Dari Moscow Dengan Cinta (vi)
Assalamualaikum wbt
Sebaik tiba dari Vladimir, saya sempat berehat dalam sejam saja di rumah. Kemudian saya terus bersiap untuk keluar semula. Hakikatnya, saya tak sempat buat apapun. Tudung pun masih sedia terpakai lagi. Capai jaket dan terus keluar. Kali ini bersama Aizat, Nazlin dan Israfil. Ehhh….. Kenapa dengan lelaki semua ni? Nak kena hambat dengan rotan budak Sarah ni. Dah tu nak buat macam mana. Budak perempuan yang lain sedang bercuti ke Sepanyol. Yang ada lagi seorang pula kurang meminati fotografi.
Kali ini destinasi kami ialah Moscow State University yang kami sebut sebagai MGU di sini. Bangunannya merupakan salah satu daripada Seven Sisters yang terdapat di Moscow ini. Apa itu Seven Sisters? Seven Sisters ini merupakan tujuh buah bangunan yang sama bentuk dan seni binanya yang bertaburan di seluruh Moscow. Fungsi ketujuh-tujuh buah bangunan ini adalah berbeza. Contohnya MGU. Bangunan ini telah menjadi bangunan utama universiti tertua di Rusia ini.
Asalnya, akademi saya juga merupakan fakulti perubatan di universiti tersebut. Tetapi setelah berjaya membentuk sebuah fakulti yang mampu berdiri sendiri dengan bidang kajian yang lebih menjurus ke arah Human Physiology, MGU telah membebaskan fakulti perubatan tersebut dan berdiri di atas kaki sendiri sebagai sebuah akademi. Maka, lahirlah I.M. Sechenov Moscow Medical Academy yang diberi nama sempena Physiologist ternama yang banyak melahirkan teori-teori dan penemuan baru dalam kajiannya tentang Motor Reflex; Ivan Mikhaylovich Sechenov.
Kami berempat turun di Stesyen Vorobyovy Gory (stesyen ini letaknya di atas Sungai Moscow), hanya satu stesyen dari tempat kami tinggal. Bukit kecil di situ terkenal sebagai tempat burung ciak bermandiri ketika berhijrah. Disebabkan itu ia mendapat nama Vorobyovy Gory (The Sparrow Hill). Kami merentas laluan ekologi yang terdapat di situ. Sebenarnya laluan itu berbukit. Tercungap-cungap kami semua untuk sampai ke atas. Dari atas bukit itu, kami dapat melihat dengan jelas Stadium Luzhniki (tempat Manchester United bertemu Chelsea dalam Final UEFA tahun lalu) yang terletak di sebelah hostel kami di sini. Kompleks stadium itu dengan bukit tempat kami berada hanya dipisahkan oleh Sungai Moscow saja.
Di bukit itu, kami menanti ketibaan Zharif (rakan di RSMU) bersama empat orang lagi kawan perempuan yang lain (tetamu yang datang dari Glasgow dan Malaysia). Disebabkan mereka agak lambat, kami berempat memburu matahari terbenam terlebih dulu. Tapi sebenarnya, lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam di Moscow ini ialah di Park Pobedy (Victory Park). Sekitar jam 10.30 malam (hari sudah mula gelap), MGU mula dilimpahi cahaya. Subhanallah, sangat cantik!
Lokasi kami berada ini sebenarnya adalah di bahagian belakang bangunan utama tersebut yang menghadap ke arah sungai. Kalau dari arah depan, agak susah untuk mendapatkan pandangan penuh bangunan itu. Tambahan pula, di belakang bangunan itu ada sebuah kolam yang akan memberikan refleksi terbaik pada waktu malam. Serius, sangat cantik! Sayangnya saya tidak ada tripod. Kami berempat pulang ke hostel pada jam 12 malam! Haha. Janji sempat solat Maghrib di bilik.
Nota: Hari ini hari Khamis terakhir saya di Moscow. 🙄
Salam sarah…!!!
Kak Dela?? selamat pulang ke tanahair…soon!!
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:13 am
Salam Yeop.
