On Call

Assalamualaikum wbt

Beberapa hari lepas, saya on call sebagai 2nd call. Saya perlu menjaga dua buah wad medical yang pasif. Wad pasif bermaksud wad yang tidak menerima kemasukan kes baru untuk hari itu. Dan saya juga terpaksa menjaga kes-kes periferi di wad-wad lain yang memerlukan medical review.

Pukul 5 petang tu saya ke kafe sekejap. Haus yang teramat sangat. Jadi saya turun untuk membeli air. Tak sampai 15 minit lesap dari wad, saya sudah mula menerima panggilan telefon. Saya berlari naik. SPO2 seorang ventilated patient turun mendadak. Keadaan dapat distabilkan. Jenuh buah suction dan bagging. Waktu tu dah lah waktu melawat. Wad penuh denagn pelawat. Saya rasa sesak nafas dan berpeluh sakan waktu itu.

Baru saja duduk hendak menulis retrospective entry tentang apa yang terjadi, telefon berbunyi lagi. Waktu itu, belum pun pukul 7 malam. Sudah ada dua kes. Kali ini fitting. Sawan. Pesakit tu ada barah otak. Perkara ini memang sudah biasa terjadi. Cuma masalahnya, wad kedua ini terletak di tingkat lain! Berlari saya menuju ke lif dan berlari dari lif menuju ke wad. Buat itu ini, pesakit kembali stabil, saya pun duduk menulis retrospctive entry untuk kes itu pula.

Selesai menulis, waktu Maghrib sudah hampir habis. Saya berlari masuk ke bilik HO on call. Saya solat di situ. Sehelai sepinggang dengan baju kurung yang saya pakai saja. Saya terus menunggu Isyak, terus solat dan kemudian keluar ke wad semula. Saya terus menyelesaikan segala review yang perlu dibuat di situ untuk 40 orang pesakit. Dalam pada membuat review itu, ada beberapa kes yang terjadi. Tiba-tiba baru saya teringat, saya tidak makan langsung lagi sepanjang hari itu. Tengok jam, sudahpun pukul 12.40 malam. Lapar Ya Rabbi kot waktu tu.

Saya berpesan kepada staff nurse. Kalau ada apa-apa kes, telefon saya terus. Saya perlu naik ke wad lagi satu. Saya meredah koridor gelap seorang diri. Tiba-tiba teringat Kimah. Huhu. Saya ni memang penakut tahap gaban. Tapi sejak mula bekerja ni, semua tu dah tak kisah langsung dah. Gelap ke, terasa seram sejuk ke, redah sajalah. Bila pintu lif terbuka untuk saya masuk, saya akan rasa berdebar ada siapa di dalam. Begitu juga bila pintu lif baru hendak terbuka. Lagilah berdebar. Sebab saya sudah mula terbayang-bayang ada apa-apa yang pelik-pelik di luarnya. Hahaha.

Di wad yang satu lagi, saya menyelesaikan review di bahagian acute male dan juga female. Ada juga terganggu sikit apabila ada kes periferi. Terpaksa turun ke wad Ortho dan Surgical untuk review case. Ada kes active bleeding di tempat femoral catheter dimasukkan. Jujur saya katakan, nak masukkan benda alah tu saya retilah. Nak cabut keluar pun lagilah saya reti. Senang sangat nak tanggalkan semula. Huhu. Tapi bila bleeding terjadi dan patient pula memang sedang anemia, saya gelabah kejap. Sudahnya, saya buat pandai-pandai sendiri sajalah. Huhu. Mesti ada yang kata: Aik. Takkan tak tau kot? Meh sini saya nak jawab. Ada banyak benda dalam bidang perubatan ni yang perlu dipelajari berdasarkan pengalaman. Jadi, inilah antara pengalaman yang mengajar saya untuk tahu.

