Balik Kampung

Assalamualaikum wbt

Petang Jumaat yang lepas, saya pulang ke Penang bersama emak, ayah dan dua orang adik. Sebenarnya, sejak saya sampai hampir sebulan yang lalu, ini kali pertama saya balik ke kampung untuk bertemu keluarga di sana. Sebetulnya, pada hari Sabtu lalu, seorang sepupu saya melangsungkan perkahwinan. Itu yang digagahkan juga pulang walaupun terapit dengan macam-macam hal lain.

Sekitar pukul 11 pagi Sabtu itu, kami bertolak ke rumah Tok Nab di Penaga, berkumpul dengan saudara-saudara yang lain dan kemudian baru bertolak ke dewan tempat majlis berlangsung. Dewan itu tidak jauh dari rumah Tok. Sepupu yang berkahwin ini ialah anak kepada adik ayah saya, Makcik Zakiah. Kesemua adik beradik ayah berkumpul di situ pada hari itu. Sebetulnya ada ramai sepupu-sepupu sebelah Penang yang masih belum pernah saya jumpa atau kenal rapat. Tapi di majlis itu, saya berkesempatan mengenali mereka semua. Sepupu-sepupu yang sudah lama terpisah, sepupu-sepupu yang sudah lama tidak saya jumpa.

Kerja saya pada hari itu ialah menguruskan meja makan pengantin dan mengosongkan meja makan tetamu yang sudah beredar. Pada mulanya itu sajalah kerjanya. Lagipun saya ni ikut saja apa yang Mak Lang saya dan kakak-kakak saudara saya suruh buat. Sekali, bila pengantin lelaki tiba, saya telah disuruh menjadi pengacara majlis pula. Alamak! Saya memang menolak habis-habisan. Alasan saya: Sat lagi oghang pelik. Sarah cakap tak bunyi utagha sangat. Malu la sat lagi. Tapi Mak Lang, Paksu dan Kak Rini saya cakap: Hang bedai ja. Hahahaha. Maka, tak semena-mena, budak comot ini telah menjadi pengacara majlis perkahwinan sepupunya yang comel lotey itu. Eh, ini sungguh betul. Sepupu saya yang kahwin tu sangat cantik orangnya!

Apa-apapun, tahniah saya ucapkan buat sepupu saya, Nurul Hidayah Arifin dan pasangannya Muhammad. Kak Sarah doakan awak berdua bahagia selamanya dan dalam redha Allah sampai ke syurga ya. Hidup dalam rukun harmoni ok.

Dan bila dah berada dalam kenduri kahwin begini, soalan yang tak lekang dari mulut emak-emak saudara ialah: Hang bila lagi? Takkan takdak calon kot. Jawapan saya senang saja: Tu Kaklong tak lepas lagi tu. Hahaha. Padahal Kaklong nun jauh di Sarawak. Sesedap hati saja saya jual nama Kaklong. Tapi alasan yang paling kerap saya guna dan bagi saya jauh lebih realistik dan logik ialah: Laa… Sarah baru habis mengaji ja ni. Kasi chance la nak gheja, nak pegang duit sendiri dulu. Haa… Kan lagi harmoni sikit jawapan macam ni. Tapi bila difikir-fikirkan, memang level yang atas-atas semuanya sudah berkahwin. Kak Nija dah ada tiga orang anak. Kak Linda pun sama. Kak Rini pun dah ada anak. Along Hafiz pun baru saja dapat anak bulan lepas. Sekarang tinggal Jijan, Kaklong, Maya, saya dan Nan yang berada dalam kategori umur yang seterusnya. Habislah semua pun mesti asyik menujah ke arah kami saja. Tukar soalan lain boleh tak? Tak rocklah asyik tanya pasal kahwin aje. Kalau ada jodoh, sampai masanya semua orang pun kahwin. Ye dak?

Eh, mesti kamu semua nak tengok gambar kan? Hahaha. Ni satu lagi halnya. Saya tertinggal beg kamera saya di Pahang. Bengang sungguh saya dengan si Azizi dan Aiman yang pada mulanya berebut-berebut mahu mengangkat beg sandang kamera untuk dimasukkan ke dalam kereta. Sudahnya, tiada siapapun di antara mereka yang mengangkatnya. Jadi, tiadalah gambar walau sekepingpun di majlis itu. Nantilah saya minta anak saudara saya kirimkan gambarnya. Atau mungkin tag-tag di Facebook saja. Lagi mudah. Kalau saya rajin, nanti saya tulis entri baru untuk letak gambar di sekitar majlis saja. Hehe.

