Tulang Belulang
Assalamualaikum wbt
Pertamanya, terima kasih yang tak terhingga atas ucapan hari lahir seminggu yang lalu. Tak kiralah. Baik di blog, Facebook, panggilan telefon dan juga SMS. Maaf sangat. Saya tak berkesempatan hendak membalas kesemuanya.
Yang saya sedar, hampir semua orang mendoakan pasal jodoh supaya cepat sempurna tahun ni. Haiyooooh… Saya ni belum nak kahwin lagilah. Tak terfikir pun lagi nak kahwin. Dan tak kemaruk langsung nak berkahwin ke apa. Ok. tak boleh cakap lama-lama pasal kahwin ni. Jadi Hot.fm nanti. Berapi dan membara. Kalau sampai masa nanti, kahwinlah saya. Kalau tak kahwin-kahwin juga, jadi specialist andartulah saya. Tapi… Memang majoriti pakar perempuan masih belum berkahwin. Kasihan saya tengok. Nanti kalau saya sudah bergelar pakar dan masih juga belum berkahwin, janganlah kasihankan saya pula. Memang dah nasib kot. Tapi kalau saya sudah berkahwin, maknanya saya tak jadi pakar perubatanlah. Sebaliknya jadi pakar rumahtangga saja. Hahaha.
Apapun, terima kasih sekali lagi atas kesemua ucapan daripada kamu semua. Setiap ucapan saya balasi dengan doa kesejahteraan untuk kalian juga.
Tapi sebenarnya, ulangtahun kali ni tidak berapa menggembirakan. Tagging sehingga 12 malam berderet selama seminggu. Macam-macam jugalah yang terjadi di saat sibuk-sibuk ni. Malas betul hendak difikirkan. Ada perkara pula yang bila difikirkan, seakan logik untuk ditangisi. Tapi sikitpun saya tidak sedekahkan air mata. Buat apa. Sumpah macam budak-budak kalau hal-hal remeh pun hendak menangis. Hidup memanglah penuh ujian. Setiap yang terjadi itu mesti ada hikmahnya. Apapun, memori yang ini telah saya buang secara kekal dari ingatan. Secara kekal. Kalau ditanya semula satu hari nanti, jawapan saya: Aik aik. Pernah jadi ke semua ni?
Yang menjadi kenangan ialah, pada 21 Januari lepas, kesemua HO, beberapa MO dan specialist jabatan saya (Orthopedic) meraikan hari lahir saya di pantri wad. Makan kek bersama-sama sambil beramah mesra. Alhamdulillah. Rakan-rakan untuk posting ini baik-baik kesemuanya.
Dan yang paling menyeronokkan, posting kali ini sangat lapang dan tidak sesibuk seperti sebelum ini. Pukul 5 petang, saya sudah boleh balik. Sentiasa ada masa untuk turun makan baik sarapan mahupun makan tengahari. Huhu. Boleh gemuk jadinya! Yang menyeramkan ialah Morning Pass Over. Oh. Warna merah. Amaran zon bahaya. Sesi inilah yang membolehkan sesiapa saja dihentam secara bertubi-tubi oleh pakar. Bersiap-sedialah untuk menjawab soalan yang bukan-bukan daripada mereka.
Cumanya, setelah seminggu bertugas di jabatan ini, saya sudah tidak bertemu dengan kes-kes kematian. Saya seakan rindu pula hendar resusc patient. Huhuhu. Kemaruk ke apa budak Sarah ni. Yang saya jumpa setiap hari ialah kaki bernanah, luka berulat, tulang patah dan segala sesuatu yang berkaitan dengan tulang. Tapi kan, selepas selesai membuat disloughing (membuang tisu mati pada bahagian luka terbuka) atau I&D (Incision and Drainage), saya dengan santainya masih lalu untuk makan di kafeteria! Sedangkan sebelum itu saya baru saja melihat dan bermain-main dengan nanah yang membuak-buak keluar, tisu luka mulai mengering ataupun daging atau kulit yang sudah busuk berbau seakan-akan daging salai basi. Fuh… Mesti ada yang loya tekak mebaca perenggan ini, kan. Hik hik hik.
Akhirnya, selamat hari lahir buat Shazwani Adnan, ex-housemate yang sangat disayangi dan dirindui. Jaga diri baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu di sana. Semoga tamat belajar dengan cemerlang dan semoga Allah perkenankan doa kamu yang satu itu. KS sayang kamu!
