Dalam Renyai Hujan, Dalam Terang Bulan

Assalamualaikum wbt

Sudah seminggu lebih saya tidak membuka blog. Apa tidaknya. Sampai saja rumah, tak sempat lagi membuka tudung, saya memang sudah menghadap internet tapi hanya membuka email dan Facebook. Merayap sekejap membaca beberapa artikel penting (Iya, saya tahu. Malam-malam pun saya kena studi di rumah T____T ), kemudian terus masuk bilik dan tidur. Eh, tak mandi. Haha. Memang kadang-kadang tu tak sempat mandi pun. Letak beg, pegang handphone di tangan untuk memudahkan terjaga keesokannya dan terus tidur. Huhu. Habislah tiada siapa nak kahwin dengan saya. T____T

Sebenarnya ada macam-macam perkara terjadi sejak dua minggu yang lalu. Kisah on call dua minggu lalu. Kisah merawat kenalan keluarga saya yang kebetulan masuk ke wad saya. Kisah ke HKL nenoneno naik ambulan separuh gila nasib baik tak bersepai otak saya di atas jalan raya. Kisah hari Isnin yang gembira. Kisah duduk makan KFC seorang diri macam loser sambil layan lagu Ada Cinta dan kisah jatuh cinta di hospital. Hahaha. Saya tahu, kamu semua dah tak pelik sangat dengan semua cerita tentang hospital melainkan yang terakhir tu. Jeng jeng jeng. Saya tak nak cerita yang itu dulu. Kalau nak tahu, baca dulu cerita-cerita lain ni.

Sewaktu on call dua minggu yang lalu, waktu itu saya adalah 1st call yang bertugas di active ward. Massive admission sungguh malam itu. Bertalu-talu kes baru diusung naik dari Kecemasan. Dalam keadaan bekerja tanpa henti yang memerlukan pergerakan tangan dan kaki yang ligat, saya langsung tidak sempat MAKAN mahupun MINUM selama 24 jam! Nasib baik tiada apa-apa kecemasan yang dahsyat-dahsyat terjadi sepanjang malam itu melainkan seorang patient yang perlu di-intubate di tengah malam itu (Terkini: Patient itu baru meninggal dunia beberapa hari lepas. Al-Fatihah untuk arwah).

Kebetulan, wad yang aktif itu adalah wad baru saya. Keesokannya, saya mula bertugas di wad baru itu. Saya diletakkan di bahagian acute male. Kes-kes yang memerlukan perhatian rapi diletakkan di situ. Saya rasa kepala saya sudah separuh mereng pada waktu itu. Dan saya yakin, mesti ada yang sedar, saya tidak sempat mandi pun pagi itu. Hahahaha. Memanglah ada baju lain yang saya bawa tapi tidak sempat untuk pergi mandi pagi itu. Sewaktu solat Subuh tu, saya hanya gosok gigi, cuci muka tapi tak payah bangun pagi sebab memang tak tidur-tidur sepanjang malam itu.

Alkisahnya, selepas selesai ward round dengan MO dan specialist di wad baru itu, saya ke wad lama saya kerana hendak bertemu dengan pakar di sana. Ada urusan lama yang hendak saya sudahkan. Selesai bertemunya, saya ke tandas. Hajatnya sekejap saja. TETAPI, sedar-sedar saya sudah berada di sana selama hampir setengah jam. Cuba teka apa yang terjadi selama setengah jam itu? Hahaha.

Saya tertidur secara duduk dengan sopan sambil kepala terlentok di dinding tandas yang nasib baik memang sentiasa bersih dan wangi itu! Err. Ok ok. Saya mengaku. Ini bukan kali pertama saya tertidur begini. Hahaha. Ini adalah pengakuan berani mati. Sebelum inipun, saya pernah tertidur duduk begitu kerana kepenatan post-call. Siap pernah duduk berlunjur di dalam bilik air yang bersih itu! Hahaha. Err… Tidak berapa lucu saya kira. Silalah mengasihani saya atas insiden-insiden yang tidak semua orang terpaksa lalui ini. Siapalah yang mahu tidur dalam tandas, kan. Di atas toilet bowl pula tu. T____T

Cerita seterusnya, kebetulan seorang kawan ayah saya telah dimasukkan ke wad saya. Tapi sebelum tu, ini bukanlah kawannya yang pertama. Namapun saya ni berkhidmat di tempat sendiri. Hampir setiap hari saya bertemu dengan orang yang saya kenal. Jadi muka pasarlah saya di hospital ni. Saya kurang berpuas hati dengan diagnosis yang telah kawan saya berikan untuk kawan ayah saya ni. Tapi saya tidak membangkang terus diagnosis itu. Dalam hati, saya tetap memikirkan satu kemungkinan lain. Kebetulan petang hari kedua pakcik itu berada di wad, saya stay back untuk berbincang kes dengan kawan saya di wad walaupun saya tidak on call pada hari itu. Tiba-tiba berlaku kecemasan. Terkejut saya kerana yang sedang tenat itu adalah pakcik itu.