Selesai menguruskan patient itu, saya berjalan di koridor bercahaya suram itu menuju ke lif. Naik ke wad atas semula. Tengok aja jam, wah, sudah pukul 3.15 pagi! Dan perut saya masih kosong. Saya teringatkan roti Gardenia berkrim yang perisa coklat tu. Saya singgah di bilik HO on call wad saya. Di situ adanya beg saya. Saya usung roti itu keluar, meneruskan review sambil makan roti. Huhu.

Tidak lama selepas itu, saya mendapat panggilan telefon daripada wad bawah. Ambik kau. Patient asystole. Berlari macam ribut saya turun ke bawah. Saya sudah menelefon MO saya terlebih dahulu. Sampai-sampai saja, saya terus ambil ABG, dah suruh stat ECG, cardiac monitor, stat Atropine dan CPR. Tapi tak sempat mana dah pun. Patient itu LO. Meninggallah maksudnya tu.

Down betul saya waktu itu. Bukannya down sebab tak dapat selamatkannya. Memang patient itu statusnya sudah dijangka begitu. Tapi saya down sebab apasallah banyak sangat nak terjadi dalam satu malam ni. Sampai semput saya dibuatnya. Sebenarnya ini semua memang bergantung kepada nasib HO yang on call tu. Kadang-kadang tu, menjadi 2nd call adalah sangat santai dan tenang kerana tiada kes-kes mengejut terjadi. Kalau silap haribulan, sampai tiga LO kes dalam satu malam. Jawablah kau di depan MO kau nanti. Huhu.

Malam tu, saya bengang betul dengan seorang waris pesakit ni. Anaknya memang sudah collapse. On ventilator lagi tu. Anaknya ini dirawat kerana Meningoencephalitis dan mempunyai latar belakang HIV dan Hepatitis B +ve. Saya berusaha hendak membetulkan Ryle’s tube (salur makan yang masuk melalui hidung) dan memasukkan Branula (Line atau laluan untuk dimasukkan air/ubat terus ke dalam salur darah) baru di tangannya. Tiba-tiba emaknya seakan meninggi suara kepada saya. Katanya, buat apalah nak cucuk-cucuk benda alah tu untuk masukkan air ke apa. Kan dah cukup dah boleh bagi susu menggunakan tiub makan tu saja.

Eiii. Berapi juga saya waktu tu. Saya ni dah lah nak tolong anak dia. Nak bagi anak dia bertenaga dan tidak dehidrasi (tidak cukup air). Dia nak marah-marah tengking-tengking pula. Saya terangkan sekali lagi itu ini. Dia buat-buat muka pula. Bayangkanlah. Waktu itu sudah pukul 4.50 am. Saya sepicing pun tidak tidur lagi. Anaknya pula tiba-tiba menyentak Branula yang sedia terpasang. Salahkanlah anaknya itu. Kami di hospital ni nak menolong yang terbaik nak selamatkan anaknya itu. Tapi si emaknya pula tak puas hati dengan Branula, cucuk-cucuk amik darah semua ni. Dia tahu tak, ini sudah kira bernasib baik tahap petala langit ke tujuh dah ni yang negara kita merawat penyakit berjangkit secara percuma. Lagi nak marah-marah orang. Adoi. Hangin tau, hangin. Tapi kena bersabar banyak-banyak.

Dari pukul 5 sehingga 7 pagi, saya menyudahkan semua urusan ambil darah yang sudah di pass over oleh kawan-kawan untuk diselesaikan sebelum saya memulakan review saya untuk pesakit-pesakit saya sendiri di wad saya. Sekitar 7.15 pagi, barulah selesai segalanya. Sumpah mata saya sangat lebam keesokan paginya itu. Dan, apa yang lebih mencabar, pagi itu saya bukannya bertugas di wad. Saya bertugas di Mobile Clinic untuk Blood Bank. Saya perlu mengikuti gerakan kempen derma darah. DAN TIADA DOKTOR LAIN YANG BERTUGAS BERSAMA SAYA PADA HARI ITU. Uwaaaa. Semestinya akan penat!

