Bajet Perbelanjaan

Assalamualaikum wbt

Mari bercerita tentang kewangan. Bajet. Selaku seorang yang masih belum mempunyai gaji ataupun sebarang bentuk pendapatan sampingan yang lain, saya bergantung sepenuhnya kepada duit simpanan sendiri. Tetapi jika saya perlu pergi ke mana-mana di luar dari bandar, ayah pasti akan menghulurkan duit. Jika keluar bersama emak pula, memang hampir semuanya masih dibayar oleh emak.

Memandangkan tidak lama lagi saya akan mula bertugas, saya sudah mula mengumpulkan stok pakaian. Saya suka berbaju kurung. Jadi sudah semestinya target saya ialah baju kurung. Bermula dengan sesi temuduga kira-kira tiga minggu yang lalu, saya sudah mula membeli baju baru. Waktu itu, emak yang belikan. Beli baju siap di butik. Kami juga ada ke kedai kain membeli tiga helai kain pasang yang belum dijahit. Pun emak yang bayarkan. Kosnya sudah seratus lebih untuk tiga pasang kain dan tudungnya.

Dua minggu lepas, saya ke kedai baju lagi. Membeli baju kurung siap. Dua pasang sekali harung. Hampir dua ratus melayang. Terdahulu sebelum itu, saya membeli dua pasang kasut. Nasib baik ketika membeli kasut itu, ada potongan harga yang bagus. Tapi tetaplah juga melayang duit saya hampir seratus ringgit.

Tiga pasang kain yang dibelikan oleh emak hari tu saya hantar ke kedai jahit di kampung saya. Tukang jahitnya adalah kawan adik saya. Ini kali pertama saya cuba menghantar padanya. Lagipun kedai jahit lain sudah tidak mengambil tempahan kerana tempahan raya sudah cukup banyak diterima mereka. Jadi saya tinggalkan kain saya pada Puteri, tukang jahit itu.

Saya meneruskan pencarian baju kurung untuk stok bekerja nanti. Tapi di dua buah butik yang saya pergi bersama Kaklong pada minggu lalu, tiada satupun yang memenuhi citarasa saya. Sudahlah baju raya pun saya tiada lagi, hendak mencari baju kerja lagi. Aduh. Kena fikirkan bajet lagi. Pening kepala. Satu hal lagi, susah sebenarnya hendak mencari baju kurung yang kena dengan citarasa saya sebenarnya. Kerana kebanyakan jenis kain sekarang ini adalah jarang. Lagi mahal, lagi jarang. Dah jumpa yang cantik pun, masalahnya jarang pula. Jenis kain yang sebegini memerlukan si pemakainya mengenakan inner (t-shirt di bahagian dalam untuk mengelakkan kejarangan). Masalahnya, saya cukup rimas kalau hendak kena pakai inner. Cukuplah hidup di Moscow dulu, setiap kali hendak pakai baju kurung, kena pakai inner sebab cuaca sejuk. Ini, balik ke Malaysia, pun kena pakai inner lagi. Alasan, sebab hendak bergaya. Huish. Tak kuasa saya. Apa mereka ni tak rasa panas, kah? Jadi saya lagi sanggup bersusah payah mencari baju yang tidak memerlukan inner. Yang tidak jaranglah yang lagi bagus. Baru betul syariat berpakaian.

Petang tadi, tempahan baju saya yang tiga pasang itu telah siap. Saya pergi mengambilnya. Tiga pasang baju kurung, RM75 upahnya. Ini nilai upah di tempat saya. Sungguh berbaloi. Saya memang suka baju kurung yang ditempah. Lebih selesa. Nampaknya lain kali boleh ke kedai Puteri lagi. Jahitannya cukup kemas.

Dan mahu tidak mahu, dalam minggu ini, saya kena mencari paling kurang tiga helai baju lagi untuk mencapai target stok baju kerja saya. Untuk baju raya, saya kena memilih salah satu daripada baju-baju yang sudah dibeli ini saja. Tiada baju khas untuk baju raya. Serius saya katakan, untuk menyelesaikan proses mengumpul baju ini, saya perlu membuat bajet yang ketat. Kalau tidak, duit mengalir macam air tanpa saya sedar ke mana perginya ia.

