Saya Juga Boleh Bengkeng
Assalamualaikum wbt
Ada beberapa perkara yang cukup senang boleh membuatkan saya rasa bengkeng. Bahasa Inggerisnya kita sebut irritated. Hal ini akan terjadi bilamana:
1) Saya tahu bahawa saya perlu membuat sesuatu itu tapi ada pula yang sibuk-sibuk hendak mengingatkan sampai berkali-kali. Pantang betul saya. Contoh yang paling kerap berlaku sekarang ini ialah ketika di hospital. Saya tidak pernah lupa apa yang perlu saya selesaikan. Itu memang prinsip kerja saya. Saya sanggup balik lambat untuk memastikan kerja saya selesai dengan sempurna. Tapi ini tidak. Saya sedang berada dalam CME pun, berkali-kali telefon untuk mengingatkan hal yang sama. Saya sudah beritahu bahawa saya tahu dan akan kembali ke wad selepas semuanya selesai. Tapi selang lima minit, mereka telefon lagi. Menyampah ok. Menyampah sangat.
2) Saya terpaksa menyudahkan kerja orang lain. Yang ini dari dulu pun memang saya cukup tidak suka. Sebab bila saya ada kerja, saya tidak akan membiarkan ia terbengkalai dan membiarkan orang lain pula terpaksa menyudahkannya. Tapi, mengenali beberapa orang rakan sekerja di hospital, serius mereka lebih sudu dari kuah. Lembut tulang dari lidah. Bila bercakap punyalah nampak macam rajin. Tapi sudah-sudahnya, kerja dilambakkan kepada orang lain.
Contohnya, pagi tadi saya menjaga dua acute cubicles sendirian. Ada sepuluh pesakit kesemuanya. Kemudian saya tidak berada di hospital kerana terlibat dengan program Mobile Clinic. Kalau ikutkan sampai ke petang. Tapi tengahari tadi saya sudah kembali ke hospital semula kerana program bersambung pada hari lain. Dan ada banyak sangat lambakan kerja terbengkalai yang terpaksa saya sudahkan. Bengang gila saya. Memang berubah sungguh air muka saya sepanjang menyudahkan segala kerja itu. Staff nurse yang mengarah itu ini pun satu. Saya memang tengah menyiapkan kerja tu pun sibuk-sibuk nak ingatkan lagi dan lagi dan lagi (rujuk perkara 1). Bertambah bengkeng saya dibuatnya.
3) Saya diberitahu tentang apa yang saya tahu dan diminta mengubah pendirian. Saya tidak suka. Saya ada prinsip saya. Buat apa saya ubah prinsip saya untuk menyedapkan hati orang lain. Tak kuasa saya. Siapa yang meminta tu, pandai-pandailah sedar diri yang setiap orang di dunia ni ada pendapat dan pendirian yang tersendiri. Kau suka pakai skirt, dan aku tak suka tengok orang pakai skirt. Boleh kau suruh aku ubah prinsip aku tu? Minta maaflah, cik. Fikir logik pun sudah tahu siapa berada pada prinsip yang lebih waras. Saya tak gemar orang tak waras ideanya menyibuk-nyibuk dengan prinsip saya.
4) Ditipu untuk manfaat diri mereka. Ya. Semua orang pun tak suka ditipu. Tapi ini kes yang macam ni. Dia kata dia single. Available. Sekali, tengok-tengok dia sudahpun bertunang atau yang seangkatan dengannya. Sedangkan dengan kita dia sudah berjanji yang seumpanya juga. Daripada hubungan kawan yang biasa-biasa, boleh jadi benci pula selepas itu, kan. Jadi jangan berani cuba buat begini depan saya. Kalau ada orang yang begini muncul depan mata kita, sebelum kita kena tolak (reject) di kemudian hari, baik kita yang menolak (reject) dia dulu. Hahaha. Biar padan muka orang yang begini. Ingat saham dia tinggi sangatkah? Fuh. Puas hati saya dapat menyuarakan hal ini.
5) Orang yang tidak mengenali saya membuat penilaian tentang saya. You better shut up, mate.
Ya. Hakikatnya saya sangat irritated pada hari semalam dan hari ini. Saya tahu ada di antara mereka yang menjadi punca saya begini ada membaca di sini. Kali ini saya cuma hendak mengatakan ini: Ada saya kisah???
Nota 1: Orang buat pada saya, saya balas semulalah. Balas guna entri macam ni pun cukuplah. Saya puas. Walaupun balasan secara fizikal adalah seperti mustahil untuk saya kenakan kembali kepada mereka. Allah tu ada. Nanti biar Dia yang balaskan.
Nota 2: Nak kata apapun katalah. Saya tak kisah. Saya menyatakan prinsip dan pendirian saya. Anyway, ini dunia saya. Siapa kecoh nak bangkang semula perkara 1 hingga 5 tu, buat di dunia masing-masinglah. Saya tak harap ada yang menipiskan lagi threshold level saya dengan perkara-perkara yang cukup irritating ni.
