah?)
ps: rindu pulak nk maen plurk dgn Kak Sarah. tp sy pun dah kuar plurk, sbb org2 best rmai yg dh tade π₯
Reply
Ahaks…akak..lmbt sha baca pasal entri ni…
kami serumah pun dah kena tabiat akak kot…
Suka loncat2 photoblog tgk gmbr kahwin…
Orang tua..eh salah..orang muda kata…cari ilham..wink3..gurau je kak..
Reply
over at this website
Hanya Impi Dalam Mimpi | Dunia Sarah
sony voucher code
Hanya Impi Dalam Mimpi | Dunia Sarah
Find Out More
Hanya Impi Dalam Mimpi | Dunia Sarah
web hosting websites
Hanya Impi Dalam Mimpi | Dunia Sarah