Tentang Blog
Assalamualaikum wbt
Sekarang sudah jadi buntu tidak tahu apa yang hendak dituliskan di sini. Cuma satu saja yang seronok. Domain blog saya ni sudah dibayar oleh adik saya sampai ke tahun depan. Ada hampir dua tahun lagi baru akan tamat tempoh. Maksudnya apa? Tak bolehlah saya membazirkan blog ini begitu saja. Sedangkan saya baru saja berniat, bila sudah mula kerja nanti, mungkin akan dihapuskan blog ini. (Sudahlah berbayar setiap tahun, agak kerek pula tu blog ni. Blogspot dulu lagi fun, kan.)
Kerana dengan menulis blog ini sebenarnya mendatangkan kekusutan yang teramat sangat kepada jiwa. Daripada fungsi utamanya sebagai tempat lepak secara sihat dengan menulis perkhabaran terkini dan mencatat sesuatu untuk kenangan, tapi dalam sekelip mata boleh menjadi tempat yang mendatangkan seribu satu tensi.
Apa tidaknya. Melalui blog ni sebenarnya ada pelbagai jenis gangguan makhluk halus telah saya terima. Yang tak halus pun ada juga. Yang halusnya sebab gangguan diterima secara tidak langsung. Melalui orang lain yang kemudian sampai juga kepada saya. Meletup kejap kepala bila terpaksa berhadapan dengan hal ini. Gangguan makhluk tak halus pula diterima secara terus kepada saya. Yang ini lagi sakit jiwa. Kalau dulu di Moscow, bila ada saja gangguan-gangguan begini timbul, saya akan terus mengadu pada Fareena. Itu penyimpan mohor-mohor besar saya tu. Maka, untuk mengurangkan tensi gangguan-gangguan makhluk ini, kami akan menganyam segugus dua ketupat bersama-sama. Apabila rasa geram, kusut dan separa menyampah sudah hilang, maka akan kembalilah kami menjalankan aktivitiΒ hidup secara normal.
Jadi sebenarnya menulis blog ini ada baik dan ada buruknya. Tapi bagi saya, sampai masanya saya akan berhenti juga. Cuma persoalannya kenapa dan bila tu, hanya Allah yang tahu.
Wah. Entri bercirikan begini tak tulis pun tak mengapa, kan. Hehe. Tujuan menulis di awal tadi sekadar hendak beritahu, kepada makhluk-makhluk yang bersifat halus atau tidak (Ha.. Ha.. Tak tahu. Siapa makan cili, dia rasa pedas), janganlah kacau saya banyak sangat. Saya tak suka. Haha. Kan senang begini. Saya cakap terus terang saja. Tak payah nak selindung-selindung.
Nota 1: Tapi saya suka dikacau oleh seseorang. Hahaha. Siapa? Siapa? Siapa?
Nota 2: Saya kepenatan tapi tidak boleh lelap lagi. Mendengar zikir Ustaz Badrul Amin sangat menenangkan jiwa dalam gelap-gelap begini.
salam sarah..
3.55 am..tak tido lg? nampak gaya untung la akak sementara sarah tak bz..dapat baca entry org ‘moscow’
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:26 pm
Tak boleh lelap la malam tadi kak. Hehe.
Reply
sampai suatu keadaan dimana Sarah semakin sukar difahami.. π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:26 pm
Iye eh? Erm… Erm… Erm… π
Reply
wee! beshnyer..dh ade dekat ngn insan2 tersyg.
Ye lah sarah, sebenarnya jika saya juga berada di Malaysia, mesti saya juga sudah malas ingin update blog. hehe. π
Tetapi, jika duduk berjauhan dgn keluarga, memang rasa cam perlu gak blog itu. hehe. Yang pasti, tidak sabar rasanya ingin menamatkan pelajaran dan pulang ke Malaysia. Tahniah yek Sarah! π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:29 pm
Bukan malas apa Akmar. Mlas sebab rasa macam takde apa yang exciting nak diceritakan. Huhu.
Malas pun iye jugak. Sebab tidur lagi best.
Insya Allah tahun depan awak habis kan? Gambate ne! π
Reply
Saya selalu ada paranoia ini, di mana saya takut apabila terlalu banyak menulis, nak lagi bila ia berkaitan dengan peribadi. Tu yang selalu delete blog dan buat lain tu, hehe.
