Sesat Dan Tenggelam

Assalamualaikum wbt

Saya rasa seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Semua yang saya lakukan seperti terkepung antara saya dan dinding ruang lingkup kehidupan saya. Tidak terkeluar sedikit pun daripada ruang itu.

Kalau pergi kerja, ulang-alik di jalan yang sama. Tidak perlu masuk bandar pun. Isi minyak kereta pun di stesyen minyak antara rumah saya dan hospital. Di hospital pula, ruang lingkup saya meliputi kerja-kerja di wad dan klinik. Kadang-kadang, kalau ada mood, saya turun makan di kafe. Kalau tiada mood, saya lebih sanggup balik makan di rumah saja selepas habis kerja di waktu petang. Kerja saya sama saja setiap hari. Dan saya rasa usaha saya untuk memantapkan semula ilmu neuroanatomy saya seperti melepas batuk di tangga saja. Kalau dulu, saya sentiasa cuba untuk memberikan impresi yang baik kepada pakar. Tapi kali ini, saya tahu, mesti pakar kecewa kalau ada soalan-soalan yang tidak berjaya dijawab oleh saya.

Alasan saya cuma satu. Saya rasa sesat dalam dunia sendiri. Serba tidak kena. Sekarang ini saya sangat tidak sabar menantikan hari Rabu tiba. Saya mengambil cuti yang agak panjang untuk menguruskan hal keluarga dan untuk mengecaj kembali semangat dan prestasi diri.

Harap-harap, cuti ini nanti membawa perubahan dalam diri saya. Saya mahu menjadi saya yang dulu.

Rabbi yassir wala tu’assir.

Nota 1: Saya terasa jauh dengan segalanya. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ni.

Nota 2: Saya tahu ada seorang rakan sekerja saya membaca blog saya. Saya harap awak simpan cerita-cerita di sini antara kita saja ye.

11 Responses to “Sesat Dan Tenggelam”

  1. jejaka says on :

    nie mesti kes kesunyian nie.. nak wat cam mane.. ni la lumrah dunia..dan zaman kerjaya.. lame2 akan biasa la cik sarah..

    Reply

  2. djambu says on :

    alamak! sarah pun sesat dan tenggelam!

    saya dah pasti karam…adoi!

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu pasal kena pakai pelampung awal2 :mrgreen:

    Reply

  3. muaz says on :

    semoga kak sarah dapat recharge diri. insyaAllah setiap sesuatu itu pasti ada jalan penyelesaiannya. 💡

    Reply

  4. Khairul says on :

    Peralihan alam, mungkin? Semoga Kak Sarah dapat melepasi fasa ni. Tak lama, InsyaAllah 🙂

    Reply

  5. silent reader says on :

    hye Sarah 🙂 masih igt saya… hihiih… apa khabar??
    alam pekerjaan mcm ni lah Sarah…. selalau buat kita sesat & tenggelam dalam… take care~~~ 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Semestinya saya masih ingat lagi. Apa khabar? Lamanya menghilang.

    Reply

    silent reader Reply:

    baik semuanya 🙂 bukan menghilang… ada…. sungguh2 jd silent reader je… ehekss

    Reply

  6. ieda says on :

    hi sarah…i’ve been tru what ur facing now..actually most of us cuma ada yg buat tak kisah.one of my friend pernah menangis masa berjalan balik dlm hujan lebat ke quarters fr hosp sb dia rasa sedih sgt with HO life yg mcm sarah cakap..doing the same thing everyday.she’s a good doctor anyway.
    look at the bright side..at least sarah boleh balik rumah.
    what u can do? take a leave mcm sarah nak buat ni.bagus utk recharge energy.another thing,find a group of colleque yg sekepala..always hang together.ada rasa sedih/marah just luahkan.then find times to enjoy with friends..makan kt luar,tgk wayang,lepak whatever.it helps.
    dulu i buat HO kt HTAR Klang..hosp yg teramat busy.pernah on call 3 hari berturut2..sgt tiring tp with good friends around alhamdulillah it was fun..
    good luck.enjoy ur holiday.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Ieda, thanks so much. Tenang sikit baca apa akak tulis. I’ve my own way to release the stress. Tido! Huhuhu. Tak sabar sangat tunggu Rabu ni. Dah lama tak cuti. Nanti nak tido puas! :mrgreen:

    Reply

  7. azizah says on :

    Insya Allah, semasa bercuti nanti Sarah dapat jumpa semangat dan idea untuk jadi Sarah yang awak mahukan…
    Hidup ini penuh dengan cabaran yang berbagai, kan?

    Reply

Leave a Reply