Rumahku Syurgaku
Assalamualaikum wbt
Tidak banyak yang sempat saya lakukan semalam. Bangun tidur pun sudah agak lambat. Masih mengalami jet lag. Sebaik bangun, mestilah menikmati sarapan yang emak sediakan. Tapi di rumah tiada sesiapun kecuali Adam. Dia tidak sihat, jadi tidak ke sekolah. Yang lain semuanya sudah keluar.
Sekitar 11 pagi saya memulakan operasi mengemas kotak-kotak. Banyaknya. Tak terdaya hendak mengangkat seorang diri. Ada Adik Iman datang ke rumah. Konon-konon hendak menolong saya. Sudahnya lagi disepahkannya barang saya. Aduhai. Suruh pegang sampah pun, dia sumbat semula sampah ke dalam kotak saya. Huhu. Iman comel yang teramat sangat. Nasib baik dia tidak takut dengan saya sebab dia masih tidak cam saya. Oh ya. Iman ni adik sepupu saya. Cucu terbongsu dalam keluarga sebelah Pahang, setakat ini.
Sebelum Zohor masuk, saya berhenti mengemas. Kena mandi. Badan dah berlengas. Panasnya hari semalam. Sambil mengemas itupun, saya sempat online Plurk dan Facebook. Huhu. Sempat melihat perkembangan terkini kawan-kawan yang berderet-deret hendak kahwin tidak lama lagi.
Sementara menunggu emak balik bersama adik-adik, saya keluar rumah, ke bahagian belakang rumah. Ayah ada membuat stor baru dan ditambah di bahagian luar rumah. Saya menjenguk ke sana. Yang saya hairankan, apa kena ada kawasan lapang bersinki di sebelah stor itu? Siap bersimen cantik. Macam tempat basuh pinggan orang kenduri-kendara saja. Jawapan saya terjawab di sebelah malamnya.
Bila emak balik, saya pun ada teman bercerita. Dari A sampai Z saya bercerita dengan emak. Tapi belum sempat bergosip lagi. Ini baru cerita sipi-sipi saja. Nanti sampai masanya, barulah cerita versi penuh. Dari siapa makan anggur terbanyak sampailah siapa takut dengan imigresen. Uishh. Ni gosip hangat ni. Emak kena kenal watak-watak dalam hidup saya ini. Hehe.
Di sebelah petang, saya dan adik-adik ke rumah Tok Chik. Sengaja mahu melawat Tok Chik. Sambil tu, dapatlah mengebas rambutan gading yang sudah menguning di pokok rambutan Tok Chik tu. Saya bawa Iman sekali. Cuba tengok beza warna Aiman dan Iman. Aiman sudah gelap sungguh. Dia kuat main bola budak ni.
Di sebelah malamnya, emak masuk ke bilik saya. Bercerita anak beranaklah pula, kan. Emak memberitahu tentang kecurian yang berlaku di rumah (jangan tanya, saya tak nak cerita). Juga menjawab persoalan kenapa ada sinki di tapak lapang bersimen itu. Kata emak: Senang nanti. Nak kenduri-kendara, dah siap ada tempat basuh pinggan. Mana tahu dekat-dekat ni nanti dah nak ada kenduri.
Gulp! Mak aih. Emak ayah saya sudah bersiap sedia nampaknya ya. Siaplah Kaklong dan Nan. Hahaha. Saya tak apa. Selamat lagi rasanya daripada dihujani soalan-soalan ‘siapa, darimana dan bila’.
Kata emak: Tak kisahlah siapa dulu. Ada, jalan terus. Tak payah tangguh.
Mari, mari kekandaku, adindaku. Mari buat kenduri. Hahaha. Atau mungkin sepupu-sepupuku? Mari, mari. Jangan malu, jangan segan. Mak Ngah dengan Ayah Ngah sponsor tempat basuh pinggan bersama hulubalangnya. Ada enam anak bujang menanti di rumah ni untuk jadi askar.
Sebelum menjelang tengah malam, saya bersesi fotografi. I love the photographer. He makes me look sweet. Hahaha. Ayah sayalah! Ups. Terpaksa guna bilik tetamu untuk dijadikan studio. Bilik sendiri penuh dengan barang lagi. Kotak bersusun tinggi, luggages masih di atas lantai. 😀
Nota 1: Percaya atau tidak, saya sedang makan nasi ni. Dah pukul 1.30 pagi waktu saya memanaskan lauk tadi. Duduk di rumah sangatlah menggembirakan hati dan perut. 😆 😆 😆
Nota 2: Internet slow ni. Saya balas komen pagi esoklah ya. Insya Allah laju.