Pakcik itu kemudiannya telah dipindahkan ke bahagian acute male. Kini dia berada dibawa seliaan saya. Keesokannya, saya membentangkan kes itu kepada specialist, saya mengemukakan diagnosis saya, saya berjaya mendapatkan CT Brain urgent untuknya dan TAP! Diagnosis yang saya berikan adalah betul. Subdural Hemorrhage. Pendarahan dalam kepala. Malam itu juga (Saya tak on call, tapi saya stay back. Gilalah rajin, kan. Hahaha), kesnya berjaya dirujuk ke Neurosurgical Unit di HKL. Dan keesokan paginya, selepas saya selesai membuat semua review untuk cubicle saya, saya telah mengiringi pakcik itu ke HKL dengan menaiki ambulan. Ber-nenoneno-lah saya ke sana.

Tapi sumpah saya katakan. PENING! Laju sungguh ambulan hari itu. Tapi yang seronoknya kan, bila mengiringi patient ke hospital lain, saya macam dapat berehat kejaplah daripada segala hiruk-pikuk rutin di wad yang tak berkesudahan kerjanya tu. Huhu. Dalam perjalanan balik, saya duduk sebelah pemandu. Apa lagi. Tidurlah, kan. Dah berbulan tak ada peluang tidur siang, kan. Hehe. Oh ya. Dengan menaiki ambulan, perjalanan Temerloh-KL hanya mengambil masa 1 jam 10 minit saja. Masya Allah… Laju Ya Rabbi. Boleh pula sambil-sambil tu, pemandu ni bercerita dengan saya kisah-kisah ambulan kemalangan ketika hendak menghantar kes ke hospital-hospital lain, ada PPK mati, doktor mati. Huhu. Waktu tu, ambulan pula sedang ber-nenoneno dengan kelajuan 140 km/j. Saya duduk depan. Seram rasanya bila melalui kawasan Bukit Tinggi tu. Huhu.

Ok. Tukar cerita. Ini cerita gembira. Saya sudah mempunyai kereta. YEAY! Disebabkan saya ni tiada masa nak keluar ke tempat kereta tu untuk mengambil kereta tersebut, terpaksalah uncle tu menghantarkan kereta saya terus ke hospital. Huhu. ISNIN PERTAMA DI BULAN NOVEMBER ADALAH SUNGGUH MEMBAHAGIAKAN! Saya menggunakan Gen2. Hitam itu menawan. Cewah! Moga-moga saya cermat dan kereta saya ni dapat bertahan lama dengan saya, insya Allah. Tapi kan, saya tiada gaji lagi. Habislah saya bulan ni.  T___T

Cerita seterusnya. Eceh. Bajet macam Buletin Utama pula. Kebetulan semalam, adik saudara saya yang kemalangan bulan lepas tu teringinkan KFC. Dia meminta saya singgah dalam perjalanan pulang. Alang-alang dah singgah, saya pun belum makan apa-apa lagi sepanjang hari semalam, teruslah saya duduk makan di situ. Seorang diri saja tapi memesan Buddy Set yang untuk dua orang tu. Hahaha. Bukan apa. Saya nak dua ketul ayam. Tapi dapat air pun dua jugalah. Namapun Buddy Set. Tapi makan seorang diri. Duduk di satu sudut menghadap ke arah jalan raya. Termenung sajalah jawabnya. Tak kisahlah apa orang keliling saya nak kata. Saya makan kedua-dua ketul ayam, minum pun kedua-dua gelas air. Haha. Sambil tu, ada lagu Ada Cinta berkumandang. Sempatlah menambah perisa dalam menungan saya tu.

“Mengapa berat ungkapkan cinta padahal ia ada, dalam renyai hujan, dalam terang bulan, juga dalam sedu-sedan. Mengapa sulit mengaku cinta padahal ia terasa, dalam rindu dendam, hening malam, cinta terasa ada.”

Semua sila berhenti menyanyi sekarang. Huhuhu. Tapi puitis dan manis susunan ayatnya, kan. Maka tenggelamlah saya menghayati lirik lagu ini sambil makan KFC seorang diri.