Saya bukanlah salah satu dari makhluk halus tu kan, cuma berbadan halus sahaje :p
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:31 pm
Kamu bukan makhluk halus tu. hehe. π
Yang KS malasnya tu bukan sebab apa. Tapi ni ada pembaca (jujurnya lelaki) yang asyik kacau. Sumpoah rimas. Sorry la kalau diorang baca apa yang KS tulis ni but I can’t stand it anymore. Blerghhh.
Reply
Salam sarah…
Thanks…akak dah terima fridge magnet tu dr mak sarah…
Suke sangat….
Thanks again….
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:33 pm
Salam Kak Eyna.
Hehe. Sama-sama. Tak tau dah nak bagi apa. Mintak tolong mak pilihkan.
π
Reply
alamak….saye ni makhluk halus or tak halus???????…. π π hehehee
Nota: klakar betul tgk monyet tu……
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:33 pm
Oh tak tak. Awak adalah makhluk ghaib. Hehe.
Kan kan. Comel je monyet tu. :p
Reply
salam Sarah.
belasah aje la tulis tentang apa-apa jua pun.
masih ramai makhluk yg terIngin membaca, tidak mengira halus atau kureng halus.
btw.. Welcome back home π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:35 pm
Salam Ony.
Eh, comelnya nama. π
Tu la. Kalau ikutkan boleh je nak belasah tulis apa2pun tapi tak bermanfaat pulak nanti. Tak best la pulak gitu. Hehe.
Thanks anyway!
Reply
wah solehah betul adik ye. hehe. so kena la tulis blog hari-hari. jadi tak lah membazir kan π
hmm. bagi saya, blog tak perlu dihapuskan. jika sibuk, hanya perlu berhenti seketika.
banyak kenangan pada blog seseorang tu. saya ada terfikir nak tukar url sebab url saya terlalu jelas sangat pemiliknya. tapi sayang pula.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:41 pm
Err. Adik tu soleh. Huhu. Sebab dia laki π
Kalau blog tu free macam blogspot, memang sayya taknak hapuskan. Kenangan tu kan.
Tapi macam blog ni, ada domain sendiri, so kena bayar for domain la kalau nak maintain.
So kalau dah taknak tulis tapi kena bayar, macam rugi pulak kan.
Kalau satu hari nanti blog ni dah tak nak digunakan, saya akan export semua data masuk blogspot semula since I’ve 1 blogspot blog that is still remain open up till now.
Tapi kan Faisal, saya rasa saya suka tengok blog orang yang guna nama macam yang awak guna ni. Bagi saya nampak kejujuran tu lebih lagi. Daripada guna URL macam ‘akutulisapaakusuka.blogspot’ adeh la, saya tak berapa sikit dengan URL yang macam ni. Hehe. π
Reply
Brian Kinney Reply:
July 16th, 2009 at 10:29 pm
Oh. Silap pula cakap solehah π
Hmm, bila start kerja ek?
Reply
Harap Sarah tak berhenti menulis. Tak dapat selalu sekali seminggu update pun ok. Fikirkan one day blog ini akan menjadi inspirasi & kekuatan anak2 dan anak saudara Sarah. I encouraged my daughter to read your blog .. bagi semangat to them. From your writing, rasa mcm dah lama kenal Sarah .. you are so nice & friendly .. abaikan lalat2 & langau … byk lagi perkara positive yg perlukan minda Sarah yg bijak ini.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:46 pm
Alamak. Anak akak pun baca ke? Oh. Lepas ni kenalah saya menulis tentang bagi semangat kat adik2 pulak. hehe.
π
Reply
Salam sarah!
wah bace komen kat atas ni, anak makcik tu bace blog awk utk dpt inspirasi..keep on writing cik sarah!sebab awk tu berbakat..hehe..(^_^)!
*~saya ada nasihat untuk menghentikan pengacau2 itu..kalau si kumbang cepat2lah berkenduri, nak pi temerloh ni makan nasik minyak, sambil tolong basuh pinggan..lariiii~~
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:49 pm
Salam Tasha!
Er… tu la. Malu pulak saya.
Tu la. Nak jugak buat kenduri cepat2 tapi takde calon lagi la Tasha. Huhu.
Awak apa cerita la ye. Huhu. Eh, kenduri siapa yang awak akan turun padang ni?