Alhamdulillah. Vsyo narmalna.
Reply
angah,
sayangnya takde tripod? alah, no worries, handheld angah pun dah power la!
as usual, magnificent series of pictures u got there! i likeee!
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:14 am
Tapi bila tengok Aizat buat malam tu, dia guna tripod, lepas tu dia alihkan serta merta, fuh, lawa! Jadi macam night trail pun iye. Tapi cahaya tu jadi bulat2, circling around. Memang superb!
Reply
cantiknya gambo refelction tu!!
Reply
NoktahHitam Reply:
July 9th, 2009 at 7:04 pm
Sekali tgk, rase macam Taj Mahal pon ade jugak
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:15 am
Ada jugak la iras sikit2. Hehe.
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:15 am
Saya pun suka 😉
Reply
sonoknya leh jenjalan..
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:15 am
Tepi hostel ni je tempatnya. Tak jauh mana. Hehe.
Reply
seronoknyer berjalan2…pas ni jadi kenangan dah kan..time bljar la paling sronok…
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:16 am
Sangat betul. Time belajar la yang paling best!
Reply
sarah..cantiknya gambar…
best nye pegi jalan2 lepas abes blaja..xmcm kimah, duk umah, pastu g kursus tentera..sob3..
bila nk balik mesia stat kerja???
kimah kerja bulan 8 ni insyaAllah…
bila kita dpt jumpa ye??? heheheh
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:16 am
Saya interview bulan lapan ni Kimah. Start kerja nampaknya lepas raya la kot. Hehe. Ada banyak masa saya nak ternak badan jugak lepas ni 😆
Reply
Cantik gambar sunset tuh..mengancam :)…kalah acai mcm nie..peace..hehehe
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:17 am
Uishh. Mana boleh lawan Acai. Dia tahap sifu 😎
Reply
Sejarah peninggalan Islam pun banyak kan!
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 11:18 am
Tak banyak. Particularly in Moscow. Islam tak sampai ke Moscow waktu Mongol serang2 dulu. Tapi Islam sampai ke beberapa kawasan di timur-laut Rusia.
Reply
haritz Reply:
July 10th, 2009 at 3:38 pm
oic thanks for info
Reply
salam..
gambar bangunan tu cantik betul…itu tanpa tripod tu, kalau dengan tripod mesti lagi cantik bro rasa..makan mantap gambar2 sarah nie..
Reply
Bro Fisol Reply:
July 10th, 2009 at 2:01 pm
makan pula..makin laa…sorry2…haha..
Reply
Salam Sarah…
Sarah ngan aizat satu batch ek?…sy tak kenal sangat aizat..kenal kakak dia je..hehe..kami satu sekolah dulu…
Anyway, MGU tu sangatlah cantik….nampak indah betol di waktu malam..hehe…teringin gak la nak ke sana…tapi ntah bila la..hahhaa
Eh, Sarah kenal Dr. Shieda n Dr. Hannan tak?..diorang grad thn lepas..ex- student RSMU..
Reply
Sarah Reply:
July 10th, 2009 at 7:35 pm
Salam Hani.
Haah. Saya satu batch dengan dia. Kawan baik jugak. Ooo. Kak Eidayati ke? Along? Hehe. Kakak yang tu saya kenal gitu2 je. Tak sangka kecik je dunia ni.
Dr. Shieda dan Dr. Hannan pun saya kenal jugak. Still in touch lagi dengan diorang. Macam mana kenal diorang? Baca blog diorang jugak eh? 😉
Reply
hani Reply:
July 10th, 2009 at 8:14 pm
Sarah,
kak ida kenal gak sebab dulu kat sekolah dia ketua pengawas..hehehe..ni kakak aizat yang sorang lagik..nama ayu..:-)
Yup, dulu selalu masuk blog diorang….skang dh jadik kawan…dah penah jumpa hannan..shieda je belum lagik nie…huhu
Reply
MasyaAllah! Cantik nyer Moscow! Kagum betul Saffa dengan bangunan MGU tu. MGU kan?
Reply