Berita Gembira
Assalamualaikum wbt
Baru saja rasanya saya duduk berehat-rehat di rumah. Tiba-tiba, cuti dah habis. Tak puasnya lagi. Esok dah mula kerja semula. Tak puasnya! Kononnya saya berniat mulia hendak pulun membaca sepanjang lima hari bercuti ni. Sudahnya, sampai ke hari ini pun, satu buku pun saya tak buka. Langsung tak bersentuh pun. Tak kisahlah. Namapun cuti. Memang patut saya berehat puas-puas. Lantaklah apa nak jadi nanti.
Alhamdulillah, semalam adik saya Adnan selamat bertunang dengan Farah. Insya Allah majlisnya bulan Disember nanti. Meriah sungguh majlis di Ampang semalam. Rombongan lapan buah kereta dari pihak lelaki. Huhu.Β Kedua-dua Tok sebelah Pahang dan Penang pun ada. Emak dan ayah pun nampak lega saja selepas selesai semuanya.
Dan sebelum itu, insya Allah Kaklong pula akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung Mei ini. Selama ini saya simpan saja semua cerita ini. Buat apa kecoh-kecoh, kan. Hehe. Tapi sekarang kad sudahpun mula diedar. Jadi saya pun berkongsi berita gembira ini dengan semua. Kalau ada masa, saya ceritakan apa lagi persiapan yang telah dibuat oleh keluarga saya. Untungnya emak dan ayah. Menyambut dua orang menantu sekaligus tahun ni. Dan saya pun untung juga. Dapat seorang abangΒ dan adik ipar sekali harung tahun ni. Hehe.
Dan di majlis hari semalam, saya akhirnya bertemu muka dengan sahabat baik saya Acai (Faisal Rahim) yang saya kenal sejak tiga tahun lepas. Dialah Official Photographer (OP) untuk majlis tu. Mula-mula tu malu juga saya bila jumpa dengan dia ni. Tapi rupa-rupanya, Acai ni lagilah pemalu! Tak sabar nak tengok hasil gambar semalam.
Di sebelah petangnya pula, saya akhirnya telah berjumpa dengan sahabat saya Nadia (Nadia Yuna) yang selama ni hanya berhubung melalui internet dan telefon saja. Kami sudah berkawan baik sejak tiga tahun lepas tapi baru semalam berkesempatan untuk berjumpa.
Dan sekarang, saya kembali terperuk di dalam bilik saya sambil kusut memikirkan: Bila saya akan cuti lagi???????????
Nota 1: Menunggu VERSUS tiba di tangan. π
Nota 2: Terasa dah gemuk semula. Aduhai.
salam..back to work.. π
kan best cuti2 dpt jumpa kawan.
Reply
salam,
bukan ada dlm hadith yg mengatakan agar dirahsiakan berita pertunangan? hikmahnya ialah ia bukan suatu hubungan rasmi. anyway, nice update.
salam.
Reply
Lama tidak datang blog ini … tahniah atas kejayaan Sarah .. π dulu saya ada ikut a bit kisah Sarah di blog lama dahulu π .. selamat berbakti π
Reply
Sarah..wah..Nanti lagi meriah la family Sarah ek. Dah makin besar.. π Tahniah utk semua..hehe.. Dalam sibukΒ² bercuti sempat lg ye Sarah jumpe Nadia. Patutla Nadia menyepi kat blog dia, rupaΒ²nya gi jumpe dgn doktor kesayangan.. . Erm..bila pulak kita nak jumpe ek. Rase dah semakin jauh pulak dengan Sarah.. π
Take care ye!!
Reply
salam…tahniah buat sarah sekeluarga..semoga majlis nanti berjalan lancar.. π
Reply
Ehem, akhirnya dapat juga jumpa cik puan doktor sarah yang comel, cute dan ramah ni π err sbnrnya memang seganlah sarah sebab korang semua hebat2 belaka, hehe..tahniah untuk nan dan farah..semoga ikatan yang terbina berkekalan hingga akhir hayat,amin..
Nanti sy upload gambar byk2 kat fb ye..ada byk gak gambar awk sarah,hehe
Reply
Thaniah utk keluarga sarah…
jadinya teaser pertunangan Farah & Adnan dlm
FB incik photographer Acai tuh
Bakal adik ipar sarah rupanya..
Selamat kembali bekerja
dan harapnya kembali ceria π
Reply
best2 dapat adik ipar =)
takpe ks..nanti dpat merasa cuti lagi
Reply
seronoknya, pertambahan ahli keluarga adalah masa paling best di Malaysia! ^_^
tahniah utk abang adnan n kak farah π
KS, kak nadia private blog eh? ada email dia tak? nak mintak permission masuk. hehe.. thanks!
Reply
waaaa.. bestnye kawin.. gahaha, tak lama lagi bebudak moscow cuti summer? yeah!! dr. ader cuti ke? muahahahah!!!
Reply
salam sarah,
lama x dgr berita, semenjak ttidor dlm bilik tu…
takkanlah berita gembira utk semua…utk dr sarah bila lak?
tu keja byk sampai x sempat nak pikir kn?
sabar….jodoh ada di mana2 tp kdg2
kena usaha gak taw…
salam.
Reply