Kebosanan Ini Membunuhku
Assalamualaikum wbt
Saya rasa hari-hari saya tidak berkualiti langsung sejak kebelakangan ini. Semalam, kebosanan betul-betul membunuh saya. Sedangkan pada masa yang sama saya sedar saya perlu membuat ulangkaji. Nota penuh di atas meja tetapi bacanya baru dua, tiga muka saja.
Bosannya tiada kawan berdekatan dengan rumah. Mati kutu saya duduk rumah tercongok seorang diri. Naik buai seorang diri. Termenung seorang diri. Melepek pun seorang diri. Makan seorang diri. Tidur lagilah seorang diri. Jadi buat masa ini, saya amat malas hendak mengemaskinikan blog dan saya nekad hendak membuat ulangkaji secara maksimum.
Salam. Daa~
Nota 1: Selamat pengantin baru buat Hanim dan Hanafee. Maaf tak dapat datang walimah awak berdua.
Nota 2: Kenapa tak ada kawan sebab semua kawan dah kahwin.
Awk sedang dalam keadaan yg kronik ni…..kne cepat2 cr ubat…nnt merebak virus awk tu…..hehehhe baik awk buat target bru utk smbg belajar, baru ada semangat utk buat ulangkaji…..hehehehe
Kenapa Nota 2 berbunyi mcm tu…..huhuhuhu
Reply
hitman Reply:
August 3rd, 2009 at 9:31 am
WOI HILMAN! SIBUK LA KAU! BUDGET CARING! BLAH!
Reply
Salam Sarah…
Akak selalu mengikuti blog sarah ni…
kali ni rase terpanggil plak nak komen..
Akak rase Sarah kene enjoy dan nikmati waktu lapang yg Allah bagi sekarang ni…
dari pengalaman akak, ini je lah waktu yang Sarah bleh nikmati sepuas-puasnye sblm bekerja nnti…
Percaye lah, pas Sarah start keje nnti, tak akan ade lagi waktu lapang yang akan Sarah dapat…
So, enjoy n nikmati puas-puas…
Love,
Akak yg takde waktu lapang mcm Sarah..hehe
Reply
betul tu sarah. susah nk cari masa lapang bila dah kerja. jd apa kata awak tanam ubi, keladi ke apa2 kt blkg rumah tuh. atau cat bilik utk persediaan raya. jahit baju raya ke. aku ada kain blom buat baju melayu nih. haha.. oder msh buka kan. haha
kakak awk kt sarawak oke ke. hehe *tetiba
Reply
Akak bersetuju dengan tarantula & CJ. Sarah patut mengisi masa lapang ini dgn aktiviti2 yg Sarah suka.
Reply
Biasa lah bila bersendirian pasti rasa bosan, apa kata buat gathering rakan2 blog mesti bestnya
ps:Blogger Pahang tolong temankan Sarah tu!
Reply
salam. sarah, ape kate awak belajar menjahit ke? atau pegi amik kelas buat kek ke. atau pegila kursus kahwin! 😉
Reply
Pergi la bukak facebook, main game dalam tu. Tade la bosan sangat.
Rata-rata kawan baik saya sudah berkahwin, jadi teramat jaranglah saya berlepak dengan mereka. Mati kutu dibuatnya.
Reply
Khairul Reply:
August 3rd, 2009 at 8:49 pm
Tu la Encik Noktah. Awak tu dah berumur… pergi la kawen.
Reply
hahahaha.
sarah! saya sgt memahami sarah! kebusanan sgt sgt bila takde kwn ni. mmg bosan. walopun ada keje boleh di buat tp bila xder kwn ni mmg bosan gila. bosan dia laen. takleh di katakan melalui kata-kata. eh apa merapu ni.
sbb tu saya berkeras mau kerja di kl. sbb kwn2 saya ada sini.
=P
sarah meh dtg kl meh dtg konvo saya. hilank bosan tu. =P
Reply
Untuk mengisi kekosongan diri lebih cari sampingan ya……ng….. pas…..ti 😆
Reply
saye sangattttt pahammmmmmm. (er, maaf menghancurkan ejaan bahasa ibunda, hehe) 😛
saya pun dulu selalu rasa bosan, walaupun sangat sibuk dan banyak kerja, sebab saya rasa takde kawan(kawan-kawan semua jauh).
apa yang saya selalu buat ialah mengacau kawan-kawan di alam maya!hehe. hilang sikit rasa sunyi tu. saya gunakan habis-habis skype, telefon, ym, dan sebagainya.cubalah. 😆
(saya pengikut setia blog awak bertahun-tahun sudah, cuma tidak pernah bagi komen, maaf jika awak tersinggung)
Reply
tp AT,
walopun secara maya, kepuasan itu hanya sementara saja. xbleh nak sentuh. tepuk. ketuk. sepak. terajang. dan lain-lain. huhu.
Reply
keSatria Reply:
August 5th, 2009 at 11:07 pm
opss. lupa ada function reply. 😛
Reply
kak sarah. xde kawan nk ajak kuar, kacau je diorang, calling2 paksa kuar gak. hehe.mmg kalau cuti lama2 dok umah je mmg bosan.mesti nk kuar ngan kawan gak kan? hehe
Reply
hmm bila baca entri terbaru, terus gementar nak komen 🙂
betul sara, manusia biasa tak terlepas dengan emosi dan amarah.
cuma perlu control ye.
elakkan hypertension 🙂
Reply