Raya Haji
Assalamualaikum wbt
Akhirnya dapat juga kami sekeluarga balik beraya bersama di Penang. Muka Tok Yam memang gembira tak terkata. Semua cucunya berkumpul di rumahnya pada hari itu kecuali keluarga Makcik Liza sekeluarga. Saya pun tak sangka. Meriah sungguh rupanya sambutan raya haji di Penang ya.
Tok saya membuat korban. Begitu juga dengan Tok Lang saya. Jika di sebelah siangnya rumah Tok saya diserbu saudara mara kerana Laksa Penang yang disediakannya, di sebelah malamnya, rumah Tok Lang pula yang menjadi tumpuan. Mereka menyediakan bihun sup dan daging panggang. Meriah sungguh suasana di perkarangan rumah Tok Lang di sebelah malam itu.
Seperti yang ramai sudah tahu, saya ni alah kepada daging merah. Jadi, kali ini saya membawa balik ubat. Saya memang menghentam habis-habisan segala jenis lauk daging-daging ni. Bermula dengan rendang daging di malam raya, sup daging pada hari raya itu, daging bakar dan basamah daging di sebelah malamnya dan apabila sampai semula ke rumah saya pada hari raya kedua itu, saya terus makan nasi berlaukkan basamah daging yang Tok saya bekalkan.
Setiap kali selepas makan ubat, saya pun tidur. Makan kemudian tidur. Apa maknanya? Huhu. Membesarkan badanlah, kan. Tapi, emak-emak saudara saya semuanya kata saya makin mengecil. Adoi. Sebenarnya saya dah mengembang semula dah ni. Dah tak sekecil mana. T____T
Tapi cuti kali ini tak rasa secuti mana pun. Hari pertama saya memandu balik kampung. Sampai di tol Juru, kesesakan jalan raya sangatlah teruk. Dalam perjalanan balik pula, jalan sangat sesak di Rawang sehingga ke Sungai Buloh. Dengan hujan lebatnya. Memang menguji kesabaran. Dan pada hari semalam, saya dan Kaklong bermarathon kenduri kahwin. Dari satu kenduri ke satu kenduri kami pergi. Huhu.
Baiklah. Saya macam tiada cerita sangat yang hendak dikongsikan. Cuma sekarang ni, saya rasa rindu pada adik-adik saya si Adam, Azizi dan Aiman. Mereka bertiga tinggal di rumah Tok Yam di Penang. Khamis ini baru mereka bertiga akan pulang ke sini. Sunyi rumah ini tiada suara budak-budak itu.
Nah tengok gambar sikit-sikit. Oh ya. Rumah Tok saya terletak di Kepala Batas. Betul-betul di kelilingi bendang yang menghijau dan ban kecil yang mengairi kawasan sawah di sekelilingnya.
Suasana selepas Solat Raya. Ramai yang menyerbu rumah Tok.
Suasana di sebelah malamnya. Berkumpul ramai-ramai makan bihun sup dan daging panggang di perkarangan rumah Tok Lang.
Ini tukang-tukang bakar dan kipasnya. Huhu
Oh. Inilah yours truly yang sibuk nak meredah bendang sebelum balik ke Pahang semula. Jakun betul minah ni.
Nota: Esok on call. Dan sekarang dah mula bersin-bersin, batuk-batuk. Manyak menci ooo.
👿 ➡
Reply
Sarah Reply:
November 30th, 2009 at 10:26 pm
Aik. Ni apasal pulak ni? 🙄
Reply
Salam aidiladha KS..
Eh, yang duduk bentuk W tu adik bongsu KS ke?
Kalau kita pon, akan jakun sebab tempat sendiri mana ada bendang camtu.hehe
Reply
Sarah Reply:
November 30th, 2009 at 10:16 pm
Salam Aidil Adha, Wana 🙂
Yang tu bukan adik bongsu. Tu kedua last tapi dia la yang paling kecik sekali dari segi saiz. Hehe. Kenapa?
Reply
hihi..masih maintain comel..
Reply
KS…ade jugak orang alah daging merah eh…first time dengar…
Reply
salam sarah!
wah22..sgt2 rinduuu utk beraya haji di kampung halaman dan makan daging byk2:):)
goodluck n all the best sarah.
*bekerja untuk memberi*enjoy whatever it is! 😛 😆 ❗
Reply
best nya raya kat penang! 🙂
Reply
salam, KS..
saya berkenan betullah dengan bendang tu! dah la menghijau. aaa! *lawa* 😀
Reply
😀 hehe, seronok nampak Sarah beraye di kg. kg sy pun bersawah mcm tu, tapi di parit buntar, perak. 20 hrbln ni insyaallah sy akn ke temerloh. ade kwn bertunang. kalo ade rezeki boleh la jupe.. hehe, tke care Sarah 😉
Reply
ssarah… i suke kat u…
huhuhuh
Reply
Selamat Hari Raya Eiduladha dan selamat bertugas… Doktor
Reply
wah wah wah
best er raya kat msia!!
naseb baek moscow kali ni bwat qurban..
25 ekor biri2!! hehe
Reply
wahhh.. sakan raya kat bendang~ best2
kullu ‘am wa antum bikhier…
Reply
kalo bendang kuning, mesti lagi cantik 🙂
Reply
As-salam Sarah..
12 Disember nanti jemputlah datang sekeluarga ke rumah kat Jitra..kami ada buat kenduri Aqiqah untuk Anaqi dan kesyukuran untuk Chor..
jangan lupa yea..
Reply
Privyet KS
oh, dah balik Mesia?
Salam Sarah,
selamat hari raya aidil adha…
I just wanted to mention, regarding our past chat about the chemicals in facial cosmetics, perfumes and petroleum-derived clothing, there was an medical science article in the local newspaper saying that some of these chemicals have been found in umbilical cord blood, indicating chemical transmission (probably via respiration but also plausibly sub-cutaneous) during pregnancy.
So I agree with you that at least during pregnancy, these cosmetics should be reduced or eliminated, as they are certainly not beneficial to a growing infant in the womb, even though the article did not report specific hazards associated with the chemicals. Anyway, hope all’s well.
Reply
wah…meriahnya raya…dah lama x raya meriah macam tu. huhu
gambaq bendag tu ceria betol. sbb kenyang makan kot…?
Reply
akak…naik seri tul la akak kat bendang tu…so cute…
Reply
salam ks…wah balik penang,nak balik penang jugak…~~
slmt hari raya ks…
rindu nak dgr ks bercerita…
Reply
haha..teringat entri cik fesal yg amik gambar o/door wedding di bendang..
Reply