Kehidupan Baru

Assalamualaikum wbt

Selamat seminggu berkursus. Selesai sudah semuanya. Banyak yang terjadi di sana tapi episod cuti-cuti, jalan-jalan, makan-makan memang tidak ada sangatlah. Tapi, ada satu petang ketika di Pangkor, saya berkesempatan pergi berbasikal mengelilingi kawasan pulau, masuk kampung Cina dan main air sekejap di pantai bersama Nadia dan Baiz.

Selebihnya hanya program di dalam dewan, taklimat dan sebelah senjanya berbuka puasa bersama kawan-kawan. Malam, sebaik selesai program, masuk bilik terus tidur. Penat. Tidak sempat hendak buat apa-apa pun.

Dan esok, satu kehidupan baru akan bermula. Saya akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri dan kemudian terus melapor diri di hospital.

Jangan sebut pasal raya depan saya. Saya tidak akan beraya, tidak ada cuti raya dan tidak ada masa lapang langsung pun raya ini walaupun saya ditempatkan dekat saja dengan rumah.

Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat beribadah di hari-hari terakhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maafkan segala silap dan salah saya selama ini. Semoga kamu semua bergembira di pagi Syawal nanti tanda kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan ini.

Insya Allah, kalau ada masa, saya akan menulis cerita-cerita terbaru saya sepanjang menjalani housemanship nanti. Didoakan semuanya baik-baik saja ya sama ada di pihak saya mahupun kamu semua.

Nota 1: Terima kasih kepada semua yang ada berkongsi pendapat, pengalaman dan segalanya untuk dua entri sebelum ini. Saya tak ada masa hendak membalas semuanya.

Nota 2: Dunia saya ni akan menjadi dunia terbengkalai untuk sementara waktu. Tak payah jenguk sini pun tak apalah ye.

24 Responses to “Kehidupan Baru”

  1. Thia says on :

    Salam ks..

    firstly,thia mintak maaf sangat2 sbb tak reply balik komen yg ks bg ari tu. huhu
    yang pasal loceng tu,akak simpankan dulu boleh? tak payah pos dulu pon takpe,rasanya emak tak kisah pun. Sebab emak kata,emak nak bersemuka jugak dengan akak,nnt ks bg la loceng kat mak time itu ya..

    mungin tahun depan kita akan berjumpa ya kak. thn ni mmg tak sempat.thia dh nak balik Cairo 27 sept ni.
    kalau thn depan thia tak dpt bertandang ke Temerloh,apa kata Ks pula bertandang ke Gombak? hehe

    apa pun,doakan yang terbaik semuanya utk ks.Thia akan setia menanti entri2 berkaitan pengalaman ks dlm dunia housemanship. sedikit sebanyak memberi thia sejuta motivasi bg meneruskan alam pelajar perubatan di Cairo

    oops,terpanjang pulak dh komen kat sini ks.mcm email pula.huhu :mrgreen:

    Take care ks, Salam Ramadhan,Salam syawal

    Sayang sangat ks

    -thia-

    Reply

  2. Thia says on :

    lagi satu,doakan thia ya kak.tengah berdebar ni. 😳

    Reply

  3. ytmz says on :

    Apa beza housemanship & housewomanship? πŸ˜‰

    Reply

  4. firdee says on :

    selamat hari raya…walaupun raya sarah berbeza tahun ini tapi still raya juga…selamat berkhidmat untuk masyarakat ^^…

    Reply

  5. kak Tikah says on :

    slamt berkhidmat dr sarah.. even tak beraya di hari raya, berayalah dengan tugas.. Insya Allah u’ll be happy.. Takpe, dah duduk Temerloh, dekat sikit dgn keluarga, dah 6 tahun berjauhaan (or lmore) a.. See you nanti Insya Allah

    Reply

  6. Diya says on :

    Selamat Hari Raya KS. Moga semuanya berjalan lancar dan selamat bertugas ^-^

    Reply

  7. Lina says on :

    Salam Sarah..
    selamat bertugas..
    selamat berpuasa yg tinggal bape kerat je lg ni..
    selamat hari raya (walaupun sambut time bertugas, mesti ade kelainannya tu..)
    semoga selamat semuanya.. πŸ˜‰

    Reply

  8. alia' says on :

    Salam KS

    Sekarang di HoSHAS ye? Oh, best situ. Saya student kat sana. πŸ™‚
    All the best

    Reply

  9. hawa says on :

    salam. selamat… selamat.. selamat hari raya!!

