Pindah-Randah

Assalamualaikum wbt

Baru saja semalam saya cerita tentang perpindahan saya ke wad baru. Genap seminggu sejak Isnin lepas. Tiba-tiba pagi tadi, selesai saya membuat round di wad, saya mnerima panggilan telefon. Waktu itu, saya sudah selesai round bersama MO saya. Kerja-kerja semuanya sudah selesai. Jam belumpun pukul 9 pagi lagi. Gilalah awal saya siapkan semuanya termasuk discharge summary.

Ok. Berbalik kepada panggilan telefon. Saya menerima panggilan daripada ketua HO Medical. Dia memberitahu bahawa mulai hari ini saya mula ditempatkan di bahagian Klinik Pakar pula. MOPD Clinic. Pergh. Menyirap darah saya. Suka betul buat kejutan di saat-saat akhir. Minggu lepas pun sama. Saya sudah selesai semua benda, baru nak beritahu. Hari ini pun sama. Saya dah siap semua benda di wad, baru nak berithau saya perlu ke MOPD pula.

Jujur saya katakan, saya sangat suka bekerja di wad saya tu. Walaupun baru seminggu, tapi saya sangat suka dengan kondisi di sana. Sangat-sangat suka. Kerja memang banyak. Ward round TDS per day. TDS maksudnya tiga kali sehari. Punyalah menyesakkan masa, kan. Tapi segalanya lebih teratur. Mungkin kerana diri saya sudah lebih terurus dan cara kerja saya semakin teratur dan berkualiti.

Baiklah. Berhenti sekejap hendak makan Dunkin Donut.

Ok. Sudah kenyang. Boleh sambung cerita. Dan sekarang ni, saya perlu turun ke klinik pula. Saya berimpresi yang kurang baik pada mulanya. Pertama, kerana saya tahu, pesakit di klinik memang ramai dan penuh dari awal pagi sehingga petang. Kedua, kerana saya bertugas dan di kelilingi oleh MO-MO dan pakar-pakar yang lain. Matilah saya kalau ada terbuat salah. Hahaha.

Tetapi, sebaik turun ke Klinik Pakar, saya dikerah oleh Dr. R (Abang Long saya. Masih ingat, kan?) untuk merawat pesakit secara bersendirian. Tidak perlu dipantau MO. Fuh. Terasa merdeka sekejap. Hahaha. Saya diletakkan di sebuah bilik. Hanya saya seorang di situ. Maka bermulalah saya bertemu dengan pesakit-pesakit yang mempunyai temujanji di bahagian Klinik Pakar. Sumpah ramai. Hampir jam 11 pagi, pakar saya ketika di wad Kenanga 14 muncul di bilik itu. Saya cukup suka bertugas di wad lama saya tu kerana pakar saya memang cool habis! Dr. AI namanya. Tup-tup, saya ditempatkan di bilik yang sama dengan pakar saya itu. SUKANYA! Tapi dalam pada suka-suka tu, ada ramaaaaaaaaai pesakit yang saya rawati hari ini. Sampai pening kepala saya melayan kerenah mereka.

Sekitar jam 2.15 petang, tiba-tiba saya sudah tidak ada kerja. Iya. Memang secara tiba-tiba saja saya sudah menjadi jobless. Hahahahaha. Pertama kali dalam hidup sebagai HO ni saya menjadi jobless yang sebegini sekali. Saya macam mati kutu. Saya bertanya kepada staff nurse di situ. Apa lagi yang perlu saya buat. Kata mereka, buat masa ni tiada apa-apa. Sekejap lagi saya perlu menyudahkan TCA (temujanji) untuk kes-kes rujukan daripada hospital-hospital lain saja.

Saya semakin mati kutu. Saya berjalan tanpa arah tujuan. Ceh ayat tak boleh dipercayai sangat. Huhu. Saya berjalan menuju ke kafe. Dan tak semena-mena, saya telah termakan nasi di kafe walaupun sebenarnya saya tidaklah lapar manapun. Tapi kerana jobless, saya makan jua. Huahuahua. Sekitar 3.15 petang, baru saya naik semula ke klinik. Partner saya pula entah ke mana menghilang. Saya menyudahkan kerja-kerja YANG SANGAT MUDAH DAN VERY ADMINISTRATIVE TIADA PRAKTIKAL-PRAKTIKAL pun dengan perasaan yang aman damai. Haha.

Hampir ke pukul 4 petang, saya ditelefon oleh Dr. RM. Ini MO saya ketika di wad sebelum ini. Ayahnya sudah saya kenal sejak zaman saya kecil-kecil dulu. Siapa ingat cerita yang saya terbakar kecil-kecil dulu, ayah D. RM inilah yang menjadi doktor saya. Dr. RM memanggil saya datang ke Unit Hemodialysis. Hari ini ada pakar dari Kuantan datang untuk bertemu pesakit. Saya diminta untuk membantunya di bahagian klinik di sana.