Waahh, makan nasi ikut waktu moscow eh
seronoknya sarah dapat makan buah 🙁
sabar..sabar 😥
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:13 am
Kak Irma,
Makan tengah malam tu sebab dah lapar sangat. Lunch hari tu makan sikit je. Lapar… Huhu. Saya baru makan sikit je buah. Tu pun baru rambutan 2-3 biji je. Durian tak rasa lagi. 🙁
Reply
salam…suka baca blog kamu..
salam perkenalan…
sy letak link blog kamu dalam blog saya…maaf ya, dah buat baru bgtau..:)
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:11 am
Salam Hayati.
Salam kenal kembali. Terima kasih sebab sudi singgah membaca kat sini. Boleh aje nak link. Takde hal tu 😉
Reply
haha, masih jet lag eh? makan nasik pukul 130 pg? amalan x sihat tuh mkn mlm2 sblm tido
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:11 am
Tak jet lag dah pun. Tapi sebab lunch makan sikit sangat. Tengah malam tu baru lapar.
Reply
Kak Ngah,
Macam sudah ada perubahan di rumah sahaja.
Azra dapat hidu macam sudah ada buat persiapan untuk tambah ahli keluarga sahaja dalam masa terdekat ini. Semoga apa yang dirancang menjadi.
P/s: jubah konvo itu beli? 🙂
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 3:58 am
Haah Azra. Jubah memang terus jadi milik student. Hehe. Nanti dah tua2 rasa nak melaram lagi pun boleh.
Persiapan tu kamu pun tahu untuk siapa kan? 😉
Reply
hahahaa….comel nye bdk tu, ni yg rs nak g jumpe anak buah 😐 😐
persiapan yg rapi nmpk…….sng ckit keje tukang basauh nnt…. 😉 😉
mmg, duk kat kg@rumah mmg menggembirakan perut…….igt lg puasa kat kg……mkn nasi smpai 4 kali……srnk mkn bramai2…..tmbh2 mak masak……..aaaarrrrrggggghhhh nak balik kg…..
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 3:58 am
Awak dah jatuh hukum wajib balik kampung ni. Nampak sangat dah rindu amat ni. Hehe.
Reply
hilman Reply:
July 16th, 2009 at 9:34 am
yessss…….sy dah buat kptsan nak balik bercuti kat kg seminggu……. 😆 😆 😆
tour melawat anak buah…….JB(31/07)-KL-JERANTUT-KG-DUNGUN-JB(10/8)…..besnye dpt jumpe anak buah yg bermcm ragam,…… 😉 😉
nmpknye 070809 sye xde di JB……mst ni akan menimbulkan gosip@spekulasi yg panas……hehehehe
Reply
Salam Sarah…
wah! selamat kembali ke tanah air…
seronok ye dapat duduk di rumah bersama keluarga 😀
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:02 am
Salam Mimie!!!
Terima kasih. Bila la agaknya saya dapat jenguk Sarah ye. Hehe. Dan juga si adiknya tu. Hihik. Semoga awak sihat2 je ye. Dah 2 orang dah anak awak. Maknanya, dah lama dah kita kenal kan. 🙂
Reply
iman sangat comel..haha..
welcome home sarah..
jgn berat makin bertambah yer..=)
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:10 am
Berat bertambah tu normalla kalau balik Malaysia. Tak fun la kalau tak nikmati makanan2 yang ada.
Reply
seronoknya baca entri sarah ni. rasa lain sket pon ade. heheh. selalu baca cerita dari moscow, ni dari malaysia sendiri. jet lag blog namanya. huhu. sengal betol nadia neh. =p
iman tu comel lah. peluk cium dia untuk nadia sarah =)
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:10 am
Jet lag blog ye? Huhuhu. Macam2 la awak ni Nadia!
Saya tak jumpa lagi Iman sejak semalam. Saya ada hal di KL. Esok mesti jumpa punya! Dan saya akan peluk dia puas2 untuk awak! Huhu.
Reply
Salam sarah..sori x de kaitan dgn entry awk..kak long awk ngajar ktne ek? dh lupe..sbh ke, srwk? sbb sy dpt sabah..huhuhuh….
