Ramadhan Al-Mubarak
Assalamualaikum wbt
Sebaik saja saya siap menulis entri lepas, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Jadi terbantutlah niat saya hendak menulis entri baru. Disebabkan tiada elektrik selama dua jam setengah, maka selama itu jugalah saya mengemas rumah dan rak kasut luar rumah sebab disuruh oleh ayah. Saya tahu kenapa ayah meyuruh saya mengemas rak kasut itu. Sebab di tepi rak kasut itu ada kotak kucing ayah bersama empat ekor anaknya yang comot pada pandangan mata saya yang tidak menyukai kucing sangat ni.
Pagi ini terasa gembira sikit. Saya dapat berhubung semula dengan dua orang kawan lama saya. Izzaidi dan Wahida. Kami bertiga ni sekelas dari tingkatan 1 sampai 3. Selepas PMR, tiga-tiga berpindah mengambil aliran sains di sekolah yang berlainan. Tapi sehingga ke hari ini kami masih berkawan.
Tengahari pula saya sempat berbual sekejap dengan Faaiqah dan Kak Anisa. Tapi dengan dua-dua pun tidak dapat berbual lama. Ada maslah dengan talian. Senang terputus. [Update: Faaiqah baru telefon semula. berborak lama dengan dia. Seronoknya!] Dua-dua ni kawan baik saya. Sudah lapan tahun saya mengenali kedua-duanya. Kak Ani sudahpun selamat melahirkan anaknya sebulan yang lalu. Seronok sungguh dapat berbual dengan mereka.
Saya sebenarnya hendak bercerita tentang hal lain. Tapi saya rasa macam tidak berperasaan hendak cerita pula. Lepas ni nak kena hantar Tok ke bank pula dan saya kena mengemas bilik Kaklong, Nan dan Adi yang akan balik pada hari esok. Kan dah kata yang saya ni penganggur terhormat sebab saya sibuk mengalahkan YB.
Senja ini kita akan mula melihat anak bulan. Bukan kitalah. Tapi ahli-ahli yang faqih dalam bidang ini. Kalau tiada aral, esok kita akan mula berpuasa. Eh, terasa sebak menulis ayat ini. Ya. Ramadhan sudah hampir tiba. Jadi sebelum saya menyudahi entri ini, saya ingin memohon maaf atas segala silap dan salah selama ini. Semoga kita saling meredhai sesama kita.
Mari kita hidupkan Ramadhan kita kali ini dengan penghayatan ibadah yang lebih lagi. Baik dari segi puasanya, tadarus Al-Qurannya atau apa-apa saja amalan lain termasuk tarawih dan berzakat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lalu. Kita kena minta ini sungguh-sungguh. Rugi kita kalau disia-siakan Ramadhan kali ini. Siapa tahu, ini Ramadhan terakhir kita di dunia ini. Lagipun, Ramadhan adalah bukti Allah itu sangat menyanyangi kita semua. Bulan ini dicurahkan-Nya dengan seribu keberkatan, ditutupkan pintu neraka, dihentikan azab kubur, dibukakan seluas-luasnya pintu syurga dan dilipatgandakan ganjaran untuk semua amalan kebaikan.
Semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh-Nya dan tadarus kita di bulan barakah ini menjadi perisai kita di akhirat nanti. Selamat berpuasa buat semua.
Nota 1: Sudah 6 tahun saya tidak berpuasa di rumah. Akhirnya… (Ya Allah, memang sebak sungguh ni…) Bersyukurnya aku, Ya Allah! Sempat lagi aku menunaikan ibadah puasa bersama keluarga.
Nota 2: Tidak kira di mana pun kamu semua berpuasa pada tahun ini, saya doakan kesihatan kamu semua dalam keadaan yang baik, tiada yang sakit-sakit. Sebenarnya, keterasingan dan kejauhan itu mengenalkan kita dengan satu lagi nikmat berpuasa iaitu sabar.
Nota 3: Saya akan rindu suasana sibuk-sibuk memasak untuk berbuka selepas pulang dari hospital di Moscow dulu-dulu. Rindunya pada PENA, WANIE, FATT, DIBA, EMY dan SHA!
selamat berpuasa juga pada sarah ..
tentu lebih meriah berbuka & bertarawih dgn famili thn ni 😀
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:31 am
Selamat berpuasa Kak Iza 😉
Reply
selamat berpuasa Sarah. At least dapat berpuasa lama di rumah sebelum houseman.. Kak Tikah cuma berpeluang balik hujung minggu jerla.. dan Alhamdulillah kami cuti raya seminggu sebelum raya.. Salam buat keluarga semua..
Mari kita hidupkan Ramadhan.. Moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya.. Insya Allah.. Fastabiqul Khairaat..
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:32 am
Selamat berpuasa Kak Tikah. Insya Allah jumpa raya nanti ye 😉
Reply
Esok ker start puasa? Saffa ingat hari sabtu. Harap2 hari sabtu sebab Saffa baru nak balik rumah esok! 😀
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:33 am
Akhirnya dapat jugak Saffa berpuasa di rumah kan. Makan puding caramel emak buat lagi tu 😉 Selamat berpuasa untuk Saffa dan keluarga.