    Sarah, just curious, awak kenal ke darshini nagarajah? Dia tu ex-classmate dari darjah 1-6. dah lama lost contact.

    Reply

  10. hafiq says on :

    πŸ˜₯
    salam kak sarah…huhuhuhu…semoga sukses dalam kerjaya mu e2…

    selamat hari raya…maaf zahir dan batin….

    p/s : lain kali bayar bil kat kedai…xyah la kena beratur kat celcom…huhuu

    Reply

  11. one says on :

    salam..
    TAHNIAH!
    terasa cam nak singgah jap hospital temerloh on the way balik KL

    Reply

  12. Ksu says on :

    Salam adik sarah…

    Selamat berpuasa yg dipenghujung ramadhan ini, dan selamat menyambut syawal dalam suasana berbeza. Semoga sarah sentiasa bahagia dimana sahaja sarah berada. πŸ™‚

    Reply

  13. akak says on :

    Salam Sarah..Walaupun Sarah cakap tahun nie tak berfungsi sangat perkataan raya tu..tapi akak masih nak ucapkan Selamat Hari Raya utk Sarah..Maaf ye kalau ade salah silap selama nie. Takpe tak boleh nak merayakan sepenuhnya pun..yang penting Sarah dah dapat ‘kemenangan’ Sarah yang tersendiri utk tahun nie.

    Selamat menjalankan tugas ye. Semoga dipermudahkan segala-galanya nanti.

    # Nota 2: Terbengkalai?..Takpe..nanti akak tolong bersihkan manaΒ² yang berhabuk ek.. :mrgreen:

    Reply

  14. sinar_islami says on :

    salam akak…smoga dimudahkan perjalnn HO…
    salam lebaran dan salam kemaafan juga sepnjg kenal..hehe walaupun bru la juga

    Reply

  15. Kak Cinta says on :

    Salam Sarah,

    Semoga sihat sentiasa dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T,
    Selamat menyambut hari raya yg bakal menjelang tiba :),
    Selamat bertugas…
    Semoga menjadi doktor yg berdedikasi
    all the best adik πŸ™‚

    Reply

  16. Atkeson says on :

    Salam Sa4ah,

    Semoga xihat sentiasa dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T,
    Selamat menyambut hari raya yg bakal menjelang tiba :),
    Selamat bertugas…
    Sekoga menjadi doktor yg berdedikasi
    all the best adik :);

    Reply

  17. Perindu says on :

    Salam sarah

    Selamat hari raya Maaf zahir batin.

    Selamat bertugas…
    kehidupan realiti membataskan waktu bukan πŸ™‚
    selamat menjalankan tugas dengan keikhlasan πŸ™‚

    Salam

    Reply

  18. Alam Setia says on :

    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

    Reply

  19. Kasawari says on :

    Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..

    Selamat Hari Raya..

    Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

    Reply

  20. truemax says on :

    Salam Aidifiltri Angah.

    Selalunya untuk staff yang baru kerja saya ucapkan “Welcome to the real world”, pinjam dari movie “What is the Matrix”.

    Semoga semuanya baik baik dan ceria untuk Angah sentiasa. 0-0 ya.

    ::truemax

    Reply

  21. sha says on :

    salam ks.
    sungguh sha sgt rindu ks skrg.xtau lg mcm mn nk contact ks sb sha dh deactivate fb sha.
    ks,selamat hari raya..maaf zahir batin.maaf bg pihak sha kalo ad terlebih terkurang selama kita kenal.halalkan makan minum sha
    sha sayang ks sgt2.rindu ks sgt2.moga ks tabah dan kuat sbagai ho πŸ˜‰
    sha doakan ks smoga cpt jumpe jodoh.wpun sha jarang contact ks,tp sha slalu ingt ks.mungkin ms jd penyebab. sha cycle topan skrg.doakan sha ye πŸ™‚
    salam dr sha utk ks sekeluarga πŸ™‚

    Reply

  22. nazurah says on :

    ks ingt sy lg?..dh lma xkomen kt blog ni.
    ks brtugas kt Hoshas ke? sy bru je lps posting kt situ..
    xpe next posting ade lg rotation kt hoshas..wish 2 c u there πŸ˜‰

    Reply

  23. nazurah says on :

    oh lupe plak..slmt hari raye~

    Reply

  24. muaz says on :

    Selamat Hari Raya dan selamat bertugas Kak Sarah…semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah. πŸ˜‰

    Reply

Leave a Reply