Sebaik saja pengantin beredar ke meja makan beradap, saya terus cabut lari dari majlis. Waktu itu sudah hampir pukul 3 petang. Saya mahu ke Butterworth pula. Ayah yang menghantar saya ke sana. Seorang kawan yang sama belajar di Moscow dulu melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama. Tahniah diucapkan buat Norhidayah Mohd Suhimi dan Abd. Mustaqim Abd. Isham. Akhirnya bersatu juga awak berdua ya.

dyh-mus

Elok saja saya sampai di dewan itu, sesi fotografi bersama kawan-kawan baru hendak bermula. Kebetulan, memang agak ramai batch saya yang menghadiri majlis Hidayah dan Mustaqim. Terus saya bertemu pengantin, bergambar sikit-sikit dan kemudian terus balik. Ayah sedang menunggu di luar. Ada saudara sedang menunggu di rumah Tok Yam. Kena balik awal.

Jadi malam itu memang terdampar kepenatanlah saya. Tapi, hari Sabtu itu memang rekod sungguh. Dari pagi sampailah ke tengah malam saya tidak berhenti makan. Segala macam benda saya sumbat. Subhanallah. Saya ni berperut empat seperti lembukah? Ya Rabbi… Tu pun nasib baik tak sempat pekena Mee Udang Kepala Batas! Hohohoho liao!

Dan selamat hari lahir untuk Kaklong (9 Ogos) dan adik saya Adi (10 Ogos). Kami semua di sini mendoakan yang terbaik untuk awak berdua. Tak sabar tunggu awak berdua balik!

Nota 1: Tapi saya tak sempat jamah makanan pun di kedua-dua kenduri. Sibuk buat kerja.

Nota 2: Saya bertemu semula dengan sepupu saya, Haniff, anak Mak Lang Zaitun dan Pak Lang Zaid. Kali terakhir bertemu Haniff ketika itu dia berada dalam tingkatan 4. Itu kira-kira 6 tahun lalu. Selama ini kami hanya berhubung melalui internet saja. Mak aih. Kacak sungguh dia sekarang. Kan Anip kan. Segan akak dibuatnya. Hehe. :mrgreen:

Nota 3: Ehem. Budak silat itu sungguh kacak dan hebat. Suka suka. Abang janggut sejemput bertali pinggang kuning. šŸ˜† šŸ˜† šŸ˜†

Nota 4: Balik kampung raya nanti, saya nak buktikan saya sudah kurus semula ok. :evil:

13 Responses to “Balik Kampung”

  1. Bro Fisol & Kak Mai says on :

    selamat pengantin baru buat mereka semua…rasanya turn sarah tak lama dah ni.. šŸ™„ …juga selamat hari lahir buat kaklong sarah & Adi…lain kali balik Penang lajaklah ke jitra sekali..

    Reply

    Sarah Reply:

    Bab kawen2 jangan sebut aaa dengan saya. Balik kejap je hari tu. Padat pulak tu. Tak sempat ke mana pun. Insya Allah next time tapi tak tau la bila.

    Reply

  2. kak reeni says on :

    hi dear sara,ini la adat bila bertemu semula….ada ramai lg yg sara kena kenal…kak reeni rasa la…tapi tak pa amik masa…raya nanti jumpa kat rumah tok nab k,
    ha lg satu kenapa sara yg jadi MC:sbb suara dia best…. šŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Reeni! Alamak. Macam mana akak jumpa blog saya ni? Huuuu. Sangat malu dah ni. Sure sure! Kita mesti jumpa time raya nanti! Alahai. Sejak bila la pulak suara saya sedap nih. Huhuhu :mrgreen:

    Reply

  3. Alif Anwar says on :

    Musim cuti musim orang berkawin. Tahun ni sepupu sepapat ramai pakat2 kenduri kendara. Dah nasib badan duduk kat negeri orang. Tak dapek la merasa nasik minyak diorang. Haha apa benda la saya ngomel ni XD Selamat hari lahir untuk Kak Long dan Adi. May Allah bless you. Amin.

    Reply

    Sarah Reply:

    Alif! Lama tak dengar khabar kamu! Takpe Alif. Satu hari nanti, bila berkumpul ramai2, kamu kenal sepupu sepapat yang baru2 tu sekali harung. Senang cerita. Heheh. Terima kasih bagi pihak Kaklong dan Adi šŸ™‚

    Reply

  4. djambu says on :

    tera sungguh cik sarah tuka mod pahang kpd mod penang. hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Kat sana pun takde la saya cakap Penang sangat. Dengan Tok2 saya, mak2 sedara baru la cakap Penang. Dengan sepupu2 majoriti cakap biasa2 je tapi sedikit utagha. Hehe.

    Reply

  5. riyana says on :

    la kak sarah ni kampung kt penang rupanya? awat x habaq awai2..haha. sy org penang! šŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Kamu orang Penang rupanya ye. Kampung akak di Kepala Batas šŸ˜‰

    Reply

  6. maya says on :

    hahaha intro~
    maya sangat setuju perenggan ke 5,5 ayat terakhir tu!
    šŸ™„

    Reply

  7. anipzaid says on :

    dia yang comel,cakap orang pulak ye..~ šŸ˜‰

    Reply

  8. webcam says on :

    Iā€™m not that much of a online reader to be honest but your sites really nice, keep it up!
    I’ll go ahead and bookmark your website to come back in
    the future. Cheers

    Reply

Leave a Reply