Dari Moscow Dengan Cinta (vii)
Assalamualaikum wbt
Sehari sebelum Dyana dan Farhana bersama keluarga mereka tiba untuk melawat Moscow, saya keluar besama Shema, Krin, Baiz, Siti beserta Kak Yan dan dua orang anaknya, Adam dan Damia, juga adik Kak Yan, Tina. Destinasi kami ialah ke Exhibition of Achievment of the National Economy. Saya rasa mesti orang Moscow sendiri pun tak tahu apakah ini, kan. Jangan risau. Kita rasa pelik sebab ini namanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau saya sebut VDNKh, mesti tahu, kan? Hehe. Ya. Nama lainnya ialah VDNKh, sempena akronim daripada nama penuhnya dalam Bahasa Rusia.
Ia merupakan sebuah taman terbuka yang menempatkan banyak rumah-rumah dagangan, pavillion, teater, Muzium Astronaut dan pameran terbuka kapal selam dan alatan tentera laut di bahagian belakangnya. Taman ini dipenuhi dengan air pancut dan taman bunga buatan yang membawa tema-tema tertentu.
Kebetulan hari sangat panas pada hari itu. Saya pun sudah tidak ingat apa lagi yang saya buat di sana selain berjalan-jalan dan bermain dengan Damia. Serius penat berlari-lari dengan dia. Balik saja malam tu, terus saya tidur. Tak sempat mandi dah. Penat yang teramat sangat. Huhu.
Setelah semua tetamu yang datang balik, saya mula menguruskan rumah. Saya kemas segala apa yang patut dan seterusnya mengasingkan apa yang patut untuk disedekahkan. Jadi, pada hari Ahad lepas, saya memang sudah lapang dari segala kerja. Petang Ahad itu, saya bersama Auyun, Faiz, Aizat dan Nazlin pergi menonton sesuatu. Tonton apa? Alif tendang wau, sarkas daaa….
Mesti ada yang kata, apa kerja pergi tengok sarkas. Hoho. Kamu silap besar. Rusia sangat terkenal dengan sarkasnya yang unik dan gah. Zolotoi Buff. Inilah nama pasukan sarkas yang masyhur itu. Bila saya menyebut sarkas, mesti tergambar dalam fikiran masing-masing ada haiwan lompat-lompat buat persembahan, ada silap mata, ada badut buat lawak bodoh, ada singa jinak, ada harimau buat-buat comel. Hahaha. Silap. Silap. Russian Circus menawarkan lebih daripada itu! Tepuk tangan. Tepuk tangan.
Kali pertama saya menonton sarkas ialah ketika di tahun pertama. Dan kali ini adalah yang kedua kalinya. Kebetulan ada antara kami berlima ini yang belum pernah menonton sarkas di sini sebelum ini, jadi kami layankan saja untuk pergi menonton pada hari itu.
Istimewanya Moscow ini, mereka mempunyai sebuah bangunan khas untuk persembahan sarkas. Letaknya di Prospekt Vernadskava. Persembahan hanya berlangsung tiga kali seminggu. Dalam bangunan itu, pentasnya boleh berubah-berubah. Ada enam jenis pentas yang disediakan. Ada lantai lampu, papan, kolam air, kandang haiwan, ais dan lantai biasa. Lantai akan bertukar-tukar mengikut sesi dan keperluan persembahan.
Persembahan sarkasnya berbentuk muzikal-akrobatik. Zolotoi Buff menggabungkan ramai peserta dari negara-negara yang berbeza untuk membuat persembahan. Kebetulan ketika kami pergi itu, ia merupakan hari Ahad pertama untuk cuti sekolah musim panas kali ini. Persembahannya sangat istimewa. Dimulakan dengan persembahan dari Kenya yang sangat hebat ber-paranawe dan melompat-lompat ni. Juga ada persembahan dari Latvia, menari-nari dengan kotak-kotak yang bagaikan melekat-lekat di tangan. Dalam banyak-banyak persembahan, saya paling suka persembahan daripada Rusia. Mereka menggunakan teknik glow in the dark beserta pancaran laser untuk melakonkan pekerjaan seorang Astronaut di angkasa lepas. Hebat sungguh. Teruja saya dibuatnya. Terbang sana. Terbang sini. Tercampak sana. Tercampak sini. Fuh. Gambar agak blur. Tapi masih boleh nampak orang yang bergayutan itu dan suasana dewan depenuhi dengan pantulan glow in the dark saja. Sampaikan, baju kami semua pun jadi glow in the dark. Teknik apakah? Huhu. Sebenarnya mana boleh ambil gambar pun. Tapi kedudukan saya strategik. Saya bahan saja ambil gambar dari awal sampailah ke sudah. Huhu.