Nota 1: Dunia ni nampak gayanya semakin penuh dengan orang yang suka berselindung dan menipu.
Nota 2: Untuk kawan-kawan dan pelajar-pelajar perubatan yang ada mengirim mesej bertanyakan tentang etika bekerja sebagai seorang doktor Muslim dan skop yang sangat penting bagi seorang pelajar perubatan kuasai untuk menghadapi dunia pekerjaan, insya Allah saya akan kupas satu hari nanti. Draf sudah ada. Tak ada masa nak edit je lagi. Tunggu dululah ye.
Nota 3: Setiap kali melihat X-Ray, saya selalu teringat bahawa tulang itu adalah benda asas yang paling awal diciptakan Allah untuk tubuh kita. Adakah kita mensyukurinya? Dapatkah kita merasakan kebesaran Allah dengan hanya melihat tubuh kita? Tanyalah diri masing-masing ye. Saya sendiri pun sedang belajar memuhasabah diri kembali.
rindu ks!
Reply
salam
KS!!! Terima kasih!! KS telah berjaya buat Wani menitiskan air mata di saat Wani seorang diri di bilik, macam Wani buat kat KS tahun lepas. Hehe.. Apa pun, harap Allah perkenankan doa Wani yang satu itu, dan doa KS yang satu itu juga ^^ Wani sayang KS juga..
Reply
salam.
hepi belated besday KS. 🙂
sebulan saya lebih terlibat secara langsung dengan orthopedic buat rasa mcm best je tulang2 dan joint ni, dapat rase masuk MRI, macam masuk keranda jenazah je.
dulu mase pendedahan kerjaya, paling memboringkan ortho la. 🙂
nak tanye, kepakaran akak dalam bercakap dan berdebat ade dipraktikan tak bile dah jadi doktor ni? 🙂
Reply
janganlah rindukan kes kematian Sarah. takut nye. 😐
happy birthday Sarah.
Reply
bukan setakat boleh jumpa orang yang suka berselindung dan menipu, lagi banyak kita bergaul segala jenis ular, lipan & kala jengking akan dijumpai berkeliaran di sekeliling kita.
Reply
cakap pasal tulang, skarang ni mcm slalu sakit kt belakang. mcm kat tulang blakang ni la. 😐
Reply
Happy belated birthday!
Awak memang serious nak cari soulmate eh? Nak saya tolong? hikhik.
Reply
xkisah la angah jd pakar apa..
y pasti, dua2 ALLAH syg..
pakar perubatan..byk pahala kpd org ramai n disayangi DIA
pakar umah tangga..disayangi sidia n DIA..
amin..
Reply
alang Reply:
January 26th, 2010 at 8:38 pm
moga impian tercapai..amin
Reply
hi sarah…happy belated bday..
u like ortho?i always hate it esp bila kena examine lower limbs..so heavy..mmg sesuai utk male docs.
ingat lg masa kt hosp dulu selalu passing case..between surgery & ortho.. 😆
tp bila dah jd gp kena hadap semuanya lorrr..
ada kawan yg sgt mengambil berat…ada kawan yang sekadar mengambil kesempatan..be careful..in medical practice,make a habit to write down everything in pt’s case note as a protection to us.
Reply
assalamualaikum, Kak Sarah.
happy belated birthday huhu. lambat adeh.
oh. sbnr nye nk ckp .. sy mcm TERbuat muka pulak ms akak cite part nanah2 tu. huhu. ampun2. tindakan reflex. *banging head* cane nk keje nih? huhu.
okeh tu je. hehe.
have a nice day akak comel .. 😉
Reply
Salam..
Ait! Sarah..igt ker tak lg kat Natt..kekeke..
*Happy Belated Besday..muge dipermudah segala urusan dunia akhirat..AMIN..
Natt link kan blog Sarah di blog tau..
Take care cik doktor! 🙂
Reply
Salam……
Terguling2 sy baca entry Sarah. Awak doctor wanita yang hebat….paling best bila awak perincikan tentang nanah segala….(*sy bayangkan bagaimana).
Apa2 pun….buat yg terbaik untuk diri. Sudah menjadi janji awak betapa apa yang awak lakukan adalah untuk agama, bangsa dan negara, maka senyumlah setiap kali awak rasa jauh dari apa yang awak mahu….
Aja2 fighting Sarah!!!
Reply
I every time spent my half an hour to read this website’s articles every day along with a cup of
coffee.
Reply