Reply
salam sarah.
alhamdulillah. dapat puasa di tanah air. selamat berpuasa…
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:34 am
Selamat berpuasa untuk Hanis jugak 🙂
Reply
selamat berpuasa ye Kak Sarah. mkn juadah buka puase yg sedap2, jgn lupe org kat cni. hehehe.
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:35 am
Selamat berpuasa untuk Arina jugak. Balik Malaysia cepat. Kat sini ada nasi minyak tau. Ngahahha![:mrgreen:](https://sarahshukor.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Reply
selamat berpuasa sarah =)
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:36 am
Selamat berpuasa Mimi 😉
Reply
Selamat berpuasa sarah.Mesti satu pengalaman yang mengharukan dapat bersahur dan berbuka bersama adik beradik kan..:) sarah, sy mohon maaf zahir batin kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita ye. Awak seorang sahabat yang sangat baik dan saya sangat hargai hubungan ni,ceewahh.
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:38 am
Selamat berpuasa untuk awak jugak Acai. Saya pun sama. Nak mintak maaf banyak dengan awak. Ye la. Dah lama berkaan, mesti ada tersinggung apa semua kan. Ramadhan kali ni 1st time awak sambut dengan Fiza kan. Semoga Ramadhan kali ni jauh lebih baik untuk awka berdua. 😉
Saya sangat beruntung ada sahabat macam awak!
Reply
Salam sarah
Semoga dipermudahkan dalam urusan menunaikan ibadah dibulan ramadhan. Ceria senantiasa salam 🙂
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:39 am
Salam Ramadhan kembali untuk awak 😉
Reply
Sarah sayang…
selamat berpuasa ye yang
seronokkan dapat puasa dengan family
arap kita dapat jumpa jugak one day 🙂
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:41 am
Kak Lyna!!!
1st of all, selamat berpuasa untuk akak sekeluarga. 2ndly, saya tau yang akak dah transfer balik Kl semula pun just recently. Eh, takde la recent sangat. Dah sebulan lebih dah. Dayat yang bagitau waktu jumpa dia hari tu.
Ye. Kita mesti jumpa satu hari nanti. 😉
Reply
Selamat beribadah Sarah n family! 🙂
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:41 am
Selamat berpuasa untuk awak dan isteri 😉
Reply
Kak Sarah!
Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbukak puasa, selamat bertarawih, semuanya selamat2 lah ye.
^-^
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:41 am
Untuk Diya pun sama. Selamat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan ni ye. 😉
Reply
sedikit sebak juga bila baca ayat ‘sudah 6 tahun tak berpuasa di rumah’. Rasanya dah lebih 6 tahun tak dapat berpuasa di bumi Malaysia juga.
Selamat berpuasa Sarah. Semoga kita dapat mencapai amalan puasa yg diberkati Allah.
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:42 am
Hafiz, happy belated belated belated birthday! Hehe.
Selamat berpuasa untuk awak jugak. Insya ALlah tahun depan turn awak pulak untuk berpuasa dengan keluarga di Malaysia. 😉
Reply
salam..
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa..sempena bulan yang mulia ini kami sekeluarga juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap..
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:43 am
Selamat berpuasa untuk Abang Fisol dan Kak Mai sekeluarga di sana! 😉
Reply
Salam,
Adik Sarah yang manis :), Selamat Berpuasa dan semoga semua dipermudahkanNYA..maafkan di atas segala keterlanjuran di sepanjang akak mengikuti blog awak nie..jaga diri dan selamat bergembira bersama keluarga tersayang dan manja banyak2 dengan adik beradik awak yang balik ke kg 🙂
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:44 am
Selamat berpuasa untuk Akak juga ye. Oh, waktu adik beradik berkumpul tu, bukan setakat bemanja je, bergaduh pun ada jugak. Hahaha.![:mrgreen:](https://sarahshukor.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Reply
Salam buat Orked..
😉
mesti kenal siapakah gerangan saya kan…RINDU kamu.
selamat berpuasa…puasa yang sangat2 memberi makna..(bersama keluarga.)
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:45 am
Salam Neesa. Ye. Awal2 lagi pun saya dah cam dah. 😉
Selamat berpuasa untuk awak jugak 🙂
Reply
Selamat berpuasa Dr. Sarah!!! 🙂
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:45 am
Selamat berpuasa bersama isteri ye Lee 😀
Reply
Lee Reply:
September 2nd, 2009 at 11:02 am
Thanks….
Reply
Selamat Berpuasa. Pastinya puasa ini pasti lebih bermakna buat Sarah.
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:45 am
Selamat berpuasa kembali untuk bro! 😉
Reply
Salam…..selamat berpuasa….sy nak balik Miri….hukhukhuk
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:46 am
Selamat berpuasa untuk awak jugak Dayat. Sekarang dah balik Miri kan? Dapat la lepas rindu kan. 😉
Reply
Salam Sarah,
Aduhai.. lama tak ke sini..
Selamat menjalani ibadah puasa ya buat Sarah sekeluarga..
Reply
Sarah Reply:
September 2nd, 2009 at 7:47 am
untuk bro pun sama. Selamat berpuasa dan berpesta ibadah di bulan Ramadhan ni ye 😉
Reply