Kenduri Emi sah2 pergi kan? Insya Allah ada rezeki jumpa time tu nanti ye.
p/s: Tasha, kawin la cepat. Dapat saya pergi Machang! π
Reply
mm..sampai satu tahap akan jadi tepu..bosan lak nak tulis blog kan..skang sarah tak keje lagi,dah jadi dr nanti lagila bz..time cuti ade oncall lak.bz sgt..dugaan hdup kan..tapi dpt update sminggu skali dah kire orait..mesti ade cite2 time keje nanti..cite2 ngan pekerja hosptal n pesakit..sarah suke meluah ape yg tersimpn.di blog ni sarah akah luahkan..mgkin akn jadi berbza bile dah ade suami nanti..ade tmpat utk mgadu..ade tmpat utk meluahkan…jangan tulis blog akan jd stu beban lak..sbb sarah mmg suke mnulis..mencntai penulisan kan..hohoho..mcm sy,tak mint lgsung mnulis nie.bosan..sy suke try n error..ok..chaiyok2..
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:53 pm
Tu lah. Tengoklah dulu kelapangan macam mana nanti. Ada masa, ada la update. Takde masa, terbiar la blog ni. Hehe.
Reply
Hi Dr Sarah,
Itulah kehidupan didunia ini, kita tidak akan tahu apa kesudahannya. Mungkin pada mulanya kita suka tapi akhirnya kita tinggalkan. Mungkin pada mulanya kita tidak suka tapi akhirnya itulah yang menjadi keutamaan. Saya tahu tujuan asal Dr hanya untuk berhubung dgn ahli keluarga yang jauh tapi akhirnya terperangkap dalam dunia blogger. Realitinya Dr amat gemar dan pandai menulis juga bercerita. Pilihan adalah di tangan DR sendiri.
Selamat Kembali ke LEBAK.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 6:55 pm
Betul la apa yang bro kata ni. π
Ye. Lebak sangat best sekarang. Sebab tak panas sangat. Hehe. *ke sebab saya yang tak keluar rumah*
Reply
hee errr akak suka lelaki itu kacau akak kah? HAHAHHAA
akak, nnt bile akak dah keje, sure akak bz T____T tp kalau boleh update lah seminggu sekali. even akak letak setempek gambar akak pun jadi lah π
blog akak ni sangat best dan sangat inspiring me. (err dalam bentuk apa x berapa pasti) hehe.
mmg tu lah kehidupan blogger ni kak. kita mmg tak famous mcm erra fazira, tp kita “dikenali” di dalam dunia blogging. dunia yang tanpa sempadan. sesiapa saja boleh akses blog kita. dan bila makin bertambah kawan baru, tak hairan lah ada banyak lalat yang asyik kutuk2 kita, kutuk blog kita, kutuk entry2 kita sedangkan tidaklah sentuh langsung pasal mereka.
bersabarlah akak. mmg ini dugaan kita sebagai blogger π
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:03 pm
Hahaha. Bukan Yonna! Yang akak suka tu ialah orang lain. Yang si dia tu tak duduk bawah kategori mengacau. Sebab dia bukan rakan blog. Dia rakan email. Huehuehue.
Maybe macam tula. Akan update biila ada masa aje. Untuk masa sekarang ni, I’m enjoying every second of my free time. Hehe. Internet tak sudah2 kat rumah ni. haha. Habis la bil melambung bulan ni. Nasib baik TV kat rumah ni jarang berguna. Huhu.
Akak setuju macam apa yang Yonna kata tu. Dalam dunia blogging ni, kita masing2 dikenali ramai dengan cara yang tersendiri. Kita bukan glamour macam artis. Kita pun bukan ada brand rupa atau suara. Tapi kita datang dengan brand bakat menulis dan berkawan di atas talian. Ini dunia kita, kan.
Dulu kalau ada yang hentam ke, apa ke, akak lebih senang diamkan diri dan back off je. Tapi sekarang tak lagi. Berani la nak kutuk2 ke, nak hentam ke apa, akak memang akan balas dan pertahankan diri. Ini territory kita kan. Kita bersuara dan meluahkan pendapat kita dari sudut pandangan kita kan. Dalam skop ini, tiada siapa yang salah. Semua p[endapat adalah betul, kan.
Dan dugaan yang akak maksudkan sebagai dikacau tu bukannya berbentuk hentaman ke apa. Tapi orang nak berkenalan……!!!! Uwaaaa. Tak suka la. Diorang ni sampai ganggu privacy hidup orang je. Report kat CyberSecurity Malaysia kang, padan muka. IP sorang2 kena ban padan muka. Hahaha. π
Reply
Salam…
Menulis blog…akak dah sampai tahap tepu, dah bersawang blog malas nak update :).