Saya tiba di sana. Saya diperkenalkan kepada pakar itu. Introduksinya yang basis-basis saja. Tetapi penyudah ayatnya cukup membuatkan saya mengucapkan syukur untuk hari ini.

“She’s a competent HO in Medical, so far.”

Terima kasih, Allah. Kau pemilik segala ilmu dan kebolehan ini.

Nota 1: Hari ini emak tiada di rumah. Ada kursus di KL. Balik saja kerja, saya menjadi macam emak-emak pula di rumah. Bancuh air, mop lantai (saya memang pantang kalau lantai tidak selesa dipijak) dan menguruskan makan minum adik-adik. Errr… Hal-hal sebegini hanya boleh dilaksanakan kerana sekarang saya bekerja mengikut waktu pejabat, 8-5. πŸ˜‰

Nota 2: Baru saja semalam saya membebel tidak suka membuat presentation, slide dan seala bagai benda alah tu. Tiba-tiba bangun pagi tadi baru saya teringat ada satu Mortality Review yang perlu saya siapkan dalam bentu powerpoint dan dihantar pada Rabu ini. Uwaaaa!

Nota 3: Kaklong dah sampai rumah. Bahang Raya Haji semakin terasa. πŸ˜‰

15 Responses to “Pindah-Randah”

  1. zombie says on :

    ada typo “saya memang pantai kalau lantai tidak selesa dipijak”—> pantang πŸ˜‰

    Reply

  2. reyan mohmad says on :

    salam dr.sarah

    dr.R tu mmg baik kan..dgn ktorg pun baik sgt..kalau bercakap lembut je..sedap telinga mendengar..xmacam sesetengah tu..oppss πŸ˜†

    ooo..doc dah tukar clinic..hope ok kat tempat baru..dr.A pun ikut tukar juga ke? πŸ˜‰ ..kim salamla kat dia yea..

    *selamat hari raya aidiladha doc…

    Reply

    Sarah Reply:

    Dr. A still kat ward lagi. Hehe. Sila la jauhkan dia dari saya. Huhu.

    Reply

  3. akak says on :

    alhamdulillah.. πŸ™‚ .. dan selamat menyambut aidil adha!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Selamat hari raya aidil adha Akak yang ku sayang!

    Reply

  4. ainul arina says on :

    salam ks~ kifhalik?
    πŸ˜‰

    Alhamdulillah, ayat dr RM tu dapat sejukkan jiwa yang panas. hopefully ks makin semangat teruskan perjuangan! keep writing kalau ada masa yer, this is kind of motivation site for me. btw, selamat hari raya aidiladha. Kullu ‘am wa antum bikheir..

    erm, saya memang ‘pantai’ –> ni loghat kuantan ke?
    p/s: i make a comeback to debate. ALhamdullilah, berjaya walaupun bukan juara.

    Reply

  5. jiejah says on :

    Salam aidiladha sarah πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Selamat hari raya Kak Iza!

    Reply

  6. sinar says on :

    πŸ™‚ siapakh Dr A…
    akak akak…hehe…
    salam aidiladha jga..trskn menulis..
    terasa bersmgt utk menjadi doc…

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Watak sampingan je dia tu. Hahaha.
    Selamat hari raya korban untuk kamu jugak. πŸ™‚

    Reply

    sinar Reply:

    berbalas juga comment sha disini..
    kalau dh tak smpingan akak bgi tau sha ye πŸ˜‰ hehe..ade ade je sha ni…sabar ye kak..mga dirahmati sllu

    Reply

  7. haritz says on :

    DI Selayang ni ada doktor baru yg kiut, saya suka kacau doktor ni kalau bawak anak saya pi rutin check up. Dia mcm hilang tumpuan tiap kali saya datang hahaha. Pernah sekali dia nak ambil suhu telinga tp di letakkan dlm mulut anak saya miahahaha πŸ˜†

    Reply

  8. ieda says on :

    how to keep being competent?..keep working hard.

    lesson from my own experience..dont be too confident..that’s when we tend to make mistakes.

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih sangat2 Kak Ieda! Teruskan bagi nasihat kat saya k. Saya tunggu sangat2 nasihat dan teguran daripada senior2 macam akak. Selamat hari raya haji untuk akak sekeluarga πŸ˜‰

    Reply

  9. Jin says on :

    β€œShe’s a competent HO in Medical, so far.”

    Reply

Leave a Reply