Nota 3: Saya manusia biasa. Saya pun berhak bersuara dan marah.
Salam..
ermm.. mungkin ini pertama kali saya komen. Selama ini saya tumpang baca saja dunia Sarah. Sama macam saya pantang orang ingat kan saya berkali-kali.
Kita tahu apa yang harus kita buat kerana kita tahu macam mana perangai kita. Prinsip sarah juga menarik. Sarah mempunyai buah fikiran yang baik, Sealiran dengan prinsip. Perlu dikekalkan. Apa-apa pun “lakukanlah apa saja yang kita rasa ianya dapat mengembirakan kita tanpa mengenepikan agama dan menyakiti mahluk tuhan yang lain”
Wassalam.
Reply
kan. sungguh annoying bila diingatkan benda sama banyak2 kali. yang bab kena tanya soalan sama oleh orang sama pun macam urrghh jugak. surrender betul, jadi nak marah. aiyai =__=”
lama tak kacau KS. sihat2 ye! π
Reply
bingkambing laaa KS.. ngahahaha .. kalo tak marah maksudnye takde prinsip hidup, takde emosi, so its ok to get marah2.. but depends on how you let it go.. ewah!
Reply
Sabarlah……
Reply
salam..
i like this sarah..
nmpak bgitu tegas dan mmpunyai prinsip yg cukup kukuh..
menda2 mcm ni lah yg slalunye ramai org jeles..
sseorg yg ade tujuan hidup yg jelas dan jg pegangan@prinsip yg kuat..
sori if this comment make you uncomfortable but it just my opinion..
i really sure about that things..
you are the best actually!!
like it..go sarah..buktikan pd mereka2 yg “annoying” kat luar sane yg you are “super women”..
see u again!!treskan mnulis..kami setia mmbaca n menjenguk blog “HEBAT” ini..
Reply
ya doc!! anda manusia biasa..setuju!! setuju!!! mesti idup dengan prisnip!! π
Reply
hoho..paling tak suka juga orang menipu untuk kepentingan peribadi…
papepun sabar ye ks.. you look so nice when u smile..so jgn kerut2 muka tau..
btw, terasa panas bila bca entri ni
biar ks puas, sha pun senang hati..
jangan patahkan prinsip untuk menyedapkan hati manusia…
Reply
salam dik..sabaarr..
1.keja ni mmg banyak sgt cabarannya..tu belum kena nurse yg ‘lebih pandai’ dr doktor @ even worse patient or the relatives yg belagak bijak walaupun sebenarnya they know nothing..
2.jgn baik sgt nak tlg buat kerja org lain nanti org ambik kesempatan..kalau dah tu keja dia tinggalkan jer..bgtau specialist..
nurse?biarlah dia bebel.they r not our boss..(that’s what I did before)
3.yg no 4 tu..hihihi..dah terkena ke?but u r right..dump him before he dump u..
continue good job.
Reply
be ur self dik sarah.
lepaskan dari semua terpekung.
eh tis is our life lah.
pedulik orang..
sik kita jek mau jaga hati orang.
Reply
Bengkeng ini apa? Bengkeng macam kuih Bengkang?
Reply
Waaaa, bengkeng banget ni…:) tererlah sarah bahasa jawe,hehe..sarah, untuk makluman awak sy dah kahwin ye, hahaha..*takde kaitan..moga dengan luahan camni dapat kurangkan stress awak tu..mesti lega kan dah tulis camni π chaiyok2 sahabat !!
Reply
haha..beikeng weh, tokleh sseleyh bab2 tu?
(bekengnya,pantang bab2 tu ?).
Apa kabar,sehat Sarah musim2 org demam ni?
Reply
Saya sokong kamu
Reply
Salam sarah,
Selamat datang ke dunia realiti kerja, penuh politik dan tipu daya…..
Selamat bekerja dan UTAMAKAN KESELAMATAN
Reply
Dik Sarah,
Kau insan yang baik.. tapi tak bermakna insan yang baik tak boleh marah. Allah dah berikan kita emosi, akal dan sebagainya.. Gunakanlah ia sebaiknya. Luahkan saja apa pun.. itu hak kita. Tapi biarlah Allah saja menghukum manusia lain, kita tak baik mendoakan sesuatu yg tidak baik untuk memuaskan nafsu amarah kita. Doakan jerlah orang yang kita marah itu akan sedar kesilapan dia, berbaik dgn kita, dan tahu respek kita sebagai manusia dan pada kadar yang sepatutnya.. hehe.
Akak suka ada gadis macam Sarah. Harapnya esokΒ² anak-anak akak besar, semua boleh jadi macam Sarah… aminnn hehe.
Reply
wahahaha..
no. 3 tu sokong sgt tuh.
kenapa no. 4 tuh…
π
Reply