Saya meletakkan bajet RM500 untuk lapan helai baju kurung beserta tudung. Alhamdulillah, emak ada menyumbang sama. Jadi saya dapat mengurangkan kosnya sedikit. Setakat ini, bajet saya masih belum lari. Kesimpulannya, membuat bajet itu memang penting untuk mengelakkan kita terlebih belanja. Mesti ada antara kamu yang mengatakan bajet ini cukup besar. Salah tu. Ini sudah kira kecillah ni untuk lapan helai baju dan beberapa helai tudung. Sehelai baju kurung siap sekarang ni berharga RM65 ke atas tau.

Sebenarnya saya bukan tidak ada baju kurung langsung. Ada memang ada. Tapi banyak yang sudah lama-lama. Yang zaman SPM dulu pun ada lagi. Saya ni tak meninggi dah pun. Jadi masih muat baju-baju dulu. Tapi takkanlah hendak kerja pun masih pakai baju 7-8 tahun sudah. Setiap tahun, saya akan membawa balik sehelai dua baju kurung baru ke Moscow. Jadi, baju baru saya tidaklah banyak mana. Anak terbiarlah katakan. Hahaha. Jadi, inilah masanya saya kena mengumpul semula stok baju untuk keperluan saya dalam masa terdekat ini. Lagipun, ke mana pun saya pergi, saya memang berbaju kurung. Kecuali keluar tanpa perlu turun dari kereta. Yang ni pakai seluar baju tidur saja pun tak mengapa. Muahaha.

Dalam sibuk menyediakan kelengkapan hendak bekerja nanti, saya ada terfikir juga. Ini baru kelengkapan baju kerja. Kalau hendak kahwin nanti macam pula? Beribu-rabanlah habis jawabnya. Jadi, marilah kita jangan berkahwin sekarang. Berkahwinlah kita apabila duit sudah berkepuk nanti ya. Hahaha.

Nota 1: Apa yang memelikkan saya, sekarang saya pakai baju kurung saiz XS.Β  Dulu-dulu pakai S. Tapi sekarang S adalah besar untuk saya. Wahaaa. Takdelah gemuk mana pun saya, kan! :mrgreen:

Nota 2: Tapi bila timbang berat badan sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan minggu lepas, MASYA ALLAH! Sudah naik hampir 7 kg!!!!! Melebihi batas norma sungguh! :shock: :| :sad:

Nota 3: Iyelah. Iyelah. Saya gemuk. Saya memang gemuk. :???:

18 Responses to “Bajet Perbelanjaan”

  1. akak says on :

    si pengganggur yg tengah kira bugetnya.. :mrgreen: Takpe..insya Allah lepas nie..semua akan jadi seperti biaseΒ² hendaknya.. πŸ˜‰ . cuma lepas nie, mungkin kene buat buget utk beli kereta pulak kot.. πŸ™„

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la pasalnya Akak. Bajet beli kereta akan fikir kemudian. Sekarang tengah dalam proses buat penilaian. Hehe. :mrgreen:

    Reply

  2. Wanie says on :

    salam

    naik berat tanda gembira. kat sini kitorang bakal turun la berat. sedih sebab rindu :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Wanie!

    Gembira apanya… Kalaulah kamu tahu… 😐 😐 😐

    Reply

  3. Siti Noor Syazwana says on :

    Ks, samalah kita.Baju kurung yang dari sek rendah pon masih muat.. Tapi kita lebih suka berjubah je. Dan memang susah nak membeli baju kurung ni. Kita agak cerewet..hehe
    Selamat menempuh alam pekerjaan πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    KS susah nak dapat saiz jubah. Silap haribulan, memang jadi penyapu lantai je la jubah tu nanti. Sebab meleret2 panjangnya. πŸ˜†

    Reply

  4. Saffa says on :

    Naik 7kg! Tak apa… Nanti bila dah kerja.. turun balik la kowt! Huhu..

