Walimah Lagi Dan Lagi Dan Lagi!

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya, saya ada tiga orang lagi sepupu yang sebaya saya yang turut melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Hah. Empat oranglah termasuk Nisa. Dan lima orang termasuk kawan baik saya!

Seminggu sebelum majlis Kaklong dan Abang Hashim, sepupu saya sebelah Penang melangsungkan perkahwinannya di Shah Alam. Maya dan Firdaus. Maya ni anak kepada kakak ayah saya, Mak Lang Zaitun. Saya tidak dapat hadir ke kenduri Maya. Kerja 🙁 Apa-apapun, selamat pengantin baru untuk Maya dan Firdaus!

Seminggu selepas Nisa dan Nabil pula, seorang lagi sepupu saya sebelah Penang berkahwin. Nurul dan Fitri. Nurul ni kami panggil Along saja. Anak kepada adik ayah saya, Mak Cik Zakiah. Kali ini pun saya tidak dapat hadir sama. Saya sudah tidak ada cuti untuk sepanjang Jun. Hanya emak, ayah, adik-adik, Kaklong dan Abang Hashim yang berkumpul bersama keluarga di Penang. Kebetulan, rumah Kaklong dan Abang Hashim di Penang. Memudahkan lagi mereka untuk turut serta. Hai lah nasib. Asyik terlepas saja peristiwa-peristiwa penting dalam keluarga. Apa-apapun, selamat pengantin baru untuk Nurul dan Fitri!

Pada minggu yang sama dengan Nurul dan Fitri, seorang lagi sepupu saya sebelah Pahang turut mendirikan rumah tangga. Ini dua pupu saya sebenarnya. Hishamuddin dan Nur. Selepas balik dari oncall pada hari Sabtu itu, saya pergi menguruskan hal-hal peribadi dulu dan kemudian terus balik ke rumah. Selesai Asar, saya membawa emak saudara saya terus ke rumah Ichang (nama gelaran Hishamuddin di kalangan saudara rapat) di Felda Kumai. Majlis akad nikah dan kenduri sebelah perempuan sudahpun selesai beberapa hari sebelum itu. Saya tidak datang ke kenduri menyambut menantu pada hari Ahad itu, jadi cukuplah saya dapat berkumpul bersama keluarga yang lain pada Sabtu malam itu. Makan nasi beramai-ramai dan duduk berkumpul sambil bercerita beramai-ramai. Memang seronok. Selamat pengantin baru Ichang dan Nur! Ops. Yang ni tiada gambar. Jenuh saya cari di FB kaum keluarga. Tetap tak jumpa. Hihi.

Dan yang terakhir, pada hari yang sama dengan Nurul dan Fitri juga Ichang dan Nur, kawan baik saya yang paling lama berstatus bujang bersama saya pun turut mendirikan rumah tangga. Maka sekarang, tinggallah saya seorang diri setelah habis kesemua kawan baik saya telahpun berkahwin. SOB SOB SOB. Haa kau. Dah huruf besar semua dah. Huhu~ Tahiah buat Nurul Nadia dan Saiful Razel! Kisah mereka tercipta dalam masa yang singkat cuma. Tapi Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Siapa sangka. Dalam tempoh 3 bulan saja, segalanya telah termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Magik sungguh aturan Allah itu. Selamat pengantin baru untuk Nadia dan Saiful!

Ok. Tugas saya selepas ini ialah mengingati nama ipar-duai yang baru-baru ni! :mrgreen:

Nota 1: Sehari sebelum Kaklong berkahwin, saya bertembung dengan Anak Muda Yang Gigih. Hanya melihat dia dari jauh. Nanti saya ceritakan kalau ada masa.

Nota 2: Hati terasa sangat melankoli malam ini. Kenapa ya?

10 Responses to “Walimah Lagi Dan Lagi Dan Lagi!”

  1. Diya says on :

    kiyahhh ternganga jap tengok gamba kak nadia. tak cam langsung! hahah. sebelum ni ada baca2 blog beliau, dan masa die cerita pasal bertunang secara berkias, diya da leh agak pun jodoh die da sampai hihi. cepat betul. moga bahagia hingga ke syurga 😉

    p/s-muka husband beliau nampak suci bersih murni, huuu sama padan!
    p/ss-kesian KS. kawan2 baik sume da kawen.
    p/sss-anak muda gigih? huahhhh die perasan KS tak? 😆

    Reply

  2. NurLulu says on :

    Salam
    Wahh saya tak tahu Nadia dah selamat…..dah jadi isteri orang….tahniah berjuta2 lemon…seronoknya tengok kawan2 kahwin…tumpang gembira 🙂

    Reply

  3. yonna says on :

    nak tahu cerita pemuda gigih tuuuuu!

    Reply

  4. ana says on :

    salam ziarah..selalu jadi silent reader sarah

    alahmdulillah dah selamat jadi isteri,ana selalu juga baca blog nadiah.semoga bahagia hingga ke syurga

    p/s:nak tahu pe cite pemuda gigih itu jugak :mrgreen:

    Reply

  5. n n says on :

    salam ks
    sy baru baca kisah pemuda gigih tu..
    bestnye !!! mcm novel ;p

    Reply

  6. alang says on :

    cam sweet je KS beremail dgn pemuda gigih…

    Reply

  7. Jiah says on :

    Nak tau pasal anak muda gigih tu! :mrgreen:

    Reply

  8. delhi packers and movers says on :

    Thank you, I’ve just been looking for information about this topic
    for a long time and yours is the greatest I’ve found out so far.
    However, what about the bottom line? Are you certain about the supply?

    Reply

  9. James Barbour profile says on :

    At present, customers can conveniently obtain songs on the internet
    for free of cost or by subscribing on the web to songs portals, like This method of
    being attentive songs helps you save in the obstacles of buying Disc.

    Existence will not be feasible to flow all around without
    sweet music colors of existence because there are nothing at
    all connected with and the planet has duplicated from its lifestyle.
    Usually the “down beats” are even louder, and you’ll obtain them inside
    the wav impression considering that they’re bigger.

    Reply

  10. poker says on :

    This post will assist the internet users for setting up new weblog or even a weblog from start to end.

    Reply

Leave a Reply