Sebaik saja saya menghubungi MO unit Tabung Darah, dia berkata: Oh. So you’re the lucky HO. Mobile clinic takde hari ni. So hari ni day off lah untuk you ye. Dah, dah. Pergi balik tidur.

Saya pun apa lagi. Pecut kereta, balik rumahlah! Sampai rumah, saya menghantar adik saya ke tuisyen, pandu pulang ke rumah, hampir-hampir terbabas sebab tertidur sambil bawa kereta, dan terus tertidur di sofa dapur di saat semua yang lain sedang makan nasi lemak. Hahaha. Sehari suntuk lebih saya tidak mandi, tidak makan benda berat dan tidak sempat berfikir tentang hal lain melainkan kerja, kerja dan kerja.

Bila terbangun dari tidur, makan nasi lemak dan kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada adik saya Adam. Sebetulnya dia keluar sekejap pagi itu. Bila menjawab panggilannya, dia bertanya sama ada saya berada di hospital atau tak. Saya jawablah yang saya sudah berada di rumah sejak pagi tadi lagi. Ni sah-sah kes dia tak nampak saya terbaring di sofa dapur. Tiba-tiba dia memecahkan cerita: Adam kemalangan. Dengan Hafiz (sepupu). Waktu naik motor tadi. Sekarang kat hospital. Adam takde apa sangat. Hafiz yang teruk.

Panik sekejap saya. Kebetulan Nan ada balik. Dengan tak mandinya, saya cuma menukar baju dan terus berkejar ke hospital bersama Nan. Nasib baik ada Nan yang boleh membawa kereta. Kalau nak harapkan saya, serius saya masih mamai dan pening sebab tidak cukup tidur. Di sana, ayah telah sedia menunggu. Adam cedera ringan saja. Hafiz pula cedera agak teruk. Berlaku pendarahan dalaman dan retak tulang pinggul.

Ok. Mari pendekkan entri. Ini tak. Sekali menulis, macam dah tak reti-reti nak berhenti. Hafiz sudah menjalani pembedahan. Dia selamat. Adam juga semakin baik. Saya pula dah semakin stabil dari segala aspek. Sekarang ni, nak keluar jalan-jalan bila ada masa lapang di petang hari pun bersama emak ayah saja.

What a life, right? Huhu. Adios.

Nota 1: Saya bazirkan masa tidur saya untuk menulis entri pasal on call. Aishh. Tak bermakna langsung. Huhu.

Nota 2: Selamat pengantin baru. Salam.

26 Responses to “On Call”

  1. Adz Ariff says on :

    Murah rezeki Sarah dapat day off lepas oncall. Nikmat, kan? Mmg rasa sngt lega.

    Sorry to hear about the accident. Moga2 dorang ok.

    Reply

  2. izzati says on :

    assalamualaikum kak sarah
    sy izati antara pengikut setia blog akk
    hemm..ble bace blog akk ni rase mcm susah plak jadi doc..
    byk2 besabar ye kak~ πŸ˜€
    La Tahzan~

    Reply

  3. adawiah.zaini says on :

    baca entri ni pun dh rasa penat. apa lagi kalau sendiri yg kena. huhu. good luck kak sarah

    Reply

  4. muaz says on :

    wah kak sarah…smpi macam tu sekali ke sibuk jadik intern?
    mencabar nih. sy yg baru dgr pun dah kecut perut. belom lagi sy btol2 buat semua tu. huhu 😯
    smpi ke pg x tido? sy kalau lps kol 3 pg x tido lg mmg pening dah kot. tambah plak kalau perut kosong mcm akak.
    harapnya lepas ni tiada lagi smpi mcm tu. semoga Allah permudahkan urusan kerja Kak Sarah. all the best…

    Reply

  5. hani says on :

    Salam..