Baiklah. Cerita yang terakhir tu saya sambung lain kalilah ya. HAHAHAHA. Mesti ramai yang bengang, kan. Kalau bengang, sila pergi dengar lagu Bengang. Huhu. Saya nak tidur dah ni. Inipun, sambil menaip entri, sambil makan nasi. Sekarang sudah pukul 11 lebih. Biasanya di saat ini saya sudahpun tidur. Esok pukul 4.30 pagi saya dah nak kena bangun studi sikit dan bersiap pergi kerja. Betul ni. Ni bukan alasan main-main. Saya kena tidur sekarang juga sebab saya dah terlajak waktu tidur yang sepatutnya. Dah lah esok saya oncall 1st call lagi. Nanti tak cukup tidur, siapa yang susah. Saya juga yang akan tertidur di dalam tandas lagi.

Jangan cakap banyak. Mari kita tidur. Selamat malam Malaysia dan Moskva!

Nota 1: Saya rindu dengan sangat pada Bumi Moskva dan seluruh kedinginannya! :cry:

Nota 2: Tajuk entri ni diberikan sebegitu rupa kerana di saat ini sedang hujan renyai dan bulan sedang mengambang penuh. ;-)

Nota 3: Saya memang tak sempat nak membalas komen tapi saya baca kesemua komen dan mesej daripada kawan-kawan. Terima kasih!

36 Responses to “Dalam Renyai Hujan, Dalam Terang Bulan”

  1. aisyah says on :

    selamat bekerja dengan gigih,k.sarah =)

    Reply

  2. salym says on :

    Salam doc..
    Woo, dah tdo ye..smga pjalanan hdp anda ceria slalu..
    Pastkn bc doa msk tandas ye kalo pun nk t’tdo kat situ..
    Tadaa..;-)

    Reply

  3. Wanie says on :

    salam.

    salam juga dari moscow yang kedinginan. :mrgreen:

    Reply

  4. thia says on :

    kak,di Cairo pun sudah masuk winter. rindukan hujan di Gombak :mrgreen:

    Reply

  5. jin says on :

    sokongan dari nizhny juga..
    tq for sharing crita dlm hosp

    Reply

  6. Hazreen Rashid says on :

    salam.

    kenot wait for you to elaborate further. :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

  7. nadiayuna says on :

    I love to read ur experience sarah. Humm. Agaknya pasai ni la saya tak jadi doktor kot. Saya kuat tidooooo. hahah. kat sekolah pun leh tido kadang2. padahal keje kul 1 dah balik. huhu. Memang tak boleh jadik doktor. habis semua patient. Pun tertidur terus dibuatnya :mrgreen:

    elok2 kerja ye sarah
    jaga kesihatan juge

    =)

    Reply

  8. alang says on :

    love ur story…
    respect angah…chaiyok2!!!

    don’t feel loser when u eat alone…
    your blog’s follower are around u, u can’t see us…
    also ur family..

    gutlak2!!

    Reply

  9. kerc says on :

    sarah…
    kuat kerja…jangan lupa jaga kesihatan sendiri…

    Reply

  10. jiejah says on :

    penattttttttttt cik sarah kita ..
    bkn calang² org boleh tidur dlm tandas tau hehehehehe 😀

    selamat bekerja !

    Reply

  11. kak an says on :

    jaga diri, jaga kesihatan… semoga pewangi toilet itu xmelekat di baju sarah! :mrgreen:

    Reply

  12. K.Su says on :

    Salam adik Sarah,

    Semakin suka akak baca citer2 sarah kt hospitl. Baru tahu gini rupernya kesibukan seorg doktor. Anyway, take care always!

    Reply

  13. Bro Fisol says on :

    cewah…kereta baru tu..berhati2 di jalan raya…sarah dapat kereta hari isnin, bro dapat hari ahad…kaler merah lagi..my blood is red! & forever be redsss!..

    Reply

  14. me says on :

    Entry2 sarah kebelakangan ni sering membuat me smile wpun tgh mc. Alangkah bestnya kalau dr Sarah yg rawat

    Reply

  15. Natasha A.Hadi says on :

    haha=)
    kadg2 enjoy jugak kan dgn kehidupan sebegini kan!
    enjoy the work!! 😉 😆

    Reply

  16. alif.fa.ya.qof.ha says on :

    Pertama kali dengar menimbang rasa. Terimas kak sarah.
    Selamat bekerja. 🙂

    Reply

  17. muaz says on :

    aya…smpi dalam tndas pun boleh tertido ka? haha.
    take care kak sarah. 😉

    Reply

  18. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah,
    wow! ni barubetul-betul kerja ni.
    tak pe chaiyuk sarah yeay!!

    tertido dlm toilet tu leh jadikan kenangan, klu boleh framekan lagik best huhuhu 😛

    happy2 selalu ye!

    Reply

  19. ieda says on :

    salam sarah..sangat2 bestkan bila dpt bg correct diagnosis esp when we’r a houseman..keep ur good work.