Saya juga suka akan persembahan daripada Azerbaijan. Tariannya memang dramatik sungguh. Bila si penari lelaki membuat terjunan bebas (free fall) dan akhirnya kakinya melekat pada tali yang disediakan, berderau darah saya dibuatnya. Tapi serius. Memang hebat. Dahsyat sungguh Zolotoi Buff ini. Mereka mengumpulkan yang terbaik saja untuk setiap persembahan mereka.
Dan pada hari Selasa lepas, saya keluar lagi. Dari pagi sehingga ke petang. Pergi cruising di Sungai Moscow dan melawat ke Gorky Park, taman tema tertua di Rusia. Kali ini saya tidak bermain apapun di Gorky Park. Cuma berjalan-jalan saja di dalamnya. Paling habis pun saya naik beca air di tasiknya. Itu saja. Kali pertama ke sana dulu, saya datang dengan Abang Khairil. Haa. Waktu tu saya banyak main. Seharian menjadi budak kecil bersama Abang Khairil. Huhuhu.
Inilah saja kisah pengembaraan saya menjelajah Moscow. Ikutkan ada lagi tempat-tempat lain yang saya pergi tapi tidak larat pula hendak cerita. Jadi saya kongsikan tempat-tempat utama sajalah ya dalam siri Dari Moscow Dengan Cinta di Dunia Sarah ini. 😉
Aik aik aik. Tiba-tiba terasa sedih pula.
Nota: Hari ini hari Jumaat terakhir di Moscow. 😥
Seronok baca cerita bergambar sarah…scroll punya scroll dah habis 🙂
lepas ni sesuatu yg baru menanti di malaysia..harap2 sarah rajin memblog juga di malaysia nanti
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:28 pm
Kak Irma, di Malaysia nanti tengok keadaan dulu la. Kalau tak busy, insya Allah ada la entrinya. Hehe. 🙂
Reply
Oh, sudah habis ya mengembaranya… Terasa mahu dan mahu lagi mengetahui yang menarik tentang Moscow…
Selamat kembali ke M’sia KS..
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:29 pm
Ada banyak tempat yang KS skip. Malas nak menulis. Tak sempat. 😛
Reply
Pentas sama jadi air terjun? Waaaa. Hebat.
Sy tak pernah minat sarkis kerana ada badut. Badut pernah menganggu saya waktu kecil, sebagai balasan saya hadiahkan beliau sebuku lima.
Sarah, satu hari ada duit lagi, boleh lah kembali menjelajah Russia lagi. Bukannya ia ada kaki untuk bergerak pon. Tapi sedih tetap sedih.
Tahniah, sekali lagi. 5 tahun belajar, akhirnya kembali berkhidmat utk negara.
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:30 pm
Bukan jadi air terjun, Eddie. Kolam dan air pancut. Hehe.
Badut kat sini dia buat lawak tapi educate penonton. Serius saya suka.
By the way, it’s 6 years. Yup. Ada rezeki insya Allah akan datang sini lagi. 🙂
Reply
wah interesting…^_^
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:30 pm
Thank you 🙂
Reply
tengok gambar sarkas teringat hari raya dolu2..haha..pintu gerbang tu ada sikit mcm le’arc’de’triumph kan?..
teruskan tangkap gambar..kami suka tengok.. 😛
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:31 pm
Kenapa teringat raya? Dulu2 bila raya bro gi tengok sarkas ke? Hehe.
Ada gaya arc de triumph ye? Saya tak pernah sampai sana jadi tak perasan pulak. Hehe. 😀
Reply
Bro Fisol Reply:
July 10th, 2009 at 9:03 pm
hehe…ada ke raya pergi tengok sarkas?…dolu2 hari raya tv tayang sarkas.. :razz:..sekarang xde lagi..nampak gayanya bro sememangnya berada dalam satu generasi yang berlainan…
Reply
tak sabar tunggu cik adik seorang ni balik.
hati-hati sarah =)
miss u
** nadia da tukar no tau. no maxis tu nadia dah x on dah. yang celcom 013 still on, cuma jarang guna. lepas ni nadia e-mail no baru nadia pada sarah ya. =) **
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:32 pm
Nadia, hari tu saya reply kat nombor yang awak ada mesej tu. Saya dah bagitau dah detail saya balik. Adakah awak tak dapat mesej tu? Dan adakah itu nombor awak yang sekarang?
*Tak sabar nak jumpa awak!*
Reply
Reply
ade circus?best nyer..sronok tgk skil2 org2 circus nie..mingu depan sarah dah balik yer..lehla datang lebak..hohoho
Reply
Memang kelaur sakan lah Kak Sarah ni! Tak apa.. Lepas ni entah bila pula baru bkesempatan kan.
Reply