Banyak yer gangguan makhluk halus? tp mmg sudah menjadi sifat makhluk halus mmg suka menganggu…sarah jangan layan sangat…
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:05 pm
Salam Kak Cinta.
hehe. Memang dah tak dilayan langsung pun. Dari awal lagi memang tak dilayan. Saya biarkan aje inbox saya penuh dengan email2 diorang. Kekekeke. π
Reply
jumped from blog yonna….
kira blog tegar ar neh.. ehehe
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:06 pm
Huhu. Takde la tegar mana. Yonna lagi tegar rasanya. π
Reply
hehe.. anyam ketupat biasanye sebakul gak..
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:06 pm
Hawa, kadang2 tu memang berbakul jugak jadinya. Huhu. π
Reply
Terima kasih sarah sebab suka kena kacau ngan saya,hahahah *perasan
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:07 pm
Adeh. Huhuhu. Iye la. Iye la. Acai la pengacau itu. Hahaha.
Reply
harap2 nya bro bukan salah satu dari makluk2 halus tu..
bro pun pikir2 juga nak berhenti terus dari berblog, aritu dah stop, aktif balik kat wordpress..rasanya dah sampai masa dah kot..pengunjung pun dah xde, dah x meriah..it’s about time nampaknya to dissappear from blogosphere..
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:08 pm
Eh, bro jauh sekali daripada kategori tu.
Eh, bro nak stop ke? Jangan la. Dari situ saya dapat tau perkembangan bro dan family. Nak contact selalu, tak terbuat la pulak. tap[i bila baca blog, at least dapat la ikuti perkembangan yang saya ter miss atau apa.
π
Reply
Pedasssssssssss… Sape makan cili, die laa terase. The gangguan halus, bole diperhalusi lagi? As in kene kacau, kene ayat, kene temberang, kene maki?
There was one time in my blogging life, I get 2 fan mails, daily! All from different people. The final number was about 50-60. I do get hate mails to. But I do not need to read slanderous remarks. I am me and nobody can take that away.
ps: Bile dah gelamer, banyak dugaan die. Sehingga harini, saya lebih suke blogspot saya.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 7:13 pm
Yang paling tepatnya: Kena kacau dengan ayat jiwang dan kena ayat dek mat bunga. Ohhhh. Tak tahan betul tau. Baik la jadi orang yang straight forward and have sense of maturity in what they say. Saya lagi prefer yang macam tu daripada berkiasa tak sudah2. Memang terganggu hidup. Tu yang saya sound terus je dalam entry ni.
I think after I sum up everything, it reaches the same value as what you had experienced. Average is about 4 mails daily. But I ignore every single of them.
Saya pun suka blogspot saya. ^___^
Reply
NoktahHitam Reply:
July 16th, 2009 at 7:56 pm
4 emails daily? Waaahh.. I can never compete you. But let’s see what you have to say about my upcoming political project. By then, you’d probably be very busy. I doubt you have the luxury of time to follow my ideologies.
You should be really honored, you have more stalkers than me! But then again, getting a mushy email from anonymous is very scary, very very scary. Especially when they think they know you, but they don’t.
ps: Although tout as political, it isn’t about bickering the government nor opposition, but what I would do if I run the country.
pss: Scary too if total anonymous knows too much about yourself. I guess thats the pinnacle to climb. Worry not, you have many ‘soldiers’, 6 boys? I bet they’ll be pulp π
Reply
Aduhai.. jangan ler berniat nak tutup pulak blog ni atau berhenti blog.. nanti dah kerja tu.. bagi bagi kan masa ya..
untuk makhluk2 halus tu.. Sarah baca jer Ayat Manzil.. tentu kepanasan dia org tu.. π
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:29 am
Bro, ayat manzil yang mana ye? Saya macam tak tahu je. Boleh ajarkan?
Reply
Salam..
Rasanya awk akan berhenti dari menulis blog. Tapi saya pasrah…
Setiap cerita yang awak karangkan memang menambat hati…
Teruskan perjuangan dan kehidupan
Sebenarnya kehidupan ini seronok di kongsi dan diceritakan..
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:27 am
Salam Areefah.
Entahlah Areefah. Tengok kesempatan masa. Kalau nanti dah memang takde rezeki nak menulis, mungkin stop la kot. Hehe. Terima kasih sudi menyinggah di sini π
Reply
biasa la tu kak sarah. bila dah famous, bnyk la peminat yg follow rapat.
mb diorng x pndi mengekspresi diri kot..haha
xpun tgh mencuba menjadi pengarang ayat2 bunga
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:28 am
Itu la pasalnya Muaz. Hehe. Kamu nanti jangan jadi mat bunga ayat jiwang2 sangat ye. π
Reply