Comel

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya, seronok bekerja di klinik. Saya menikmati masa bekerja seperti orang pejabat. Boleh bertolak lambat dari rumah. Sempat bersarapan bersama kakak dan ayah. Di sebelah petangnya boleh pulang awal ke rumah. Cuma waktu sesi bertemu pesakit, memang kepenatanlah. Dalam sehari, hampir 70 orang pesakit yang datang untuk temujanji.

Balik saja dari kerja petang semalam, saya keluar makan bersama keluarga. Memang makan besarlah. Ayah yang memilih tempat makan. Malam tadi, kami menyuruh Lan yang membaca doa makan. Elok saja dia selesai membaca doa makan, habis semua orang mengucapkan syukur sambil tergelak-gelak. Huishhh. Kalau nak tahu, inilah adik yang paling keras kepala. Jadi, bila dia boleh mengetuai baca doa untuk kami semua, semua pun berkata: Sejuk perut emak mengandung. Hahahaha. Selesai makan, habis semua orang tersandar kekenyangan. Tapi emak dan Nan tiadalah bersama untuk kali ini. Kami hantar MMS sajalah kepada mereka.

Selesai makan, saya bersama Kaklong, Adi dan Adam pergi ke Lurah Semantan. Mulanya sekadar berhajat hendak mengisi minyak kereta. Tapi ternampak ada Bazar Raya pula. Kami pun singgah. Dan tak semena-mena saya telah membeli beberapa bekas kuih raya. Hahaha. Nampak sangat saya kemaruk tak beraya dulu.

Baru sekejap tadi, emak baru sampai dari Kuala Lumpur. Kursusnya sudah tamat. Nan yang membawa emak pulang. Nan sudah mula bercuti. Dan, mulai petang ini, saya juga mula bercuti raya sehingga Ahad ini! Kami sekeluarga akan pulang ke Pulang Pinang untuk Raya Haji kali ini. Tak sabarnya hendak balik kampung. Dan saya sangat gembira sebab saya akhirnya dapat bercuti dengan senang hati selama empat hari.

Oh ya. Alhamdulillah. Gaji saya sudah masuk. Bolehlah buat saya tersenyum dan terharu. Kalau dulu setiap tiga bulan saya menerima duit biasiswa JPA. Kali ini, bila saya melihat nilai yang tertera pada buku bank saya yang dikemaskinikan, saya betul-betul terharu. Saya perlu bekerja susah-payah selama tiga bulan ini, dan apabila melihat jumlah yang ada, siapalah yang tak terharu, kan.

Ok. Malam ini hendak berbual-bual dengan puas bersama emak dan Kaklong. Esok pagi kami sekeluarga akan bertolak balik. Kalau ada sesiapa yang terserempak dengan saya di mana-mana, tegur-tegulah ya. Nanti kita bersiaran dari Penang pula dengan entri bergambar berlatarkan bendang dan kampung nan permai.

Aik. Kenapa tajuk entri ni comel? Sebab Dr. A kata, muka saya ni macam orang yang blur sikit tapi comel. Ngeheee~ Ok ok. Tak menarik pun. Tak menarik pun. Mari pergi makan kuih raya ramai-ramai.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. 🙂

Nota: Baru je dapat gaji, spect pula patah. Melebur duit. Power pun makin naik. Huhu. :cool:

40 Responses to “Comel”

  1. nurul faaiqah says on :

    comel! 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Apa yang comelnya tu Faiq. :mrgreen:

    Reply

  2. diyana says on :

    comel! :mrgreen: Penang kg katne?
    hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Kat Kepala Bataih! 😀

    Reply

  3. sarah says on :

    ‘A’ for? ngeee~
    salam aidiladha sarah. akhirnya dapat beraya juga bersama keluarga terchenta

    Reply

    Sarah Reply:

    Sarah!!!!

    Selamat hari raya untuk awak jugak! 😉

    Reply

  4. azizah says on :

    hmmm..comel!

    Reply

    Sarah Reply:

    Ngeeheee~ :mrgreen:

    Reply

  5. JHaZKiTaro says on :

    salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang la singgah blog hamba.. 🙂

    Reply

  6. kak Tikah says on :

    selamat pulang ke kampung dan selamat bercuti..! Bila nak rasa dr belanja ni.. hehe.. Sarah, kalau datang ke kenduri kakak Faezah, singgah rumah Kak Tikah yer 😉 Kirim salam kat keluarga semua terutama orang pulau 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Bila la dapat jumpa Kak Tikah lagi ye 🙄

    Reply

  7. kerch says on :

    hi there,

    drive safetly…selamat hari raya korban..

    Reply

    Sarah Reply:

    Drive memang dah elok dah hari tu tapi jalan la pulak yang jam teruk. Oh. Selamat hari raya haji untuk awak jugak 😉

    Reply

  8. arina says on :

    assalamualaikum Kak Sarah comel ..

    kali ni sy kembali memunculkan diri semate2 nk ckp, sy rindu kat Kak Sarah. waa. rindu betul nih. :mrgreen:

    selamat hari raye haji ye. best tu dpt raye same family.

    Reply

    Sarah Reply:

    Waaaaaaah!!!