    Tahun ni macam biasa.. tak beraya sangat. Jadi baju raya tak beli. Pakai mana yang ada jer.. =.=”

    Reply

    Sarah Reply:

    Naik 7 kg u dah menyebabkan berat badan KS melebihi 50 tau. Adeh la…. πŸ™„

    Sebab lepas raya kamu ada exam kan? Takpe2. Lepas exam tu kamu beraya la sakan2. Heheheh. ^___^

    Reply

  5. djambu says on :

    “marilah kita jangan berkahwin”…lucula bila dengar. haha!

    bila nak mula berpendapatan ni sarah?

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul la Yeop. Selagi takde duit, jangan mengada2 nak bercakap pasal kawin. Buat susah mak bapak je nanti. Huhu.

    Insya Allah lepas raya.

    Selamat kembali ke sekolah! Setahun je dah lagi. All the best!
    *tiba-tiba teringat sambutan 1 September kat sana*

    Reply

  6. Kasawari says on :

    Peningkatan berat tidak sejajar dengan saiz baju kurung.. adakah itu satu kesilapan penulisan.. XS atau XL..? πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Uishh. Memang XS la bro… πŸ™„

    Reply

  7. aminhad says on :

    Salam Ramadan al-Mubarak.
    Semoga kita dirahmati-Nya
    di sini dan di sana.
    Amin.

    Byk buat kuih tak?
    Baju raya berapa pasang?
    O bajet lari ke baju doktor ek?
    Kesian. Tahun dpn baju Raya
    lebih byk drp baju doktor.

    Kan? Kan?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Sifu!

    Salam Ramadhan kembali. Uish. Kuih semua tak buat apapun lagi. Masih awal lagi ni nak fikir pasal kuih. Hehe. Baju raya cuma pakai baju yang dah beli untuk kerja ni nanti je la. Erm, entah2 tahun depan tak dapat raya langsung. Huhu. Haru jadinya πŸ˜›

    Reply

  8. Bro Fisol says on :

    salam…

    rapi betullah persiapan sarah untuk menghadapi alam pekerjaan ni…bagus jugak nanti taklah tercari2kan..hmm bro dulu nasib baiklah kerja kilang je awal2 graduate dulu, boleh pakai baju dan seluar kasual je,.. kalau tak mesti banyak perbelanjaannya…

    haha…bro dulu punyalah cekeding, seluar beli budak2 sekolah punye masa kat UK dulu, sekarang..segan nak cakap, tapi xpe..saja nak tunjuk yang k.mai bagi cukup makan..

    selamat berpuasa..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Abang Fisol.

    Wah. Dulu2 muat pakai seluar budak sekolah yek. Amazing! Takpe2. Tu tandanya memang Kak Mai pandai jaga makan minum. :mrgreen:

    Selamat berpuasa juga untuk family di Jitra ye. Kot ada rezeki raya ni jumpa lagi insya Allah. 😎

    Reply

    Kak Mai Reply:

    hikhik..bukan cukup makan, terlebih makan kot πŸ™„

    tiba-tiba je rasa nak komen, tapi sebelum ni pun rajin jugak jenguk..tapi abg fisol yang komen on behalf kami..

    Insya-Allah datanglah, satu famili invited..kami raya kat Alor Setar dulu tahun ni, 3nd raya kat Ipoh pula, 5th balik jitra..You’re welcome to any of those places, masing-masing ada spesel menu..

    Reply

  9. nadiah says on :

    Sarahku sayang

    kui kui kui. saya setuju dengan note 1. mari mari kite menunggu cukup berkepuk baru menimbangkan soal berteman teman., cheh cheh

    yang no 2 pon samela kite. tapi nadia lebih lagi 3 kilo. kalau sarah 7kg. Saya 10 kg =p

    Yang no 3. LAGILAH SETUJU. saya GEMOK jugak ni.

    Reply

Leave a Reply