    Sarah,
    Penat sungguh baca entry kali ni..heheehe…apatah lagik la kan tuan punya blog nie..Sabar bnyk2..InsyaAllah, one day nanti Sarah akan terbiasa dengan keadaan mcm ni…

    Jadik doktor keje yang mulia …Ganjaran mungkin tak dapat di ‘sini’ tapi, ada ganjaran yang menanti di ‘sana’.. πŸ˜‰

    Jgn lupa mkn..hihihih..

    Salam..

    Reply

  6. alang says on :

    waaa…
    respect angah n rakan sekerja…
    sgt penat jd doktor…
    kerja y sememangnya sgt mulia…

    gutlak angah!!!
    moga murah rezeki~~

    teruskan menulis..tp rehat la dulu baru tulis…sian ktorg tgk

    Reply

  7. Kak Cinta says on :

    Salam,
    Semoga Allah permudahkan segalanya buat Sarah…jaga diri dan hidup baik-baik πŸ™‚

    Reply

  8. ieda says on :

    salam dik sarah…keja hosp mana?
    biasalah jd HO ni..kerja 24 hrs macam mesin..tp bila dah lama nanti when u look back..its all actually a very sweet memories.

    Reply

  9. firdee says on :

    salam sarah,
    memang sy tak sangka gini job dokter…masa pasang pc ke bilik2 dokter haritu tak sangka pulak dokter2 yg comel2 tu kerjanya begini…bagi sy kerja yg xde masa tidur sangat seksa…tabik la dekat u oll dokter2…

    Reply

  10. MakCik Farah says on :

    Salam Dr Sarah,

    Pekerjaan yg sungguh mulia. Semoga Allah swt memberi ganjaran berganda.
    Kesihatan sendiri kena jaga juga tau, supaya Dr dapat kekal sihat dan bertenaga untuk menghadapi hari2 mendatang yg pastinya lebih mencabar. Kalau tak sempat makan Dr kena ambik vitamin supplement kot πŸ™‚

    Reply

  11. hawa says on :

    Hai kak sarah. saya juga pembaca setia blog akak. kekekkekekke..

    sarah, pakcik saya dok temerloh. baru pindah. eh.. tak.. baru tau die duk temerloh. hehe. so kalau saye g sane bleh jalan2 jumpa awak tak?

    takkan nak jumpe kat sepital kan. bapakkk tak bestttt!!

    Reply

  12. snm says on :

    salam orked πŸ™‚
    sarah..saya tahu, di sebalik segala penat kerja kerja awak tu semua, awak lakukan dgn penuh passionate! πŸ˜‰

    jambatan awak masih panjang. dan jambatan dia pendek :mrgreen: jambatan saya pun pendek. jadi, awak ada byk masa yg pjg lagi untuk lihat sekeliling jambatan tu. yg indah, yg menarik, yg x best, yg bagus. pilihan di tangan awak. samada nk pendekkan jambatan. atau memanjangkan lagi jambatan awak. dan nikmati semua yg awak lihat di spjg jambatan tersebut πŸ˜›

    Reply

  13. rizal says on :

    salam sarah,

    Biasa la kehidupan sarah, selagi belum tutup mata… keje, keje dan keje. Tanggungjawab masing2 kan, sama mcm org yg bina hospital tempat sarah keje, mesti dia kata penat tp itulah kerja dia.

    Yang penting bukan bagaimana ia bermula tapi dimana ia berakhir, ilmu + iman = amal

    Bersyukur dengan segala yang ada

    Reply

  14. yonna says on :

    huish akak.kesian akak T__T terukkan jadik doc? tp pengorbanan besar. sanggup abaikan diri demi nak jaga kepentingan org lain T__T

    Reply

  15. Pena says on :

    KS!!!
    Wow, kagum dgn ks.Tahu je apa nak buat bila ada apa2 jadi. U’re my idol KS πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Ada2 je la kamu ni Pena. Huhu.
    Nanti kamu akan jadi lebih hebat daripada ni.
    Time will decide and tell. Just wait. =]

    p/s: setiap kali kena refer case Leukemia ke Hosp Ampang, KS mesti teringat kamu. Heheh. Kirim salam rindu peluk sayang muah muaaaaah kat semua kat rumah k.