    Reply

  20. akak says on :

    Lega bc blog Sarah sekarang. Sebabnya akak dah boleh senyum sorang² semula depan PC ni.. :mrgreen: Awal² jd doktor.. rase kesian pun ade kat Sarah ni..tapi sekarang Sarah dah ok kot..sgt komited dgn keje..sampai tertido pun dlm toilet.. :mrgreen: ..

    Tapi jgn lupa diri sendiri ye.. 24 jam tak mkn minum, kan ade pulak Sarah yg kene duduk atas bed sekali ngan pesakit..hurm..tak ke haru jadinya.. 🙄
    Tahniah utk Gen2 hitam.. 😉

    Reply

  21. ainul arina says on :

    wuish, siap tertidur dalam toilet lagi..

    Perlu ke kitaorg praktise awal2? hahaha….

    long time tak meraban kan ks.. selamat~ ^_^

    Reply

  22. aeime says on :

    1st time bace blog kak sarah, n sure akan bace lg! best2..

    Reply

  23. chi am says on :

    no wonder la sarah lama x datang.. 😐

    Reply

  24. alif.fa.ya.qof.ha says on :

    kak sarah…sye tak ade pengalaman menaiki ambulans. Tapi ada pengalaman menaiki van jenazah dari HKL ke Melaka. Pukul 11 mlm baru bertolak. Berdua dengan sepupu bersama arwah.

    Salam jumaat kak. 😉

    Reply

  25. Nurlulu says on :

    Sarah,
    Lama Lulu x tinggalkan jejak kat sini tp Lulu sentiasa mengikuti perkembangan Sarah. Seronok baca tentang kehidupan baru Sarah. N betul kata yg lain, bila baca boleh tersenyum-senyum sendiri. heheh.. terima kasih kerana sudi luangkan masa berkongsi..dalam kesibukan tu, Sarah curi juga masa update..

    Terima kasih kerana terus menceriakan alam maya ni!Sayang Sarah!

    Reply

  26. doyot says on :

    wahaha..saya ada pengalaman naik ambulans, sebab hantar pasien trauma kepala dengan soporo-koma..dahsyat betull..laju tak ingat punya..dah la dalam tu tempat duduk goyang2. dan saya kena suction darah2 yang keluar dari hidung..sungguh banyak ..huhu..perjalanan memang 1 jam setengah.. tu dah laju dah tu..jauh tak..huhu..kat sini,,yang horror tu la, bila nak refer case, jauh sangat tempat2 dia..lagi 15 minit nak sampai hospital patient apnea, buat cpr pon dah tak jalan…huhu..boleh bayangkan tak buat cpr dalam ambulan goyang2..adoii..smpi je hospital tu, setelah pengesahan kematian..saya terus carik toilet…muntah…wahahaha..ok2..sekian..sungguh memalukan saya muntah..wekk..

    Reply

  27. sue says on :

    hehe..seronok dgr cite pasal dokter..smoga jadik dokter yg berdedikasi

    Reply

  28. una says on :

    salam kak sarah~
    uishh
    what a hectic life!! but still interesting n inspiring~

    all da best ye. n take care always~

    Reply

  29. hafiq@broadband says on :

    🙂 😮 😆

    salam…huhuhu..hafiq leh gambarkan macam mana tertidur dalam tandas tu..sian kat ngangah…amik la cuti…
    best jadi doktor nie kan dapat tolong orang…tp xbest nyer orang xnak paham dengan “persoalan” diri kita…

    Reply

  30. haritz says on :

    hujan di Gombak dan banyak tanah runtuh dan kemalangan jalanraya 🙁

    Reply

  31. yunieRRa says on :

    beznyew jdik doktor cam k.sarah ek… pray 4 me 2 be like you……..

    Reply

  32. Le Chevalier says on :

    watashi suki desu….gambatte….

    Reply

  33. from moscow says on :

    Salam K.S,
    huhu… dasat2 tertido dlm toilet smpi setengah jam…
    tapi, semoga memperoleh ganjaran pahala iA…

    Reply

  34. aya says on :

    salam KS

    klu kat moskva kan, toilet mane yang wangi eh kalau nak praktis tido dlm toilet?
    hihihi

    neway take care KS

    Reply

  35. nisa' says on :

    salam..

    sy rs blog k.sarah nie pon dh jd panduan utk student medic egypt..
    thanx a lots k.sarah! 😉 ur story mmg wt at kami mkin menyala nk bljr and we also want to be a dctor like u 🙂 plezz pray for us too 😉 huhu..(nk em nez week 🙁 )

    permintaan: cne cra k.srh bljr tem k.srh kt moscow dlu? 😕 tdo bpe jam? 😕

    Reply

  36. packers and movers rohini delhi says on :

    Why people still make use of to read news papers when in this
    technological world everything is presented on web?

    Reply

Leave a Reply