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:09 am
Salam Lina.
Saya dah baca dah tadi cerita awak dapat ke Sabah. Banyak pahala awak buat lebih2 lagi kalau dapat ke pedalaman. Kakak saya di Mukah, Sarawak. Pedalaman sungguh tempat tu. Tapi dia sangat suka. Saya rasa, nanti awak pun akan jatuh suka jugak kat tempat tu 😉
Selamat bertugas! Jangan lupa bawak broadband ke sana ye!
Reply
kaklong Reply:
July 16th, 2009 at 1:28 pm
Bukan Mukah! Sgt jauh dgn Mukah. Tempat kaklong kat Daro. Lebih tepat lagi Kg Jerijeh… Uh citer panjang2 pon bukan korang bleh bygkan… Huhuhuhu
Reply
Selamat kembali ke Malaysia. Sebelum attach dgn mana2 hospital ni .. berehat2lah dulu. Esok2 takut tak sempat nak update blog jer .. esp kalau attach dgn hospital besar
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:07 am
Kak, memang semua HO akan dihantar ke hospital besar je. So tengok la nanti apa nasib blog ni. Saya menulis pun untuk masa lapang je. Masa tak lapang, saya biar je la blog ni. Huhu.
Reply
Kak Saeah! Banyak betul kotak tu.. berderet sampat kat belakang! =.=” Kalau Saffa.. dekat sebulan pun belum tentu habis kemas lagi. T__T
Reply
Saffa Reply:
July 14th, 2009 at 6:52 pm
Kak Sarah =P
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:05 am
Tu la pasalnya. Berderet kotak dari depan bilik KS sampailah ke ruang tamu. Tapi ada barang Kaklong jugak. Mak kumpulkan sekali. Suruh kami asing2kan mana yang nak, mana yang tak nak. Maklumlah. Sekarang dah pindah bilik duduk asing2. Huhu.
Reply
Wah. Makan malam pukul 1.30am ke? Kenapa lewat sangat. Nanti macam mana nak advise patient? LOL.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:04 am
Sebab lunch tu makan sikit je. Dah tengah malam baru lapar semula. Nasib la labu. Huhu.
Reply
Brian Kinney Reply:
July 16th, 2009 at 9:11 am
haha. lepas tu tido pukul berapa? ye la, lepas 3 jam makan baru boleh tido kan? 😀
Reply
Alhamdulillah…dun manek urai pas menang..rase hapy sangat2..dapt mempertahnkan lagi kerusi kat ctu..hehhe..menyelit jap kat blog sarah…
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:04 am
…..
Reply
Salam Angah,
1. Gambar ke dua tu memang sharp.. kalau full resolution mesti lagi cantek.
2. Adik Iman ini kah yang Sarah menyakat masa balik cuti dulu tu?
3. ops.. ting tong. pukul 2 dah. times up.
Ceria selalu.
::truemax
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:04 am
Salam Truemax.
Haah. Iman ni la yang saya sakat dulu2 tu. Huhu.
Reply
hehe, adik iman memang sangat comel.
huhu, kotak bertimbun, 😀
sarah, gambar awak banyak kaler biru la,
cantik kaler biru. suka.
gambar orangnya pun manis.
sebenarnya, pagi semalam pun dah buka, tp
semalam nak cepat.
memang ramai yang hati dan perut rasa sangat
gembira duduk di rumah. 😆 😆 😆
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:03 am
Tapi sebenarnya saya tak suka biru pun. Kebetulan je pakai biru. Tapi apa yang warna birunya yang saya pakai dalma gambar tu ye? Robe tu memang la biru. Tapi tidung tu ungu sebenarnya. Hehe
Reply
Salam…
Welcome Home 🙂
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:02 am
Salam Kak Cinta.
Terima kasih! 😉
Reply
Salam Dr Sarah,
Selamat kembali ke tanahair.
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 4:02 am
Salam Kak Azura.
Hehe. Terima kasih kak 🙂
Reply
kui kui 😛 emak dan abah awak perli tu buat tempat basuh pinggan, yang sebenar dia nak cakap “engkau dah ader boipren, bila nak kawin” hehe
Reply
Sarah Reply:
July 16th, 2009 at 3:56 am
Aik, bila masa pulaknya saya ada bf? Sabar je la.
Reply