    Adik kecik ni rindu kat KS eh? Rindu jugak kat semua komuniti Plurk. Kirim salam untuk semua. Selmat hari raya jugak untuk semua 😉

    Reply

  9. Alif Anwar says on :

    Salam,

    Selamat hari raya KS! Have a good holiday with your loved ones 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Selamat hari raya untuk adik KS yang sorang ni 😉

    Reply

  10. uMai says on :

    KS comel !!! 😉

    Selamat Hari Raya Aidil Adha….! :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Selamat hari raya haji Umai 😉

    Reply

  11. muaz says on :

    Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Sarah. oh, Doktor Sarah. 😉
    Semoga sentiasa tabah dan rajin bekerja. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. selamat hari raya jugak untuk kamu.

    Rajin memang rajin. Tapi setiap pagi kena la perbaharui semangat untuk kasi up sikit semangat ni :mrgreen:

    Reply

  12. sybdkmls says on :

    kak sarah kamu memang cute
    😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Aik aik aik. Mahu duit raya ke ni? :mrgreen:

    Reply

    sybdkmls Reply:

    saye x nak duit raye
    cume mahu makan nasi minyak je 😉

    Reply

  13. Khairul says on :

    Dah 3 bulan. Cepatnya rasa 😡

    Reply

    Sarah Reply:

    Kan kan kan? Cepat sangat2… 🙄

    Reply

  14. nazurah says on :

    ks..i saw u on wed at hoshas’ cafe… =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Laa… Apasal tak tegur saya? Hihi. By the way, Dr. A was there with me at that time. We walked in a group, right? Nak pergi dengar drug talk waktu tu. Hehe.

    Reply

    nazurah Reply:

    segan la…
    anyway..sy nk blk kuantn dh esok..
    xpelah..next posting dtg temerloh lg… 😉

    Reply

  15. hani says on :

    salam aleik..

    haii kak sarah..hajimemashite(nice to meet u)..

    sronok sgt bc blog akak ni..trigger my spirit to study very well in this medical field..btw,sy belajar di Cairo U tahun 4..i.allah,2 years left..huhu..akak doakan kt n kwn2 kat sini ye..
    oh ye,actually,kami kt sini sume student malay n egyptian(arabic)..so tak de exposure dgn student chinese,india and so on..i mean non-muslim..kt pun risau jugak ni..risau takut2 tak bleh nak adapt ngn diorng or with the others bl dh keje kat mesia nnti..so,kalo akak ad free time,could u please citekan tntg pnglmn akak deal ngn patient non-muslim and ur colleagues yg lain..besides,need ur help to explain for me more about procedure and prkara2 yg prlu sy n kwn2 (especially those yg belajar kt oversea ni) buat during attachmnt..i mean cara utk ‘ambil peluang’ during attachment in hospital in Mesia(sbb sy prnah buat attchmnt ms 2nd year,and seriously,i didnt know what to do during that course..hehe)..so,mitak tnjuk ajar akak..

    keep on writing dear sis!
    waiting for ur next entry..
    Ganbatte kudasai ne~

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hani.

    Insya Allah nanti KS ceritakan dengan lebih detail. KS pun memang dah ada draft kan entry pasal hal ni. Tunggu k. Maybe weekend ni ke. KS agak free (INSYA ALLAH) weekend ni. 😉

    Reply

    hani Reply:

    orait..i’m waiting for ur entry akak!
    selamat hari raya Aidiladha!!
    ganbatte~

    Reply

  16. samanosuke_04 says on :

    salam kenal, bestnye dapat gaji sendiri.. hihi, tapi mesti rindukan kat biasiswa?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam kenal. Oh. Kamu buak Moscow ye. Kto kto kto? Teruja sungguh KS nak tau ni. Huhu.

    Macam mana la agaknya zimoi tahun ni ye? Rindunya kat Moscow… 🙄

    p/s: Tak rindu sangat kat biasiswa tapi sangat2 rindu pada life zaman student dulu2. Sumpah sangat2 rindu… 😥

    Reply

    samanosuke_04 Reply:

    penah jumpa KS library waktu nak buat library punye spravka.. hoho, time tue akak cerita pasal orang Russia pegi angkasa lepas pakai pensel jer.. pastue cane tah cerita tue..

    Reply

  17. reyan mohmad says on :

    salam doc..

    amboi punyela special dr.A sampai ape yg dia cakap jd tajuk utama..hehehe 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak special langsung pun dia tu tau. Huhu. Cukup2. Jangan disebut2 lagi namanya. Mari kita sebut pasal teater Natrah ke, Sukan Sea ke. Huhuhu :mrgreen:

    Reply

  18. yonna says on :

    kakak sarah yg comel! hahaha :p

    eh akak dah duduk klinik ke? (grrr kena selak entry2 lama balik ni hahaa)
    akak penang kt mana??? cepat2 upload gambar kt kg 😀 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Aik aik aik. Yonna pun nak duit raya jugak ke puji2 gini? :mrgreen:

    Duduk kat klinik tu maksudnya macam ni. Dalam 1 posting, ada bertugas di wad, ada bertugas di klinik pakar, ada bertugas di periferi. Buat masa ni, KS dah habis dah semua wad dalam posting ni. So sekarang tengah cover clinik pulak. Lepas ni Periferi pulak insya Allah.

    Penang di Kepala Batas. Kamu kat mana?

    Reply

  19. intan. says on :

    walaupun komen lambat. tp tetap nk ckp ..
    ayat DR A tu sgt comel. hehe 😉

    Reply

Leave a Reply