    Reply

    Pena Reply:

    Salam sayang, peluk cium wangi & busuk akan di kirimkan πŸ˜›
    Kitorg dengar Asrul kat HKL rileks je (prolly cos lots of HO kot). Mmg rase berdebar2 gak la kalau dpt hospital mcm ks.
    Apa2 pun, keep up the good work! Am proud of u πŸ˜‰

    Reply

  16. kimot says on :

    hahahahha..betul kan…kimah pon bila sampai kt lif je, jantung rasa nk tercabut ekekkeke…tutup mata

    Reply

    Sarah Reply:

    Waktu dapat komen ni tadi, saya pulak tengah baca entry pasal blood investigation tu. Hohoho. Kalau saya pulak, sebolehnya saya nak minimize kan ambik2 darah ni. Sebab saya malas nanti nak kena trace result dan nak kena buat correction kalau ada apa2 yang tak betul. Hahaha. Tambah2 pulak kalau potassium. Malas gila kot. Hahahaha.

    Reply

  17. DR_GOKOU says on :

    Salam, Memang lumrah begitulah bila seseorg menjadi doktor. 2-3 tahun pertama adalah waktu belajar semasa bekerja. MMG teruk rasanya. tetapi bila lepas waktu HO dan JMO adalah waktu yg best sgt tp tanjggungjawab lagi tinggi dari HO. Pejam celik pejam celik mmg akan terasa kejap sahaja 2-3 tahun ni. Byk kan bersabar.

    Skrg doktor semakin byk berbanding 6 tahun lepas masa saya jadi HO. Tetapi pesakit juga semakin ramai. MO dan pakar sekrg baik berbanding dgn pakar zaman dulu. Kena marah, kena maki tu perkara biasa. Apa apa pun tahniah, gaji HO skrg jauh tinggi banding ngan 6 tahun lepas.

    Reply

  18. Ytmz says on :

    Hahaha, saya tak tau kenapa, saya semput jugak membaca entry ni, saya rasa saya elok duduk atas kerusi, tak ada lari ke wad mana-mana.

    Reply

  19. akak says on :

    Penatnya membayangkan Sarah terkejarΒ² kat spital tu. Tak taulah mcmmana keadaan org yg terkejarΒ² tu kan.. :mrgreen: Tapi lega bila dah baca ayat last..”saya pula dah semakin stabil dari segala aspek”. Semoga terus dipermudahkan segala urusan Sarah. πŸ˜‰ . Jaga diri ye.

    Reply

  20. jie says on :

    tak terkata apa lepas baca entri ni.
    “What a life?”
    its the fullest one could ever had πŸ˜†

    Reply

  21. wai says on :

    sarah,

    semput membace entri aok kali ni sarah. hahahha… walau apepon semoga terus tabah berbakti di hoshas tu. πŸ˜‰

    Reply

  22. Ksu says on :

    Salam adik Sarah..

    Woo.. what a hectic day.. baca entri ni pun, boleh terasa penatnya, dengan tk makannya lg, tk tdonya lg.. baru akak tahu begini rupanya on-call ek.. selama ni tk pernh nk ambik tahu pun pdhal ade ramai jer kawan2 jadi doktor. Anyway.. akak doakan Sarah sentiasa bahagia.. πŸ™‚

    Reply

  23. nagahimaru says on :

    mcm tgk citer house, scrubs, mercy, greys n er… penat kami baca, penat lagi awak yg mengalaminya kan… gambatte ne sarah chan.. semoga Allah permudahhkan sumer urusan awak… InsyaAllah..

    Reply

Leave a Reply